Skip to main content

Menu Mobile

Iftar Perdana FPTT 2024

Program Iftar Perdana FPTT merupakan program berbuka puasa yang dilakukan setiap tahun. Program ini berbentuk menjamah juadah makanan bersama-sama pelajar dan kakitangan FPTT di bulan ramadhan.

Program yang akan diadakan Allah merupakan program bagi meringankan beban pelajar sepanjang bulan Ramadhan. Program ini akan diadakan pada 27 Mac 2024 dan bertempat di kafeteria kampus FPTT, UTeM.

Objektif utama program diadakan adalah untuk meringankan beban para pelajar FPTT bagi membeli juadah untuk berbuka puasa dan mengeratkan bubungan sesama pelajar dan kakitangan FPTT, menormalisasikan warga FPTT yang prihatin dan mengambil berat akan bebanan pelajar FPTT. dan menibina hubungan antara pihak fakutti dengan pelajar FPTT tanpa mengira kaum dan wama kulit.

Majlis Iftar Canselori

Program diadakan bagi menyediakan makanan yang selamat dan berkhasiat untuk berbuka puasa

Majlis Iftar Penerbit

Majlis Iftar ini adalah salah satu dari agenda “bonding strategy” sesama warga Team Penerbit UTeM bagi mengukuhkan ukhwah seterusnya dapat membawa impak positif dalam urusan pentadbiran & pelaksanaan tugasan. 

Majlis Sambutan Aidilfitri IPTK & SPS

Majlis sambutan Aidilfitri 1445H ini menyatukan kerjasama di antara IPTK dan SPS. Program seumpama ini juga dapat merapatkan silaturrahim di antara staf, pengurusan tertinggi dan turut menyantuni pelajar-pelajar pasca sarjana UTeM.

Menyantuni Pelajar Baharu B40 UTeM

YBhg. Datuk TNC HEPA UTeM mewakili YBhg. Datuk Naib Canselor UTeM, telah menyantuni seorang calon pelajar UTeM B40, Dharshini Subramaniam. Menyelami keperitan Dharshini yang merupakan seorang  anak yatim dan tinggal bersama ibunya yang merupakan OKU masalah penglihatan dan abang pula terlibat dalam kemalangan. Melalui lawatan ini, pelbagai sumbangan dan inisiatif kebajikan telah diserahkan. Diharapkan dengan sumbangan dan inisiatif kebajikan ini akan turut membantu mengurangkan beban Dharshini.

Minggu Kebajikan UTeMku Sayang: Menjuarai Khidmat Insani

Satu Majlis perasmian Minggu Kebajikan UTeMku Sayang: Menjuarai Khidmat Insani telah diadakan. Dalam majlis ini, pelbagai inisiatif kebajikan telah diumumkan, antaranya adalah pemberian zakat sebanyak RM10,000.00 sebagai sumbangan untuk membantu pelajar yang memerlukan. Selain itu, sebanyak 200 pek tuala wanita telah disampaikan bagi Teja's Kit. Bagi mahasiswa dan mahasiswi yang memerlukan bantuan makanan, penyampaian Foodbank juga dilaksanakan sebagai satu usaha murni untuk meringankan beban.

Misi Kembara Persaudaraan Islam UTeM-Kemboja tahun 1445H / 2024M

Perlaksanaan program Ibadah Korban dan kebajikan di peringkat antarabangsa di negara Kemboja. Wakaf Perigi turut dilaksanakan bagi pembekalan air bersih kepada komuniti setempat. Selain itu, fakir & miskin turut dibantu melalui pemberian sumbangan, pemberian daging korban serta sumbangan tunai. Sumbangan juga turut diberikan bagi pembangunan/ penambahbaikan sekolah setempat

Pasar Malam Mahasiswa UTeM

Program kerjasama antara Jawatankuasa Sementara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2023/2024 dan CREATE ini diadakan  pada setiap Hari Rabu sebanyak 10 kali. Melalui program ini bukan sahaja dapat diterapkan pembudayaan keusahawanan, malah para pelajar UTeM turut berpeluang bekerja di kampus (job on campus) di mana setiap peniaga perlu mengambil sekurang-kurangnya 2 orang pelajar UTeM untuk bekerja atau membantu mereka.

Program 3R – Reflect, Reboot & Revive

Program ini telah diadakan di Tampin Waterpark, Hutan Lipur Gunung Tampin, Negeri Sembilan. Program ini melibatkan 30 orang pelajar FTKE UTeM dan bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar dalam pelajaran dan prestasi akademik mereka.Program ini diadakan bagi menyokong pelajar dalam usaha memperbaiki pencapaian akademik dan membina semangat serta hala tuju yang lebih positif

Program Bacaan Yassin, Jamuan Mesyuarat & Sambutan Hari Lahir

Program Bacaan Yassin, Jamuan Mesyuarat & Sambutan Hari Lahir ini diadakan bagi mengukuhkan ikatan silatulrahim antara staf selain menyemai aspek kerohanian. Adalah penting untuk memastikan staf dapat bekerja dalam suasana yang harmoni serta menjamin organisasi yang kukuh.

Program Building Bonds , Changing Lives

Program Building Bonds , Changing Lives ini telah diadakan di Masjid Muhammadi Angkasapuri RTM bagi aktiviti memasak dan agihan bubur lambuk serta agihan pek makanan kepada staf RTM yang asnaf atau kurang berkemampuan.

Program CSR Pejabat PUU (staf)

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk berkongsi makanan kepada staf Pejabat Keselamatan yang bertugas 24 jam menjaga keselamatan warga dan harta benda Universiti.

Program Jalinan Kasih Door 2 Door

Program ziarah & menyantuni warga UTeM yang memerlukan. Warga yang disantuni juga terdiri daripada balu-balu warga UTeM yang telah meninggal dunia. Warga terbabit diberikan sumbangan tunai serta barangan keperluan harian

Program Jom Briskwalk Bersama Naib Canselor UTeM

Program Jom Briskwalk Bersama Naib Canselor UTeM turut disertai oleh staf PPSKR. Penyertaan staf PPSKR dalam program ini adalah untuk memberi peluang kepada staf PPSKR beriadah dengan briskwalk setelah seharian penat bekerja. Program ini juga secara langsung mengeratkan silaturahim sesama staf PPSKR itu sendiri dan silaturahim antara PTj/PBU lain. Di akhir program, pihak penganjur menyediakan buah-buahan seperti durian dan rambutan untuk dimakan bersama.

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko
Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia


Tel: 06-270 4023    Faks: 06-270 1065    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

© UTeMSDG. All rights reserved.