Skip to main content

Menu Mobile

SDG 11: Komuniti dan Bandar yang Lestari

SDG 11 adalah usaha universiti untuk menjadikan bandar dan penempatan manusia inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan. Universiti memainkan peranan dalam pendidikan, penyelidikan dan pembangunan inisiatif yang mempromosikan pembangunan bandar yang mampan.

Ini termasuk menawarkan program akademik dan latihan dalam bidang seperti kejuruteraan, pendigitalan, keusahawanan dan pengurusan alam sekitar.

Selain itu, universiti boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, sektor swasta dan komuniti untuk membangunkan projek-projek yang mempromosikan pembangunan bandar yang mampan.

Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG 11

Program Semarak Siswa Madani (UA) @ Simpang Jeram

Seramai 40 sukarelawan dari Kelab Tuah Volunteer Team (TVT) yang memainkan peranan penting dalam melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dalam program ini.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah menservis motosikal (100 buah), menservis penghawa dingin, pendawaian elektrik, dan KTP-Proses Pembuatan Lilin.

PTj/PBU: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni)

Misi Kembara Persaudaraan Islam UTeM-Kemboja tahun 1445H / 2024M

Perlaksanaan program Ibadah Korban dan kebajikan di peringkat antarabangsa di negara Kemboja. Wakaf Perigi turut dilaksanakan bagi pembekalan air bersih kepada komuniti setempat. Selain itu, fakir & miskin turut dibantu melalui pemberian sumbangan, pemberian daging korban serta sumbangan tunai. Sumbangan juga turut diberikan bagi pembangunan/ penambahbaikan sekolah setempat

PTj/PBU: Pusat Islam

STEM Program di SK Lendu

Program bertujuan untuk menarik minat pelajar kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) khususnya teknologi robotik dan melahirkan generasi kreatif, invatif dan berkemahiran tinggi.

PTj/PBU: Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka

Knowledge Sharing Transfer Program (KSTP) Bengkel dan Pertandingan Robotik (DRON) Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Melaka Tahun 2024

Bengkel dan pertandingan yang diketuai oleh Ts. Aminurrashid bin Noordin (Ketua RG Dai-Tech) ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Pelajar-pelajar ini telah didedahkan kepada teknologi Dron melalui taklimat dan seterusnya dipecahkan kepada kumpulan rendah dan menengah untuk melibatkan diri dalam pemasangan dan pertandingan Dron secara berkumpulan.

PTj/PBU: Pusat Pembuatan & Teknologi Pintar (SMTC)

Perbincangan Kontrak SARE Bersama Resorvoir Link Sdn. Bhd.

Perbincangan ini diadakan bersama dengan Resovoir Link Sdn. Bhd. untuk bersama-sama mengambil tahu mengenai prosedur dan syarat yang perlu diambil oleh kedua-dua belah pihak untuk memastikan rancangan penjanaan solar dapat direalisasikan.

PTj/PBU: Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi)

Ergonomik: Mencegah Gangguan Muskuloskeletal di Tempat Kerja

Program ini bertujuan memindahkan ilmu dan kepakaran tentang kaedah Mencegah Gangguan Muskuloskeletal di Tempat Kerja. Program ini dihadiri oleh para penyelidik khususnya dan komuniti 

PTj/PBU: Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka

AI In A World Of Possibilities

Program ini bertujuan memindahkan ilmu dan kepakaran tentang Mendeley. Program ini dihadiri oleh para penyelidik khususnya dan komuniti 

PTj/PBU: Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka

Program Global Community Services & Knowledge Sharing Transfer Program (KSTP)

Program sokongan ini dirancang bagi tahun 2024 adalah sebagai platform menjalankan program kerjasama dalam bidang khidmat komuniti dengan rakan kolaborasi antarabangsa iaitu UPNVY disamping platform perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman Indonesia dalam pengurusan pemasaran digital dan industri halal kepada komuniti usahawan di negeri Melaka 

PTj/PBU: Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka

Kursus Fundemental Understanding of Energy Management for Sustainability di CSC Steel Sdn. Bhd.

Kursus ini dijalankan dengan kerjasama industri (CSC Steel Sdn. Bhd) bagi meningkatkan tahap kesedaran berkaitan kecekapan penggunaan tenaga di kalangan pekerja CSC Steel Sdn. Bhd dengan kumpulan sasar pekerja di bahagian operator pengeluaran. 

PTj/PBU: Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi)

Program Kesedaran Kecekapan Tenaga: Energy Saving Solution For Air Conditioning System

Program ini adalah kerjasama dengan ACSON Malaysia dan ia menerangkan mengenai cara penjimatan penggunaan penghawa dingin dan mengoptimakan penggunaan elektrik

PTj/PBU: Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi)

Program Kesedaran Kecekapan Tenaga di Pejabat dan Di Rumah

Webinar ini diadakan dengan kerjasama CIDB Malaysia bertujuan mengajar tips kecekapan tenaga di pejabat dan di rumah serta mengira penggunaan tenaga dan kos tenaga. 

Ianya telah disampaikan oleh Prof Madya Ir Dr Aida Fazliana binti Abdul Kadir, Penyelaras Tenaga, Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi), UTeM.

PTj/PBU: Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi)

Gotong Royong Madani

Ikon TUAH UTeM perlu memenuhi kriteria 8 dimensi TUAH dan salah satu dimensi dalam melahirkan pelajar yang aktif di dalam aktiviti kesukarelawanan. UTeM iaitu FTKEK telah dijemput oleh pihak Sekolah Kebangsaan Berisu untuk bersama-sama di dalam menjayakan Program Gotong Royong Madani pada 8 Jun 2024.

Program sebegini adalah penting bagi merapatkan hubungan jalinan di antara Universiti dan komuniti setempat terutama di dalam bidang kesukarelawanan. Seramai 40 orang pelajar FTKEK telah bersama-sama menjayakan program ini.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Elektronik Dan Komputer (FTKEK)

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko
Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia


Tel: 06-270 4023    Faks: 06-270 1065    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

© UTeMSDG. All rights reserved.