Skip to main content

Menu Mobile

SDG 17: Kerjasama untuk Mencapai Matlamat

SDG 17 adalah usaha universiti untuk memperkukuhkan cara pelaksanaan dan menghidupkan semula perkongsian global untuk matlamat pembangunan mampan. Universiti juga boleh mempromosikan kerjasama dan perkongsian antara universiti, sektor swasta, kerajaan dan organisasi masyarakat untuk mencapai matlamat pembangunan mampan secara berkesan.

Ini termasuk universiti boleh melaksanakan langkah-langkah seperti menjalin dan mengukuhkan kerjasama dengan institusi pendidikan lain, sektor swasta dan organisasi bukan kerajaan untuk melaksanakan projek bersama yang menyokong pembangunan mampan. Selain itu, menganjurkan seminar, bengkel, dan program yang menggalakkan perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik matlamat pembangunan mampan antara pelajar, kakitangan dan komuniti luar.

Justeru, menggalakkan penglibatan komuniti dalam projek dan inisiatif yang mempromosikan pembangunan mampan. Ini boleh termasuk melibatkan pelajar dalam aktiviti sukarelawan, program perkhidmatan masyarakat dan projek-projek komuniti yang menyokong matlamat pembangunan mampan.

Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG 17

MTUN Industry-Academia Discourse on Advanced TVET (MIAD)

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan mereka dalam menangani isu penyalahgunaan dadah, dan telah dihadiri seramai hampir 700 peserta.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti Gimik Peluncuran "Tak Payah Tak Nak", Pelepasan Batik Fun Walk, jualan produk SUKA AADK, pendaftaran Kempen 1 Juta Ahli SKUAD, bas pameran AADK, sesi Poket Talk, kaunter Mobile Recovery Treatment (MRT), permainan interaktif, pemeriksaan kesihatan dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik yang lain.

PTj/PBU: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Lawatan dari Penerbit UTHM Johor

Penerbit UTeM telah menerima lawatan dari rakan negeri jiran Penerbit UTHM Johor.

Lawatan ini adalah sebagai satu platform perkongsian ilmu dari pelbagai sudut seperti Penerbitan & Pentadbiran.

PTj/PBU: Penerbit Universiti

Projek Khas China: 200 Tajuk untuk Perolehan Perpustakaan Universiti di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2024

6 judul buku UTeM telah tersenarai dan terpilih bagi Projek Khas China: 200 Tajuk untuk Perolehan Perpustakaan Universiti di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2024.

Judul-judul yang terpilih akan dibawa ke Beijing International Book Fair 2024 dan dipamerkan di ruangan Perolehan Perpustakaan Universiti di China.

Pemilihan buku UTeM ini merupakan bukti serta memberi impak kepada kualiti pendidikan serta penerbitan.

PTj/PBU: Penerbit Universiti

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024

Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menjadi halaman buku dengan perhiasan pelita ilmu selama 10 hari bermula 24 Mei hingga 2 Jun 2024 bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-41.

Di sini merupakan platform Penerbit Universiti menjual semua buku-buku terbitan Penerbit UTeM serta meluaskan jaringan kerjasama bersama industri luar.

PTj/PBU: Penerbit Universiti

UTeM Perluas Kerjasama Penerbitan di Beijing

Penerbit UTeM telah menyertai Pesta Buku Antarabangsa Beijing (BIBF) 2024 yang berlangsung pada 19 hingga 23 Jun 2024 di Beijing, China.

Penyertaan buat julung-julung kalinya ini adalah bagi mempromosikan buku terbitan UTeM dan merebut peluang dalam kerjasama penerbitan buku ilmiah dan pelbagai bentuk kerjasama dua hala yang boleh dijayakan di antara Penerbit UTeM dengan penerbit dan universiti di Beijing.

Penerbit UTeM turut berkesempatan meluncurkan sebuah buku ilmiah terbaharu berjudul 'Tips and Tricks in Writing a Research Proposal' karya Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin dan Pensyarah Kanan UTeM, Dr. Cheong Kar Mee.

PTj/PBU: Penerbit Universiti

Perkongsian Maklumat : Lawatan Delegasi Universitas Muhammadiyah Riau

Tujuan lawatan adalah untuk memberikan pendedahan dan perkembangan terkini kepada para pelajar berkaitan aspek perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan

PTj/PBU: Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)

Program Knowledge Transfer Di Litar Antarabangsa Sepang Petronas Bagi Pelajar Bkke 1451 – Perniagaan Sukan

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mentransformasikan ilmu, kemahiran, dan pengalaman secara langsung dan tidak langsung dan mendedah dan meningkatkan pengetahuan skop ilmu daripada kejuruteraan kepada perniagaan sukan.

PTj/PBU: Pusat Pembelajaran Bahasa (PPB)

Riang Ria Majlis Sambutan Mahabbah Aidilfitri 1445H Universiti Teknikal Malaysia Melaka di Khemah PPB & PPSKR

Majlis  ini bertujuan untuk meraikan kedatangan bulan Syawal yang mulia dengan menyediakan pelbagai jenis makanan Hari Raya kepada semua tetamu yang hadir. Justeru, mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan staf, pelajar dan komuniti.

PTj/PBU: Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko (PPSKR)

Ibadah Korban Berkelompok Di Masjid Sayyidina Abu Bakar Bagi Tahun 1445H / 2024M

Perlaksanaan program Ibadah Korban yang membudayakan amalan mahmudah seperti pemberian daging Korban kepada golongan yang memerlukan, disamping penerapan nilai gotong-royong di kalangan warga UTeM serta komuniti. Juadah makanan juga turut disediakan secara percuma kepada para tetamu yang hadir ke Masjid UTeM.

