Skip to main content

Menu Mobile

SDG 3 - Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik

SDG 3 adalah usaha universiti untuk memastikan kehidupan yang sihat dan mempromosikan kesejahteraan untuk semua peringkat umur. Universiti memainkan peranan penting dengan menyediakan kemudahan kesihatan yang mencukupi dan perkhidmatan sokongan untuk pelajar dan kakitangan.

Ini termasuk menawarkan perkhidmatan kesihatan seperti klinik kesihatan di kampus, program kesedaran kesihatan dan sokongan kesihatan mental. Universiti juga boleh melaksanakan program senaman dan aktiviti sosial serta menyediakan sumber maklumat dan pendidikan mengenai gaya hidup sihat.

Selain itu, universiti boleh terlibat dalam penyelidikan dan kerjasama dengan organisasi kesihatan untuk menangani isu-isu kesihatan awam dan mempromosikan amalan kesihatan yang baik di dalam dan di luar kampus.

Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG 3

OSH Awareness: Pindaan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Ceramah berkaitan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disampaikan oleh Ketua Seksyen Pemeriksaan Statutori.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Brisk Walk bersama Ketua Pustakawan

Mempromosikan gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan antara staf perpustakaan dan komuniti. Berikut adalah tujuan utama program ini:

Meningkatkan Kesihatan Fizikal: Menggalakkan aktiviti fizikal yang mudah dan berkesan seperti brisk walk untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan keseluruhan.
Mengukuhkan Hubungan Komuniti: Memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi dan berkenalan dengan Ketua Pustakawan serta rakan sekerja dalam suasana yang santai dan mesra.

PTj/PBU: Perpustakaan Laman Hikmah

Program Briskwalk Jiwa Merdeka Bersama Naib Canselor UTeM

Program anjuran Pejabat Pengurusan Fasiliti ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk NC, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM, Pengarah PPF UTeM, Pengarah Pejabat Pengurusan Pembangunan UTeM, Pengarah Pusat Sukan UTeM, Pengarah Pejabat Keselamatan UTeM dan seluruh warga UTeM dari pelbagai PTj. Keprihatinan dan sasaran keselamatan kampus adalah menjadi sandaran utama staf  Pejabat Keselamatan yang terlibat dalam mengawal keselamatan lalui lintas dan ketenteraman awam.

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

Lawatan Penanda Aras Polis Bantuan UPM Ke UTeM

Sesi pada 16 Ogos 2024 dimulakan dengan perkongsian fungsi, rutin pelaksanaan, dan KPI Bahagian dan Unit oleh Ketua Bhg Operasi & Pentadbiran dan Ketua-Ketua Unit di Pejabat Keselamatan. Sesi pada hari pertama berakhir dgn campus tour Kampus Induk UTeM. Sesi kedua pada 17 Ogos 2024 dimulai dengan briskwalk dan pertandingan street soccer antara PB UTeM dan PB UTeM.

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

Pelaksanaan Rondaan Audit Kunci Bangunan Pejabat Dan Makmal Di Kampus Teknologi

Pelaksanaan rondaan audit kunci di bangunan pejabat, makmal dan bilik kuliah fakulti Kampus Teknologi pada bulan Ogos 2024 selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan 3 (SDG3): Kesihatan dan Kesejahteraan Baik dan Matlamat Pembangunan Mampan 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi Kukuh (SDG 16)

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

Briskwalk Bersama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Program ini tidak hanya mencerminkan komitmen staf Pejabat Keselamatan terhadap kesihatan dan kecergasan anggota, staf dan komuniti universiti, tetapi juga memupuk semangat kebersamaan dan kekompakan di kalangan semua peserta. Program briskwalk ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, tetapi juga memberi peluang untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara lebih dekat dengan staf-staf lain.

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

Program Briskwalk Bersama Saya: Naib Canselor UTeM

Penglibatan staf Pejabat Keselamatan di dalam “Program Briskwalk Bersama Saya: Naib Canselor” adalah bagi memastikan kawalan ketenteraman awam dan keselamatan lalu lintas di kawasan kampus terus terjamin. Selain itu, penyertaan staf juga turut memberikan impak kepada kesihatan mental, fizikal serta memupuk semangat harmoni di kalangan staf.

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

Lawatan Delegasi Persatuan Polis Bantuan Malaysia (Mapa) Ke Pajabat Keselamatan UTeM

Melalui mesyuarat AMP Bil 3/2024, Polis Bantuan UTeM telah dilantik selaku AMP Melaka bagi mewakili agensi Polis Bantuan seluruh negeri Melaka yang didaftarkan dibawah MAPA.

