SDG 2 - Kelaparan Sifar
SDG 2 adalah usaha universiti untuk menghapuskan kelaparan, mencapai keselamatan makanan dan meningkatkan nutrisi serta pertanian mampan. Universiti boleh memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat ini dengan membangunkan program dan inisiatif yang menyokong keselamatan makanan dan nutrisi dalam kalangan pelajar.
Ini termasuk menyediakan makanan yang seimbang dan berkhasiat di kantin dan kemudahan makan di kampus serta melaksanakan inisiatif seperti bank makanan atau program bantuan makanan untuk pelajar yang memerlukan. Universiti juga boleh terlibat dalam penyelidikan mengenai pertanian mampan dan inovasi dalam pengeluaran makanan serta menganjurkan aktiviti pendidikan yang meningkatkan kesedaran mengenai pemakanan yang sihat dan amalan pertanian yang lestari.
Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG 2
Pasar Malam Mahasiswa UTeM
Program kerjasama antara Jawatankuasa Sementara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2023/2024 dan CREATE ini diadakan pada setiap Hari Rabu sebanyak 10 kali. Melalui program ini bukan sahaja dapat diterapkan pembudayaan keusahawanan, malah para pelajar UTeM turut berpeluang bekerja di kampus (job on campus) di mana setiap peniaga perlu mengambil sekurang-kurangnya 2 orang pelajar UTeM untuk bekerja atau membantu mereka.
The Research Seminar for FTKE Postgraduate Students 2024
Program seminar ini melibatkan pembentangan pelajar FTKE dari kursus MEKA, MEKM dan PEKA, yang berstatus aktif serta berdaftar pada semester ke-3 dan ke atas sesi pengajian bagi memperkasakan pelajar FTKE di peringkat kursus Sarjana dan Doktor Falsafah khususnya.
Program 3R – Reflect, Reboot & Revive
Program ini telah diadakan di Tampin Waterpark, Hutan Lipur Gunung Tampin, Negeri Sembilan. Program ini melibatkan 30 orang pelajar FTKE UTeM dan bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar dalam pelajaran dan prestasi akademik mereka.Program ini diadakan bagi menyokong pelajar dalam usaha memperbaiki pencapaian akademik dan membina semangat serta hala tuju yang lebih positif
Minggu Kebajikan UTeMku Sayang: Menjuarai Khidmat Insani
Satu Majlis perasmian Minggu Kebajikan UTeMku Sayang: Menjuarai Khidmat Insani telah diadakan. Dalam majlis ini, pelbagai inisiatif kebajikan telah diumumkan, antaranya adalah pemberian zakat sebanyak RM10,000.00 sebagai sumbangan untuk membantu pelajar yang memerlukan. Selain itu, sebanyak 200 pek tuala wanita telah disampaikan bagi Teja's Kit. Bagi mahasiswa dan mahasiswi yang memerlukan bantuan makanan, penyampaian Foodbank juga dilaksanakan sebagai satu usaha murni untuk meringankan beban.
Menyantuni Pelajar Baharu B40 UTeM
YBhg. Datuk TNC HEPA UTeM mewakili YBhg. Datuk Naib Canselor UTeM, telah menyantuni seorang calon pelajar UTeM B40, Dharshini Subramaniam. Menyelami keperitan Dharshini yang merupakan seorang anak yatim dan tinggal bersama ibunya yang merupakan OKU masalah penglihatan dan abang pula terlibat dalam kemalangan. Melalui lawatan ini, pelbagai sumbangan dan inisiatif kebajikan telah diserahkan. Diharapkan dengan sumbangan dan inisiatif kebajikan ini akan turut membantu mengurangkan beban Dharshini.
Majlis Jamuan Makan Tengahari & Sambutan Hari Jadi Team Penerbit UTeM
Majlis Jamuan Makan Tengahari & Sambutan Hari Jadi Team Penerbit UTeM bertujuan meraikan beberapa kejayaan staf Penerbit Universiti dan
meraikan hari jadi staf.