PTj/PBU: Pusat Islam

Misi Kembara Persaudaraan Islam UTeM-Kemboja tahun 1445H / 2024M

Perlaksanaan program Ibadah Korban dan kebajikan di peringkat antarabangsa di negara Kemboja. Wakaf Perigi turut dilaksanakan bagi pembekalan air bersih kepada komuniti setempat. Selain itu, fakir & miskin turut dibantu melalui pemberian sumbangan, pemberian daging korban serta sumbangan tunai. Sumbangan juga turut diberikan bagi pembangunan/ penambahbaikan sekolah setempat

PTj/PBU: Pusat Islam

Seminar Keluarga Sakinah UTeM 2024

Seminar Keluarga Sakinah bagi bagi menyampaikan serta membincangkan ilmu berkaitan isu-isu berkaitan kekeluargaan dan pembangunan keluarga bahagia. Panelis popular/ tersohor telah diundang bagi memberikan perkongsian di dalam program terbabit.

PTj/PBU: Pusat Islam

RecCa Flying Fox 2024

Seramai 488 peserta telah hadir dan sebanyak 80 pelepasan dilakukan pada Recreation Camp Flying Fox 2024 anjuran Kelab Rekreasi & Sukan Ekstrem (KeReX) UTeM dengan kerjasama Pusat Sukan HEPA

PTj/PBU: Pusat Sukan

Kunjungan Hormat Institut De Soudure Groupe, France

Menerima kunjungan hormat dari Institut de Soudure Groupe, France. Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk membincangkan berkenaan dengan program latihan industri dalam bidang teknikal terutamanya kimpalan (welding). antara perkara lain yang dibincangkan adalah program pensijilan kimpalan untuk pelajar UTeM atau JELITA, kerjasama penyelidikan, pensijilan makmal dan juga pengwujudan pusat latihan.

PTj/PBU: Pejabat Hubungan Strategik Korporat & Global

Kunjungan Hormat Dari Atase Pendidikan Dan Kebudayaan, Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI)

UTeM telah menerima kunjungan hormat dari Kedutaan Besar Republik Indonesia. Kunjungan hormat tersebut akan diketuai oleh Prof. Dr. Muhammad Firdaus, Atase Pendidikan KBRI Kuala Lumpur yang juga merupakan rakan strategik MoU aktif sedia ada. Intipati perbincangan termasuklah mobiliti pelajar, akademik dan kolaborasi penyelidikan.

PTj/PBU: Pejabat Hubungan Strategik Korporat & Global

Majlis Menandatangani Letter of Intent (LoI) UTeM Bersama Stellenbosch University, Capetown.

Delegasi UTeM dan delegasi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka kemudian meneruskan agenda ke Stellenbosch University. UTeM telah berjaya menandatangani satu surat niat bersama Stellenbosch University. Antara isi perbincangan antaranya berkenaan geran padanan, kerjasama dalam bidang Renewable and Sustainable Energy, program mobiliti, pertukaran pelajar dan pertukaran staf. 

PTj/PBU: Pejabat Hubungan Strategik Korporat & Global

Memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Kolabrasi TVET Borneo Di Antara UMPSA, UTeM, UNIMAP, UTHM, UMS dan UNIMAS

Untuk membangunkan kerjasama pendidikan dan vokasional dan mewujudkan program kerjasama antara UMS, UNIMAS dan MTUN, dan bekerjasama dalam kepentingan bersama mereka untuk pelbagai aktiviti TVET. Kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan akan memenuhi kepentingan bersama dalam menyumbang pelbagai inovasi teknologi yang lebih mendalam serta memenuhi aktiviti Perindustrian di Malaysia amnya.

Skop kerjasama MoU ini adalah seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak iaitu:

  • Menjalankan program akademik bersama dalam memperkasa agenda TVET Borneo;
  • Menganjurkan syarahan, latihan, simposium, mesyuarat antarabangsa, persidangan dan bengkel;
  • Penempatan kakitangan, penyelidik dan pelajar;
  • Pertukaran kepakaran, maklumat, bahan pembelajaran, sumber teknologi dan saintifik;
  • Pembangunan penyelidikan yang berkaitan dengan kedua-dua pihak;
  • Kerjasama mengenai tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan inisiatif berkaitan kemampanan dengan sumber yang relaven daripada kedua-dua pihak; dan
  • Mana-mana bidang kerjasama lain yang mungkin dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
PTj/PBU: Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH)

Knowledge Transfer Program: Advancements In Wide Band Gap Semiconductors For Efficient Power Electronics

Peranti elektrik seperti BJTS, MOSFET, IGBT dan diod, yang diperbuat terutamanya daripada silikon, digunakan sebagai suis dalam kereta elektrik, perkakas rumah dan peralatan pembuatan. Walau bagaimanapun, kehilangan penukaran mengurangkan kecekapannya. Sumber voltan yang lebih tinggi boleh mengatasinya dengan mengurangkan aliran arus dan, akibatnya, kehilangan kuasa (P=I'R). Namun, peranti berasaskan silikon adalah terhad dalam aplikasi voltan tinggi. Bahan Jurang Jalur Lebar (WBG) seperti Silicon Carbide (SiC) dan Gallium Nitride (GaN) menawarkan penyelesaian, berpotensi merevolusikan kecekapan tenaga, mengurangkan kehilangan kuasa dan meningkatkan prestasi penukar kuasa. Kami akan meneroka merit, cabaran dan aplikasi peranti WBG dalam elektronik kuasa.

