SDG 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh
SDG 16 adalah usaha universiti untuk mempromosikan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan mampan, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua, dan membina institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan inklusif di semua peringkat. Universiti memainkan peranan dalam pendidikan, penyelidikan dan pelaksanaan inisiatif yang mendukung keamanan, keadilan dan kelembagaan yang baik.
Ini termasuk universiti boleh melaksanakan langkah-langkah seperti menyediakan kursus dan program yang mendidik pelajar mengenai hak asasi manusia, keadilan sosial dan tadbir urus yang baik serta menggalakkan pelajar dan kakitangan untuk terlibat dalam aktiviti sukarelawan dan inisiatif masyarakat yang mempromosikan keamanan dan keadilan. Selain itu, universiti mewujudkan dan mengekalkan persekitaran kampus yang inklusif dan adil.
Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG 16
Lawatan Pro Canselor Tan Sri Abdul Rashid Hussain Ke Kompleks Penyelidikan Dan Inovasi
Sempena Majis Penyerahan Watikah Pelantikan YBhg. Pro Canselor dan Lawatan ke UTeM, Pejabat TNC (P&I) telah terlibat bagi menguruskan sesi lawatan YBhg. Pro Canselor ke Kompleks TNC (P&I) pada 6 Ogos 2024 (Selasa). Pejabat TNC (P&I) telah mengambil peluang ini bagi menyampaikan info berkenaan aktiviti-aktiviti penyelidikan yang ada di UTeM diantaranya melalui sesi tayangan video pendek, sesi penerangan ringkas serta pameran beberapa produk-produk penyelidikan kepada YBhg. Pro Canselor.
Program Jalinan Holistik Alumni Utem Zon Utara Serta Rakaman Vlog Alumni
Progam ini bertujuan untuk mengumpulkan Alumni Zon Utara (sekitar Pulau Pinang, Perlis, Kedah & Perak Utara) dan menyalurkan maklumat berkaitan status terkini AUTeM kepada alumni yang hadir. Secara tidak langsung, program ini dapat menjejak semula alumni yang telah memasuki industri seterusnya meluaskan lagi potensi kerjasama di antara UTeM dan industri.
Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2024
1. Menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan kepada semua staf UteM.
2. Kempen kibarkan Jalur Gemilang kepada semua warga UteM.
3. Menyampaikan amanat pengurusan tertinggi UteM berkaitan dengan menyemarakkan lagi semangat Jiwa Merdeka.
Seminar Kebangsaan Audit Dalam 2024
Seminar ini diadakan bagi meningkatkan prestasi dan keberkesanan Audit Dalam melalui pendigitalan audit, menambah baik kecekapan dan peranan Audit Dalam dalam mengadaptasi keperluan pengauditan mengikut lanskap dan menyediakan satu platform ilmu dan keperluan pengauditan semasa kepada Audit, seterusnya menyokong SDG 16 – Membangunkan institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan telus.
Kuiz Pejabat Audit Dalam
Kuiz Pejabat Audit Dalam diadakan bagi memberi kesedaran dan ilmu yang boleh dimanfaatkan kepada warga UTeM berkaitan Audit Dalam seterusnya menyokong SDG 16 – Membangunkan institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan telus.
Lawatan Kerja Bagi Penambahbaikan Pelaporan Audit di Audit Dalam UPM dan Bahagian Audit Dalam & Siasatan Awam (BADSA), Jabatan Ketua Menteri Melaka
Lawatan kerja diadakan bagi menambahbaik proses pelaporan audit dan sesi perkongsian berkaitan pengauditan seterusnya menyokong SDG 16 – Membangunkan institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan telus.
Gotong-Royong Membersihkan Ruang Kerja
Gotong-royong diadakan bagi membersihkan ruang kerja, menyusun fail dan dokumen supaya sentiasa kemas dan teratur seterusnya menyokong SDG 16 – Membangunkan institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan telus.
