Skip to main content

Menu Mobile

Bengkel Ambassador Industrial Collaboration Programme (ICP) Bersama Technology Despository Agency (TDA) DAN KPT

UTeM menerusi Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE-Melaka telah menyertai program ambassador Industrial Collaboration Programme (ICP) yang dianjurkan oleh KPT dan syarikat di bawah MOF iaitu Technology Despository Agency Berhad (TDA).

Program ICP merupakan satu inisiatif dari kerajaan untuk tambah nilai perolehan kerajaan bagi menbangunkan teknologi, industri dan ekonomi yang dikenal pasti kerajaan. Melalui program ICP ini, pihak dari IPT boleh menghantar cadangan projek-projek berkaitan pemindahan teknologi, TOT, TOK, R&D, pengkomersilan, dan lain-lain ke dalam dokumen tender perolehan kerajaan melalui TDA.

Pihak IPT yang berjaya akan menjalankan kerjasama dengan kontraktor atau industri yang berjaya di dalam perolehan tender tersebut. Program ini bertujuan untuk memberikan manfaat kepada ekonomi negara.

Bengkel Anugerah Pentadbir Siri 2

Membangunkan Kriteria Anugerah Pentadbir serta memuktamadkan kategori anugerah, kriteria penganugerahan, cadangan hadiah, barisan panel penilai serta rubrik pencalonan.

Bengkel Canva dan Shortcut Microsoft

Kursus Canva membantu staf dan PLH menguasai Canva, platform reka bentuk grafik dalam talian yang mesra pengguna, membolehkan mereka mencipta reka bentuk visual menarik tanpa kemahiran khusus. Kursus Shortcut Microsoft meningkatkan produktiviti staf dengan mengajarkan pintasan papan kekunci dan trik dalam aplikasi seperti Word, Excel, dan PowerPoint, membolehkan mereka bekerja lebih cepat dan efisien.

Bengkel Prosedur Kerja Selamat Sempena Minggu OSH UTeM 2024

Bengkel ini disampaikan oleh En. Ainuddin bin Abu Kasim, Pengarah Pejabat Pengurusan Fasiliti. Bengkel ini menggalakkan penyertaan dan kerjasama di antara majikan dan pekerja untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melalui JKKP di setiap pejabat. Menyediakan forum komunikasi 2 (dua) hala antara majikan dan pekerja dalam perkembangan dan penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Bengkel Strategik Penjanaan Pendapatan Universiti

Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi memperhalusi dan memperkukuh strategi penjanaan pendapatan Universiti, khususnya bagi menyokong Teras Strategik 5, Pelan Strategik UTeM 2023 – 2025.

Selain daripada itu, bengkel ini juga diadakan bagi membincangkan hala tuju dan strategi penjanaan pendapatan agar selari dengan strategi teras Universiti untuk mencapai penjanaan pendapatan sehingga tahun 2030 dengan menjana sekurang-kurangnya 20% penjanaan berbanding perbelanjaan operasi keseluruhan Universi

Best Technical Report for January 2024

Mengiktiraf laporan teknikal terbaik yang dihasilkan oleh pembantu penyelidik bagi bulan Januari 2024. Penghargaan ini pertama kali diperkenalkan bertujuan untuk mendidik RA menulis laporan teknikal yang berkualiti serta mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Buku terbitan dari Penerbit UTeM kini di Books Kinokuniya Malaysia!

Buku terbitan dari Penerbit UTeM kini di Books Kinokuniya Malaysia! Penerbit UTeM bukan sekadar menerbitkan sahaja. Setiap karya yang diterbitkan akan kami angkat nilai kesarjanaannya ke seluruh pelosok dunia. Misi Penerbit UTeM #bukuutemdimana2 akan memberikan akses kepada pembaca, menyebarluaskan ilmu pengetahuan dan seterusnya meningkatkan keternampakan UTeM walau di mana sahaja.

eUSAHAWAN International Conference: Shaping Tomorrow’s Success

Program kerjasama antara CREATE dan Malaysia Development Economy Digital (MDEC) ini bermatlamat untuk mengumpulkan pelbagai perspektif dan pandangan mengenai trend serta permintaan terkini dalam digital kreatif, pemasaran media sosial, dan platform eCommerce.

