INISIATIF / INITIATIVE
Kursus-Kursus Sustainabilty 2024 Yang Dijalankan Untuk Staf UTeM
- Kursus Latihan Dalaman Kecekapan Tenaga Bagi Sistem Lampu UTeM-MGTC, Lokasi: Makmal Kecekapan Tenaga FTKE, Kampus Teknologi, Tarikh: 23-24 Januari 2024. Malaysia Green Technology and Climate Change Corperation (MGTC) menganjurkan Kursus Latihan Dalaman Kecekapan Tenaga Bagi Sistem Lampu kepada 20 orang tenaga pengajar UTeM yang terlibat dengan kursus kecekapan tenaga berdasarkan Asean Japanese Energy Efficiency Program (AJEEP). Kursus latihan dalaman ini bertujuan untuk memastikan tenaga pengajar, fasiliti dan bahan pengajaran dalam keadaan bersedia sepenuhnya sebelum menghadapi kursus sebenar yang akan dilaksanakan dalam tahun 2024.
- Kursus Pengurusan Tenaga Lestari di UTeM dan di Rumah, Lokasi: Bilik Latihan 1 PPPK, 26 Febuari 2024. Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kepentingan pengurusan tenaga yang lestari serta senario penggunaan tenaga global. Seramai 40 orang peserta telah didedahkan kepada simulasi audit dan analisa SWOT tenaga di PTj. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan perkongsian pengalaman pengurusan tenaga PTj cemerlang oleh PPTe yang terpilih. Disamping itu, peserta juga akan diberi pengetahuan berkenaan dengan bil elektrik rumah serta analisa penggunaan tenaga di rumah. Di akhir kursus, peserta perlu membentangkan analisa dan pelan tindakan bagi penjimatan tenaga di rumah.
- Latihan Teori dan Pengukuran RDS, Lokasi: Makmal Rapid Prototyping, FTKIP, 29 Febuari 2024 - Latihan Teori dan Pengukuran Room Data Survey (RDS) kepada 20 orang Jawatankuasa Pengurusan Tenaga dan Amalan Hijau FTKIP, Fakulti Kejuruteraan Pembuatan UTeM. Latihan ini mendedahkan kaedah melaksanakan pengukuran RDS dan menganalisa data.
- Kursus Asas Audit Tenaga pada 30 dan 31 Julai 2024. Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kepentingan proses audit tenaga bagi sesebuah organisasi. Peserta seramai 40 orang uga didedahkan kepada teknik pengauditan tenaga untuk mengenalpasti potensi penjimatan tenaga dalam organisasi. Disamping itu, kaedah pelaporan audit tenaga yang sistematik juga akan didedahkan kepada peserta untuk memastikan penyampaian hasil dapatan audit yang efektif. Selain itu, asas operasi dua sistem pengguna tenaga yang besar di utem iaitu penyaman udara dan sistem pencahayaan akan dibincangkan secara teori dan praktikal semasa kursus ini. Kursus ini mampu menggalakkan usaha menggurangkan penggunaan tenaga ke arah memacu budaya kecekapan tenaga di organisasi berkaitan.
- Webinar Inspirasi Hijau kerjasama PTHM dan SWCorp – Webinar ini memberi kesedaran kepada staf UTeM untuk menghargai makanan dan mengurangkan pembaziran khususnya semasa bukan ramadhan. Juga webinar ini dapat mengurangkan sisa makanan dibuang ke pusat pelupusan sampah.
- Awareness Training Environmental, Social and Government ( ESG) 19-20 Ogos 2024. Kursus ini memberi pendedahan kepada 60 orang staf UTeM berkaitan pengetahuan dan pelaksanaan ESG dalam sesebuah organisasi. Peserta juga diberi Latihan amali berkaipan pelaporan ESG bagi sesebuah organisasi.