Skip to main content

Menu Mobile

10th TMAC Design Workshop 2024

Program 10th TMAC Design Workshop dianjurkan bersama oleh Tokushima University UTeM Academic Centre (TMAC) Malaysia, Society of Manufacturing Engineers Technologists (SMET), FTKIP UTeM dengan kerjasama Tokushima University (TU) dan Okayama Prefectural University (OPU), Jepun bertujuan menyediakan pelajar-pelajar FTKIP serta pelajar TU dan lain-lain institusi yang terlibat dalam menjalinkan hubungan kerjasama serta meningkatkan kemahiran insaniah di kalangan Mahasiswa. 

2024 International Conference On TVET Excellence & Development (ICTeD)

Sepanjang persidangan ini, sebanyak lima puluh tiga (53) kertas kerja telah dibentangkan dan untuk makluman semua, kesemua kertas kerja yang diterima dan dibentangkan dalam persidangan ini akan diterbitkan dalam IEEE Xplore (Scopus Index). Penganjuran ICTeD ini adalah untuk menyemarak aktiviti penyelidikan dalam kalangan staf akademik UTeM khususnya dan juga memberi laluan kepada para akademik untuk berkongsi idea dan mempelbagaikan pencapaian mereka dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

A Workshop On PLS-SEM Using SMARTPLS4 MsTeams

The workshop on PLS-SEM using SMARTPLS4 is tailored for university faculty and students who seek to deepen their understanding of second generation data analytic tools. During the workshop participants received personalized coaching and practical experience. They worked on real datasets with research questions and leaned to report the results effectively. Additionally, the workshop guides publications in quality journals where PLIS is widely accepted.

ACM Digital Library Training

Program "ACM Digital Library Training 2024" oleh Perpustakaan Laman Hikmah, UTeM, bertujuan memperkenalkan dan mempromosikan penggunaan perpustakaan digital ACM kepada pensyarah, pelajar, dan penyelidik di UTeM. Program ini menyediakan sesi latihan komprehensif untuk membantu pengguna memahami dan memanfaatkan sepenuhnya sumber-sumber di ACM Digital Library, yang merupakan perpustakaan digital terkemuka dalam bidang pengkomputeran dan teknologi maklumat.

AI In A World Of Possibilities

Program ini bertujuan memindahkan ilmu dan kepakaran tentang Mendeley. Program ini dihadiri oleh para penyelidik khususnya dan komuniti 

Anugerah Alumni Muda Harapan

En. Ahmad Nawawi Amin, telah dianugerahkan Anugerah Alumni Muda Harapan di Majlis Malam Alumni Universiti Awam 2024.Ahmad Nawawi, yang merupakan graduan program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif), telah memainkan peranan yang signifikan dalam menjayakan program "Mechanical Weeks" FTKM.Pengiktirafan ini bukan sahaja mencerminkan dedikasinya terhadap alma mater,tetapi juga menggarisbawahi pengaruh positifnya dalam memupuk pembangunan dan kejayaan masa depan universiti.

Anugerah Khas Buku Negara 2024

Penerbit UTeM telah menerima Anugerah Khas Buku Negara 2024 bagi dua kategori iaitu:

  1. Kategori : ANUGERAH KHAS BUKU NEGARA (BUKU SAINS DAN TEKNOLOGI TERBAIK)
    Judul : KEPENTINGAN KEPERLUAN KESELAMATAN DALAM PEMBANGUNAN PERISIAN
    Penulis : PROF. DATUK TS. DR. MASSILA KAMALRUDIN & TS. DR. NOORREZAM YUSOP
    Penerbit : UTeM PRESS, UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
    dan
  2. Kategori: PENERBIT PROLIFIK (UNIVERSITI)
    Penerima: Penerbit Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Anugerah Khas Buku Negara 2024 diberikan sebagai penghargaan kepada individu atau organisasi yang telah memberi sumbangan luar biasa dalam pembangunan ilmu, penulisan, dan pemerkasaan budaya membaca di peringkat nasional atau antarabangsa.

Audit Dalaman MS ISO 9001:2015

Pada 8 Mei 2024 telah berlangsungnya sesi Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 UTeM, khasnya bagi pemantauan pengurusan kualiti khasnya melibatkan penyediaan perkhidmatan pendidikan di peringkat prasiswazah & pascasiswazah dan aktiviti pengurusan penyelidikan, serta penyediaan perkhidmatan sokongan pendidikan.

Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015

Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015 di Pejabat Pengurusan Pembangunan telah diadakan pada 6 September 2024.Hasil keputusan audit SIRIM yang dijalankan di PPP ialah 0 NCR dan 0 OFI. Tahniah terima kasih diucapkan kepada semua staf dan pemilik proses kerja yang telah menjayakan audit SIRIM 2024 dengan cemerlang.