Kunjungan Hormat Komandan dan Pegawai Bersekutu Kor Sispa UTeM ke Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka
Kunjungan Hormat Komandan dan Pegawai Bersekutu Kor Sispa UTeM ke Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka oleh YBrs. Profesor Dr. Zulkifillie bin Ibrahim.
Pertandingan Fotografi Kemerdekaan
Pertandingan ini dianjurkan bagi meningkatkan semangat patriotisme dan mengasah bakat fotografi dalam kalangan mahasiswa/i FTKE sempena Bulan Kemerdekaan.
Kursus Personal Data Protection Act (PDPA) For F1 Team
Memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kepentingan memahami dan melindungi data peribadi, peraturan dan akta yang terkait dengannya dalam pengurusan dan operasi sesebuah organisasi. Peserta juga didedahkan dengan kaedah dan langkah keselamatan praktikal selain perkongsian pengetahuan dan pengalaman mengenainya melalui beberapa kajian kes sedia ada.
CSR AUTeM Horizon Series Siri 1 – SK Sebatu
Program ini merupakan anjuran bersama AUTeM, UACE, HEPA dengan kerjasama beberapa sekolah. Objektif utama program ini adalah untuk menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti yang berteraskan tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta memperkukuhkan hubungan antara alumni, pelajar dan komuniti. Pelaksanaan program ini adalah penting kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat setempat, tetapi juga selaras dengan 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
Program Ramah Mesra Pengurusan Tertinggi Universiti Bersama Alumni Sabah Dan Rakaman Vlog Alumni Sabah Dengan Kerjasama Jawatankuasa Alumni Chapter Zon Sabah
Program ini merupakan hasrat Pengurusan Tertinggi university bagi memperkasakan visibility alumni UTeM di luar sana yang telah Berjaya dengan kerjaya masing-masing. Program ini dipercayai akan memberikan impak yang sangat bermakna kepada alumni UTeM kerana ini merupakan satu-satukan cara mempromosikan produk UTeM yang telah Berjaya. Dibantu oleh Jawatankuasa Alumni Chapter Zon Sabah dan secara langsung menjadikan ini salah satu program yang dikendalikan oleh alumni zon Sabah.
Majlis Malam Alumni Universiti Awam 2024: Penggerak Transformasi Universiti
Majlis ini dianjurkan oleh MALUMNI ini dengan sokongan daripada penaja utama, iaitu Top Glove dan VFive Group. Kehadiran tokoh-tokoh terkemuka dari pelbagai industri memeriahkan lagi majlis ini, menjadikannya sebuah acara yang dinanti-nantikan oleh para alumni dan pihak universiti.
Majlis ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada penglibatan yang lebih aktif daripada alumni dalam pelbagai inisiatif universiti yang akan datang, sekali gus menyumbang kepada pembangunan dan kecemerlangan pendidikan.
CSR AUTeM Horizon Series Siri 2 – SMK Ayer Keroh
Program ini merupakan anjuran bersama AUTeM, UACE, HEPA dengan kerjasama beberapa sekolah. Objektif utama program ini adalah untuk menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti yang berteraskan tanggungjawab social korporat (CSR) serta memperkukuhkan hubungan antara alumni, pelajar dan komuniti. Pelaksanaan program ini adalah penting kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat setempat, tetapi juga selaras dengan 18 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
Sesi Kesidang Pasukan TNCPI (Sesi 1)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah mengadakan Sesi Kesidang Pasukan TNC (P&I) Sesi 1 pada 23 Julai 2024 melibatkan dua buah Fakulti iaitu FTKE dan FTKEK yang bertemakan 'Memperkasakan Penyelidikan Berimpak'. Tujuan penganjuran program ini ialah untuk memberikan informasi kepada semua pensyarah UTeM mengenai maklumat aktiviti penyelidikan, pencapaian dan perancangan bagi pembangunan penyelidikan dan inovasi di UTeM.
Pameran Maya : Hak-Hak Konsumer oleh PIDM
Pameran Maya PLH adalah inisiatif bagi mewujudkan ruang dan peluang untuk keterlibatan pengunjung maya tanpa perlu berada secara fizikal di PLH.
