Anugerah Sukan UTeM (MASUTeM) 2023
Memberikan penghargaan kepada para Atlet Pelajar dan Staf. Para atlet2 ini telah mengharumkan lagi nama UTeM.
- 8 Kategori Anugerah kepada Pelajar
- 6 Kategori Anugerah kepada Staf
Memberikan penghargaan kepada para Atlet Pelajar dan Staf. Para atlet2 ini telah mengharumkan lagi nama UTeM.
Audit kunci merupakan 1 daripada keperluan seperti mana arahan yang termaktub di dalam Arahan Keselamatan (pindaan 2018). Pelaksanaan audit kunci adalah melibatkan keseluruhan bangunan di Kampus Induk dan Kampus Teknologi yang dipertanggungjawabkan kepada 24 PTj dan 22 PBU.
Bengkel ini diadakan bertujuan membentuk persekitaran tempat kerja yang sistematik dan efektif serta mengelakkan sebarang risiko yang bakal dihadapi oleh pekerja. Bengkel ini akan memberi pendedahan kepada peserta bagi langkah-langkah mengenalpasti hazard, penaksiran risiko dan kawalan risiko di tempat kerja dengan menggunakan kaedah yang seperti di garis panduan keselamatan.
Peserta dapat mengetahui pendekatan yang mudah dalam mengenalpasti hazard, penaksiran risiko dan kawalan risiko di tempat kerja serta dapat menguruskan hazard dan risiko dengan lebih berkesan
Bengkel ini disampaikan oleh En. Ainuddin bin Abu Kasim, Pengarah Pejabat Pengurusan Fasiliti. Bengkel ini menggalakkan penyertaan dan kerjasama di antara majikan dan pekerja untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melalui JKKP di setiap pejabat. Menyediakan forum komunikasi 2 (dua) hala antara majikan dan pekerja dalam perkembangan dan penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Mempromosikan gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan antara staf perpustakaan dan komuniti. Berikut adalah tujuan utama program ini:
Meningkatkan Kesihatan Fizikal: Menggalakkan aktiviti fizikal yang mudah dan berkesan seperti brisk walk untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan keseluruhan.
Mengukuhkan Hubungan Komuniti: Memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi dan berkenalan dengan Ketua Pustakawan serta rakan sekerja dalam suasana yang santai dan mesra.
Pejabat TNC (A&A) telah menganjurkan Program Brisk Walk Naib Canselor bersama Pejabat TNC (A&A) UTeM di sekitar kampus bagi mengeratkan hubungan ukhwah warga UTeM dan melakukan aktiviti gaya hidup sihat dan memeriahkan lagi suasana.
Program ini tidak hanya mencerminkan komitmen staf Pejabat Keselamatan terhadap kesihatan dan kecergasan anggota, staf dan komuniti universiti, tetapi juga memupuk semangat kebersamaan dan kekompakan di kalangan semua peserta. Program briskwalk ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, tetapi juga memberi peluang untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara lebih dekat dengan staf-staf lain.
Pada jam 9.30 pagi sehingga 10.30 pagi tadi, pasukan pencegahan denggi PKU telah membuat aktiviti CARI DAN MUSNAH tempat pembiakan nyamuk aedes dan juga aktiviti larvaciding untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes di sekitar Kolej Kediaman Satri dan Kolej Kediaman Al-Jazari.
HBP Tahun 2024 telah berjalan dengan lancar dengan penyertaan warga kampus hampir 300 orang dan 120 pelawat termasuk agensi keselamatan, wakil UA dan pelawat luar. Program telah dimulakan dengan Perbarisan PB UTeM yang dihadiri oleh YBrs En Masdzarif bin Mahat, Ketua Pegawai Operasi UTeM dan diteruskan dengan Pameran statik, Kaunter Pengurangan Saman Trafik PDRM/Lalu Lintas UTeM, Pertandingan Street Soccer, Pertandingan Obstacles Challenge, UKJK Challenges, webinar "AI in leading zeri crimes and
Memberikan info berkaitan dengan kesejahteraan psikologi kepada staf agar dapat membantu diri dan rakan sekerja.
Program ini bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar Ph.D yang telah bergraduan .
Pada 3 September 2024 telah diadakan program Jom Briskwalk Bersama Bendahari UTeM. Program telah diadakan pada jam 5.00 petang dan berakhir sehingga jam 6.00 petang. Alhamdulillah cuaca baik sepanjang program dijalankan.
