Skip to main content

Menu Mobile

SDG 1 - Tiada Kemiskinan

SDG 1 adalah usaha universiti untuk menghapuskan kemiskinan dalam semua bentuk dan di seluruh tempat. Universiti mempunyai peranan dalam mencapai matlamat ini dengan menyediakan peluang pendidikan yang inklusif dan saksama, yang boleh membantu individu keluar dari kitaran kemiskinan. Dalam kes ini, universiti boleh memberikan sokongan kewangan seperti biasiswa dan bantuan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah serta menyediakan.

Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG 1

Ibadah Korban Berkelompok Di Masjid Sayyidina Abu Bakar Bagi Tahun 1445H / 2024M

Perlaksanaan program Ibadah Korban yang membudayakan amalan mahmudah seperti pemberian daging Korban kepada golongan yang memerlukan, disamping penerapan nilai gotong-royong di kalangan warga UTeM serta komuniti. Juadah makanan juga turut disediakan secara percuma kepada para tetamu yang hadir ke Masjid UTeM.

PTj/PBU: Pusat Islam

Misi Kembara Persaudaraan Islam UTeM-Kemboja tahun 1445H / 2024M

Perlaksanaan program Ibadah Korban dan kebajikan di peringkat antarabangsa di negara Kemboja. Wakaf Perigi turut dilaksanakan bagi pembekalan air bersih kepada komuniti setempat. Selain itu, fakir & miskin turut dibantu melalui pemberian sumbangan, pemberian daging korban serta sumbangan tunai. Sumbangan juga turut diberikan bagi pembangunan/ penambahbaikan sekolah setempat

PTj/PBU: Pusat Islam

Menziarahi waris kepada almarhum Ashraff AK Abudaqqa (Pelajar Pasca Siswazah)

Lawatan daripada Sekolah Pengajian Siswazah UTeM bersama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik kepada waris almarhum dan menyumbangkan wang pengurusan khairat kematian UTeM dan juga sumbangan daripada staf-staf FTKE dan SPS.

PTj/PBU: Sekolah Pengajian Siswazah

Menyantuni Pelajar Baharu B40 UTeM

YBhg. Datuk TNC HEPA UTeM mewakili YBhg. Datuk Naib Canselor UTeM, telah menyantuni seorang calon pelajar UTeM B40, Dharshini Subramaniam. Menyelami keperitan Dharshini yang merupakan seorang  anak yatim dan tinggal bersama ibunya yang merupakan OKU masalah penglihatan dan abang pula terlibat dalam kemalangan. Melalui lawatan ini, pelbagai sumbangan dan inisiatif kebajikan telah diserahkan. Diharapkan dengan sumbangan dan inisiatif kebajikan ini akan turut membantu mengurangkan beban Dharshini.

PTj/PBU: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

Minggu Kebajikan UTeMku Sayang: Menjuarai Khidmat Insani

Satu Majlis perasmian Minggu Kebajikan UTeMku Sayang: Menjuarai Khidmat Insani telah diadakan. Dalam majlis ini, pelbagai inisiatif kebajikan telah diumumkan, antaranya adalah pemberian zakat sebanyak RM10,000.00 sebagai sumbangan untuk membantu pelajar yang memerlukan. Selain itu, sebanyak 200 pek tuala wanita telah disampaikan bagi Teja's Kit. Bagi mahasiswa dan mahasiswi yang memerlukan bantuan makanan, penyampaian Foodbank juga dilaksanakan sebagai satu usaha murni untuk meringankan beban.

PTj/PBU: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

Program Bantuan Banjir Kota Tinggi; Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dengan kerjasama Pusat Islam

Alhamdulillah, selesai sudah misi sumbangan 50 kotak bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir yang telah diterima oleh pemimpin-pemimpin dan wakil-wakil komuniti tempatan Kota Tinggi, Johor serta komuniti setempat antaranya yang turut hadir dalam program penyerahan berkenaan

PTj/PBU: Pusat Islam

Iftar Perdana FPTT 2024

Program Iftar Perdana FPTT merupakan program berbuka puasa yang dilakukan setiap tahun. Program ini berbentuk menjamah juadah makanan bersama-sama pelajar dan kakitangan FPTT di bulan ramadhan.