Pameran ini memaparkan maklumat berkenaan peranan PIDM dalam mentadbir Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans untuk melindungi consumer kewangan kewangan di Malaysia dan pemilik sijil takaful dan polisi insurans. Pameran secara maya ini.
Penerangan Syarat Minima Kenaikan Pangkat Pensyarah Universiti Tahun 2024 melalui Sesi Kesidang TNCAA
Menerangkan kepada Pensyarah Universiti berkenaan dasar, garis panduan dan syarat minima kenaikan pangkat yang telah diluluskan oleh Mesyuarat LPU pada 22 Julai dan 23 Ogos 2024.
Program Semarak Merdeka : Program QuranHour@PLH bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-67
Kempen berinteraksi dengan al-Quran melalui pembacaan, pemahaman dan pengaplikasian sebagai antara ibadah yang perlu dipraktikan warga kampus selain memupuk kefahaman dan memangkin perubahan positif serta transformasi masyarakat di peringkat global.
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan YBhg. Tan Sri Abdul Rashid Hussain sebagai Pro-Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan YBhg. Tan Sri Abdul Rashid Hussain sebagai Pro-Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka, yang telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Lawatan Kerja Penolong Naib Canselor (Strategik & Kelestarian Global) ke CENSEi
Lawatan kerja PNC(SKG) ini adalah lawatan yang pertama setelah pelantikan PNC(SKG). Tujuan lawatan adalah untuk mengenali CENSEi dengan lebih dekat mengenai fungsi dan peranan CENSEi dan menyampaikan hasrat dan hala tuju PNC(SKG). Program ini dihadiri oleh semua warga CENSEi.
Info Pejabat PUU
Info ini bertujuan bagi memberi penerangan dan kefahaman berkenaan tarikh-tarikh penting dalam kontrak perolehan.
Info Pejabat PUU BiL. 47/2024
Info ini bertujuan untuk menghebahkan tatacara untuk mendapatkan template bagi dokumen perundangan di pejabat PUU.
Lawatan & Sumbangan Bantuan Kebajikan Staf
Lawatan ziarah ke Hospital Melaka telah dilaksanakan bagi memberi sokongan moral kepada staf Pejabat Keselamatan yang mengalami serangan jantung. Dikesempatan itu juga, sumbangan bantuan kebajikan daripada staf Pejabat Keselamatan dan BAKUTeM turut disampaikan bagi meringankan beban serta memenuhi tanggungjawab sosial. Matlamat Pembangunan Mampan 3 (SDG3): Kesihatan dan Kesejahteraan Baik dan Matlamat Pembangunan Mampan 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi Kukuh (SDG 16)
Lawatan Delegasi Persatuan Polis Bantuan Malaysia (Mapa) Ke Pajabat Keselamatan UTeM
Melalui mesyuarat AMP Bil 3/2024, Polis Bantuan UTeM telah dilantik selaku AMP Melaka bagi mewakili agensi Polis Bantuan seluruh negeri Melaka yang didaftarkan dibawah MAPA.
Perkongsian projek dan aktiviti berimpak tinggi dengan kerjasama penyelidik UTeM telah mendapat perhatian khusus delegasi MAPA yang boleh memberi manafaat kepada kedua-dua pihak dan agensi lain melalui jalinan MoU/LoI/LoU pada masa hadapan.
Program Briskwalk Bersama Saya: Naib Canselor UTeM
Penglibatan staf Pejabat Keselamatan di dalam “Program Briskwalk Bersama Saya: Naib Canselor” adalah bagi memastikan kawalan ketenteraman awam dan keselamatan lalu lintas di kawasan kampus terus terjamin. Selain itu, penyertaan staf juga turut memberikan impak kepada kesihatan mental, fizikal serta memupuk semangat harmoni di kalangan staf.
