SDG 10: Mengurangkan Ketidaksamaan
SDG 10 adalah usaha universiti untuk mengurangkan ketidaksamaan di dalam dan di antara negara. Universiti memainkan peranan dalam menyediakan pendidikan yang inklusif dan adil serta memastikan bahawa semua individu tanpa mengira latar belakang merekalayak menerima peluang yang sama.
Ini termasuk melaksanakan program yang menyokong kesetaraan seperti biasiswa dan bantuan kewangan untuk pelajar dari latar belakang sosioekonomi yang kurang berkemampuan serta menyediakan sokongan akademik dan peribadi untuk memastikan semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk berjaya.
Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG 10
Pameran Maya : Hak-Hak Konsumer oleh PIDM
Pameran Maya PLH adalah inisiatif bagi mewujudkan ruang dan peluang untuk keterlibatan pengunjung maya tanpa perlu berada secara fizikal di PLH.
Pameran ini memaparkan maklumat berkenaan peranan PIDM dalam mentadbir Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans untuk melindungi consumer kewangan kewangan di Malaysia dan pemilik sijil takaful dan polisi insurans. Pameran secara maya ini.
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Jasa Bakti (AJB) – Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko (PPSKR)
Majlis ini diadakan untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan serta pencapaian cemerlang kakitangan universiti dalam membantu membangunkan dan memajukan pengurusan UTeM. Anugerah ini terbuka dan semua individu boleh menerimanya tanpa mengira latar belakang, jantina dan pendidikan.
Program Outreach Pemasaran Bersama Komuniti Orang Asli Kuala Kubu Baharu, Selangor
Program kolaborasi FPTT dan RICE di mana seramai 50 komuniti orang asli di Kuala Kubu Baharu mempelajari ilmu pemasaran daripada 4 orang pelajar dari Kelab TeMAN
Sepanjang program diadakan, para pelajar berkongsi ilmu pemasaran kepada komuniti orang asli ini yang rata-ratanya adalah merupakan surirumah dan golongan belia yang mempunyai perniagaan kecil kecilan.
Melalui program ini, pelajar diberi pendedahan khas kepada komuniti dan menyumbang terus kepada golongan setempat. Perbezaan latarbelakang diri dan budaya bukan penghalang untuk universiti dan komuniti terus bekerjasama dan saling bantu membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.