PTj/PBU: Pusat Pusat Pembuatan & Teknologi Pintar (SMTC)

Bengkel Terbuka Sempena National Training Week 2024 (NTW 2024)

8 Program bersemuka dan hibrid telah dijalankan: pada minggu bersempena Minggu Latihan Kemahiran Kebangsaan yang telah berlangsung dari 24 Jun – 30 Jun 2024.

  • Seminar Penulisan Artikel Jurnal Berimpak: Sesi Hands-On
  • Basic Hydraulic Skills : Hands - On Session
  • Design and Optimisation using ANSYS
  • Predetermined Time Standards for Labor Productivity Measures
  • CAD CAM for Machining
  • Advanced Portable Oil Spill Skimmer : In the context of Innovation Competition
  • Optimizing Manufacturing Systems using Anylogic Software
  • 3D Additive Manufacturing
PTj/PBU: Pusat Pusat Pembuatan & Teknologi Pintar (SMTC)

Program Jom Briskwalk Bersama Naib Canselor UTeM

Program Jom Briskwalk Bersama Naib Canselor UTeM turut disertai oleh staf PPSKR. Penyertaan staf PPSKR dalam program ini adalah untuk memberi peluang kepada staf PPSKR beriadah dengan briskwalk setelah seharian penat bekerja. Program ini juga secara langsung mengeratkan silaturahim sesama staf PPSKR itu sendiri dan silaturahim antara PTj/PBU lain. Di akhir program, pihak penganjur menyediakan buah-buahan seperti durian dan rambutan untuk dimakan bersama.

PTj/PBU: Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti Dan Risiko (PPSKR)

Bengkel & Jerayawara : CRIM Bersama Penyelidik Muda

Seramai 44 peserta yang terdiri daripada penyelidik muda iaitu yang berkhidmat di UTeM kurang dari 3 tahun telah dijemput untuk hadir ke bengkel ini. Pengisian bengkel ialah pengenalan kepada CRIM, permohonan dan pengurusan  geran dan panduan pemilihan jurnal bagi tujuan penerbitan, panduan penggunaan AI untuk pembangunan research proposal dan sesi perkongsian oleh Ir. Ts. Dr. Lailatul Harina Paijan tentang kejayaan memperoleh geran PJP dan FRGS dalam tempoh 3 tahun berkhidmat.

PTj/PBU: Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (CRIM)

Kursus Penulisan Dokumen Rasmi, Surat Rasmi, Dan Minit Mesyuarat

Program ini adalah bertujuan memberikan kemahiran penulisan dokumen rasmi, surat rasmi dan minit mesyuarat dalam kalangan penjawat awam iaitu Jabatan Pertanaian Negeri Melaka seterusnya menyokong SDG 17: Partnerships for the Golas  (Rakan Kerjasama untuk Matlamat)

PTj/PBU: Pusat Pembelajaran Bahasa (PPB)

Lawatan Pro Canselor Ke Kompleks Penyelidikan & Inovasi

1. Menyantuni kunjungan hormat oleh YBhg Tan Sri Abdul Rashid Hussain yang telah dilantik sebagai Pro- Canselor UTeM yang baharu berkuatkuasa 1 Mei 2024.
2. Memperkenalkan kampus UTeM kepada Pro Canselor baharu.
3. Memberi pendedahan kepakaran penyelidik-penyelidik daripada UTeM kepada Pro Canselor baharu.

PTj/PBU: Pusat Hubungan Strategik Korporat & Global (UGLOBE)

Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2024

1. Menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan kepada semua staf UteM.
2. Kempen kibarkan Jalur Gemilang kepada semua warga UteM.
3. Menyampaikan amanat pengurusan tertinggi UteM berkaitan dengan menyemarakkan lagi semangat Jiwa Merdeka.

PTj/PBU: Pusat Hubungan Strategik Korporat & Global (UGLOBE)

Knowledge Sharing Transfer Program (KSTP) Route To Start-Up Series 5/2024 Webinar: Navigating Business Uncertainty Through Risk Management Strategies

This program is aimed to share UTeM’s expertise, knowledge and experience with the industry, community and UTeM’s citizens. Participants will receive a digital certificate of participation and CPD point (for UTeM staff)

PTj/PBU: Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka

Karnival Sukan Bendahari MTUN Kali Ke-3 Tahun 2024

Pejabat Bendahari UTeM berjaya merangkul gelaran Juara Bersama Keseluruhan bagi Karnival sukan Bendahari MTUN kali ke-3 Tahun 2024
2 PINGAT EMAS
2 PINGAT PERAK
1 PINGAT GANGSA
Terima kasih & Syabas diucapkan kepada Tuan Rumah Pejabat Bendahari Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) atas kejayaan penganjuran Karnival Sukan Bendahari MTUN Kali Ke-3 Tahun 2024.

PTj/PBU: Pejabat Bendahari

Lawatan Rasmi UTeM Bersama Delegasi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka Ke Cape Town Di Afrika Selatan

Lawatan Rasmi ke Stellenbosch University, Madina Institute, University of Western Cape dan International Peace College South Africa:
1. Tandatangan LOI kolaborasi antarabangsa antara kedua pihak.
2. Perbincangan berkaitan geran padanan, kerjasama dalam bidang AR/VR, halal, pengkomersilan produk, penubuhan Kursi Teknikal, program latihan, penjaan biasiswa UTeM dll.
3. Madina Institute sebagai learning centre untuk UHE.
4. Lawatan ke Innovation hub.