Basic Drone Simulation Training

Satu sesi latihan asas simulasi dron telah dilaksanakan pada 11 Julai 2024 bertempat di Monitoring Room, Kilang Pengajaran UTeM. Latihan tersebut dikendalikan oleh pelajar latihan industri berpengalaman iaitu Mirzahakeem bertujuan memberi pendedahan asas simulasi dron kepada beberapa orang pelajar latihan industri baharu sebelum mula mengendalikan dron sebenar.

Bedah Buku - Remaja: Pemerkasaan Etika dan Moral bersempena Program UTeM Membaca 2024

Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah menganjurkan Bedah Buku - Remaja: Pemerkasaan Etika dan Moral bersempena Program UTeM Membaca 2024 yang bermula pada 22 November - 6 Disember 2024 sebagai platform bagi memperkukuh budaya membaca dalam kalangan warga kampus. Penulis adalah Dr. Shahrulanuar bin Mohamed, Pensyarah Kanan Pusat Pembelajaran Bahasa selaku panel dan moderator pula adalah En. Zaidi bin Saad Pustakawan Kanan daripada Laman Himah.

Benchmarking & Kunjung Hormat ke UKMSHAPE

Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk pihak UTeM membuat penanda aras dengan UKMSHAPE terutamanya berkaitan dengan perkara-perkara berikut:

  1. Amalan baik dalam pelaksanaan program pesisir
  2. Penglibatan ejen dalam pengambilan pelajar terutamanya dari luar negara
  3. Peranan dan skop UKMSHAPE di UKM

Selain itu juga, kunjungan ini juga bertujuan untuk melihat skop utama UKMSHAPE, business model yang dilaksanakan, pelaksanaan program pesisir dan penglibatan ejen dalam proses pengambilan pelajar luar negara.

Bengkel "Lab to Market"

Bengkel "Lab to Market" telah dilaksanakan selama tiga hari. Bengkel ini dikoordinasikan bersama oleh sekumpulan pensyarah dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan (FPTT) yang diketuai oleh Puan Mariam Miri, bermula dari 2 hingga 4 Disember 2024, bertempat di Bilik Seminar FPTT, UTeM. Bengkel ini bertujuan memperlengkapkan para penyelidik dengan pengetahuan asas dalam bidang perniagaan sebagai persediaan awal untuk mengangkat inovasi mereka ke peringkat peringkat pengkomersilan.

Bengkel Analisis Bibliometrik FPTT

Bengkel ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Penerbitan Artikel Jurnal FPTT. Ia bertujuan untuk mendedahkan penyelidik di FPTT menganalisa data penyelidikan melalui kaedah bibiliometrik. Penceramah jemputan bengkel ini ialah Profesor Madya Dr. Aidi Ahmi. Seramai 40 penyedlidik telah menyertai bengkel ini.

Bengkel Artikulasi Fasa A Siri 3

Bengkel ini bertujuan untuk membuat penyelarasan akhir proses artikulasi di antara MTUN dan pihak Politeknik di dalam usaha untuk memberi kadar pemindahan kredit yang optimum kepada pelajar Politeknik menyambung pengajian di MTUN.

Bengkel ini disertai oleh semua wakil MTUN dan pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Urusetia bagi bengkel ini adalah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.
UTeM telah diwakili oleh staf Pejabat Perancangan dan Pembangunan

Bengkel Artikulasi MTUN-Politeknik Siri 2

Penglibatan semua Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan UTeM bersama PPPA bagi membincangkan dan menyelaraskan artikulasi yang lebih terperinci antara program  Diploma Politeknik dengan program Sarjana Muda teknologi Kejuruteraan UTeM.

Bengkel Bersama Panel Penasihat Industri, Wakil Universiti Awam, Wakil Persatuan Professional Dan Alumni Bagi Program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (BERG), Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer (BERR) Dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (DER), Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Elektronik Dan Komputer (FTKEK)

Penambahbaikan berterusan bagi program BERG, BERR dan DER dengan menilai semula cadangan kurikulum dan silibus kursus bagi setiap program yang ditawarkan, juga menilai penambahbaikan yang telah diambil oleh Fakulti mengikut manual EAC dan ETAC 2024. Ini bagi memastikan kandungan setiap kursus teras dan kursus elektif yang ditawarkan sejajar dengan kehendak industri dan seiring dengan perkembangan terkini pembangunan tahap pendidikan di Malaysia.

Bengkel Bimbingan dan Pemantauan Anugerah Pengajaran & Anugerah Khas YB Menteri Pengajian Tinggi (AKRI)

Bengkel  ini  telah memberi pendedahkan kepada peserta yang didedahkan tentang kriteria anugerah, perbezaan antara kategori anugerah dan keperluan minimum untuk melayakkan penyertaan. Sampel dan contoh penyertaan tahun sebelumnya juga ada dikongsi untuk dijadikan sebagai penanda aras dalam menyediakan permohonan.

Matlatmat bengkel ini di adakan bertujuan untuk memberi panduan kepada peserta tentang aspek-aspek utama dalam anugerah pengajaran dan kategori-kategori anugerah AKRI.

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko
Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia


Tel: 06-270 4023    Faks: 06-270 1065    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

© UTeMSDG. All rights reserved.