Skip to main content

Menu Mobile

SDG 13: Tindakan Iklim

SDG 13 adalah usaha universiti untuk mengambil tindakan segera untuk memerangi perubahan iklim dan kesannya. Universiti memainkan peranan dalam pendidikan, penyelidikan dan pelaksanaan inisiatif hijau yang mempromosikan kesedaran dan tindakan terhadap perubahan iklim.

Ini termasuk melaksanakan langkah-langkah untuk mengurangkan jejak karbon mereka seperti meningkatkan kecekapan tenaga di bangunan kampus, menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, berbasikal dan berjalan kaki serta melaksanakan program pengurusan sisa yang berkesan termasuk kitar semula dan pengurangan sisa.

Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG 13

Audit Anugerah Hijau Melaka

Audit ini dijalankan untuk menilai sejauh mana UTeM menjalankan Pembudayaan Hijau iaitu kategori yang CENSEi terlibat dalam pertandingan tersebut.  Audit ini dihadiri oleh lebih lima orang penilai daripada Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.

PTj/PBU: Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi)

Knowledge Sharing Transfer Program (KSTP) Peringkat Antarabangsa Berkaitan Sistem Robotik Bagi Pemantauan Kualiti Alam Sekitar Melalui Teknologi IoT Serta CSR Beach Clean-Up Di Sekitar Taman Laut Melaka

Program ini bertujuan memindahkan ilmu dan kepakaran tentang aplikasi robotik dan IoT dalam memantau kualiti alam sekitar kepada sekumpulan pelajar luar negara seperti Indonesia

PTj/PBU: Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM – Melaka

Program Ekspedisi Lestari : Teroka Alam di Sekolah Kebangsaan Gangsa & Sekolah Kebangsaan Paya Rumput

Program ini adalah kerjasama PTHM dan UTeM dengan disertai oleh 2 buah sekolah melibatkan 85 orang pelajar dan 10 orang guru dari SK Gangsa manakala 120 orang pelajar dan 15 orang guru dari SK Paya Rumput.  Program

pemindahan ilmu ini dimanfaatkan sewaktu kokurikulum sekolah bertujuan untuk membina pengetahuan yang kukuh dengan mendedahkan kepentingan ekosistem, biodiversiti dan isu semasa yang melibatkan alam sekitar dan menyemai pendidikan lestari di peringkat akar umbi.

PTj/PBU: Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi)

Kursus Pengurusan Tenaga Lestari di UTeM dan Di Rumah

Kursus ini membincangkan kepentingan peranan penolong pengurus tenaga (PPTe) dan jawatankuasa di dalam memacu pengurusan tenaga yang lestari di sesebuah ptj di utem. Peserta akan didedahkan kepada bagaimana bil elektrik rumah kediaman dikira, disamping perkongsian tips-tips umum penjimatan yang boleh diamalkan alam kehidupan seharian.

PTj/PBU: Pusat Alam Sekitar Pintar

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko
Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia


Tel: 06-270 4023    Faks: 06-270 1065    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

© UTeMSDG. All rights reserved.