Skip to main content

Menu Mobile

Program Bersama Melakar Mimpi, Bicara Usahawan Kopi

Program ini merupakan kerjasama di antara CREATE, HEPA dan He & She Coffee. Program ini bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan industri minuman berasaskan kopi dan peluang menjana pendapatan dan bekerja di kampus (job on campus) melalui program Learn & Earn.

Program Bersama Meraih Kejayaan SPM TMS

FTKIP dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tuanku Muhammad Kuala Pilah (TMS), telah menganjurkan "Program Bersama Meraih Kejayaan SPM TMS" yang telah disertai oleh 96 orang pelajar Tingkatan 5 TMS yang akan menduduki SPM 2024, serta 10 orang guru mereka.  Program ini diadakan bertujuan  untuk memberikan motivasi yang tinggi kepada kesemua pelajar agar mereka mempunyai semangat dan dedikasi yang kuat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang akan datang.

Program Briskwalk Sempena Minggu OSH 2024

OSH WEEK tahun 2024 menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk pengisian aktiviti kecergasan. Program briskwalk ini merupakan antara inisiatif untuk membudayakan gaya hidup sihat dan selamat dalam kalangan Keluarga UTeM.

Program CSR Gotong-Royong Dan Pameran Bersama KSU KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Politeknik Melaka, Kolej Komuniti Masjid Tanah, Permuafakatan Penduduk Islam Kuala Sungai Baru, serta JAPERUN Kuala Linggi telah melaksanakan program CSR gotong-royong bagi membersihkan kawasan sekitar Kuala Sungai Baru.

Program ini turut diserikan dengan pameran produk dan inovasi kepada komuniti setempat. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KPT.

Inisiatif ini bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan dan memperkukuh jalinan kerjasama antara KPT, institusi pengajian tinggi dan masyarakat setempat.

Program Derma Darah Ramadan 2024

Merupakan program kerjasama dengan Jabatan Perubatan Tranfusi Hospital Melaka dan Kelab Rakan Kesihatan dibawah PKU. Sebanyak 267 pek darah telah berjaya di kumpul dalam program pada kali ini.

Program Digital Enterpreneurship Asnaf (DEA)

Program kerjasama antara CREATE, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Sinergi Ilmu Resources serta ditaja oleh Maybank Islamic Berhad ini melibatkan wanita, muallaf dan para pelajar universiti dengan mendedahkan teknik perniagaan secara praktikal tanpa modal, tidak perlu menguruskan stok/premis dan dibimbing selama 9 bulan.

Program Foreign Discovery Camp (FDC) 2024

Pihak FTKM menerima penyertaan pelajar luar negara dari Nagoya Institute of Tech(NITech),Universitas Muhammadiyah Surakarta(UMS),Universitas Islam Indonesia(UII),Institut Teknologi Sumatera(ITERA) dan Institut Teknologi Sepuloh November.Peserta akan terlibat dalam aktiviti seperti mempelajari kepelbagaian budaya di Malaysia, melawat tempat pelancongan, menjalin kerjasama dengan pelajar UTeM, pendedahan berkenaan perisian solidworks & cetakan 3D, sesi penulisan artikel penyelidikan

Program FPTT Fest 2024

Program kerjasama antara CREATE, Jawatankuasa OSHA FPTT, Kelab Technology Management Association(TEMAN) dan Jawatankuasa Pomosi FPTT ini  menerapkan pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar FPTT. Program ini turut dirangka dengan pelbagai aktiviti yang berupaya mengeratkan lagi hubungan para pelajar di FPTT.

FPTT FEST 2024 ini turut bertujuan dalam menyambut ulang tahun FPTT yang ke 15 pada 2024. Sebelum ini program FPTT FEST dikenali sebagai 'GEGAU FPTT'.

Program Global Community Services & Knowledge Sharing Transfer Program (KSTP)

Program sokongan ini dirancang bagi tahun 2024 adalah sebagai platform menjalankan program kerjasama dalam bidang khidmat komuniti dengan rakan kolaborasi antarabangsa iaitu UPNVY disamping platform perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman Indonesia dalam pengurusan pemasaran digital dan industri halal kepada komuniti usahawan di negeri Melaka 

Program IIUM Research & Innovation Day 2024

Program ini disertai oleh 5 orang pelajar FTKM di Grand Hall IIUM Kuantan dimana pelajar juga turut berpeluang melawat makmal dan mengadakan perbincangan penyelidikan di Kulliyyah of Dentistry. Kejayaan projek pelajar telah menerima penarafan Emas dan Perak dianggotai oleh Muhammad Sobir, Muhammad Azroy dan Muhammad Nur Aiman telah berjaya merangkul penarafan Emas manakala Nurazwarina Nadia dan Siti Norsyafika pula berjaya mendapat penarafan Perak.

Program Intervarsity Young Motivator Competition (I-MAC) 2024

UTeM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi dan Majlis Kaunseling Universiti Awam Malaysia (MAKUMA) telah berjaya menganjurkan Intervarsity Young Motivator Competition (I-MAC) 2024 dari 2 hingga 5 Disember. Acara ini menyaksikan penglibatan pelajar dalam mempamerkan bakat sebagai motivator muda yang berinspirasi. UTeM, KPT dan MAKUMA terus komited dalam melahirkan pemimpin muda berkualiti dan berimpak tinggi dalam kalangan pelajar.

Program Jom Briskwalk Bersama Naib Canselor UTeM

Program Jom Briskwalk Bersama Naib Canselor UTeM turut disertai oleh staf PPSKR. Penyertaan staf PPSKR dalam program ini adalah untuk memberi peluang kepada staf PPSKR beriadah dengan briskwalk setelah seharian penat bekerja. Program ini juga secara langsung mengeratkan silaturahim sesama staf PPSKR itu sendiri dan silaturahim antara PTj/PBU lain. Di akhir program, pihak penganjur menyediakan buah-buahan seperti durian dan rambutan untuk dimakan bersama.

Program Kampung Angkat Madani-UTeM: Kampung Bukit Nibong, Ayer Molek, Melaka

Program pemindahan ilmu dan teknologi daripada universiti kepada masyarakat. 4 Program telah dijalankan bersama komuniti Kampung Bukit Nibong.

  1. Program Digital Niaga, Guna Teknologi Cipta Kejayaan
  2. Minyak Masak Terpakai: Jangan Buang, Jana Pendapatan
  3. Program STEM Pemindahan Kepakaran Kejuruteraan Mahasiswa
  4. CSR- Kaki Palsu Cetakan 3D

Program Kembara Usahawan Halal @ Halal Hub Melaka

Program ini merupakan pendedahan kepada peserta mengenai ilmu baru dalam penyediaan makanan halal, prosedur mendapatkan pengiktirafan halal dan teknologi penghasilan makanan halal yang berkualiti.

Program Kesedaran Solar Rakyat

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Gading Kencana Sdn. Bhd, sebuah syarikat swasta yang terbesar mengendalikan solar di Malaysia.  Penceramah yang dijemput iaitu Dato' Dr. Ir. Guntur Mansor Tobeng menceritakan mengenai perkembangan tenaga solar di Malaysia dan staf yang hadir mengetahui cara-cara bagaimana rumah-rumah di Malaysia boleh memiliki solar.

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko
Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia


Tel: 062292343    Faks: 06-270 1065    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

© UTeMSDG. All rights reserved.