PTj/PBU: Pusat Hubungan Strategik Korporat & Global (UGLOBE)

Program Produk "Pitching"

Bagi penilaian permohonan Geran PJP Pengkomersilan Prototaip Siri 1/2024 serta memfokuskan ke arah pengkomersilan teknologi.

PTj/PBU: Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka

Kunjungan Hormat Dari China Education Online Dan Universiti-Universiti Dari China

Kunjung Hormat daripada delegasi Republik China diketuai oleh China Online Education and Chinese Universities bersama wakil daripada tujuh instistusi pendidikan tinggi China dan perbincangan berkenaan:
1. Program pertukaran pelajar (akademik dan budaya).
2. Penyelidikan khusus: pemuliharaan warisan budaya, kajian alam sekitar dan amalan pertanian moden.
3. Kerjasama penganjuran pameran pendidikan dan seminar akademik.

PTj/PBU: Pusat Hubungan Strategik Korporat & Global (UGLOBE)

Bengkel Kerjasama Penyelidikan Bersama Universiti Sumatera Utara (USU) Bersama CARE dan FTKM

Perkongsian kepada penyelidik dan staf di UTeM dan USU berkaitan penyelidikan/kajian di Universiti masing-masing dan melihat secara terperinci peluang kerjasama bagi permohonan geran, penulisan bersama dan lain-lain mengikut bidang kepakaran RG di CARE dan lain-lain kepakaran di RG lain.

PTj/PBU: Pusat Pembuatan & Teknologi Pintar (SMTC)

Bengkel Penyelarasan Bagi Pengesahan Data Migrasi Untuk Sistem Outcome Based Education (OBE) 2.0 UTeM

Tujuan Bengkel Pengesahan Data Migrasi Untuk Sistem Outcome Based Education (OBE) 2.0 UTeM ini adalah memastikan semua program prasiwazah membuat pengesahan data yang perlu dimigrasi dari Sistem OBE V1.0 ke OBE V2.0 melibatkan kohort pelajar yang dicadangkan bermula 2019/2020. Pelarasan data dilaksanakan dalam format yang seragam untuk memudahkan pihak pembangunan sistem melakukan proses migrasi data.

PTj/PBU: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Sesi Perbincangan Khas Dengan Pihak Agensi Kelayakan Melaysia (MQA) Berhubung Conversion Program Akademik Kepada Program TVET 29 Julai 2024

Selaras dengan penerbitan Code of Practice for TVET Program Accreditation (COPTPA) versi kedua, pihak MQA telah menyeru semua IPT yang menawarkan program pengajian TVET untuk membuat penukaran mod pengajian sedia ada kepada mod TVET.
Selaras dengan gerak kerja bagi persiapan untuk permohonan conversion program TVET, melalui inisiatif PPPA, satu sesi khas membincangkan dan mendapatkan penjelasan yang lebih jelas daripada pihak MQA berkaitan isu-isu yang timbul berhubung proses conversion ini.

PTj/PBU: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Sesi Kesidang Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa)

Sesi Kesidang ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan Hala tuju Akademik dan Syarat Minima Kenaikan Pangkat Pensyarah Universiti Tahun 2024.

PTj/PBU: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Bengkel dan Pertandingan Robotik (DRON) Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Melaka Tahun 2024

Bengkel dan pertandingan yang diketuai oleh Ts. Aminurrashid bin Noordin (Ketua RG Dai-Tech) ini melibatkan 2 kategori iaitu Pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Pelajar-pelajar ini telah didedahkan kepada teknologi Dron melalui taklimat dan seterusnya melibatkan diri dalam pemasangan dan pertandingan. Program kerjasama bersama  Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Melaka ini dapat mengeratkan hubungan UTeM bersama komuniti dan seterusnya mempromosikan UTeM.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Elektrik (FTKE)

Program Corporate Social Responsibility (CSR) & Knowledge Sharing Transfer Program (KSTP) Di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah,Pahang

Inisiatif ini menunjukkan komitmen UTeM dan FTKE dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyokong aspirasi kerajaan selain meningkatkan visibiliti dan mempromosikan UTeM di kalangan masyarakat setempat.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Elektrik (FTKE)

Penerima Dana Program Komuniti @ UniMadani Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka

Staf FTKM iaitu En Mohammad Rafi dan Ts. Dr. Nurul Hanim telah berjaya menerima dana berjumlah RM50,000 dan RM35,000 melalui Program Komuniti @ UniMadani di bawah Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka. Encik Mohammad Rafi selaku Ketua Projek bagi projek bertajuk "Kaki Palsu Cetakan 3D, Pemberian Kaki Palsu Kepada Pesakit Yang Tidak Mencarum Di Bawah PERKESO" manakala Dr Nurul Hanim sebagai Ketua Projek bagi projek bertajuk "Minyak Masak Terpakai: Jangan Buang : Jana Pendapatan.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)

Penerima Geran Penyelidikan FRGS 2024 KPT

Dua orang staf FTKM iaitu Dr Juffrizal Karjanto dan Dr Nurul Amira telah berjaya menerima Geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi tahun 2024 berjumlah RM145,900 dan RM74,200 bagi domain "Technology and Engineering" dan "Pure and Applied Science". Diharap kejayaan ini menjadi satu pemangkin dan batu loncatan bagi staf yang lain dalam merancakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi di FTKM dan UTeM.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)

Lawatan Dari Universitas Sebelas Maret (UNS)

