Skip to main content

Menu Mobile

‘Bootcamp ROBOCON 2024’

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pelajar dalam aspek penyelidikan dan inovasi melalui pertandingan yang dianjurkan di peringkat fakulti. 

ACM Digital Library Training

Program "ACM Digital Library Training 2024" oleh Perpustakaan Laman Hikmah, UTeM, bertujuan memperkenalkan dan mempromosikan penggunaan perpustakaan digital ACM kepada pensyarah, pelajar, dan penyelidik di UTeM. Program ini menyediakan sesi latihan komprehensif untuk membantu pengguna memahami dan memanfaatkan sepenuhnya sumber-sumber di ACM Digital Library, yang merupakan perpustakaan digital terkemuka dalam bidang pengkomputeran dan teknologi maklumat.

Akreditasi ISO 17025 Makmal Applied Mechanical Design (Makmal AMD)

Proses akreditasi ini melibatkan tiga peringkat pengauditan yang dikendalikan oleh Ts. Seri Banun Sujangi daripada MMC Engineering dan En. Hanon Nazir Mohd Basir daripada SIRIM. Selepas tiga peringkat audit, kesemua juruaudit telah berpuas hati dengan persediaan yang dilakukan oleh Makmal AMD dalam memenuhi keperluan yang telah ditetapkan oleh JSM. Skop yang telah dipilih oleh Makmal AMD adalah menguji kekuatan dan struktur besi yang banyak digunakan untuk keperluan industri berat di Malaysia.

Bengkel “IMechE” bagi penyelidik RG GReeT

Sesi penerangan berkenaan keahlian rakan kongsi dan keahlian pelajar Institution of Mechanical Engineers (IMechE) yang dianjurkan oleh Kumpulan Penyelidikan GrEET. Penerangan disampaikan oleh En. Zen Teng, Pengurus Pembangunan ASEAN, Oceania & Hong Kong IMechE dan moderator bagi program ini ialah Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Azli Salim. En. Zen Teng turut mengadakan perbincangan dengan YBrs Dekan FTKM mengenai potensi untuk mewujudkan IMechE Student Chapter di UTeM.

Bengkel & Jerayawara : CRIM Bersama Penyelidik Muda

Seramai 44 peserta yang terdiri daripada penyelidik muda iaitu yang berkhidmat di UTeM kurang dari 3 tahun telah dijemput untuk hadir ke bengkel ini. Pengisian bengkel ialah pengenalan kepada CRIM, permohonan dan pengurusan  geran dan panduan pemilihan jurnal bagi tujuan penerbitan, panduan penggunaan AI untuk pembangunan research proposal dan sesi perkongsian oleh Ir. Ts. Dr. Lailatul Harina Paijan tentang kejayaan memperoleh geran PJP dan FRGS dalam tempoh 3 tahun berkhidmat.

Bengkel Ambassador Industrial Collaboration Programme (ICP) Bersama Technology Despository Agency (TDA) DAN KPT

UTeM menerusi Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE-Melaka telah menyertai program ambassador Industrial Collaboration Programme (ICP) yang dianjurkan oleh KPT dan syarikat di bawah MOF iaitu Technology Despository Agency Berhad (TDA).

Program ICP merupakan satu inisiatif dari kerajaan untuk tambah nilai perolehan kerajaan bagi menbangunkan teknologi, industri dan ekonomi yang dikenal pasti kerajaan. Melalui program ICP ini, pihak dari IPT boleh menghantar cadangan projek-projek berkaitan pemindahan teknologi, TOT, TOK, R&D, pengkomersilan, dan lain-lain ke dalam dokumen tender perolehan kerajaan melalui TDA.

Pihak IPT yang berjaya akan menjalankan kerjasama dengan kontraktor atau industri yang berjaya di dalam perolehan tender tersebut. Program ini bertujuan untuk memberikan manfaat kepada ekonomi negara.

Bengkel Anugerah Pentadbir Siri 2

Membangunkan Kriteria Anugerah Pentadbir serta memuktamadkan kategori anugerah, kriteria penganugerahan, cadangan hadiah, barisan panel penilai serta rubrik pencalonan.

Bengkel Dasar Industry Playground

Bengkel ini adalah bagi mengumpulkan input-input dari pihak-pihak berkaitan bagi menghasilkan dasar untuk menjadikan universiti ini sebagai tapak tumpuan atau ‘playground‘ pihak industri

Bengkel Lab to Market

Bengkel Lab to Market telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari dengan jayanya. Bengkel ini turut dikoordinasikan bersama oleh sekumpulan pensyarah dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan (FPTT) yang diketuai oleh Puan Mariam Miri, bermula dari 2 hingga 4 Disember 2024, bertempat di Bilik Seminar FPTT, UTeM.

Program ini bertujuan memperlengkapkan para penyelidik dengan pengetahuan asas dalam bidang perniagaan sebagai persediaan awal untuk mengangkat inovasi mereka ke peringkat pengkomersilan.

Bengkel Laman Web CoE dan RG

Bengkel ini akan melibatkan pentadbir-pentadbir RG dari setiap CoE agar setiap pentadbir RG mengambil maklum akan kepentingan memiliki laman web RG, mengemaskini dari semasa ke semasa menu laman sesawang masing-masing dengan maklumat dan informasi berkaitan penyelidikan serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Bengkel Mentor Mentee (Kertas Kerja Penyelidikan)

Seramai 26 Staf Akademik yang berkhidmat kurang dari tempoh 4 tahun telah terpilih menyertai Bengkel Mentor Mentee (Kertas Kerja Penyelidikan) di bawah Program Research Proposal Week (RPW) 2024. Bengkel kali ini adalah hasil kerjasama Majlis Profesor UTeM (MPU) dengan kehadiran 15 ahli MPU dan ahli bersekutu MPU selaku mentor. Dengan bimbingan mentor yang berpengalaman, diharapkan para peserta dapat menghasilkan kertas kerja penyelidikan yang berkualiti tinggi.

