Majlis ini diadakan untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan serta pencapaian cemerlang kakitangan universiti dalam membantu membangunkan dan memajukan pengurusan UTeM. Anugerah ini terbuka dan semua individu boleh menerimanya tanpa mengira latar belakang, jantina dan pendidikan.
Pameran Maya PLH adalah inisiatif bagi mewujudkan ruang dan peluang untuk keterlibatan pengunjung maya tanpa perlu berada secara fizikal di PLH.
Pameran ini memaparkan maklumat berkenaan peranan PIDM dalam mentadbir Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans untuk melindungi consumer kewangan kewangan di Malaysia dan pemilik sijil takaful dan polisi insurans. Pameran secara maya ini.
Program kolaborasi FPTT dan RICE di mana seramai 50 komuniti orang asli di Kuala Kubu Baharu mempelajari ilmu pemasaran daripada 4 orang pelajar dari Kelab TeMAN
Sepanjang program diadakan, para pelajar berkongsi ilmu pemasaran kepada komuniti orang asli ini yang rata-ratanya adalah merupakan surirumah dan golongan belia yang mempunyai perniagaan kecil kecilan.
Melalui program ini, pelajar diberi pendedahan khas kepada komuniti dan menyumbang terus kepada golongan setempat. Perbezaan latarbelakang diri dan budaya bukan penghalang untuk universiti dan komuniti terus bekerjasama dan saling bantu membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.
Program UTeM Membaca 2024 dianjurkan oleh Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), bertujuan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan warga universiti. Program ini menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik dan interaktif untuk menggalakkan minat membaca, termasuk sesi bedah buku, perbincangan buku, dan pelbagai aktiviti literasi yang lain. Dengan tema "Membaca untuk Masa Depan," disamping sebagai asas kepada pembelajaran sepanjang hayat