FTKM menerima kunjungan dari delegasi Universitas Sebelas Maret (UNS) yang diketuai oleh Timbalan Rektor Riset dan Inovasi, Prof Dr. Kunchoro Diharjo dan Ir. Rochmadi. Sesi ini membincangkan peluang mobiliti berkredit dan penyelidikan diantara kedua-dua pihak.MOU UTeM dan UNS telah berjaya dimetrai semula pada awal 2024 dan kini, kerjasama UTeM & UNS telah menginjak tahun ke 11.Antara aktiviti yang masih kekal sehingga kini ialah penganjuran persidangan antarabangsa dan penulisan artikel bersama.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)

Lawatan Pro Canselor Tan Sri Abdul Rashid Hussain Ke Kompleks Penyelidikan Dan Inovasi

Sempena Majis Penyerahan Watikah Pelantikan YBhg. Pro Canselor dan Lawatan ke UTeM, Pejabat TNC (P&I) telah terlibat bagi menguruskan sesi lawatan YBhg. Pro Canselor ke Kompleks TNC (P&I) pada 6 Ogos 2024 (Selasa). Pejabat TNC (P&I) telah mengambil peluang ini bagi menyampaikan info berkenaan aktiviti-aktiviti penyelidikan yang ada di UTeM diantaranya melalui sesi tayangan video pendek, sesi penerangan ringkas serta pameran beberapa produk-produk penyelidikan kepada YBhg. Pro Canselor.

PTj/PBU: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

Program IIUM Research & Innovation Day 2024

Program ini disertai oleh 5 orang pelajar FTKM di Grand Hall IIUM Kuantan dimana pelajar juga turut berpeluang melawat makmal dan mengadakan perbincangan penyelidikan di Kulliyyah of Dentistry. Kejayaan projek pelajar telah menerima penarafan Emas dan Perak dianggotai oleh Muhammad Sobir, Muhammad Azroy dan Muhammad Nur Aiman telah berjaya merangkul penarafan Emas manakala Nurazwarina Nadia dan Siti Norsyafika pula berjaya mendapat penarafan Perak.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)

Lawatan Ke Politeknik Ungku Omar

Delegasi UTeM ini diketuai oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd. Azli bin Salim, Ir. Ts. Dr. Mohd Zaid bin Akop dan Dr. Azdni bin Saad bagi jemputan penceramah “Kursus Penulisan Artikel Journal Berindeks” selama 2 hari. Dalam perjumpaan ringkas ini, Dr. Shamsuri sempat memberi sedikit makluman tentang halatuju PUO dan bertukar pandangan dengan delegasi UTeM serta mengusulkan kerjasama yang boleh di laksanakan di PUO.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)

Lawatan oleh Delegasi Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia

Tujuan lawatan adalah untuk mengenali lebih lanjut berkenaan UTeM, khususnya FTKM dan juga peluang kolaborasi melalui penyelidikan. Delegasi MJIIT diketuai oleh Prof. Ir. Dr. Saiful Amri Mazlan daripada Mechanical Precision Engineering Department.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)

Program Mobiliti Outbound

Pelajar FTKM, Nury Aryana Azeli, siswi kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (BMKU) telah menyertai program mobiliti outbound tanpa kredit di Peking University, Beijing, China bermula 8 hingga 14 Julai 2024.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)

Lawatan Sambil Belajar oleh Delegasi Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain (SMKEH), Semenyih

Delegasi lawatan terdiri daripada 40 orang pelajar Tingkatan 5 (Aliran Sains) dan 4 orang guru pengiring. Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat pengenalan FTKM dan UTeM yang telah disampaikan oleh Dr. Nurhidayah Ismail (Ketua Jabatan Diploma). Selepas itu, delegasi lawatan diiring untuk melawat beberapa makmal FTKM iaitu Makmal Teknologi Autotronik, Makmal Asas Teknologi HVAC, Makmal Teknologi Industri HVAC, Makmal Penyelenggaraan Mesin dan Makmal Tribologi & Transmisi.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)

Program pemindahan ilmu dan kepakaran STEM serta khidmat komuniti mahasiswa FTKM

Program ini melibatkan anak-anak orang asli di Sekolah Kebangsaan Batu 14, Tapah dimana mereka diperkenalkan dengan teknologi seperti drone, pencetakan 3D, kereta solar, dan pen pencetak 3D kepada 200 pelajar darjah 3, 4, 5, dan 6. Aktiviti ini dapat meningkatkan minat pelajar terhadap bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) serta dapat menambah kemahiran praktikal yang berguna.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)

Program Foreign Discovery Camp (FDC) 2024

Pihak FTKM menerima penyertaan pelajar luar negara dari Nagoya Institute of Tech(NITech),Universitas Muhammadiyah Surakarta(UMS),Universitas Islam Indonesia(UII),Institut Teknologi Sumatera(ITERA) dan Institut Teknologi Sepuloh November.Peserta akan terlibat dalam aktiviti seperti mempelajari kepelbagaian budaya di Malaysia, melawat tempat pelancongan, menjalin kerjasama dengan pelajar UTeM, pendedahan berkenaan perisian solidworks & cetakan 3D, sesi penulisan artikel penyelidikan

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)

Program Petronas Bedigital Bootcamp Zon Selatan

9 orang siswa/siswi FTKM telah terpilih untuk menyertai program Petronas BeDigital Bootcamp Zon Selatan. Program ini akan diadakan pada 12-23 Ogos 2024 dengan melibatkan 100 pelajar tahun akhir dari UTeM, UTHM, UiTM Cawangan Johor, UTM dan UMEL. Melalui program ini, para peserta akan ditawarkan peluang kerjaya di Petronas jika menunjukkan pencapaian prestasi yang ditetapkan.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)

Lawatan daripada KYS Business School (KYSB), Melaka

Tujuan lawatan adalah untuk memberikan pendedahan dan perkembangan terkini kepada para pelajar berkaitan aspek perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan.