Briskwalk Bersama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Program ini tidak hanya mencerminkan komitmen staf Pejabat Keselamatan terhadap kesihatan dan kecergasan anggota, staf dan komuniti universiti, tetapi juga memupuk semangat kebersamaan dan kekompakan di kalangan semua peserta. Program briskwalk ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, tetapi juga memberi peluang untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara lebih dekat dengan staf-staf lain.
Pelaksanaan Rondaan Audit Kunci Bangunan Pejabat Dan Makmal Di Kampus Teknologi
Pelaksanaan rondaan audit kunci di bangunan pejabat, makmal dan bilik kuliah fakulti Kampus Teknologi pada bulan Ogos 2024 selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan 3 (SDG3): Kesihatan dan Kesejahteraan Baik dan Matlamat Pembangunan Mampan 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi Kukuh (SDG 16)
Lawatan Penanda Aras Polis Bantuan UPM Ke UTeM
Sesi pada 16 Ogos 2024 dimulakan dengan perkongsian fungsi, rutin pelaksanaan, dan KPI Bahagian dan Unit oleh Ketua Bhg Operasi & Pentadbiran dan Ketua-Ketua Unit di Pejabat Keselamatan. Sesi pada hari pertama berakhir dgn campus tour Kampus Induk UTeM. Sesi kedua pada 17 Ogos 2024 dimulai dengan briskwalk dan pertandingan street soccer antara PB UTeM dan PB UTeM.
Pelaksanaan Kawalan Keselamatan Bagi Program Penjualan Perabot Rahmah UTeM
Pelaksanaan kawalan ketenteraman awam dan lalu lintas oleh Pejabat Keselamatan adalah bertujuan memastikan proses penjualan perabot RAHMAH yang berlangsung pada 21 - 22 Ogos 2024 di stor perabot pusat UTeM di Kampus Teknologi berada dalam keadaan sistematik dan lancar yang mana penganjuran program ini adalah dibawah tangungjawab URAS, Pejabat Bendahari.
Program Briskwalk Jiwa Merdeka Bersama Naib Canselor UTeM
Program anjuran Pejabat Pengurusan Fasiliti ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk NC, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM, Pengarah PPF UTeM, Pengarah Pejabat Pengurusan Pembangunan UTeM, Pengarah Pusat Sukan UTeM, Pengarah Pejabat Keselamatan UTeM dan seluruh warga UTeM dari pelbagai PTj. Keprihatinan dan sasaran keselamatan kampus adalah menjadi sandaran utama staf Pejabat Keselamatan yang terlibat dalam mengawal keselamatan lalui lintas dan ketenteraman awam.
Menziarahi keluarga pelajar di Tapah Perak, Mendiang Yip Wai Chun
Bahagian Kebajikan Pelajar HEPA telah menziarahi keluarga pelajar di Tapah, Perak, mendiang Yip Wai Chun, yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada awal bulan Jun yang lalu.
Keluarga pelajar turut menerima sumbangan dari Tabung Kebajikan Pelajar UTeM dan sumbangan dari pihak Yayasan Perkasa Siswa yang turut diwakili En Kali dari BHEP KPT.
Majlis Pembukaan Pengauditan Ke Atas Kawalan Keselamatan Sistem Hal Ehwal Pelajar (SHEPA)
Majlis pembukaan ini dilaksanakan untuk memaklumkan auditi berkaitan objektif, skop dan timeline bagi Pengauditan Ke Atas Kawalan Keselamatan Sistem Hal Ehwal Pelajar (SHEPA)
Kawalan Keselamatan semasa Program Briskwalk Bersama Naib Canselor UTeM
Program ini melibatkan kehadiran YBhg. Prof. Datuk Ts Dr Massila Binti Kamalrudin bersama dengan pegawai kanan Universiti (Formula 1), staf pelaksana dan pelajar. Seramai 5 pegawai dan 6 anggota keselamatan telah dipertanggungjawabkan bagi memastikan keselamatan individu dan kelancaran lalulintas sepanjang program berlangsung. Selain itu, Pejabat Keselamatan telah dipertanggungjawabkan untuk memimpin pergerakan semua peserta dengan jarak 3.5 km
Bengkel Penggunaan Media Conference System (SWIPE)
Bengkel ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada penolong jurutera dan staf yang bertanggungjawab berkenaan penggunaan SWIPE di Fakulti/Pejabat yang telah dibekalkan oleh PSTP
Info pejabat PUU Bil. 1/2024 (Naib Canselor)
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga Universiti berhubung sistem tadbir urus pegawai sepertimana di dalam Perlembagaan Universiti
Program Dialog Kesidang Kewangan “Isu, Cabaran & Solusi” Kepada Semua PTJ/PBU
Program ini bertujuan untuk membicarakan secara langsung sebarang permasalahan atau isu tadbir urus kewangan yang dihadapi oleh PTj/PBU.