Perkongsian projek dan aktiviti berimpak tinggi dengan kerjasama penyelidik UTeM telah mendapat perhatian khusus delegasi MAPA yang boleh memberi manafaat kepada kedua-dua pihak dan agensi lain melalui jalinan MoU/LoI/LoU pada masa hadapan.

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

Lawatan & Sumbangan Bantuan Kebajikan Staf

Lawatan ziarah ke Hospital Melaka telah dilaksanakan bagi memberi sokongan moral kepada staf Pejabat Keselamatan yang mengalami serangan jantung. Dikesempatan itu juga, sumbangan bantuan kebajikan daripada staf Pejabat Keselamatan dan BAKUTeM turut disampaikan bagi meringankan  beban serta memenuhi tanggungjawab sosial. Matlamat Pembangunan Mampan 3 (SDG3): Kesihatan dan Kesejahteraan Baik dan Matlamat Pembangunan Mampan 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi Kukuh (SDG 16)

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

Webinar Pengurusan Bahan Kimia

Ceramah ini diadakan bersempena Minggu OSH 2024 yang disampaikan oleh  Pn. Norfaizah binti Suhaimi, Pegawai Sains dari Jabatan Kimia Malaysia, Negeri Melaka. Peserta didedahkan tentang pengurusan bahan kimia, tanggungjawab dan risiko penggunaan bahan kimia.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Webinar Kesihatan Mental Di Tempat Kerja

Ceramah ini diadakan bersempena Minggu OSH 2024 yang disampaikan oleh Pegawai Psikologi di Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah. Kesihatan mental di tempat kerja merangkumi kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial. Menurut WHO, kesihatan mental adalah keadaan kesejahteraan di mana individu menyedari keupayaannya sendiri, dapat mengatasi tekanan normal. Peserta didedahkan tentang penilaian risiko, tanda-tanda mengenalpasti masalah dan cara mengatasi pengendalian stress di tempat kerja.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

OSH Awareness: Perkongsian Bekerja Di Ruang Terkurung

Perkongsian maklumat ini disampaikan oleh Orang Yang Kompeten  dalam Bidang Ruang Terkurung, Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan  (AGTES) iaitu Penolong Jurutera dari Pejabat Pengurusan Fasiliti.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

OSH Awareness: Perkongsian Bekerja Di Tempat Tinggi

Perkongsian ini disampaikan oleh Orang Yang Kompeten  dalam Bidang Scaffolding (Level 3) iaitu Penolong Jurutera dari Pejabat Pengurusan Pembangunan.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Program Saringan Kesihatan Siri 13/2024 Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (FTMK)

Program Saringan Kesihatan yang dibuat secara bergerak bagi mendapatkan data kesihatan staf di UTeM secara keseluruhan. Program ini merupakan kerjasama dengan Pejabat Pendaftar.

PTj/PBU: Pusat Kesihatan Universiti (PKU)

OSH Awareness: Pengurusan Keselamatan Kebakaran

Ceramah berkaitan pengurusan keselamatan kebakaran di dalam bangunan. Kursus ini disampaikan oleh Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Melaka. Peserta diberi pendedahan  tentang punca yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran, cara mencegah berlaku kebakaran serta tindakan yang boleh dilakukan apabila berlaku kebakaran. Setiap penghuni bangunan perlu berusaha mengesan dan memadam kebakaran di peringkat awal untuk mengelakkan berlakunya kemalangan jiwa.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Program Briskwalk Sempena Minggu OSH 2024

OSH WEEK tahun 2024 menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk pengisian aktiviti kecergasan. Program briskwalk ini merupakan antara inisiatif untuk membudayakan gaya hidup sihat dan selamat dalam kalangan Keluarga UTeM.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Bengkel Prosedur Kerja Selamat Sempena Minggu OSH UTeM 2024

Bengkel ini disampaikan oleh En. Ainuddin bin Abu Kasim, Pengarah Pejabat Pengurusan Fasiliti. Bengkel ini menggalakkan penyertaan dan kerjasama di antara majikan dan pekerja untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melalui JKKP di setiap pejabat. Menyediakan forum komunikasi 2 (dua) hala antara majikan dan pekerja dalam perkembangan dan penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Program Sihat Cergas : Senamrobik Sempena Minggu OSH UTeM 2024

OSH WEEK tahun 2024 menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk pengisian aktiviti kecergasan. Aktiviti senamrobik ini merupakan antara inisiatif untuk membudayakan gaya hidup sihat dan selamat dalam kalangan Keluarga UTeM.
Selamat dan Sihat untuk Semua, Keluarga UTeM Bersama.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Program OSH Xplorace Sempena Minggu OSH UTeM 2024