PTj/PBU: Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)

Lawatan dari UNIMAS

Tujuan lawatan ini adalah untuk pendedahan berkenaan urusan pentadbiran fakulti, melihat sendiri suasana pembelajaran dan pengajaran di fakulti serta dapat melihat fasiliti yang ada, di samping bertukar-tukar pengetahuan agar dapat pembelajari ilmu baharu serta melihat amalan terbaik bersama staf pentadbiran FTKM

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)

Lawatan kerja sambil belajar oleh Delegasi Maktab Teknik PDRM (MTPDRM), Bakri, Muar, Johor

Tujuan lawatan ini ialah untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang perkembangan teknologi semasa dan meningkatkan kompetensi peserta yang turut terlibat dalam Kursus Juruteknik Kenderaan Motor Gred Khas/SKM Tahap III. Delegasi seramai 28 orang staf yang terdiri daripada pegawai polis diketuai oleh ACP Hj. Pozlan Hj Ibrahim.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)

Lawatan dari Departmen Teknik Mesin, Fakultas Teknik, Universitas Sumatera Utara (USU), Medan, Indonesia

Lawatan ini telah berlangsung di Makmal CLEAR FTKM Kampus Teknologi melibatkan beberapa orang speaker dari UTU.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)

Meet & Greet Industry PKT Logistics Group Sdn Bhd

Program kerjasama antara CREATE dan PKT Logistics Group Sdn Bhd ini adalah bertujuan untuk melihat persekitaran dan fasiliti yang disediakan oleh PKT Logistics Group Sdn Bhd untuk para pelajar yang bakal terlibat dengan program Jom Bekerja Sambil Belajar (JBSB).

Program ini secara tidak langsung menyokong SDG 4 – Pendidikan Berkualiti, SDG 8 – Pekerjaan Baik dan Kemajuan Ekonomi serta SDG 17 – Rakan Kerjasama dan Matlamat.

PTj/PBU: Pusat Pembangunan Perusahaan Dan Teknousahawan (CREATE)

Bengkel Pembuatan Sabun Dari Hampas Kopi Dengan Kerjasama Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi)

Program ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada para peserta tentang teknik-teknik pembuatan sabun menggunakan hampas kopi.

Program ini secara tidak langsung menyokong SDG 4 – Pendidikan Berkualiti, SDG 12 – Tanggungjawab kepada penggunaan dan pengeluaran lestari serta SDG 17 – Rakan Kerjasama dan Matlamat

PTj/PBU: Pusat Pembangunan Perusahaan Dan Teknousahawan (CREATE)

Kembara Inkubator Bersama Universiti Sains Islam Malaysia USIM)

CREATE telah mengadakan program bersama USIM bertujuan untuk membincangkan kolaborasi bagi membangunkan inkubator di UTeM. Kunjungan ini turut disertai oleh Usahawan Alumni daripada Himex Sdn Bhd.

Program ini secara tidak langsung menyokong SDG 4 – Pendidikan Berkualiti, SDG 8 – Pekerjaan Baik dan Kemajuan Ekonomi serta SDG 17 – Rakan Kerjasama dan Matlamat.

PTj/PBU: Pusat Pembangunan Perusahaan Dan Teknousahawan (CREATE)

Keusahawanan Sosial Bersama Orang Diselia (ODS)

Program kerjasama CREATE dan Penjara Dusun Dato’ Murad, Melaka ini melibatkan 25 ODS. Program keusahawanan sosial yang dinamakan Barista & Society Entrepreneurship Training with University Students (BARISTART).

Melalui program ini, ODS diajar berkaitan penghasilan sabun dengan menggunakan hampas kopi yang berpotensi untuk dikomersilkan.

Program ini secara tidak langsung menyokong SDG 4 – Pendidikan Berkualiti, SDG 8 – Pekerjaan Baik dan Kemajuan Ekonomi serta SDG 17 – Rakan Kerjas

PTj/PBU: Pusat Pembangunan Perusahaan Dan Teknousahawan (CREATE)

Jom Bekerja Sambil Belajar (JBSB) Kumpulan 1

Program kerjasama antara CREATE dan PKT Logistics Group Sdn Bhd ini bertujuan untuk memberikan pengalaman bekerja di industri serta menjana pendapatan tambahan kepada pelajar khususnya dalam kalangan B40.

Program JBSB Kumpulan 1 ini terdiri daripada 20 orang pelajar dari pelbagai fakulti. Program ini dijalankan selama hampir sebulan bertempat di The Ship Campus, Batu Kawan, Pulau Pinang.

PTj/PBU: Pusat Pembangunan Perusahaan Dan Teknousahawan (CREATE)

Bengkel Board of Studies (BOS) bagi Program BTMS, FPTT

Bengkel BOS telah diadakan di antara ahli Mesyuarat Eksekutif FPTT, wakil pensyarah FPTT, wakil industri dan wakil alumni FPTT. Bengkel ini bertujuan untuk menyemak semula kurikulum program BTMS dan melihat releven program kepada industri masa kini.

PTj/PBU: Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan (FPTT)

Kursus TOT Awareness Training: Environment, Social & Governance (ESG) 2024

Kursus ini ditawarkan kepada 50 orang terawal yang merupakan Penyelaras SDG di setiap PTj.  Peserta diajar bagaimana nak mengira CO2 yang dikeluarkan oleh seorang dan menyumbang terhadap pembaziran tenaga yang ada.

