Audit ini dijalankan untuk menilai sejauh mana UTeM menjalankan Pembudayaan Hijau iaitu kategori yang CENSEi terlibat dalam pertandingan tersebut. Audit ini dihadiri oleh lebih lima orang penilai daripada Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.
Sesi penilaian telah dijalankan oleh Jawatankuasa Pengurusan Tenaga UTeM iaitu Prof. Madya Dr. Tee Boon Tuan dan Dr. Sharatul Izah binti Samsudin bagi melihat sejauhmana keberkesanan pelaksanaan pengurusan tenaga di setiap PTj di UTeM. Pelaksanaan Pengurusan Tenaga PTj secara menyeluruh amat penting bagi merancakkan lagi kesedaran dan pembudayaan penjimatan tenaga di kalangan warga UTeM.
Program memaklumkan Universiti dalam proses memperbaharui pensijilan Energy Management Gold Standard (EMGS) dari ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS). Warga Universiti adalah dimohon untuk memberi kerjasama yang baik dan antara aspek yang akan dinilai adalah seperti kesedaran dan kefahaman warga Universiti kepada kecekapan tenaga; pengendalian operasi yang melibatkan penggunaan tenaga dengan cara yang cekap; keterlibatan PTj dalam melaksanakan amalan cekap tenaga; dan lain-lagi.
Bengkel ini adalah untuk persediaan Audit Dalaman EMGS. Audit Dalaman ini dilakukan bagi mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam prosedur kerja Pengurusan Tenaga sebelum audit yang sebenarnya berlaku oleh pihak MGTC.
Kerja-kerja naiktaraf dan penggantian pengokol bagi sistem hawa dingin berpusat ini dapat meningkatkan kerjasama dengan syarikat tempatan dan industri tempatan serta memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Selain itu ia menggalakkan penggunaan tenaga berhemah
Jawatankuasa Pengurusan Tenaga, Pusat Pembelajaran Bahasa (PPB) sedang menganjurkan 'Kuiz Kesedaran Pengurusan Tenaga 2024'.
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM sebagai salah satu inisiatif PPB dalam meningkatkan kesedaran terhadap pengurusan tenaga dalam kalangan pelajar UTeM.
Kursus ini diadakan bagi melatih dan memberi kefahaman kepada Penolong Pengurus Tenaga di semua PTj di dalam mengendalikan audit tenaga.
Membimbing peserta untuk mengambil serius keselamatan bahan kimia menerusi pemahaman berkaitan maklumat helaian data keselamatan (SDS) bahan kimia seperti mana tertakluk di dalam perundangan bahan kimia. Ini adalah bertujuan untuk meminimumkan risiko keselamatan dan kesihatan kepada pekerja khususnya serta pelajar dan orang awam umumnya daripada potensi pendedahan kepada bahan berbahaya yang digunakan di tempat kerja. Latihan ini juga memaklumkan kepada peserta tentang pengendalian bahan kimia.
Kursus ini dijalankan dengan kerjasama industri (CSC Steel Sdn. Bhd) bagi meningkatkan tahap kesedaran berkaitan kecekapan penggunaan tenaga di kalangan pekerja CSC Steel Sdn. Bhd dengan kumpulan sasar pekerja di bahagian operator pengeluaran.
Kursus ini membincangkan kepentingan peranan penolong pengurus tenaga (PPTe) dan jawatankuasa di dalam memacu pengurusan tenaga yang lestari di sesebuah ptj di utem. Peserta akan didedahkan kepada bagaimana bil elektrik rumah kediaman dikira, disamping perkongsian tips-tips umum penjimatan yang boleh diamalkan alam kehidupan seharian.
Satu lawatan penanda aras telah dilakukan oleh pihak DBKL ke CENSEi UTeM. Tujuan lawatan adalah untuk mengenali UTeM dari sudut pengurusan tenaga yang beberapa kali telah memenangi anugerah di peringkat kebangsaan mahupun ASEAN. Penerangan telah diketuai oleh Tuan Pengarah CENSEi dan juga Ketua Bahagian Tenaga Pintar.
Majlis Menandatangani MOU antara UTeM dan MEP Enviro Technology SB telah disaksikan oleh Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak. Kerjasama ini bertujuan bagi meneroka dan mengembangkan model perniagaan baharu melalui pengurusan sisa elektronik (e-waste) dan plastik dengan fokus kepada tiga aspek utama. Pertama, pengurusan aktiviti kitar semula e-waste. Kedua, pembangunan produk atau model perniagaan baharu dan ketiga penyediaan konsultasi dan latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
Majlis Penyerahan Projek Penyediaan Pencahayaan Dan Bekalan Kuasa Elektrik Di UTeM bersama kontraktor yang dilantik Jaya Everich Sdn Bhd.
Setiap tahun UTeM menyertai penarafan UI GreenMetric. Untuk tahun 2024, UTeM telah mendapat tempat ke 102 di dunia bererti kedudukan ke 5 di Malaysia. Penarafan ini menilai komitmen universiti terhadap kelestarian alam sekitar berdasarkan enam kriteria utama termasuk infrastruktur hijau, tenaga, air, sisa, pengangkutan, dan pendidikan untuk pembangunan mampan.
Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka telah menyerahkan sebanyak 150 unit kipas terpakai kepada pihak Majlis Agama Islam Melaka.
Perbincangan ini diadakan bersama dengan Resovoir Link Sdn. Bhd. untuk bersama-sama mengambil tahu mengenai prosedur dan syarat yang perlu diambil oleh kedua-dua belah pihak untuk memastikan rancangan penjanaan solar dapat direalisasikan.
Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE) telah menganjurkan Program CSR Membersihkan Kipas sebelum disumbangkan kepada komuniti.
Webinar ini diadakan dengan kerjasama CIDB Malaysia bertujuan mengajar tips kecekapan tenaga di pejabat dan di rumah serta mengira penggunaan tenaga dan kos tenaga.
Ianya telah disampaikan oleh Prof Madya Ir Dr Aida Fazliana binti Abdul Kadir, Penyelaras Tenaga, Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi), UTeM.
Program ini adalah kerjasama dengan ACSON Malaysia dan ia menerangkan mengenai cara penjimatan penggunaan penghawa dingin dan mengoptimakan penggunaan elektrik
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Gading Kencana Sdn. Bhd, sebuah syarikat swasta yang terbesar mengendalikan solar di Malaysia. Penceramah yang dijemput iaitu Dato' Dr. Ir. Guntur Mansor Tobeng menceritakan mengenai perkembangan tenaga solar di Malaysia dan staf yang hadir mengetahui cara-cara bagaimana rumah-rumah di Malaysia boleh memiliki solar.