Siri Pertama Dialog Kesidang Kewangan “Isu, Cabaran & Solusi” telah dihadiri oleh Staf Pejabat Naib Canselor, Canselori, dan PBU dibawahnya seperti UGlobe, PUU, PAD, CENSEI dan PPSKR. Untuk sesi seterusya adalah mengikut Takwim Tahun 2024 yang telah diedarkan kepada semua Ketua PTj. Semoga segala usaha baik ini dapat diteruskan dan manfaatnya dapat dijadikan amalan dalam menjalankan tugas.
Bengkel Memodenkan Infostruktur dalam Menuju Transformasi Pendigitalan Menyeluruh Dan Kampus Pintar
Bengkel ini dilaksanakan untuk memberi ruang kepada semua pembangun sistem untuk merancang sistem yang membantu memudahkan urusan di UTeM
Kursus Asas Pengurusan Keselamatan Maklumat ISMS ISO 27001 : 2022
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada staf berkaitan pengurusan standard iso/iec 27001 isms bagi keselamatan penyimpanan aset maklumat organisasi seperti maklumat kewangan, harta intelek, maklumat pekerja dan maklumat yang diberikan kepada pihak ketiga.
Selain itu, kursus ini juga memberi peluang kepada organisasi melihat segala keperluan dan perubahan pada piawaian 27001:2022 berbanding dengan iso 27001:2013.
Audit Kunci Bangunan
Audit kunci merupakan 1 daripada keperluan seperti mana arahan yang termaktub di dalam Arahan Keselamatan (pindaan 2018). Pelaksanaan audit kunci adalah melibatkan keseluruhan bangunan di Kampus Induk dan Kampus Teknologi yang dipertanggungjawabkan kepada 24 PTj dan 22 PBU.
Sekatan Jalan Raya Kampus
Sekatan Jalan Raya Kampus yang dijadualkan 8 kali sebulan bertujuan mengurangkan kesalahan lalu lintas dan secara langsung mensasarkan sifar kemalangan dalam kampus.
Kempen Keselamatan Jalan Raya Secara Atas Talian
Kempen Keselamatan Jalan Raya Secara Atas Talian bertujuan memberikan kesedaran kepada semua pengguna jalan raya dalam kampus terutamanya staf dan pelajar berkenaan pentingnya mematuhi peraturan lalu lintas. Kempen ini mensasarkan sifar kesalahan lalu lintas dan seterusnya mencapai sifar kemalangan dalam kampus.
Lawatan Penanda Aras Jabatan Undang-Undang USIM ke Pejabat PUU UTeM
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman di antara Jabatan Undang-Undang USIM dan Pejabat PUU UTeM berhubung pengurusan kontrak-kontrak Universiti.
Info Pejabat PUU Bil. 21/2024 (Fakta Ringkas Perlembagaan Persekutuan)
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga Universiti berhubung undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan
Program Bacaan Yassin, Jamuan Mesyuarat & Sambutan Hari Lahir
Program Bacaan Yassin, Jamuan Mesyuarat & Sambutan Hari Lahir ini diadakan bagi mengukuhkan ikatan silatulrahim antara staf selain menyemai aspek kerohanian. Adalah penting untuk memastikan staf dapat bekerja dalam suasana yang harmoni serta menjamin organisasi yang kukuh.