Bengkel SPSS

Bengkel SPSS telah diadakan bagi memberi bimbingan kepada pelajar tahun akhir FPTT bagi subjek Projek Sarjana Muda (PSM). Ia  telah diadakan pada 20/11/24. Tujuan bengkel ini adalah untuk memberikan sumber daya dan sokongan yang berstruktur kepada pelajar bagi melaksanakan projek penyelidikan mereka. Bengkel ini memberi tumpuan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran teknikal bagi data analisis, dan memperbaiki kebolehan pengurusan projek mereka.

Bengkel Terbuka Sempena National Training Week 2024 (NTW 2024)

8 Program bersemuka dan hibrid telah dijalankan: pada minggu bersempena Minggu Latihan Kemahiran Kebangsaan yang telah berlangsung dari 24 Jun – 30 Jun 2024.

  • Seminar Penulisan Artikel Jurnal Berimpak: Sesi Hands-On
  • Basic Hydraulic Skills : Hands - On Session
  • Design and Optimisation using ANSYS
  • Predetermined Time Standards for Labor Productivity Measures
  • CAD CAM for Machining
  • Advanced Portable Oil Spill Skimmer : In the context of Innovation Competition
  • Optimizing Manufacturing Systems using Anylogic Software
  • 3D Additive Manufacturing

Bicara Buku

Sesi ini menampilkan dua penulis darı Fakulti Pengrusan Teknologi dan Teknousahawan (FPTT) iaitu Profesor Madya Dr Amirudddin Ahamat & juga Profesor Madya Ts. Dr Mohammed Hariri bin Bakri. Moderator pula akan dipimpin oleh Ts. Dr. Ruziah binti Ali, Pengarah Penerbit UTeM. Program bertujuan mendedahkan hasil penulisan yang berkaitan dengan wakaf dan industri yang kini begitu giat dijalankan. Penulis juga diberi ruang untuk berkongsi pengalaman dalam menghasilkan buku untuk diterbitkan.

Demonstrasi Programmable Logic Controller (PLC) di Production House, Kilang Pengajaran UTeM

Pada 2 Ogos 2024, telah dilaksanakan sesi demonstrasi Programmable Logic Controller (PLC) bertempat di Production House, Kilang Pengajaran UTeM. Seorang bekas pelajar latihan industri di Kilang Pengajaran iaitu Ahmad Lutfi bin Noor Sham dari FTKEK telah dijemput untuk berkongsi pengalamannya membangunkan serta mengendalikan PLC tersebut kepada pelajar-pelajar latihan industri yang baharu.

FTKIP Campus Open Day 2024

Objektif utama program “FTKIP Campus Open Day” adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tempatan tentang peluang pendidikan dalam bidang Teknikal dan Vokasional yang ditawarkan di FTKIP, memberi gambaran kepada peserta tentang peluang kerjaya selepas menamatkan program TVET di FTKIP, serta perkembangan terkini dalam industri berkaitan.

FYP Innovation Competition (Decarbonization and Digitalization)

Program pada sebelah pagi telah menghimpunkan hampir 80 penyertaan pelajar UTeM bagi kategori poster dan prototaip dari pelbagai fakulti. Barisan juri profesional daripada pihak Infineon dan UTeM telah menyempurnakan tanggungjawab masing-masing dan pemenang-pemenang telah diumumkan pada sebelah petang. Program ini dapat mengeratkan hubungan secara tidak langsung antara kedua-dua pihak.

Hari Inovasi FTKIP 2024

Program Hari Inovasi FTKIP 2024 ini diadakan bertujuan sebagai medium perkongsian ilmu sains, teknologi dan kejuruteraan dari projek Rekabentuk Bersepadu mahasiswa/i dan pengenalan ilmu teknologi dan kejuruteraan pembuatan buat para pelajar sekolah.

Hari Inovasi Negeri Melaka (HNM) 2024

Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM - Melaka sebagai rakan strategik Kerajaan Negeri Melaka dengan jayanya telah menganjurkan Hari Inovasi Negeri Melaka (HNM) 2024.

Program ini telah dihadiri oleh YB Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, YB Datuk Fairul Nizam Bin Roslan yang hadir sebagai wakil YAB Ketua Menteri Melaka.

Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari peserta yang terdiri dari IPTA/IPTS, Kolej Vokasional, Politeknik, Institut Latihan Perindustrian, agensi kerajaan dan swasta serta sekolah-sekolah dari sekitar Negeri  Melaka. Penganjuran program ini memperoleh pelbagai idea dari masyarakat Negeri Melaka dalam bidang inovasi khususnya dengan lebih berkesan dan efisien.

Hari Kesedaran Keselamatan ICT dan Inovasi anjuran Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)

Pusat Pengurusan Kolaborasi dan Inovasi (RICE) UTeM - Melaka telah mengambil bahagian dalam Hari Kesedaran Keselamatan ICT dan Inovasi yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) pada 8 dan 9 Oktober 2024. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Zulkiflee Bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana.

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko
Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia


Tel: 06-270 4023    Faks: 06-270 1065    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

© UTeMSDG. All rights reserved.