Skip to main content

Menu Mobile

Anugerah Khas Tun Canselor

Anugerah ini adalah di antara satu anugerah yang diberi kepada PTj/PBU yang cemerlang perkhidmatannya untuk tahun 2024 sehingga layak dianugerahkan Anugerah Khas Tun Canselor.  Anugerah ini dimenangi oleh CENSEi dan mendapat wang sebanyak RM4,000 dan piala.

Audit Matrik Penilaian Pengurusan Tenaga PTj (MaPTeP) Bangunan Pejabat Pembangunan

Sesi penilaian telah dijalankan oleh Jawatankuasa Pengurusan Tenaga UTeM iaitu Prof. Madya Dr. Tee Boon Tuan dan Dr. Sharatul Izah binti Samsudin bagi melihat sejauhmana keberkesanan pelaksanaan pengurusan tenaga di setiap PTj di UTeM.  Pelaksanaan Pengurusan Tenaga PTj secara menyeluruh amat penting bagi merancakkan lagi kesedaran dan pembudayaan penjimatan tenaga di kalangan warga UTeM.

Bengkel Perancangan Pelan Strategik Tahun 2026-2030 UTeM Siri 1

Penganjuran bengkel ini menghimpunkan pihak pengurusan tertinggi dan wakil dari setiap PTj dan PBU untuk bersama-sama merangka hala tuju strategik universiti bagi tempoh lima tahun akan datang, dengan aspirasi untuk terus menjadi pemimpin dalam pendidikan teknikal bertaraf dunia. Melalui perbincangan yang terbuka dan kolaboratif ini, menilai pencapaian terdahulu dan mengenal pasti peluang baharu bagi mencipta lebih banyak impak positif kepada universiti, masyarakat, industri dan global.

Gotong Royong Madani

Ikon TUAH UTeM perlu memenuhi kriteria 8 dimensi TUAH dan salah satu dimensi dalam melahirkan pelajar yang aktif di dalam aktiviti kesukarelawanan. UTeM iaitu FTKEK telah dijemput oleh pihak Sekolah Kebangsaan Berisu untuk bersama-sama di dalam menjayakan Program Gotong Royong Madani pada 8 Jun 2024.

Program sebegini adalah penting bagi merapatkan hubungan jalinan di antara Universiti dan komuniti setempat terutama di dalam bidang kesukarelawanan. Seramai 40 orang pelajar FTKEK telah bersama-sama menjayakan program ini.

Knowledge Sharing Transfer Program (KSTP) & Projek Komuniti ‘Beach Cleanup’ Pantai Siring dan Pulau Burung, Serkam, Jasin Melaka

Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka telah menganjurkan Knowledge Sharing Transfer Program (KSTP) & Projek Komuniti ‘Beach Cleanup’ Pantai Siring dan Pulau Burung, Serkam, Jasin Melaka bagi menyemai kesedaran kepada golongan sasar untuk mencintai keindahan alam sekitar sekaligus melestarikan pantai dan pulau yang berpotensi sebagai tarikan pelancong di negeri Melaka.

Knowledge Sharing Transfer Program (KSTP) Bengkel dan Pertandingan Robotik (DRON) Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Melaka Tahun 2024

Bengkel dan pertandingan yang diketuai oleh Ts. Aminurrashid bin Noordin (Ketua RG Dai-Tech) ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Pelajar-pelajar ini telah didedahkan kepada teknologi Dron melalui taklimat dan seterusnya dipecahkan kepada kumpulan rendah dan menengah untuk melibatkan diri dalam pemasangan dan pertandingan Dron secara berkumpulan.

KSTP Inovasi, Teknologi Dan Komersial Dalam Komuniti Di Minggu Sains Negara (MSN) Peringkat Negeri Melaka

UTeM menerusi Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE-Melaka sebagai rakan kolaborasi Minggu Sains Negara (MSN) peringkat Negeri Melaka yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA telah dijemput untuk melaksanakan program KSTP Inovasi, Teknologi dan Komersial sebagai salah satu pengisian aktiviti yang antara lainya mensasarkan objektif MSN iaitu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan STI dalam kehidupan seharian.

