SDG 12: Tanggungjawab Terhadap Penggunaan dan Pengeluaran Lestari
SDG 12 adalah usaha universiti untuk memastikan corak penggunaan dan pengeluaran yang mampan. Universiti memainkan peranan dalam mempromosikan amalan mampan dalam operasi harian mereka dan melalui pendidikan serta penyelidikan.
Ini termasuk melaksanakan program pengurusan sisa yang efisien seperti kitar semula dan pengurangan sisa serta mempromosikan penggunaan sumber secara bijak. Universiti juga boleh menggalakkan penggunaan produk yang lestari dan mesra alam di seluruh kampus termasuk dalam kafe, pejabat dan kolej kediaman.
Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG 12
Kursus pengendalian dron dijalankan di Kilang Pengajaran
Kursus pengendalian dron ini dijalankan selama 3 hari di Kilang Pengajaran merangkumi a) Introduction to drone and agencies involved in Malaysia, b) Simulator and indoor drone handling, c) Outdoor drone flying, d) Drone maintenance.
Jualan Perabot Rahmah Untuk Penutupan Stor Pusat
Program Jualan Perabot Rahmah kepada Staf UTeM telah berjaya diadakan yang bertempat di premis Stor Pusat, Kampus Teknologi UTeM. Program ini telah memberi manfaat kepada lebih 500 orang staf UTeM membeli item terpakai dengan harga jualan RM1 setiap item Dianggarkan sebanyak 1,315 unit item terjual. Kontrak penyewaan bagi stor pusat bakal tamat pada 1 Ogos 2024 dan sebagai langkah penjimatan ruang dan strategi pengurusan risiko, UTeM bersetuju penyewaan Stor Pusat ini tidak disambung.
SPK Bil. 14 Tahun 2024 – Perolehan Pelantikan Ejen Universiti Menggunakan Sumber Dalaman
Surat pekeliling kewangan berkaitan Pelantikan Ejen Universiti Menggunakan Sumber Dalaman dikeluarkan bagi rujukan perolehan ejen syarikat yang membawa masuk pelajar yang akan belajar di UTeM. Pelantikan ejen akan dibuat melalui Jawatankuasa Penilaian Pelantikan Ejen.
Bengkel Pembuatan Sabun Dari Hampas Kopi Dengan Kerjasama Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi)
Program ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada para peserta tentang teknik-teknik pembuatan sabun menggunakan hampas kopi.
Program ini secara tidak langsung menyokong SDG 4 – Pendidikan Berkualiti, SDG 12 – Tanggungjawab kepada penggunaan dan pengeluaran lestari serta SDG 17 – Rakan Kerjasama dan Matlamat
Plogging at UTeM
Program ini bertujuan untuk mengutip dan membersihkan sisa-sisa pepejal yang berada di sekitar kawasan rekreasi tasik bagi mewujudkan persekitran yang bersih dan nyaman.
Taklimat Kecekapan Tenaga di Kolej Kediaman Satria Lekir sempena Pengambilan Pelajar Baharu
Program ini diadakan untuk memupuk kesedaran semua pelajar UTeM untuk menggunakan tenaga tanpa melakukan pembaziran.
Kitar Semula Sisa Fabrik, Kertas, Plastik & Elektronik @ Masjid Sayyidina Abu Bakar
Program ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan warga UTeM untuk kitar semula sisa fabrik, kertas, plastik & elektronik @ Masjid Sayyidina Abu Bakar. E-waste yg tidak dibenarkan adalah seperti sisa lampu/mentol.
Audit Renewal EMGS 3 Bintang 2024 oleh MGTC
Program memaklumkan Universiti dalam proses memperbaharui pensijilan Energy Management Gold Standard (EMGS) dari ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS). Warga Universiti adalah dimohon untuk memberi kerjasama yang baik dan antara aspek yang akan dinilai adalah seperti kesedaran dan kefahaman warga Universiti kepada kecekapan tenaga; pengendalian operasi yang melibatkan penggunaan tenaga dengan cara yang cekap; keterlibatan PTj dalam melaksanakan amalan cekap tenaga; dan lain-lagi.
Bengkel Semakan Dokumen Cadangan Pembangunan Kolej Kediaman Pelajar UTeM
UTeM dalam pelaksanaan perancangan pembangunan kolej kediaman pelajar dan usaha yang sedang dijalankan bersesuaian dengan inisiatif pembangunan kediaman pelajar secara kerjasama awam-swasta sebagaimana anjuran Kerajaan melalui Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.
PPP telah menerima Cadangan Pembangunan Kolej Kediaman Pelajar secara pajakan untuk dimiliki (Lease to Own) yang dikemukakan oleh Syarikat MARA Incorporated Sdn. Bhd. (MARA) dan cadangan dari Profil Makmur Sdn Bhd.
Bengkel Semakan Dokumen Cadangan Pembangunan Kolej Kediaman Pelajar UTeM Bersama Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
Objektif bengkel adalah untuk meningkatkan kefahaman terhadap proses perolehan bagi pembangunan kolej kediaman pelajar melalui kerjasama awam swasta secara PFI.
PPP dan PPF mencadangkan perancangan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang bagi perkembangan kolej kediaman pelajar dalam Kampus Induk UTeM dengan sasaran untuk menampung anggaran 26,250 pelajar atau 70% daripada jumlah jangkaan enrolmen seramai 37,500 pelajar menjelang tahun 2030.
Bengkel Penyediaan Dokumen Perancangan Dan Pembangunan Kampus Bagi RMK-13 Tahun 2025 Hingga 2030
Bengkel ini telah dihadiri oleh semua PTj merangkumi perancangan permohonan projek dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) bagi tempoh 5 tahun merangkumi keperluan akademik, penyelidikan & inovasi serta keperluan hal ehwal pelajar dan komuniti.
Webinar Pengurusan Bahan Kimia
Ceramah ini diadakan bersempena Minggu OSH 2024 yang disampaikan oleh Pn. Norfaizah binti Suhaimi, Pegawai Sains dari Jabatan Kimia Malaysia, Negeri Melaka. Peserta didedahkan tentang pengurusan bahan kimia, tanggungjawab dan risiko penggunaan bahan kimia.
Plogging Day – Jom Bersihkan Tasik Kita!
Program ini dilaksanakan untuk mengutip dan membersihkan sisa-sisa pepejal yang berada di sekitar kawasan rekreasi tasik UTeM.
Program Ekspedisi Lestari : Teroka Alam di Sekolah Kebangsaan Gangsa & Sekolah Kebangsaan Paya Rumput
Program ini adalah kerjasama PTHM dan UTeM dengan disertai oleh 2 buah sekolah melibatkan 85 orang pelajar dan 10 orang guru dari SK Gangsa manakala 120 orang pelajar dan 15 orang guru dari SK Paya Rumput. Program
pemindahan ilmu ini dimanfaatkan sewaktu kokurikulum sekolah bertujuan untuk membina pengetahuan yang kukuh dengan mendedahkan kepentingan ekosistem, biodiversiti dan isu semasa yang melibatkan alam sekitar dan menyemai pendidikan lestari di peringkat akar umbi.