Majlis Iftar Penerbit
Majlis Iftar ini adalah salah satu dari agenda “bonding strategy” sesama warga Team Penerbit UTeM bagi mengukuhkan ukhwah seterusnya dapat membawa impak positif dalam urusan pentadbiran & pelaksanaan tugasan.
Bengkel Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko & Kawalan Risiko (HIRARC)
Bengkel ini diadakan bertujuan membentuk persekitaran tempat kerja yang sistematik dan efektif serta mengelakkan sebarang risiko yang bakal dihadapi oleh pekerja. Bengkel ini akan memberi pendedahan kepada peserta bagi langkah-langkah mengenalpasti hazard, penaksiran risiko dan kawalan risiko di tempat kerja dengan menggunakan kaedah yang seperti di garis panduan keselamatan.
Peserta dapat mengetahui pendekatan yang mudah dalam mengenalpasti hazard, penaksiran risiko dan kawalan risiko di tempat kerja serta dapat menguruskan hazard dan risiko dengan lebih berkesan
Pengauditan Ke Atas Pengurusan Perolehan di Pusat Tanggungjawab (PTj)
Mesyuarat pembukaan ini dilaksanakan untuk memaklumkan auditi berkaitan objektif, skop dan timeline bagi Pengauditan Ke Atas Pengurusan Perolehan di PTj
Hari Bersama Auditi (HBA)
HBA ini dilaksanakan untuk membantu PTj menyelesaikan isu/penemuan-penemuan audit yang masih dalam tindakan
Kursus Tatacara Pengurusan Aset Terbaik Di Pusat Tanggungjawab
Ketua Bahagian Pengurusan Sumber, Puan Junaidah binti Badar sebagai penceramah utama dan dibantu fasilitator Puan Siti Fatimah Zahra binti Hasan, Ketua Unit Rekod Aset & Stor telah menyampaikan kursus Tatacara Pengurusan Aset Terbaik Di Pusat Tanggungjawab.
Kursus dihadiri seramai lebih 60 peserta yang terdiri daripada Pegawai Aset, Penolong Pengawai Aset dan Penolong Jurutera yang secara langsung menguruskan aset di Fakulti/PTj masing-masing. Disamping itu pelbagai input dan maklumbalas diterima oleh URAS yang boleh dijadikan rujukan bagi sebarang penambahbaikan peraturan mahupun sistem (SMPA).
Kursus Aplikasi Falak Dalam Ibadat
Kursus ini bertujuan memperkenalkan peserta kepada teori dan amali mengenai ilmu falak syari, pemahaman tentang kalendar, arah kiblat, waktu solat dan bagaimana ia dihasilkan dan digunakan dalam kehidupan seharian. Selain itu, kursus ini juga akan memberikan penerangan terperinci tentang aplikasi dan praktikal pengiraan, pengukuran dan cerapan objek langit.
Peserta juga akan belajar perbezaan kalendar dan penetapan hari kebesaran islam seperti puasa dan hariraya dalam menyelesaikan kemelut pandangan orang awam.
Pelaksanaan rondaan bangunan menggunakan aplikasi Smart Patrol Tag
Pembentangan oleh En. Vigneswara Rao A/L Gannaparthy, Pensyarah Kanan FTKEK pada telah bersetuju untuk rondaan bangunan menggunakan aplikasi Smart Patrol Tag dilaksanakan melalui pemasangan NFC Tag sebelum 10 Mei 2024, konfigurasi NFC tag dan aplikasi SPT pada 14 - 17 Mei 2024, percubaan pelaksanaan pada 20 - 24 Mei 2025, penganjuran Bengkel Pengendalian SPT pada 27 - 31 Mei 2024. Pelaksanaan aplikasi ini jelas menunjukkan bahawa rondaan yang dilaksanakan adalah berkesan.