Lawatan Pemantauan Program Pendayaan Komuniti Universiti Awam (Komuniti@UniMADANI), Kementerian Kewangan Malaysia

Lawatan pemantauan untuk Program Komuniti Universiti Awam (Komuniti @Unimadani) dari Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) bersama Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka telah berjaya dilaksanakan. Lawatan bertujuan menilai pelaksanaan Program Komuniti@UniMADANI, memantau keberkesanan inisiatif pendayaan komuniti serta memastikan program dilaksanakan selaras dengan objektif nasional ke arah pembangunan komuniti yang inklusif, sejahtera dan mampan.

Misi Bantuan Banjir UtTeM Prihatin

UTeM membuktikan komitmennya terhadap kebajikan dan kesejahteraan masyarakat melalui Misi Bantuan Banjir di Kelantan baru-baru ini. Misi ini melibatkan kekuatan seramai 30 pelajar, 10 staf UTeM, dan 2 pelajar mobiliti dari Indonesia yang berganding bahu dalam misi penuh bermakna ini.

Misi Kembara Persaudaraan Islam UTeM-Kemboja tahun 1445H / 2024M

Perlaksanaan program Ibadah Korban dan kebajikan di peringkat antarabangsa di negara Kemboja. Wakaf Perigi turut dilaksanakan bagi pembekalan air bersih kepada komuniti setempat. Selain itu, fakir & miskin turut dibantu melalui pemberian sumbangan, pemberian daging korban serta sumbangan tunai. Sumbangan juga turut diberikan bagi pembangunan/ penambahbaikan sekolah setempat

Penyerahan Sumbangan Kipas Terpakai Kepada Pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)

Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka telah menyerahkan sebanyak 150 unit kipas terpakai kepada pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Program ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan untuk menyumbang keperluan asas dalam bentuk kipas angin terpakai yang masih berfungsi kepada JAIM. Sumbangan ini mencerminkan nilai kitar semula dan penggunaan semula (reuse) barangan yang masih elok sebagai pendekatan lestari dalam mengurangkan pembaziran.

Penyerahan Sumbangan Kipas Terpakai Kepada Sekolah Sekitar Daerah Negeri Melaka Di Bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka

Dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka telah melaksanakan aktiviti serahan kipas terpakai kepada semua sekolah daerah di Melaka bermula pada 21 hingga 26 Disember 2024 sebanyak 790 unit.
Inisiatif ini menyokong usaha memperbaiki persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan menerapkan nilai kelestarian melalui amalan guna semula barangan. Ia turut menjadi simbol solidariti masyarakat dalam menyokong sektor pendidikan, khususnya di peringkat akar umbi.

Perasmian Program Kampung Angkat Madani UTeM

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, merangkap Adun Ayer Molek sambil disaksikan oleh Prof. Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Perbincangan Kontrak SARE Bersama Resorvoir Link Sdn. Bhd.

Perbincangan ini diadakan bersama dengan Resovoir Link Sdn. Bhd. untuk bersama-sama mengambil tahu mengenai prosedur dan syarat yang perlu diambil oleh kedua-dua belah pihak untuk memastikan rancangan penjanaan solar dapat direalisasikan.

Program CSR Gotong-Royong Dan Pameran Bersama KSU KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Politeknik Melaka, Kolej Komuniti Masjid Tanah, Permuafakatan Penduduk Islam Kuala Sungai Baru, serta JAPERUN Kuala Linggi telah melaksanakan program CSR gotong-royong bagi membersihkan kawasan sekitar Kuala Sungai Baru.

Program ini turut diserikan dengan pameran produk dan inovasi kepada komuniti setempat. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KPT.

Inisiatif ini bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan dan memperkukuh jalinan kerjasama antara KPT, institusi pengajian tinggi dan masyarakat setempat.

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko
Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia


Tel: 06-270 4023    Faks: 06-270 1065    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

© UTeMSDG. All rights reserved.