Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka telah menganjurkan Knowledge Sharing Transfer Program (KSTP) & Projek Komuniti ‘Beach Cleanup’ Pantai Siring dan Pulau Burung, Serkam, Jasin Melaka bagi menyemai kesedaran kepada golongan sasar untuk mencintai keindahan alam sekitar sekaligus melestarikan pantai dan pulau yang berpotensi sebagai tarikan pelancong di negeri Melaka.
Inisiatif ini menunjukkan komitmen UTeM dan FTKE dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyokong aspirasi kerajaan selain meningkatkan visibiliti dan mempromosikan UTeM di kalangan masyarakat setempat.
Program ini adalah sebahagian daripada program di bawah inisiatif Santuni MADANI yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan sedang dilaksanakan di seluruh negara untukmengenal pasti masalah sosioekonomi dan membantu masyarakat setempat dengan isu yang dihadapi.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama UTeM , UiTM, Politeknik Melaka, Kolej Komuniti Masjid Tanah, PermuafakatanPenduduk Islam Kuala Sungai Baru, JAPERUN Kuala Linggi, telah melaksanakan program CSR gotong royong membersihkan kawasan di Kuala Sungai Baru. Program ini telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KPT.
Program Save The Panda Run 2024 yang telah berlangsung pada 14 Disember 2024 di sekitar Kampus Induk UTeM dan bermula dan berakhir di kawasan parkir Dewan Canselor UTeM. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (HEPA) dan turut dihadiri Dekan FPTT. Program ini bermatlamat untuk menyemai kesedaran kepada para peserta akan kepentingan untuk menghargai alam sekitar serta memupuk sifat sayangkan hidupan liar khususnya panda. Program ini telah disertai hampir 500 orang peserta yang te