Pelaksanaan rondaan sempadan dengan menggunakan dron penyelidikan
Tindakan bagi merealisasikan rondaan menggunakan dron telah dipersetujui melalui perbincangan dengan para penyelidik UTeM yang diketuai oleh PM. Dr Muhammad Herman bin Jamaluddin melalui sesi lawatan ke laluan rondaan pada 15 - 31 Mei 2024, instalasi fizikal dan software pada bulan Jun 2024, sesi testing period pada Julai 2024, bengkel dan kursus kendalian Drone pada Ogos 2024 dan serahan drone dan pelaksanaan rondaan bermula September 2024. Perancangan dan pelaksanaan rondaan sempadan dengan menggunakan dron
Operasi Sekatan Jalan Raya Kampus – Selepas Waktu Pejabat
Operasi Sekatan Jalan Raya Kampus – Selepas Waktu Pejabat telah dilaksana di beberapa lokasi tumpuan yang di dalam kawasan kampus bagi bertujuan mengurangkan kesalahan lalu lintas dan secara langsung mensasarkan sifar kemalangan dalam kampus
Team Bonding "One Team One Dream" Pejabat Pendaftar
Seramai 20 orang wakil Pejabat Keselamatan telah menyertai kursus yang dianjurkan UTM Regensi, Jalan Semarak Kuala Lumpur. Bagi memastikan penyertaan pegawai dan anggota Pejabat Keselamatan di dalam kursus ini, urusan kaunter di Kampus Induk dan Kampus Teknologi telah dipindahkan secara atas talian dan laporan/aduan jenayah/kemalangan telah dipusatkan ke Bilik Kawalan. Semua pegawai dan anggota telah memberikan komitmen bagi memastikan keberkesanan operasi Pejabat Keselamatan tidak tertangguh atau tergendala sepanjang kursus berlangsung.
Tangkapan haiwan berbisa sekitar kampus pada Mei hingga Jun 2024
Kendalian haiwan berbisa/haiwan liar merupakan antara KPI Pejabat Keselamatan yang dikendalikan oleh Q-Force secara bersama dengan PBT (APM/BOMBA). Pejabat Keselamatan telah menerima sepuluh (10) aduan berkaitan haiwan liar/berbisa sepanjang bukan Mei 2024.
Selepas menerima aduan, tindakan segera telah diambil dengan meninjau dan memeriksa lokasi yang diadukan sebelum dipanjangkan ke pihak PBT (sekiranya tidak dapat dikendalikan secara dalaman). Semua aduan yang diterima diambil tindakan dalam tempoh 24 jam.
Info Pejabat PUU Bil. 24/2024 (Elemen-Elemen Kontrak)
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga Universiti berhubung intipati penting sesebuah kontrak.
Penceramah Kursus Pengurusan Organisasi Majlis Perwakilan Pelajar UTeM Sesi 2023/2024 (Nurturing Leaders)
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pemahaman penuh kepada ahli Majlis Perwakilan Pelajar berkaitan perkara-perkara yang berikut :
- Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971
- Perlembagaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka
- Kaedah-Kaedah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009
- Peraturan & Tatatertib Kolej Kediaman Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Fasilitator Bengkel Jom Capai KPI Geran Melalui IP
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pemahaman penuh kepada peserta bengkel berkaitan perkara-perkara yang berikut :
- Apakah itu harta intelek?
- Kepentingan output penyelidikan – harta intelek
- Kepentingan pemilikan harta intelek
- Proses sebenar pendaftaran harta intelek di UTeM
- Isu sebenar yang dihadapi oleh Universiti berkaitan harta intelek
- Cadangan penyelesaian bersesuaian bagi peserta yang menghadapi masalah serupa bersama-sama rakan kerjasama
Program “Executive Financial Talk (EFT) – Akauntabiliti Dan Integriti Penjawat Awam”
Program EFT adalah memberikan pendedahan dan kesedaran akan kepentingan akauntabiliti dan integriti dikalangan penjawat awam yang turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi Universiti, Ketua PTj dan Pengarah di UTeM serta Bendahari-Bendahari dan wakil-wakil dari Universiti Awam.