SDG 15 adalah usaha universiti untuk memulihara, memulihkan dan mempromosikan penggunaan mampan ekosistem darat, mengurus hutan secara mampan, memerangi penggurunan, menghentikan dan memulihkan degradasi tanah serta menghentikan kehilangan biodiversiti. Universiti memainkan peranan dalam pendidikan, penyelidikan dan pelaksanaan inisiatif yang mendukung pemuliharaan dan pengurusan lestari ekosistem darat.
Ini termasuk universiti boleh melaksanakan langkah-langkah seperti menyediakan kursus dan program yang mendidik pelajar mengenai kepentingan ekosistem darat, melaksanakan projek-projek pemuliharaan seperti penanaman semula pokok, pemulihan habitat dan pemantauan biodiversiti di kawasan kampus dan komuniti sekitar serta bekerjasama dengan organisasi tempatan, kerajaan dan komuniti untuk mempromosikan pemuliharaan ekosistem darat dan pengurusan sumber alam secara mampan
Hubungi Kami
Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia Tel: 06-270 4023 Faks: 06-270 1065 E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.