Program Jom Briskwalk Bersama Naib Canselor UTeM
Program Jom Briskwalk Bersama Naib Canselor UTeM turut disertai oleh staf PPSKR. Penyertaan staf PPSKR dalam program ini adalah untuk memberi peluang kepada staf PPSKR beriadah dengan briskwalk setelah seharian penat bekerja. Program ini juga secara langsung mengeratkan silaturahim sesama staf PPSKR itu sendiri dan silaturahim antara PTj/PBU lain. Di akhir program, pihak penganjur menyediakan buah-buahan seperti durian dan rambutan untuk dimakan bersama.
Misi Kembara Persaudaraan Islam UTeM-Kemboja tahun 1445H / 2024M
Perlaksanaan program Ibadah Korban dan kebajikan di peringkat antarabangsa di negara Kemboja. Wakaf Perigi turut dilaksanakan bagi pembekalan air bersih kepada komuniti setempat. Selain itu, fakir & miskin turut dibantu melalui pemberian sumbangan, pemberian daging korban serta sumbangan tunai. Sumbangan juga turut diberikan bagi pembangunan/ penambahbaikan sekolah setempat
Ibadah Korban Berkelompok Di Masjid Sayyidina Abu Bakar Bagi Tahun 1445H / 2024M
Perlaksanaan program Ibadah Korban yang membudayakan amalan mahmudah seperti pemberian daging Korban kepada golongan yang memerlukan, disamping penerapan nilai gotong-royong di kalangan warga UTeM serta komuniti. Juadah makanan juga turut disediakan secara percuma kepada para tetamu yang hadir ke Masjid UTeM.
Solat Sunat Hari Raya & Jamuan Aidil Adha di Masjid UTeM 1445H/2024M
Majlis ini diadakan untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan serta pencapaian cemerlang kakitangan universiti dalam membantu membangunkan dan memajukan pengurusan UTeM. Anugerah ini terbuka dan semua individu boleh menerimanya tanpa mengira latar belakang, jantina dan pendidikan.
Sesi Perkongsian Ilmu (SPI) dan Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Staf PPSKR
Program ini diadakan dengan tujuan untuk memupuk budaya pembelajaran berterusan dan mempromosikan pertukaran idea dalam kalangan staf PPSKR dan meraikan ulang tahun kelahiran staf-staf PPSKR sebagai tanda memperingati tarikh-tarikh penting seseorang staf itu. Selain itu, turut diadakan jamuan makan di mana setiap staf PPSKR membawa satu menu makanan masing-masing untuk dimakan bersama-sama.
Riang Ria Majlis Sambutan Mahabbah Aidilfitri 1445H Universiti Teknikal Malaysia Melaka di Khemah PPB & PPSKR
Majlis ini bertujuan untuk meraikan kedatangan bulan Syawal yang mulia dengan menyediakan pelbagai jenis makanan Hari Raya kepada semua tetamu yang hadir. Justeru, mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan staf, pelajar dan komuniti.
Program Jalinan Kasih Door 2 Door
Program ziarah & menyantuni warga UTeM yang memerlukan. Warga yang disantuni juga terdiri daripada balu-balu warga UTeM yang telah meninggal dunia. Warga terbabit diberikan sumbangan tunai serta barangan keperluan harian
Majlis Iftar bersama TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka UTeM 2024
Majlis Iftar Bersama Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor UTeM di Masjid Sayyidina Abu Bakar, UTeM. Dihadiri oleh 2,000 warga UTeM.
Program Ihya Ramadhan PTj Canselori & Sesi Penyediaan Juadah Berbuka
Program ini bertujuan untuk menyediakan makanan berbuka puasa bagi orang-orang yang memerlukan. Selain itu, program ini mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan setiakawan antara staf-staf Canselori.
Majlis Iftar Penerbit
Majlis Iftar ini adalah salah satu dari agenda “bonding strategy” sesama warga Team Penerbit UTeM bagi mengukuhkan ukhwah seterusnya dapat membawa impak positif dalam urusan pentadbiran & pelaksanaan tugasan.
Program Bacaan Yassin, Jamuan Mesyuarat & Sambutan Hari Lahir
Program Bacaan Yassin, Jamuan Mesyuarat & Sambutan Hari Lahir ini diadakan bagi mengukuhkan ikatan silatulrahim antara staf selain menyemai aspek kerohanian. Adalah penting untuk memastikan staf dapat bekerja dalam suasana yang harmoni serta menjamin organisasi yang kukuh.
