Skip to main content

Menu Mobile

Audit Matrik Penilaian Pengurusan Tenaga PTj (MaPTeP) Bangunan Pejabat Pembangunan

Sesi penilaian telah dijalankan oleh Jawatankuasa Pengurusan Tenaga UTeM iaitu Prof. Madya Dr. Tee Boon Tuan dan Dr. Sharatul Izah binti Samsudin bagi melihat sejauhmana keberkesanan pelaksanaan pengurusan tenaga di setiap PTj di UTeM.  Pelaksanaan Pengurusan Tenaga PTj secara menyeluruh amat penting bagi merancakkan lagi kesedaran dan pembudayaan penjimatan tenaga di kalangan warga UTeM.

Audit Renewal EMGS 3 Bintang 2024 oleh MGTC

Program memaklumkan Universiti dalam proses memperbaharui pensijilan Energy Management Gold Standard (EMGS) dari ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS). Warga Universiti adalah dimohon untuk memberi kerjasama yang baik dan antara aspek yang akan dinilai adalah seperti kesedaran dan kefahaman warga Universiti kepada kecekapan tenaga; pengendalian operasi yang melibatkan penggunaan tenaga dengan cara yang cekap; keterlibatan PTj dalam melaksanakan amalan cekap tenaga; dan lain-lagi.

Bengkel Canva dan Shortcut Microsoft

Kursus Canva membantu staf dan PLH menguasai Canva, platform reka bentuk grafik dalam talian yang mesra pengguna, membolehkan mereka mencipta reka bentuk visual menarik tanpa kemahiran khusus. Kursus Shortcut Microsoft meningkatkan produktiviti staf dengan mengajarkan pintasan papan kekunci dan trik dalam aplikasi seperti Word, Excel, dan PowerPoint, membolehkan mereka bekerja lebih cepat dan efisien.

Bengkel Semakan Dokumen Cadangan Pembangunan Kolej Kediaman Pelajar UTeM

UTeM dalam pelaksanaan perancangan pembangunan kolej kediaman pelajar dan usaha yang sedang dijalankan bersesuaian dengan inisiatif pembangunan kediaman pelajar secara kerjasama awam-swasta sebagaimana anjuran Kerajaan melalui Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.

PPP telah menerima Cadangan Pembangunan Kolej Kediaman Pelajar secara pajakan untuk dimiliki (Lease to Own) yang dikemukakan oleh Syarikat MARA Incorporated Sdn. Bhd. (MARA) dan cadangan dari Profil Makmur Sdn Bhd.

Bengkel Semakan Dokumen Cadangan Pembangunan Kolej Kediaman Pelajar UTeM Bersama Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Objektif bengkel adalah untuk meningkatkan kefahaman terhadap proses perolehan bagi pembangunan kolej kediaman pelajar melalui kerjasama awam swasta secara PFI.
 
PPP dan PPF mencadangkan perancangan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang bagi perkembangan kolej kediaman pelajar dalam Kampus Induk UTeM dengan sasaran untuk menampung anggaran 26,250 pelajar atau 70% daripada jumlah jangkaan enrolmen seramai 37,500 pelajar menjelang tahun 2030.

Hari Kitar Semula UTeM

Pejabat Audit Dalam menyertai dan menyokong program yang dianjurkan oleh CENSEIProgram ini memupuk kesedaran dan amalan kitar semula dalam kalangan staf Pejabat Audit Dalam.

Jualan Perabot Rahmah Untuk Penutupan Stor Pusat

Program Jualan Perabot Rahmah kepada Staf UTeM telah berjaya diadakan yang bertempat di premis Stor Pusat, Kampus Teknologi UTeM. Program ini telah memberi manfaat kepada lebih 500 orang staf UTeM membeli item terpakai dengan harga jualan RM1 setiap item Dianggarkan sebanyak 1,315 unit item terjual. Kontrak penyewaan bagi stor pusat bakal tamat pada 1 Ogos 2024 dan sebagai langkah penjimatan ruang dan strategi pengurusan risiko, UTeM bersetuju penyewaan Stor Pusat ini tidak disambung.

