Bengkel BOS telah diadakan di antara ahli Mesyuarat Eksekutif FPTT, wakil pensyarah FPTT, wakil industri dan wakil alumni FPTT. Bengkel ini bertujuan untuk menyemak semula kurikulum program BTMS dan melihat releven program kepada industri masa kini.
Kursus Canva membantu staf dan PLH menguasai Canva, platform reka bentuk grafik dalam talian yang mesra pengguna, membolehkan mereka mencipta reka bentuk visual menarik tanpa kemahiran khusus. Kursus Shortcut Microsoft meningkatkan produktiviti staf dengan mengajarkan pintasan papan kekunci dan trik dalam aplikasi seperti Word, Excel, dan PowerPoint, membolehkan mereka bekerja lebih cepat dan efisien.
Bengkel dan pertandingan yang diketuai oleh Ts. Aminurrashid bin Noordin (Ketua RG Dai-Tech) ini melibatkan 2 kategori iaitu Pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Pelajar-pelajar ini telah didedahkan kepada teknologi Dron melalui taklimat dan seterusnya melibatkan diri dalam pemasangan dan pertandingan. Program kerjasama bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Melaka ini dapat mengeratkan hubungan UTeM bersama komuniti dan seterusnya mempromosikan UTeM.
Bengkel ini bertujuan mendapatkan input dan menyelaraskan segala input berkaitan dasara/ proses pelaksanaan untuk pelaksanaan program ODL
Bengkel Lab to Market telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari dengan jayanya. Bengkel ini turut dikoordinasikan bersama oleh sekumpulan pensyarah dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan (FPTT) yang diketuai oleh Puan Mariam Miri, bermula dari 2 hingga 4 Disember 2024, bertempat di Bilik Seminar FPTT, UTeM.
Program ini bertujuan memperlengkapkan para penyelidik dengan pengetahuan asas dalam bidang perniagaan sebagai persediaan awal untuk mengangkat inovasi mereka ke peringkat pengkomersilan.
Latihan dan hebahan informasi berhubung program pengajian dan produk yang ditawarkan oleh UTeM.
Bengkel ini bertujuan memberi peluang kepada peserta yang terlibat dalam aktiviti promosi fakulti untuk mendapatkan maklumat terkini dan informasi tepat sebelum menjalankan aktiviti promosi melibatkan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam sama ada melalui SPM, STPM, Matrikulasi, Politeknik dan Diploma setarafnya.
Selain itu, bengkel ini juga sebagai persiapan kepada beberapa aktiviti promosi yang bakal disertai termasuk “ Jom Masuk U”, Program Karnival Kerjaya Kolej Matrikulasi, Program Outreach dan sebagainya.
Tujuan bengkel untuk mewujudkan satu buku yang digunakan untuk pengajar program TVET dalam mempertingkat dan mengekalkan kualiti P&P pengajar TVET setaraf dengan piawaian pendidik TVET global dengan kelayakan dalam kecekapan mengajar bagi memastikan penyediaan pengetahuan teknikal dan penguasaan kemahiran dalam teknikal dan pendidikan vokasional selari dengan keperluan pendidikan negara dan standard industri.
Program ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada para peserta tentang teknik-teknik pembuatan sabun menggunakan hampas kopi.
Program ini secara tidak langsung menyokong SDG 4 – Pendidikan Berkualiti, SDG 12 – Tanggungjawab kepada penggunaan dan pengeluaran lestari serta SDG 17 – Rakan Kerjasama dan Matlamat
Penyediaan Peraturan dan Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (Open Distance Learning) bagi Universiti Teknikal Malaysia Melaka bersama ketua PTj/PBU dan wakil, dimana kertas kerja ini akan dibentang untuk perakuan di dalam mesyuarat JKTSPA.
UTeM ke arah penawaran program ODL dimana 1 program diperingkat Sarjana telah mendapat Provisional Accreditation (PA) dari pihak MQA dan akan ditawarkan pada masa terdekat.