Program ini dianjurkan bersempena Minggu OSH melibatkan semua staf PPP bertujuan memupuk kesedaran berkaitan keselamatan, kesihatan dan persekitaran pekerjaan. Dalam program ini peserta diberi kumpulan dan tugasan berbentuk ujian pengetahuan berkaitan OSH dan amalan hijau, kecergasan fizikal dan eksplorasi dalam kawasan kampus secara berkumpulan.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Program Penyerahan Sumbangan Dan Ziarah Kasih

Sesi penyerahan sumbangan kepada En. Azham Fida’iy bin Azkar yang telah disahkan menghidap penyakit Motor Neuron Disease (MND) dan Pn. Azlinda binti Mohd Yunus yang baru selesai menjalani pembedahan.Diharapkan kedua staf tersebut cepat sembuh dan sumbangan yang dihulurkan dapat mengurangkan serba sedikit beban yang ditanggung.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Majlis Jamuan Makan Tengahari & Sambutan Hari Jadi Team Penerbit UTeM

Majlis Jamuan Makan Tengahari & Sambutan Hari Jadi Team Penerbit UTeM bertujuan meraikan beberapa kejayaan staf Penerbit Universiti dan
meraikan hari jadi staf.

PTj/PBU: Penerbit Universiti

Menziarahi waris kepada almarhum Ashraff AK Abudaqqa (Pelajar Pasca Siswazah)

Lawatan daripada Sekolah Pengajian Siswazah UTeM bersama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik kepada waris almarhum dan menyumbangkan wang pengurusan khairat kematian UTeM dan juga sumbangan daripada staf-staf FTKE dan SPS.

PTj/PBU: Sekolah Pengajian Siswazah

Kerja-Kerja Membaik Pulih Bangku Taman di Sekitar Kampus Induk UTeM

Kerja membaik pulih bangku taman ini dapat memberi peluang pekerjaan secara tidak langsung membantu pertumbuhan ekonomi penduduk tempatan. Aktiviyti ini membantu didalam penambahbaikan fasiliti dan infrastruktur universiti dan ianya juga menggalakkan gaya hidup sihat. Aktiviti ini menyokokng SDG 3 – Good Health, SDG 8 – Decent Work & Economic Growth dan SDG 9 – Industry, Innovation & Infrastructure

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Fasiliti

Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat FPTT

Majlis Bacaan Yassin FPTT telah diadakan pada hari Jumaat, 19 Julai 2024, di bawah anjuran Jawatankuasa Kebajikan FPTT. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara staf FPTT.

PTj/PBU: Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan (FPTT)

Kejohanan Penang Rowing International Indoor Championship 2024

Pelajar yang terlibat ialah:
1. Veronica Racha anak Edmund
2. Nurul Athirah Mohd Noh
3. Muhammad Luqman Sa'adon
4. Siti Hajar Ibrahim

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)

Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIP) 2025

Secara keseluruhan kontinjen UTeM berjaya meraih 4 pingat perak dan 2 gangsa dalam edisi SUKIPT 2024 kali in melalui 6 jenis sukan yang disertai iaitu olahraga, memanah, pencak silat, hoki lelaki, e-sports MLBB dan ping pong.

Dianjurkan di UUM mulai 8 hingga 15 September dengan penyertaan 1 Ketua Kontinjen, 1 Timbalan Ketua Kontinjen, 3 urusetia staf, 4 urusetia pelajar dan 50 orang pengurus dan atlet.

RANKING KEJOHANAN (FASA 1 & FASA 2) Tempat ke 28 dari 39 IPT ( 4 Perak & 2 Gangsa)

PTj/PBU: Pusat Sukan

Lawatan Rasmi Dan Penyerahan Borang Sspa Kepada Pelatih KAPB Siri 8/2024 Di MT PDRM Bakri, Muar

Pejabat Keselamatan bersama dengan BSM, Pejabat Pendaftar telah hadir ke Maktab Teknik PDRM, Bakri, Muar, Johor bagi serahan borang SSPA kepada 8 orang staf Pejabat Keselamatan yang sedang menjalank Kursus Asas Polis Bantuan di Maktab Teknik, Bakri, Muar, Johor mulai 5 Oktober hingga 7 Disember 2024. Sesi lawatan telah dimulakan dengan taklimat oleh En. Ahmad Khairul Fitri bin Zahari dan disusuli dengan sesi soal jawab.