Fasilitator Bengkel Jom Capai KPI Geran Melalui IP

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pemahaman penuh kepada peserta bengkel berkaitan perkara-perkara yang berikut :

  1. Apakah itu harta intelek?
  2. Kepentingan output penyelidikan – harta intelek
  3. Kepentingan pemilikan harta intelek
  4. Proses sebenar pendaftaran harta intelek di UTeM
  5. Isu sebenar yang dihadapi oleh Universiti berkaitan harta intelek
  6. Cadangan penyelesaian bersesuaian bagi peserta yang menghadapi masalah serupa bersama-sama rakan kerjasama

Global Community Services & Knowledge Sharing Transfer Programme IPTK-UPNVY-RICE bersama Komuniti Usahawan Melaka

Program ini merupakan kerjasama pintar di antara IPTK-RICE dan UPNVY daripada Indonesia. Antara objektifnya adalah; 1. Memindahkan dan berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman Indonesia dalam pengurusan pemasaran digital dan industri halal kepada komuniti usahawan di negeri Melaka.  2. Melaksanakan satu aktiviti bersama antara IPTK dan FEB UPNV yang meningkatkan lagi hubungan kerjasama di peringkat antarabangsa.  3. Menjalankan kerjasama dalam bidang khidmat komuniti dengan rakan kolaborasi antarabangsa iaitu UPNVY.  4. Meningkatkan visibiliti dan mempromosikan UTeM di kalangan masyarakat setempat.  5. Melibatkan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi mengukuhkan lagi hubungan dengan Kerajaan Negeri Melaka.

Program ini disertai oleh Pelajar (bakal usahawan) program BTEC, FPTT (30), Pensyarah IPTK & RICE (15) dan Pensyarah FEB, UPNVY (13)

Jom Bekerja Sambil Belajar (JBSB) Kumpulan 1

Program kerjasama antara CREATE dan PKT Logistics Group Sdn Bhd ini bertujuan untuk memberikan pengalaman bekerja di industri serta menjana pendapatan tambahan kepada pelajar khususnya dalam kalangan B40.

Program JBSB Kumpulan 1 ini terdiri daripada 20 orang pelajar dari pelbagai fakulti. Program ini dijalankan selama hampir sebulan bertempat di The Ship Campus, Batu Kawan, Pulau Pinang.

Jom Bekerja Sambil Belajar (JBSB) Kumpulan 2

Program kerjasama antara CREATE dan PKT Logistics Group Sdn Bhd ini bertujuan untuk memberikan pengalaman bekerja di industri serta menjana pendapatan tambahan kepada pelajar khususnya dalam kalangan B40. Program JBSB Kumpulan 2 ini terdiri daripada 20 orang pelajar dari pelbagai fakulti. Program ini dijalankan selama hamper sebulan bertempat di The Ship Campus, Batu Kawan, Pulau Pinang.

Karnival Kerjaya MADANI anjuran bersama MYFutureJobs sempena Putrajaya Festival Of Ideas (PFOI) 2024 ​

Program ini adalah tujuan memberikan pendedahan dan peluang kerjaya kepada pelajar yang bakal bergraduasi dan akan memasuki alam pekerjaan

Tarikh/Masa : 27-29 November 2024​
Tempat : Putrajaya International Convention Centre (PICC)​
Peserta : Pelajar tahun akhir UTeM​
Jemputan VVIP/Perasmi :-YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi​
Tujuan Program : Memberikan pendedahan dan peluang kerjaya kepada pelajar yang bakal bergraduasi dan akan memasuki alam pekerjaan.​

Karnival Kerjaya National Industrial Career Expo (NICE@UTeM) Bersempena Program TVET Place & Train UTeM@KPT

Program ini merupakan satu inisiatif untuk memberi peluang kepada pelajar, khususnya pelajar tahun akhir yang akan menamatkan pengajian untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan meneruskan kerjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Di samping itu, program ini juga dapat memberi manfaat kepada para pelajar yang akan menjalani latihan industri atau dalam usaha mendapatkan penempatan latihan industri

Kembara Inkubator Bersama Universiti Sains Islam Malaysia USIM)

CREATE telah mengadakan program bersama USIM bertujuan untuk membincangkan kolaborasi bagi membangunkan inkubator di UTeM. Kunjungan ini turut disertai oleh Usahawan Alumni daripada Himex Sdn Bhd.

Program ini secara tidak langsung menyokong SDG 4 – Pendidikan Berkualiti, SDG 8 – Pekerjaan Baik dan Kemajuan Ekonomi serta SDG 17 – Rakan Kerjasama dan Matlamat.

Kerja-Kerja Membaik Pulih Bangku Taman di Sekitar Kampus Induk UTeM

Kerja membaik pulih bangku taman ini dapat memberi peluang pekerjaan secara tidak langsung membantu pertumbuhan ekonomi penduduk tempatan. Aktiviyti ini membantu didalam penambahbaikan fasiliti dan infrastruktur universiti dan ianya juga menggalakkan gaya hidup sihat. Aktiviti ini menyokokng SDG 3 – Good Health, SDG 8 – Decent Work & Economic Growth dan SDG 9 – Industry, Innovation & Infrastructure

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko
Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia


Tel: 06-270 4023    Faks: 06-270 1065    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

© UTeMSDG. All rights reserved.