Program 10th TMAC Design Workshop dianjurkan bersama oleh Tokushima University UTeM Academic Centre (TMAC) Malaysia, Society of Manufacturing Engineers Technologists (SMET), FTKIP UTeM dengan kerjasama Tokushima University (TU) dan Okayama Prefectural University (OPU), Jepun bertujuan menyediakan pelajar-pelajar FTKIP serta pelajar TU dan lain-lain institusi yang terlibat dalam menjalinkan hubungan kerjasama serta meningkatkan kemahiran insaniah di kalangan Mahasiswa.
Sepanjang persidangan ini, sebanyak lima puluh tiga (53) kertas kerja telah dibentangkan dan untuk makluman semua, kesemua kertas kerja yang diterima dan dibentangkan dalam persidangan ini akan diterbitkan dalam IEEE Xplore (Scopus Index). Penganjuran ICTeD ini adalah untuk menyemarak aktiviti penyelidikan dalam kalangan staf akademik UTeM khususnya dan juga memberi laluan kepada para akademik untuk berkongsi idea dan mempelbagaikan pencapaian mereka dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
Program "ACM Digital Library Training 2024" oleh Perpustakaan Laman Hikmah, UTeM, bertujuan memperkenalkan dan mempromosikan penggunaan perpustakaan digital ACM kepada pensyarah, pelajar, dan penyelidik di UTeM. Program ini menyediakan sesi latihan komprehensif untuk membantu pengguna memahami dan memanfaatkan sepenuhnya sumber-sumber di ACM Digital Library, yang merupakan perpustakaan digital terkemuka dalam bidang pengkomputeran dan teknologi maklumat.
Seramai 44 peserta yang terdiri daripada penyelidik muda iaitu yang berkhidmat di UTeM kurang dari 3 tahun telah dijemput untuk hadir ke bengkel ini. Pengisian bengkel ialah pengenalan kepada CRIM, permohonan dan pengurusan geran dan panduan pemilihan jurnal bagi tujuan penerbitan, panduan penggunaan AI untuk pembangunan research proposal dan sesi perkongsian oleh Ir. Ts. Dr. Lailatul Harina Paijan tentang kejayaan memperoleh geran PJP dan FRGS dalam tempoh 3 tahun berkhidmat.
UTeM menerusi Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE-Melaka telah menyertai program ambassador Industrial Collaboration Programme (ICP) yang dianjurkan oleh KPT dan syarikat di bawah MOF iaitu Technology Despository Agency Berhad (TDA).
Program ICP merupakan satu inisiatif dari kerajaan untuk tambah nilai perolehan kerajaan bagi menbangunkan teknologi, industri dan ekonomi yang dikenal pasti kerajaan. Melalui program ICP ini, pihak dari IPT boleh menghantar cadangan projek-projek berkaitan pemindahan teknologi, TOT, TOK, R&D, pengkomersilan, dan lain-lain ke dalam dokumen tender perolehan kerajaan melalui TDA.
Pihak IPT yang berjaya akan menjalankan kerjasama dengan kontraktor atau industri yang berjaya di dalam perolehan tender tersebut. Program ini bertujuan untuk memberikan manfaat kepada ekonomi negara.
Bengkel BOS telah diadakan di antara ahli Mesyuarat Eksekutif FPTT, wakil pensyarah FPTT, wakil industri dan wakil alumni FPTT. Bengkel ini bertujuan untuk menyemak semula kurikulum program BTMS dan melihat releven program kepada industri masa kini.
Bengkel dan pertandingan yang diketuai oleh Ts. Aminurrashid bin Noordin (Ketua RG Dai-Tech) ini melibatkan 2 kategori iaitu Pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Pelajar-pelajar ini telah didedahkan kepada teknologi Dron melalui taklimat dan seterusnya melibatkan diri dalam pemasangan dan pertandingan. Program kerjasama bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Melaka ini dapat mengeratkan hubungan UTeM bersama komuniti dan seterusnya mempromosikan UTeM.
Perkongsian kepada penyelidik dan staf di UTeM dan USU berkaitan penyelidikan/kajian di Universiti masing-masing dan melihat secara terperinci peluang kerjasama bagi permohonan geran, penulisan bersama dan lain-lain mengikut bidang kepakaran RG di CARE dan lain-lain kepakaran di RG lain.
Seramai 26 Staf Akademik yang berkhidmat kurang dari tempoh 4 tahun telah terpilih menyertai Bengkel Mentor Mentee (Kertas Kerja Penyelidikan) di bawah Program Research Proposal Week (RPW) 2024. Bengkel kali ini adalah hasil kerjasama Majlis Profesor UTeM (MPU) dengan kehadiran 15 ahli MPU dan ahli bersekutu MPU selaku mentor. Dengan bimbingan mentor yang berpengalaman, diharapkan para peserta dapat menghasilkan kertas kerja penyelidikan yang berkualiti tinggi.
