Skip to main content

Menu Mobile

INISIATIF / INITIATIVE

Kemudahan Kafetaria Di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempunyai lapan (8) kafetaria di sekitar Kampus Induk, tiga (3) kafetaria di kolej kediaman dan dua (2) kafetaria di Kampus Teknologi. Kesemua kafetaria ini adalah dioperasikan oleh pengusaha yang dilantik oleh pihak UTeM melalui proses sebut harga. Dalam memastikan pengusaha yang dilantik adalah berkualiti, penilaian dokumen teknikal dan temu duga dijalankan. UTeM menitikberatkan aspek pemakanan pelajar dan juga staf. Oleh yang demikian, Unit Penempatan Pelajar dan Kafetaria telah dipertanggunggungjawabkan bagi memantau prestasi pengusaha dan menggalakkan pengusaha untuk mendapatkan pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko
Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia


Tel: 06-270 4023    Faks: 06-270 1065    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

© UTeMSDG. All rights reserved.