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

Lawatan Kerja Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM Ke Pejabat Keselamatan UTeM

Lawatan kerja ini telah diketuai oleh Ketua Polis Bantuan UiTM, DSP Zakaria dengan turut hadir dalam delegasi adalah Pegawai Undang Undang UiTM. Dengan tujuan mempelajari proses pembinaan peruntukan peraturan yang melibatkan staf dan orang awam, Pejabat Keselamatan UTeM telah membentangkan beberapa peraturan dan garis panduan yang terpakai kepada individu atau kumpulan selain daripada pelajar. Lawatan turut diisi dengan campur tour dan berakhir dengan makan malam.

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

Kunjung Hormat Dan Send Off Calon PB Di Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar Johor

Pejabat Keselamatan telah mengadakan kunjung hormat ke Maktab Teknik Bakri, Muar Johor. Sesi kunjung hormat dimulakan dengan menandatangani buku lawatan dan sesi santai bersama Timbalan Komandan Maktab iaitu ACP Hj Pozlan bin Hj Ibrahim (Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal). Melalui sesi ini beberapa perkongsian telah dibuat antaranya adalah berkaitan kesan SSPA kepada PDRM dan PB UTeM, sesi penerangan dan tandangan borang SSPA staf UTeM di MTPDRM, dan sesi lawatan ke pusat pengajian.

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

Hari Bersama Pelanggan Polis Bantuan Pejabat Keselamatan UTeM

HBP Tahun 2024 telah berjalan dengan lancar dengan penyertaan warga kampus hampir 300 orang dan 120 pelawat termasuk agensi keselamatan, wakil UA dan pelawat luar. Program telah dimulakan dengan Perbarisan PB UTeM yang dihadiri oleh YBrs En Masdzarif bin Mahat, Ketua Pegawai Operasi UTeM dan diteruskan dengan Pameran statik, Kaunter Pengurangan Saman Trafik PDRM/Lalu Lintas UTeM, Pertandingan Street Soccer, Pertandingan Obstacles Challenge, UKJK Challenges, webinar "AI in leading zeri crimes and

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

Sesi Melafazkan Ikrar Dan Menandatangani Akujanji Staf Pejabat Keselamatan UTeM

Taklimat dan Sesi Melafazkan Ikrar dan Menandatangani Akujanji staf Pejabat Keselamatan telah diadakan di perkarangan Pejabat Keselamatan. Bagi sesi ini sebanyak 42 pegawai dan anggota telah hadir hadir dan jumlah ini mewakili 72 peratus daripada jumlah keseluruhan warga PB UTeM.

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

Perlawanan Bolasepak Persahabatan PB UTeM vs PB UIAM

Perlawanan bola sepak persahabatan melibatkan Bhg/Pejabat Keselamatan UA dengan PB UTeM telah berlangsung di Padang Turf UIAM, Gombak merupakan perlawan persahabatan yang julung kali diadakan dan merupakan persediaan awal pasukan bola sepak PB UTeM bagi menghadapi kejohanan Sukan Keselamatan UA (SUKUA) di UUM pada 3-5 Okt 2024.

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar Campuran

Perlawanan persahabatan ini adalah sebagai persediaan PB UTeM bagi menyertai Kejohanan Sukan Keselamatan UA yang bakal berlangsung pada 3-5 Okt 2024 di Universiti Utara Malaysia. Selain itu, ianya juga adalah mensasarkan jalinan hubungan di antara agensi kerajaan dan juga memupuk semangat kesukanan dalam membudayakan kesihatan sejagat.

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

UTeM Track & Field (UTF) 2024

UTeM Track & Field merupakan penjenamaan semula dari Temasya Olahraga Tahunan (TOT) yang dianjurkan dwi tahunan
Kali terakhir kejohanan ini dianjurkan adalah pada tahun 2019 (Kali ke 7). Kejohanan ini terbagagi kepada 2 kategori pertandingan antara staf dan pelajar. Sebanyak 19 acara olahraga dipertandingankan

PTj/PBU: Pusat Sukan

Recreation Camp (ReCCa) 2024 : High Element Activity (Abseiling & Masakan Rimba)

Program ini dijalankan pada 23 Oktober 2024 di Tasik Cemerlang UTeM

Program ini adalah anjuran bersama Kelab Rekriasai dan Sukan Ekstrim UTeM dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni turut bersama kira kira 150 orang pelajar melaksanakan aktiviti abseiling dan masakan rimba

Program ini dianjurkan bagi memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan aktiviti lasak yang dijalankan

PTj/PBU: Pusat Sukan

Kejohanan Golf IPTA 2024

UTeM telah menghantar  penyertaan bagi kejohanan Golf IPTA di UUM pada 16 - 20 Oktober 2024

Berikut Adalah Keputusan Pertandingan

Kategori Kontinjen Universiti Awam Berpasukan :
Tempat Ke 14 Dari 22 Pasukan

Kategori Nett :
Pasukan A : Tempat Ke 15 Dari 30 Pasukan
Pasukan B : Tempat Ke 24 Dari 30 Pasukan

Keputusan Acara Net (Individu) :
Dr Radzuan Bin Nordin  - Tempat Ke 40 Dari 125

Keputusan Acara Vip Net (Individu) :
Ybrs Dr Zahri Bin Yunos (Ahli Lembaga Pengarah) - Tempat Ke 38 Dari 41

PTj/PBU: Pusat Sukan

Plogging @ Pusat Sukan

Program yang di jalankan di Sekitar Kompleks Sukan adalah bagi memupuk sikap cintakan kebersihan.