Majlis Berbuka Puasa Perdana Yb Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Keluarga UTeM 2024/1445H
Program berbuka puasa bersama YB Menteri diserikan dangan penyerahan 9 buah bas baru UTeM untuk kegunaan para pelajar dan penyerahan bantuan serta surat tawaran biasiswa kepada pelajar.
Program Building Bonds , Changing Lives
Program Building Bonds , Changing Lives ini telah diadakan di Masjid Muhammadi Angkasapuri RTM bagi aktiviti memasak dan agihan bubur lambuk serta agihan pek makanan kepada staf RTM yang asnaf atau kurang berkemampuan.
Program CSR Pejabat PUU (staf)
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk berkongsi makanan kepada staf Pejabat Keselamatan yang bertugas 24 jam menjaga keselamatan warga dan harta benda Universiti.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat PTj, Canselori
Program diadakan bagi menyediakan makanan yang selamat dan berkhasiat untuk menyambut hari perayaan.
Majlis Iftar Canselori
Program diadakan bagi menyediakan makanan yang selamat dan berkhasiat untuk berbuka puasa
Majlis Sambutan Aidilfitri IPTK & SPS
Majlis sambutan Aidilfitri 1445H ini menyatukan kerjasama di antara IPTK dan SPS. Program seumpama ini juga dapat merapatkan silaturrahim di antara staf, pengurusan tertinggi dan turut menyantuni pelajar-pelajar pasca sarjana UTeM.
Sumbangan Iftar FPTT 2024
Program Sumbangan Iftar FPTT merupakan program berbentuk memberi sumbangan juadah berbuka puasa kepada rumah kebajikan anak-anak yatim dan asnaf. Melalui program ini, pelajar dapat membantu meringankan beban pengurusan rumah kebajikan anak-anak yatim & asnaf serta mengeratkan hubungan antara warga FPTT dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Harapan.
Selain itu, fakulti dapat menormalisasikan warga FPTT yang prihatin dan menanam sikap kasih dan peka terbadap masyarakat yang kurang bernasib balk sekaligus mendidik pelajar FPTT di dalam aspek mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Iftar Perdana FPTT 2024
Program Iftar Perdana FPTT merupakan program berbuka puasa yang dilakukan setiap tahun. Program ini berbentuk menjamah juadah makanan bersama-sama pelajar dan kakitangan FPTT di bulan ramadhan.
Program yang akan diadakan Allah merupakan program bagi meringankan beban pelajar sepanjang bulan Ramadhan. Program ini akan diadakan pada 27 Mac 2024 dan bertempat di kafeteria kampus FPTT, UTeM.
Objektif utama program diadakan adalah untuk meringankan beban para pelajar FPTT bagi membeli juadah untuk berbuka puasa dan mengeratkan bubungan sesama pelajar dan kakitangan FPTT, menormalisasikan warga FPTT yang prihatin dan mengambil berat akan bebanan pelajar FPTT. dan menibina hubungan antara pihak fakutti dengan pelajar FPTT tanpa mengira kaum dan wama kulit.
Program Bantuan Banjir Kota Tinggi; Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dengan kerjasama Pusat Islam
Alhamdulillah, selesai sudah misi sumbangan 50 kotak bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir yang telah diterima oleh pemimpin-pemimpin dan wakil-wakil komuniti tempatan Kota Tinggi, Johor serta komuniti setempat antaranya yang turut hadir dalam program penyerahan berkenaan
Program Memasak Bubur Lambuk
Program memasak bubur lambuk sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan 1445H. Secara tidak langsung mengeratkan silaturrahim antara staf, mewujudkan peluang bersedakah dengan memberi sumbangan makanan serta melahirkan rasa kesyukuran atas nikmat makanan yang diberikan.
Sarapan pagi percuma bersama pelajar di PLH
Program ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan makanan dengan mendapatkan makanan yang dikongsikan oleh semua warga UTeM yang prihatin bertempat di PLH.