PTj/PBU: Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi)

Lawatan Penanda Aras ke Pusat Pengurusan Strategik Dan Kualiti Dan Pusat Pembangunan Kelestarian Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

Lawatan ini merupakan satu lawatan penanda aras ke Pusat Strategik dan Kualiti dan Pusat Pembangunan Kelestarian UMPSA.  Dihadiri oleh 15 warga UTeM yang terdiri daripada warga CENSEi, UGlobe, PPSKR dan Jawatankuasa UI GreenMetric.  Ia bertujuan untuk melihat serta berkongsi idea dan pandangan tentang UI GreenMetric, THE Impact Rankings dan Blueprint Kelestarian.

PTj/PBU: Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi)

Bengkel Semakan Dokumen Cadangan Pembangunan Kolej Kediaman Pelajar UTeM

UTeM dalam pelaksanaan perancangan pembangunan kolej kediaman pelajar dan usaha yang sedang dijalankan bersesuaian dengan inisiatif pembangunan kediaman pelajar secara kerjasama awam-swasta sebagaimana anjuran Kerajaan melalui Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.

PPP telah menerima Cadangan Pembangunan Kolej Kediaman Pelajar secara pajakan untuk dimiliki (Lease to Own) yang dikemukakan oleh Syarikat MARA Incorporated Sdn. Bhd. (MARA) dan cadangan dari Profil Makmur Sdn Bhd.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Pemeriksaan Ulangan Jentera Yang Dilaksanakan Oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Melaka

Pemeriksaan ulangan jentera merupakan perkara yang penting untuk memastikan jentera beroperasi dengan selamat dan mematuhi peraturan. Pemeriksaan Ulangan Jentera bertujuan memperbaharui Sijil Perakuan Kelayakan (CF): bertujuan memastikan jentera yang telah tamat tempoh memperoleh semula Sijil Perakuan Kelayakan (CF) atau Sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Ini penting kerana jentera yang memerlukan CF, seperti mesin angkat dan mesin pengandung tekanan tak berapi.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Bengkel Semakan Dokumen Cadangan Pembangunan Kolej Kediaman Pelajar UTeM Bersama Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Objektif bengkel adalah untuk meningkatkan kefahaman terhadap proses perolehan bagi pembangunan kolej kediaman pelajar melalui kerjasama awam swasta secara PFI.
 
PPP dan PPF mencadangkan perancangan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang bagi perkembangan kolej kediaman pelajar dalam Kampus Induk UTeM dengan sasaran untuk menampung anggaran 26,250 pelajar atau 70% daripada jumlah jangkaan enrolmen seramai 37,500 pelajar menjelang tahun 2030.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Program OSH Xplorace Sempena Minggu OSH UTeM 2024

Program ini dianjurkan bersempena Minggu OSH melibatkan semua staf PPP bertujuan memupuk kesedaran berkaitan keselamatan, kesihatan dan persekitaran pekerjaan. Dalam program ini peserta diberi kumpulan dan tugasan berbentuk ujian pengetahuan berkaitan OSH dan amalan hijau, kecergasan fizikal dan eksplorasi dalam kawasan kampus secara berkumpulan.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Bengkel Prosedur Kerja Selamat Sempena Minggu OSH UTeM 2024

Bengkel ini disampaikan oleh En. Ainuddin bin Abu Kasim, Pengarah Pejabat Pengurusan Fasiliti. Bengkel ini menggalakkan penyertaan dan kerjasama di antara majikan dan pekerja untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melalui JKKP di setiap pejabat. Menyediakan forum komunikasi 2 (dua) hala antara majikan dan pekerja dalam perkembangan dan penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Program Briskwalk Sempena Minggu OSH 2024

OSH WEEK tahun 2024 menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk pengisian aktiviti kecergasan. Program briskwalk ini merupakan antara inisiatif untuk membudayakan gaya hidup sihat dan selamat dalam kalangan Keluarga UTeM.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

OSH Awareness: Pengurusan Keselamatan Kebakaran

Ceramah berkaitan pengurusan keselamatan kebakaran di dalam bangunan. Kursus ini disampaikan oleh Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Melaka. Peserta diberi pendedahan  tentang punca yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran, cara mencegah berlaku kebakaran serta tindakan yang boleh dilakukan apabila berlaku kebakaran. Setiap penghuni bangunan perlu berusaha mengesan dan memadam kebakaran di peringkat awal untuk mengelakkan berlakunya kemalangan jiwa.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

OSH Awareness: Pindaan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Ceramah berkaitan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disampaikan oleh Ketua Seksyen Pemeriksaan Statutori.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

OSH Awareness: Perkongsian Bekerja Di Ruang Terkurung

Perkongsian maklumat ini disampaikan oleh Orang Yang Kompeten  dalam Bidang Ruang Terkurung, Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan  (AGTES) iaitu Penolong Jurutera dari Pejabat Pengurusan Fasiliti.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Bengkel Penyediaan Dokumen Perancangan Dan Pembangunan Kampus Bagi RMK-13 Tahun 2025 Hingga 2030

Bengkel ini telah dihadiri oleh semua PTj merangkumi perancangan permohonan projek dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) bagi tempoh 5 tahun merangkumi keperluan akademik, penyelidikan  & inovasi serta keperluan hal ehwal pelajar dan komuniti.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Webinar Kesihatan Mental Di Tempat Kerja

Ceramah ini diadakan bersempena Minggu OSH 2024 yang disampaikan oleh Pegawai Psikologi di Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah. Kesihatan mental di tempat kerja merangkumi kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial. Menurut WHO, kesihatan mental adalah keadaan kesejahteraan di mana individu menyedari keupayaannya sendiri, dapat mengatasi tekanan normal. Peserta didedahkan tentang penilaian risiko, tanda-tanda mengenalpasti masalah dan cara mengatasi pengendalian stress di tempat kerja.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Majlis Menandatangani MOU Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) – Kerajaan Negeri Melaka (Diwakili Oleh JAIM)

Tujuan MOU ini diadakan adalah bagi membina kerjasama dalam pelbagai usaha terutamanya pembangunan kursus-kursus akademik, aktiviti penyelidikan & pembangunan (R&D) dalam bidang-bidang berkaitan.