Program ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada para peserta tentang teknik-teknik pembuatan sabun menggunakan hampas kopi.
Program ini secara tidak langsung menyokong SDG 4 – Pendidikan Berkualiti, SDG 12 – Tanggungjawab kepada penggunaan dan pengeluaran lestari serta SDG 17 – Rakan Kerjasama dan Matlamat
Bengkel pemurnian dokumen MQA 1 ini telah diadakan bersama pakar bidang bagi program Master of Business Administration (MBA) bagi mod penyampaian open distance learning (MTKL). Bengkel ini bertujuan mendapatkan maklum balas dan nasihat daripada pakar bidang untuk memperkukuhkan kandungan program tersebut.
Tujuan bengkel ini dilaksanakan bagi memberi kefahaman kepada warga UTeM mengenai kriteria dalam penarafan global, meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan aspek penyelidikan, inovasi dan reputasi antarabangsa dalam penarafan dan mempelajari amalan terbaik dari UMPSA dalam meningkatkan kedudukan penarafan universiti. Bengkel ini dilaksanakan dengan kerjasama antara pihak UTeM dengan UMPSA.
Bengkel yang dianjurkan pada 6 November 2024 ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi penyeliaan pascasiswazah dalam kalangan pensyarah IPTK. Pada program kali ini IPTK bertuah kerana dapat berkongsi ilmu dengan Timbalan Naib Canselor (Akademik), Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Dr,. Ismi Arif Ismail. Beliau berkongsi akan tips dan nasihat untuk menghadapi isu dan permasalahan khususnya yang terkait dengan sistem dan pelajar.
Bengkel ini telah dihadiri oleh semua PTj merangkumi perancangan permohonan projek dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) bagi tempoh 5 tahun merangkumi keperluan akademik, penyelidikan & inovasi serta keperluan hal ehwal pelajar dan komuniti.
Tujuan Bengkel Pengesahan Data Migrasi Untuk Sistem Outcome Based Education (OBE) 2.0 UTeM ini adalah memastikan semua program prasiwazah membuat pengesahan data yang perlu dimigrasi dari Sistem OBE V1.0 ke OBE V2.0 melibatkan kohort pelajar yang dicadangkan bermula 2019/2020. Pelarasan data dilaksanakan dalam format yang seragam untuk memudahkan pihak pembangunan sistem melakukan proses migrasi data.
Penganjuran bengkel ini menghimpunkan pihak pengurusan tertinggi dan wakil dari setiap PTj dan PBU untuk bersama-sama merangka hala tuju strategik universiti bagi tempoh lima tahun akan datang, dengan aspirasi untuk terus menjadi pemimpin dalam pendidikan teknikal bertaraf dunia. Melalui perbincangan yang terbuka dan kolaboratif ini, menilai pencapaian terdahulu dan mengenal pasti peluang baharu bagi mencipta lebih banyak impak positif kepada universiti, masyarakat, industri dan global.
Bengkel ini disampaikan oleh En. Ainuddin bin Abu Kasim, Pengarah Pejabat Pengurusan Fasiliti. Bengkel ini menggalakkan penyertaan dan kerjasama di antara majikan dan pekerja untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melalui JKKP di setiap pejabat. Menyediakan forum komunikasi 2 (dua) hala antara majikan dan pekerja dalam perkembangan dan penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
UTeM dalam pelaksanaan perancangan pembangunan kolej kediaman pelajar dan usaha yang sedang dijalankan bersesuaian dengan inisiatif pembangunan kediaman pelajar secara kerjasama awam-swasta sebagaimana anjuran Kerajaan melalui Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.
PPP telah menerima Cadangan Pembangunan Kolej Kediaman Pelajar secara pajakan untuk dimiliki (Lease to Own) yang dikemukakan oleh Syarikat MARA Incorporated Sdn. Bhd. (MARA) dan cadangan dari Profil Makmur Sdn Bhd.
Objektif bengkel adalah untuk meningkatkan kefahaman terhadap proses perolehan bagi pembangunan kolej kediaman pelajar melalui kerjasama awam swasta secara PFI.
PPP dan PPF mencadangkan perancangan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang bagi perkembangan kolej kediaman pelajar dalam Kampus Induk UTeM dengan sasaran untuk menampung anggaran 26,250 pelajar atau 70% daripada jumlah jangkaan enrolmen seramai 37,500 pelajar menjelang tahun 2030.
Bengkel SPSS telah diadakan bagi memberi bimbingan kepada pelajar tahun akhir FPTT bagi subjek Projek Sarjana Muda (PSM). Ia telah diadakan pada 20/11/24. Tujuan bengkel ini adalah untuk memberikan sumber daya dan sokongan yang berstruktur kepada pelajar bagi melaksanakan projek penyelidikan mereka. Bengkel ini memberi tumpuan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran teknikal bagi data analisis, dan memperbaiki kebolehan pengurusan projek mereka.