Program yang akan diadakan Allah merupakan program bagi meringankan beban pelajar sepanjang bulan Ramadhan. Program ini akan diadakan pada 27 Mac 2024 dan bertempat di kafeteria kampus FPTT, UTeM.

Objektif utama program diadakan adalah untuk meringankan beban para pelajar FPTT bagi membeli juadah untuk berbuka puasa dan mengeratkan bubungan sesama pelajar dan kakitangan FPTT, menormalisasikan warga FPTT yang prihatin dan mengambil berat akan bebanan pelajar FPTT. dan menibina hubungan antara pihak fakutti dengan pelajar FPTT tanpa mengira kaum dan wama kulit.

PTj/PBU: Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan (FPTT)

Sumbangan Iftar FPTT 2024

Program Sumbangan Iftar FPTT merupakan program berbentuk memberi sumbangan juadah berbuka puasa kepada rumah kebajikan anak-anak yatim dan asnaf. Melalui program ini, pelajar dapat membantu meringankan beban pengurusan rumah kebajikan anak-anak yatim & asnaf serta mengeratkan hubungan antara warga FPTT dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Harapan.

Selain itu, fakulti dapat menormalisasikan warga FPTT yang prihatin dan menanam sikap kasih dan peka terbadap masyarakat yang kurang bernasib balk sekaligus mendidik pelajar FPTT di dalam aspek mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan yang dikurniakan oleh Allah SWT.

PTj/PBU: Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan (FPTT)

Program Kembali ke Sekolah Dan Kasih Aidilfitri 2024

Bertujuan untuk menyediakan kelengkapan sekolah dan meringankan beban kewangan golongan asnaf yang kurang berkemampuan di kalangan masyarakat di Melaka amnya. Seramai 49 orang anak-anak asnaf dari SK parit Melana dan SK Belimbing Dalam telah ditaja untuk menerima manfaat bernilai RM150 setiap seorang bagi membeli kelengkapan persekolahan dan hari raya Aidilfitri di Mydin, MITC.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Elektronik Dan Komputer (FTKEK)

Program Shopping Raya 2024

Program yang bertujuan untuk membantu membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf di sekolah-sekolah sekitar kawasan Melaka Tengah. Program ini menyokong SDG 1 – Usaha dalam mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan masyarakat setempat.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (FTMK)

Program Building Bonds , Changing Lives

Program Building Bonds , Changing Lives ini telah diadakan di Masjid Muhammadi Angkasapuri RTM bagi aktiviti memasak dan agihan bubur lambuk serta agihan pek makanan kepada staf RTM yang asnaf atau kurang berkemampuan.

PTj/PBU: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni)

Majlis Berbuka Puasa Perdana Yb Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Keluarga UTeM 2024/1445H

Program berbuka puasa bersama YB Menteri diserikan dangan penyerahan 9 buah bas baru UTeM untuk kegunaan para pelajar dan penyerahan bantuan serta surat tawaran biasiswa kepada pelajar.

PTj/PBU: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni)

Program Titian Kasih Ramadan PLH 2024

Program khidmat masyarakat PLH bagi membantu meringankan beban dan memberikan sinar kegembiraan kepada keluarga penerima asnaf terpilih sempena Ramadan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

PTj/PBU: Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)

Program Jalinan Kasih Door 2 Door

Program ziarah & menyantuni warga UTeM yang memerlukan. Warga yang disantuni juga terdiri daripada balu-balu warga UTeM yang telah meninggal dunia. Warga terbabit diberikan sumbangan tunai serta barangan keperluan harian

PTj/PBU: Pusat Islam

Ziarah Kasih Ke Rumah En. Azizol bin Pet Mangsa Kebakaran UTeM

Menziarah Keluarga UTeM En. Azizol bin Pet yang merupakan staf FTKM yang menghadapi musibah kebakaran rumah beliau di Merlimau Melaka. Menyampaikan sumbangan dan keperluan daripada pihak BAKUTEM dan Universiti. Semoga sedikit sebanyak sumbangan daripada pihak UTeM ini dapat meringankan beban yang dihadapi demi meneruskan kelangsungan hidup beliau sekeluarga.

PTj/PBU: Pejabat Ketua Pegawai Operasi

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko
Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia


Tel: 06-270 4023    Faks: 06-270 1065    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

© UTeMSDG. All rights reserved.