Kursus pengendalian dron dijalankan di Kilang Pengajaran

Kursus pengendalian dron ini dijalankan selama 3 hari di Kilang Pengajaran merangkumi a) Introduction to drone and agencies involved in Malaysia, b) Simulator and indoor drone handling, c) Outdoor drone flying, d) Drone maintenance.

Pelupusan Buangan Terjadual di UTeM

Sesi Pelupusan Buangan Terjadual telah dijalankan di Kampus Induk (FTKM, FTKIP, PKU, FTKEK, FTKE & PPF)) dan Kampus Teknologi (FTKIP, FTKEK & Stor Pusat). Pelupusan Buangan Terjadual di UTeM dilaksanakan bagi memastikan sisa kimia dan bahan berbahaya yang dihasilkan oleh makmal, bengkel, dan fasiliti universiti dilupuskan secara selamat dan mematuhi peraturan Jabatan Alam Sekitar (JAS), sejajar dengan komitmen UTeM terhadap pengurusan sisa yang bertanggungjawab dan kelestarian alam sekitar.

Penarafan UI GreenMetric

Setiap tahun UTeM menyertai penarafan UI GreenMetric.  Untuk tahun 2024, UTeM telah mendapat tempat ke 102 di dunia bererti kedudukan ke 5 di Malaysia.  Penarafan ini menilai komitmen universiti terhadap kelestarian alam sekitar berdasarkan enam kriteria utama termasuk infrastruktur hijau, tenaga, air, sisa, pengangkutan, dan pendidikan untuk pembangunan mampan.

Penyerahan Sumbangan Kipas Terpakai Kepada Pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)

Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka telah menyerahkan sebanyak 150 unit kipas terpakai kepada pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Program ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan untuk menyumbang keperluan asas dalam bentuk kipas angin terpakai yang masih berfungsi kepada JAIM. Sumbangan ini mencerminkan nilai kitar semula dan penggunaan semula (reuse) barangan yang masih elok sebagai pendekatan lestari dalam mengurangkan pembaziran.

Penyerahan Sumbangan Kipas Terpakai Kepada Sekolah Sekitar Daerah Negeri Melaka Di Bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka

Dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka telah melaksanakan aktiviti serahan kipas terpakai kepada semua sekolah daerah di Melaka bermula pada 21 hingga 26 Disember 2024 sebanyak 790 unit.
Inisiatif ini menyokong usaha memperbaiki persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan menerapkan nilai kelestarian melalui amalan guna semula barangan. Ia turut menjadi simbol solidariti masyarakat dalam menyokong sektor pendidikan, khususnya di peringkat akar umbi.

Pertandingan Pembudayaan Amalan Hijau PTj UTeM

CENSEi telah menganjurkan Pertandingan Pembudayaan Amalan Hijau di PTj UTeM.  Semua pemenang akan ke pejabat CENSEi untuk tuntut hadiah mereka.  Pertandingan ini terbuka kepada semua melalui PTj. pertandingan ini dianjurkan bagi menggalakkan setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) mengamalkan budaya hijau dalam operasi harian, merangkumi penjimatan tenaga, pengurusan sisa lestari dan penggunaan sumber secara berhemah ke arah kampus yang lebih mampan dan mesra alam.

Plogging at UTeM

Program ini bertujuan untuk mengutip dan membersihkan sisa-sisa pepejal yang berada di sekitar kawasan rekreasi tasik bagi mewujudkan persekitran yang bersih dan nyaman.

Program Ekspedisi Lestari : Teroka Alam di Sekolah Kebangsaan Gangsa & Sekolah Kebangsaan Paya Rumput

Program ini adalah kerjasama PTHM dan UTeM dengan disertai oleh 2 buah sekolah melibatkan 85 orang pelajar dan 10 orang guru dari SK Gangsa manakala 120 orang pelajar dan 15 orang guru dari SK Paya Rumput.  Program

pemindahan ilmu ini dimanfaatkan sewaktu kokurikulum sekolah bertujuan untuk membina pengetahuan yang kukuh dengan mendedahkan kepentingan ekosistem, biodiversiti dan isu semasa yang melibatkan alam sekitar dan menyemai pendidikan lestari di peringkat akar umbi.

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko
Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia


Tel: 06-270 4023    Faks: 06-270 1065    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

© UTeMSDG. All rights reserved.