Selain itu, ianya merupakan satu inisiatif Jawatankuasa Tenaga, Pusat Sukan bagi memenuhi keperluan aktiviti selain dari memastikan kawasan sekitar Kompleks Sukan terjaga dari aspek kebersihan dan tempat pembiakan nyamuk

Program berkenaan disertai oleh semua warga Pusat Sukan yang mana ianya juga merupakan satu lagi medium bagi memupuk sikap kerjasama dan keakraban dikalangan ahli Pusat Sukan

PTj/PBU: Pusat Sukan

Pelancaran Hari Sukan Negara Peringkat UTeM 2024

Naib Canselor UTeM Prof Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin telah menyempurnakan program ini yang berlangsung pada 11 Oktober 2024 sempena Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan pada 11 hingga 13 Oktober 2024 bertempat di Stadium UTeM.

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat UTeM ini merupakan satu inisiatif Pusat Sukan, HEPA UTeM di mana ianya adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan UTeM dalam membudayakan gaya hidup sihat dan cergas.

PTj/PBU: Pusat Sukan

Program Bual Bicara Amalan Hidup Sihat "Sayangi Buah Pinggang Kita"

Bertujuan memberi kesedaran penjagaan buah pinggang dengan lebih baik.

PTj/PBU: Pejabat Pendaftar

Program Ziarah Kasih: Bapa Kepada Staf PPF

Program Ziarah Kasih telah diadakan bagi menyantuni ayahanda kepada En. Kamarulzaman bin Tubah yang sedang uzur dan diuji dengan penyakit kanser otak tahap 4.
Didoakan semoga ayahanda En. Kamalrulzaman bin Tubah dipermudahkan segala urusan.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan

Pemeriksaan Ulangan Jentera Di UTeM

Pemeriksaan Ulangan Jentera telah dilaksanakan bagi mematuhi Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Melaka (JKKP).

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan

Majlis Penyerahan Tapak Gelanggang Bola Tampar bertempat di Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Industri Dan Pembuatan (FTKIP)

Penyediaan gelanggang bola tampar untuk aktiviti sukan dan rekreasi kepada warga FTKIP.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan

Saringan Kesihatan Pelajar Baharu Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025

Saringan kesihatan kepada pelajar baharu untuk sesi kemasukan akademik 2024/2025 yang dibuat dalam skala yang besar dengan melibarkan hampir 2500 pelajar. Saringan ini dibuat di PKU oleh staf PKU.

PTj/PBU: Pusat Kesihatan Universiti (PKU)

Program Saringan Kesihatan- FTKEK

Program saringan kesihatan bergerak yang dibuat untuk mendapatkan data staf. Program ini merupakan kerjasama dengan Pejabat Pendaftar.

PTj/PBU: Pusat Kesihatan Universiti (PKU)

Program Saringan Kesihatan- Sekolah Pengajian Siswazaha (SPS) dan IPTK

Program Saringan Kesihatan bergerak yang dibuat untuk mendapatkan data staf. Program ini merupakan kerjasama dengan Pejabat Pendaftar.

PTj/PBU: Pusat Kesihatan Universiti (PKU)

Program Saringan Kesihatan- CELL

Program Saringan Kesihatan bergerak untuk mendapatkan data kesihatan staf. Program ini merupakan kerjasama dengan Pejabat Pendaftar.

PTj/PBU: Pusat Kesihatan Universiti (PKU)

Jom Briskwalk Bersama Bendahari UTeM

Pada 3 September 2024 telah diadakan program Jom Briskwalk Bersama Bendahari UTeM. Program telah diadakan pada jam 5.00 petang dan berakhir sehingga jam 6.00 petang. Alhamdulillah cuaca baik sepanjang program dijalankan.