Bengkel pemurnian dokumen MQA 1 ini telah diadakan bersama pakar bidang bagi program Master of Business Administration (MBA) bagi mod penyampaian open distance learning (MTKL). Bengkel ini bertujuan mendapatkan maklum balas dan nasihat daripada pakar bidang untuk memperkukuhkan kandungan program tersebut.
Objektif bengkel ini adalah :
- Mengadakan sesi sumbang saran bagi menambahbaik Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Pensijilan Profesional
- Membuat semakan dan penilaian kertas kerja kursus pensijilan profesional baharu
- Membincangkan isu berkaitan kursus pensijilan profesional terutamanya melibatkan proses kewangan dan sistem
Tujuan bengkel ini dilaksanakan bagi memberi kefahaman kepada warga UTeM mengenai kriteria dalam penarafan global, meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan aspek penyelidikan, inovasi dan reputasi antarabangsa dalam penarafan dan mempelajari amalan terbaik dari UMPSA dalam meningkatkan kedudukan penarafan universiti. Bengkel ini dilaksanakan dengan kerjasama antara pihak UTeM dengan UMPSA.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk melihat kembali pencapaian bermula Januari sehingga Jun 2024 dan seterusnya membuat penyelarasan strategik bagi aktiviti yang akan dijalankan sehingga akhir tahun 2024. Sebanyak 27 Jawatankuasa telah membuat pembentangan masing-masing dengan turut memetakan aktiviti terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Teras Strategik (ST) UTeM.
Bengkel yang dianjurkan pada 6 November 2024 ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi penyeliaan pascasiswazah dalam kalangan pensyarah IPTK. Pada program kali ini IPTK bertuah kerana dapat berkongsi ilmu dengan Timbalan Naib Canselor (Akademik), Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Dr,. Ismi Arif Ismail. Beliau berkongsi akan tips dan nasihat untuk menghadapi isu dan permasalahan khususnya yang terkait dengan sistem dan pelajar.
Bengkel ini telah dihadiri oleh semua PTj merangkumi perancangan permohonan projek dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) bagi tempoh 5 tahun merangkumi keperluan akademik, penyelidikan & inovasi serta keperluan hal ehwal pelajar dan komuniti.
Bengkel ini telah berlangsung di Makmal CLEAR FTKM, Kampus Teknologi dimana para peserta bengkel juga turut terlibat dalam satu sesi perkongsian berkenaan Program ODL bersama penceramah jemputan, Dr. Siti Azirah Asmai daripada FTMK UTeM.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah seperti berikut :
- Semua program pra siwazah membuat pengesahan data yang perlu dimigrasi daripada sistem OBE V1.0 ke OBE V2.0 melibatkan kohort pelajar bermula 2019/2020.
- Pelarasan data yang akan dibuat dalam format yang seragam untuk memudahkan PPPK melakukan proses migrasi data. Data yang terlibat adalah PEO, PO, LO, PEO vs PO, PO vs LO dan PO, LO vs Delivery Method.
Pelaksanaan bengkel ini sangat penting di dalam usaha UTeM untuk membuat penukaran mod pengajian sedia ada kepada mod TVET. Bengkel ini membincangkan dan menyelaraskan pengisian borang conversion bagi memastikan maklumat yang diisi adalah betul dan menepati piawaian.
UTeM dalam pelaksanaan perancangan pembangunan kolej kediaman pelajar dan usaha yang sedang dijalankan bersesuaian dengan inisiatif pembangunan kediaman pelajar secara kerjasama awam-swasta sebagaimana anjuran Kerajaan melalui Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.
PPP telah menerima Cadangan Pembangunan Kolej Kediaman Pelajar secara pajakan untuk dimiliki (Lease to Own) yang dikemukakan oleh Syarikat MARA Incorporated Sdn. Bhd. (MARA) dan cadangan dari Profil Makmur Sdn Bhd.