PTj/PBU: Pusat Pembelajaran Bahasa

International Collaboration Working Visit and Community Services to Kabupaten Maro, Sulawesi, Indonesia

Program ini adalah gabungan lawatan kerja ke rakan kolaborator dari IPT dan komuniti di Sulawesi Selatan. Antaranya adalah Diwan Pendidikan Kabupaten Baru, IAIN Sorong, Universitas Muhammadiyah Barru, STAI RAWA AOPA dan STEBI Akl Muhsin. Lawatan ini telah berhasil membawa beberapa LOI untuk kerjasama penyelidikan.

PTj/PBU: Institut Pengurusan Teknologi Dan Keusahawanan

Program Memasak Bubur Lambuk

Program memasak bubur lambuk sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan 1445H. Secara tidak langsung mengeratkan silaturrahim antara staf, mewujudkan peluang bersedakah dengan memberi sumbangan makanan serta melahirkan rasa kesyukuran atas nikmat makanan yang diberikan.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan

TVET Place & Train UTeM@KPT

Program bersepadu ini melibatkan empat (4) pelantar utama tersebut dilaksanakan selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu Negara 2030 (NIMP2030). Empat platform utama iaitu JELITA UTeM@KPT; UTeM-Industrial Playground; Industry-MTUN Cybersecurity Consortium; dan National Industrial Career Expo (NICE@UTeM), UTeM mensasarkan sekitar 30,000 tenaga kerja mahir dalam bidang TVET dapat dilahirkan kelak. Malah, 'TVET PLACE & TRAIN UTeM@KPT' akan turut menyumbang kepada peningkatkan kebolehpasaran graduan (GE) bergaji premium di samping membantu komuniti dan negara secara keseluruhannya dalam menangani masalah pengangguran serta menyuntik pertumbuhan ekonomi mampan negara.

PTj/PBU: Pejabat Hubungan Strategik Korporat & Global

Courtesy visit from Tokyo Metropolitan University, Tokyo Metropolitan College of Industrial Technology (KOSENPelaporan SDG Suku 1), Japan

Perjumpaan ini membincangkan tentang kerjasama yang akan dijalankan berkaitan Program Mobiliti Pelajar di antara Tokyo Metropolitan College of Industrial Technology (KOSEN), Japan dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

PTj/PBU: Pusat Pelajar Antarabangsa & Mobiliti

Program Bersama Melakar Mimpi, Bicara Usahawan Kopi

Program ini merupakan kerjasama di antara CREATE, HEPA dan He & She Coffee. Program ini bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan industri minuman berasaskan kopi dan peluang menjana pendapatan dan bekerja di kampus (job on campus) melalui program Learn & Earn.

PTj/PBU: Pusat Pembangunan Perusahaan & Teknousahawanan

Program Bantuan Banjir Kota Tinggi; Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dengan kerjasama Pusat Islam

Alhamdulillah, selesai sudah misi sumbangan 50 kotak bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir yang telah diterima oleh pemimpin-pemimpin dan wakil-wakil komuniti tempatan Kota Tinggi, Johor serta komuniti setempat antaranya yang turut hadir dalam program penyerahan berkenaan

PTj/PBU: Pusat Islam

Kerjasama bersama Perbadanan Kota Buku (PKB)

Program yang melibatkan kolaborasi bersama pihak luar mampu memberi banyak manfaat kepada Penerbit UTeM seperti berkongsi kepakaran, meningkatkan jualan dan sebagainya

PTj/PBU: Penerbit Universiti

Kursus ‘Industry Pitching: Excelling in Pitching Project Idea to an industry Partner’ Siri 1/2024

Program untuk memberi bimbingan latihan dan juga memantapkan lagi kemahiran penyelidik untuk menarik keyakinan industri terhadap idea projek penyelidikan

PTj/PBU: Pusat Pembuatan & Teknologi Pintar

Program Global Outsourcing Talent (Got) Dengan Kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Program kerjasama antara CREATE & MDEC ini merupakan latihan intensif (bootcamp) untuk melengkapkan peserta dengan kemahiran untuk menjadi freelancer digital yang kompetitif. Program yang dirancang ini juga dijangka akan menyediakan peluang pekerjaan secara freelancing dan juga Gig Economy dalam pasaran digital. 

PTj/PBU: Pusat Pembangunan Perusahaan Dan Teknousahawanan (CREATE), HEPA

Kunjungan Hormat FPTT Ke Wisma Audit Negeri Melaka

Kunjungan hormat Dekan FPTT ke Wisma Audit Negeri Melaka diadakan bagi berkongsi pandangan berkaitan dapatan Kajian Memperkasa Penglibatan Negeri Melaka dalam Industri Makanan Dalam dan Luar Negara sejajar dengan tema pengauditan prestasi keterjaminan makanan.

PTj/PBU: Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan (FPTT)

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko
Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia


Tel: 06-270 4023    Faks: 06-270 1065    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

© UTeMSDG. All rights reserved.