Laluan briskwalk adalah sekitar Kampus UTeM yang mana meliputi laluan sejauh 3.8km. Antara tujuan program ini diadakan adalah bagi memupuk gaya hidup sihat di kalangan ahli KEJARI di samping merapatkan ukhwah sesama ahli.
Selain daripada itu, KEJARI juga telah mengadakan sesi

PTj/PBU: Pejabat Bendahari

SUKRIM - Sukan Jabatan Bendahari UA

Pejabat Bendahari turut menyertai Karnival Sukan Jabatan Bendahari Universiti Awam Malaysia   (SUKRIM) yang berlangsung di USM. Tujuan utama penyertaan adalah untuk memupuk hubungan kerjasama dan mengeratkan silaturahim antara Pejabat Bendahari UA selain untuk memupuk semangat kesukanan dan aktiviti kecergasan/kesihatan.3

PTj/PBU: Pejabat Bendahari

Program Saringan Kesihatan Siri 14/2024 Pejabat Ketua Pegawai Digital

Program Saringan Kesihatan yang dilaksanakan secara bergerak bagi mendapatkan data kesihatan staf secara menyeluruh. Program ini merupakan kerjasama dengan Pejabat Pendaftar.

PTj/PBU: Pusat Kesihatan Universiti (PKU)

Program Saringan Kesihatan Siri 15/2024 Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Program Saringan Kesihatan yang dibuat secara bergerak dengan tujuan untuk mendapatkan data kesihatan staf. Program ini merupakan kerjasama dengan Pejabat Pendaftar.

PTj/PBU: Pusat Kesihatan Universiti (PKU)

Program Vaksinasi HPV

Telah berlangsung dengan jayanya dan seramai 400 orang telah hadir untuk mendapatkan vaksin hpv secara percuma ini.

PTj/PBU: Pejabat Naib Canselor

Program Sambutan Peluncuran Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan (HAD) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan mereka dalam menangani isu penyalahgunaan dadah, dan telah dihadiri seramai hampir 700 peserta.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti Gimik Peluncuran "Tak Payah Tak Nak", Pelepasan Batik Fun Walk, jualan produk SUKA AADK, pendaftaran Kempen 1 Juta Ahli SKUAD, bas pameran AADK, sesi Poket Talk, kaunter Mobile Recovery Treatment (MRT), permainan interaktif, pemeriksaan kesihatan dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik yang lain.

PTj/PBU: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni)

Cari dan Musnah Denggi

Pada jam 9.30 pagi sehingga 10.30 pagi tadi, pasukan pencegahan denggi PKU telah membuat aktiviti CARI DAN MUSNAH tempat pembiakan nyamuk aedes dan juga aktiviti larvaciding untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes di sekitar Kolej Kediaman Satri dan Kolej Kediaman Al-Jazari.

PTj/PBU: Pusat Kesihatan Universiti

Program Saringan Kesihatan Team F1

Merupakan program kerjasama dengan BGPO Pejabat Pendaftar. Program ini merupakan saringan kesihatan kepada semua Pegawai Tertinggi UTeM. Ini merupakan program bergerak daripada PTj dan PBU yang memberi servis kepada semua Warga UTeM.

PTj/PBU: Pusat Kesihatan Universiti

Webinar “Smoking VS Vape Is There A Difference?”

Merupakan webinar berkenaan

PTj/PBU: Pusat Kesihatan Universiti

Penyertaan MASUM FASA II

Kejohanan anjuran Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) bagi Fasa II ini diadakan bagi mencungkil bakat dan atlet yang ada di peringkat IPT

PTj/PBU: Pusat Sukan

UTeM Eco Fit 2024 - Fun Walk

Anjuran Pusat Sukan UTeM dengan kerjasama Kelab Larian dan Orienteering UTeM (UROC). Aktiviti ini telah jarak aktiviti sejauh 6.5km

PTj/PBU: Pusat Sukan

Varsity Sepak Takraw League (VSL) Sirkit 2 2024 -UMPSA Pekan, Pahang

Pasukan TUAH UTeM akan bertanding dalam 2 acara dipertandingkan (Beregu dan Antara Regu)

PTj/PBU: Pusat Sukan

RecCa Flying Fox 2024

Seramai 488 peserta telah hadir dan sebanyak 80 pelepasan dilakukan pada Recreation Camp Flying Fox 2024 anjuran Kelab Rekreasi & Sukan Ekstrem (KeReX) UTeM dengan kerjasama Pusat Sukan HEPA

PTj/PBU: Pusat Sukan

Program Jom Briskwalk Bersama Naib Canselor UTeM

Program Jom Briskwalk Bersama Naib Canselor UTeM turut disertai oleh staf PPSKR. Penyertaan staf PPSKR dalam program ini adalah untuk memberi peluang kepada staf PPSKR beriadah dengan briskwalk setelah seharian penat bekerja. Program ini juga secara langsung mengeratkan silaturahim sesama staf PPSKR itu sendiri dan silaturahim antara PTj/PBU lain. Di akhir program, pihak penganjur menyediakan buah-buahan seperti durian dan rambutan untuk dimakan bersama.