Laluan briskwalk adalah sekitar Kampus UTeM yang mana meliputi laluan sejauh 3.8km. Antara tujuan program ini diadakan adalah bagi memupuk gaya hidup sihat di kalangan ahli KEJARI di samping merapatkan ukhwah sesama ahli.
Selain daripada itu, KEJARI juga telah mengadakan sesi
Pejabat Bendahari UTeM berjaya merangkul gelaran Juara Bersama Keseluruhan bagi Karnival sukan Bendahari MTUN kali ke-3 Tahun 2024
2 PINGAT EMAS
2 PINGAT PERAK
1 PINGAT GANGSA
Terima kasih & Syabas diucapkan kepada Tuan Rumah Pejabat Bendahari Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) atas kejayaan penganjuran Karnival Sukan Bendahari MTUN Kali Ke-3 Tahun 2024.
Program ini melibatkan kehadiran YBhg. Prof. Datuk Ts Dr Massila Binti Kamalrudin bersama dengan pegawai kanan Universiti (Formula 1), staf pelaksana dan pelajar. Seramai 5 pegawai dan 6 anggota keselamatan telah dipertanggungjawabkan bagi memastikan keselamatan individu dan kelancaran lalulintas sepanjang program berlangsung. Selain itu, Pejabat Keselamatan telah dipertanggungjawabkan untuk memimpin pergerakan semua peserta dengan jarak 3.5 km
Kejohanan ini diadakan kan untuk memupuk hubungan yang erat antara staf dan juga amalam gaya hidup sihat
UTeM telah menghantar penyertaan bagi kejohanan Golf IPTA di UUM pada 16 - 20 Oktober 2024
Berikut Adalah Keputusan Pertandingan
Kategori Kontinjen Universiti Awam Berpasukan :
Tempat Ke 14 Dari 22 Pasukan
Kategori Nett :
Pasukan A : Tempat Ke 15 Dari 30 Pasukan
Pasukan B : Tempat Ke 24 Dari 30 Pasukan
Keputusan Acara Net (Individu) :
Dr Radzuan Bin Nordin - Tempat Ke 40 Dari 125
Keputusan Acara Vip Net (Individu) :
Ybrs Dr Zahri Bin Yunos (Ahli Lembaga Pengarah) - Tempat Ke 38 Dari 41
Kejohanan ini adalah Kali Ke 7 yang melibatkan 3 Pasukan Alumni dikalangan Alumni KUTKM 2005 hingga UTeM 2024 Dan 4 Pasukan Pelajar UTeM .
Terdapat 15 Jawatankuasa yang telah dibentuk bagui membantu menjayakan kejohanan ini.
Kejohanan ini mendapat kerjasama dan sokongan dari Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM serta PBU di bawah bidang kuasa HEPA iaitu Centre of Alumni, Career & Employability, UTeM & Pusat Sukan UTeM , serta Alumni Hoki UTeM Dan Kelab Hoki Staf UTeM
Pelajar yang terlibat ialah:
1. Veronica Racha anak Edmund
2. Nurul Athirah Mohd Noh
3. Muhammad Luqman Sa'adon
4. Siti Hajar Ibrahim
Kejohanan ini adalah kejasama Kelab Petanque UTeM dan Kelab Petanque Krubong dalam memartabatkan sukan Petanque di Melaka dan Malaysia amnya.
Objektif penganjuran program ini adalah bagi memberikan pendedahan penganjuran kepada pelajar dalam menganjurkan program sukan di kalangan pelajar.
Sebanyak 102 pasukan bertanding yang melibatkan 202 orang peserta dari seluruh negara bertanding merebut kejuaraan pada kali ini
Kelab Ping Pong Pelajar telah berjaya mengajurkan Kejohanan Ping Pong Piala Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM 2024.
Majlis perasmian telah dirasmikan oleh TNC HEPA UTeM YBhg. Profesor Madya Datuk Dr. Sabri bin Mohamad Sharif , Pengarah Pusat Sukan dan Penaja En.Norsyazani dari DKRB / Ping Port Melaka.
Kejohanan disertai 304 peserta dari Perak,Kuala Lumpur,Selangor, Negeri Sembilan,Johor dan Melaka dengan 3 kategori iaitu Berpasukan,Perseorangan MAKSAK dan IPT MELAKA.
dianjurkan sebagai platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat, mempererat hubungan antara pelajar, staf dan alumni, serta memupuk semangat kesukanan dan kebersamaan dalam kalangan warga UTeM. Program ini turut menyokong usaha memperkukuh jaringan alumni sebagai rakan strategik universiti.