Audit ini dijalankan untuk menilai sejauh mana UTeM menjalankan Pembudayaan Hijau iaitu kategori yang CENSEi terlibat dalam pertandingan tersebut. Audit ini dihadiri oleh lebih lima orang penilai daripada Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.
Program ini bertujuan memindahkan ilmu dan kepakaran tentang aplikasi robotik dan IoT dalam memantau kualiti alam sekitar kepada sekumpulan pelajar luar negara seperti Indonesia
Kursus ini membincangkan kepentingan peranan penolong pengurus tenaga (PPTe) dan jawatankuasa di dalam memacu pengurusan tenaga yang lestari di sesebuah ptj di utem. Peserta akan didedahkan kepada bagaimana bil elektrik rumah kediaman dikira, disamping perkongsian tips-tips umum penjimatan yang boleh diamalkan alam kehidupan seharian.
Di Mini Karnival terdapat pelbagai aktiviti menarik. Pameran dan jualan lukisan Pertandingan Eco Art: Inspirasi Melestari AI (artificial intelligent) dan alam sekitar. Pertandingan lukisan ini disertai oleh pelajar pendidikan khas dari sekolah pendidikan khas sekitar negeri Melaka. Pelancaran DUTA UTeM Lestari iaitu cabutan bertuah kepada pelajar dan pengunjung yang untuk mendapatkan produk DUTA UTeM Lestari. DUTA UTeM lestari adalah usaha Pejabat Alam Sekitar Pintar.
Program ini adalah kerjasama PTHM dan UTeM dengan disertai oleh 2 buah sekolah melibatkan 85 orang pelajar dan 10 orang guru dari SK Gangsa manakala 120 orang pelajar dan 15 orang guru dari SK Paya Rumput. Program
pemindahan ilmu ini dimanfaatkan sewaktu kokurikulum sekolah bertujuan untuk membina pengetahuan yang kukuh dengan mendedahkan kepentingan ekosistem, biodiversiti dan isu semasa yang melibatkan alam sekitar dan menyemai pendidikan lestari di peringkat akar umbi.