PTj/PBU: Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti Dan Risiko (PPSKR)

Pemberian Vaksinasi Percuma

Kanser serviks adalah kanser ketiga yang paling tinggi di kalangan wanita di Malaysia. Jangkitan Human Papillomavirus (HPV) merupakan faktor risiko utama yang menyebabkan kanser serviks. Pusat Kesihatan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama daripada National Cancer Society Malaysia (NCSM) akan mengadakan program pemberian Vaksinasi HPV secara percuma

PTj/PBU: Pusat Kesihatan Universiti (PKU)

Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2024

1. Menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan kepada semua staf UteM.
2. Kempen kibarkan Jalur Gemilang kepada semua warga UteM.
3. Menyampaikan amanat pengurusan tertinggi UteM berkaitan dengan menyemarakkan lagi semangat Jiwa Merdeka.

PTj/PBU: Pusat Hubungan Strategik Korporat & Global (UGLOBE)

Brisk Walk Ybhg. Datuk Naib Canselor Bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa)

Pejabat TNC (A&A) telah menganjurkan Program Brisk Walk Naib Canselor bersama Pejabat TNC (A&A) UTeM di sekitar kampus bagi mengeratkan hubungan ukhwah warga UTeM dan melakukan aktiviti gaya hidup sihat dan memeriahkan lagi suasana.

PTj/PBU: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Pengisian Indeks Kesejahteraan Keluarga UTeM 2024

Merupakan satu alat kajian dalam mengukur tahap kesejahteraan di kalangan staf serta merupakan antara satu Inisiatif Strategik di bawah Teras Strategik 4, (Mencetuskan Ekosistem Rancak, Melestarikan Universiti) Pelan Strategik UTeM 2023-2025.

PTj/PBU: Pejabat Pendaftar

Hebahan Info Kesejahteraan Psikologi. Topik : Punca & Gejala Stres

Memberikan info berkaitan dengan kesejahteraan psikologi kepada staf  agar dapat  membantu diri dan rakan sekerja.

PTj/PBU: Pejabat Pendaftar

Program Saringan Kesihatan Siri 11/2024, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Bahagian Governan & Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah menganjurkan Program Saringan Kesihatan pada 22 Ogos 2024 khas untuk staf Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang merangkumi Penerbit Universiti, SMTC, CRIM dan RICE. Saringan Kesihatan ini adalah inisiatif Program Amalan Hidup Sihat, Pejabat Pendaftar untuk memberi kesedaran terhadap situasi kesihatan tubuh badan di kalangan staf UTeM.

PTj/PBU: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

Kursus Mental Health First Aid

Mempelajari bagaimana untuk membantu ahli keluarga dan rakan sekerja dalam memahami konsep kesihatan mental dengan membimbing mengenali masalah kesihatan mental mereka. Kursus ini yang dibina untuk membantu orang dewasa dan tidak sesuai untuk mereka yang berada diperingkat remaja yang dikaitkan dengan implikasi medico - legal.

PTj/PBU: Pejabat Pendaftar

Kursus Asas Audit Tenaga

Memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kepentingan proses audit tenaga bagi sesebuah organisasi. Peserta juga didedahkan kepada teknik pengauditan tenaga untuk mengenalpasti potensi penjimatan tenaga dalam organisasi. Disamping itu, kaedah pelaporan audit tenaga yang sistematik juga akan didedahkan kepada peserta untuk memastikan penyampaian hasil dapatan audit yang efektif. Selain itu, asas operasi dua sistem pengguna tenaga yang besar di UTeM iaitu penyaman udara dan sistem pencahayaan.

PTj/PBU: Pejabat Pendaftar

Kursus Pertolongan Cemas

Memberi pendedahan dan melatih pekerja menjadi penolong cemas yang berkelayakan. Para peserta akan diajar tentang kemahiran asas sokongan hidup seperti cpr dan perkara lain berkaitan pertolongan cemas seperti pendarahan serta luka, melecur, tercekik, patah dan kecederaan tulang.

