Kelestarian alam didefinisikan sebagai interaksi bertanggungjawab dengan alam sekitar untuk mengelak pengurangan atau penurunan sumber semula jadi, serta memungkinkan untuk menjaga kualiti persekitaran jangka panjang. Amalan kelestarian alam sekitar membantu memastikan keperluan penduduk masa kini dapat dipenuhi tanpa menjejaskan kemampuan generasi akan datang memenuhi keperluan mereka.
UTeM komited untuk menjaga kelestarian alam untuk mengimbangi antara aktiviti pembangunan dengan kemampanan alam sekitar dan ekosistem bagi menangani krisis alam sekitar yang kian berleluasa seperti isu pemanasan global, pencemaran dan kemerosotan sumber biodiversiti. Adalah menjadi tanggungjawab manusia selaku khalifah di atas muka bumi untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian alam sekitar terjamin. Tanggungjawab pelestarian alam sekitar telah disebut dengan jelas dalam surah Hud, ayat 61 yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi dan menghendaki kamu memakmurkannya”.
Kelestarian alam di UTeM fokus kepada tiga ( 3 ) perkara utama iaitu:
Tiga fokus utama kelestarian alam ini secara khusus di selaraskan dari segi aktiviti dan pelaksanaannya pelbagai aktiviti dan program oleh Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi) UTeM.
Hubungi Kami
Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia Tel: 06-270 4023 Faks: 06-270 1065 E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.