PTj/PBU: Pejabat Pendaftar

Penerima Dana Program Komuniti @ UniMadani Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka

Staf FTKM iaitu En Mohammad Rafi dan Ts. Dr. Nurul Hanim telah berjaya menerima dana berjumlah RM50,000 dan RM35,000 melalui Program Komuniti @ UniMadani di bawah Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka. Encik Mohammad Rafi selaku Ketua Projek bagi projek bertajuk "Kaki Palsu Cetakan 3D, Pemberian Kaki Palsu Kepada Pesakit Yang Tidak Mencarum Di Bawah PERKESO" manakala Dr Nurul Hanim sebagai Ketua Projek bagi projek bertajuk "Minyak Masak Terpakai: Jangan Buang : Jana Pendapatan.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)

Karnival Sukan Bendahari MTUN Kali Ke-3 Tahun 2024

Pejabat Bendahari UTeM berjaya merangkul gelaran Juara Bersama Keseluruhan bagi Karnival sukan Bendahari MTUN kali ke-3 Tahun 2024
2 PINGAT EMAS
2 PINGAT PERAK
1 PINGAT GANGSA
Terima kasih & Syabas diucapkan kepada Tuan Rumah Pejabat Bendahari Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) atas kejayaan penganjuran Karnival Sukan Bendahari MTUN Kali Ke-3 Tahun 2024.

PTj/PBU: Pejabat Bendahari

Program Tanwir Ramadhan Pejabat Naib Canselor, Canselori

Program ini adalah untuk meningkatkan penghayatan kerohanian menjelang bulan Ramadan yang mulia. Program ini dirangka dalam bentuk perkongsian ilmu bagi staf Canselori di samping menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Di samping itu, kebersamaan keseluruhan staf Canselori dapat mengeratkan setiakawan dan silaturahim di kalangan staf.

PTj/PBU: Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko (PPSKR)

Bengkel Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko & Kawalan Risiko (HIRARC)

Bengkel ini diadakan bertujuan membentuk persekitaran tempat kerja yang sistematik dan efektif serta mengelakkan sebarang risiko yang bakal dihadapi oleh pekerja. Bengkel ini akan memberi pendedahan kepada peserta bagi langkah-langkah mengenalpasti hazard, penaksiran risiko dan kawalan risiko di tempat kerja dengan menggunakan kaedah yang seperti di garis panduan keselamatan.

Peserta dapat mengetahui pendekatan yang mudah dalam mengenalpasti hazard, penaksiran risiko dan kawalan risiko di tempat kerja serta dapat menguruskan hazard dan risiko dengan lebih berkesan

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Program Riadah Petang Badminton Pejabat Pengurusan Pembangunan

Pelbagai manfaat badminton untuk kesihatan badan. Riadah bermain badminton boleh meningkatkan kecergasan, menurunkan berat badan serta menguatkan otot dan sendi badan.  Secara tidak langsung juga, riadah petang mampu mengurangkan tekanan  staf setelah penat bekerja seharian.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Program Derma Darah Ramadan 2024

Merupakan program kerjasama dengan Jabatan Perubatan Tranfusi Hospital Melaka dan Kelab Rakan Kesihatan dibawah PKU. Sebanyak 267 pek darah telah berjaya di kumpul dalam program pada kali ini.

PTj/PBU: Pusat Kesihatan Universiti

Talkshow@PLH: Strok Rawat Cepat, Pulih Cepat!

Program ini dihadiri lebih 100 orang peserta di kalangan pelajar dan staf. Penceramah bagi program ini ialah Dr. Muhamad Farhan bin Bachik. Program ini memberi maklumat bagimana untuk merawat strok dan pulih dengan cepat.

PTj/PBU: Pusat Kesihatan Universiti

Anugerah Sukan UTeM (MASUTeM) 2023

Memberikan penghargaan kepada para Atlet Pelajar dan Staf. Para atlet2 ini telah mengharumkan lagi nama UTeM.

  • 8 Kategori Anugerah kepada Pelajar
  • 6 Kategori Anugerah kepada Staf
PTj/PBU: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni)

Kempen Keselamatan Jalan Raya Secara Atas Talian

Kempen Keselamatan Jalan Raya Secara Atas Talian bertujuan memberikan kesedaran kepada semua pengguna jalan raya dalam kampus terutamanya staf dan pelajar berkenaan pentingnya mematuhi peraturan lalu lintas. Kempen ini mensasarkan sifar kesalahan lalu lintas dan seterusnya mencapai sifar kemalangan dalam kampus. 

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

Sekatan Jalan Raya Kampus

Sekatan Jalan Raya Kampus yang dijadualkan 8 kali sebulan bertujuan mengurangkan kesalahan lalu lintas dan secara langsung mensasarkan sifar kemalangan dalam kampus. 

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

Audit Kunci Bangunan

Audit kunci merupakan 1 daripada keperluan seperti mana arahan yang termaktub di dalam Arahan Keselamatan (pindaan 2018). Pelaksanaan audit kunci adalah melibatkan keseluruhan bangunan di Kampus Induk dan Kampus Teknologi yang dipertanggungjawabkan kepada 24 PTj dan 22 PBU.

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

Majlis Sambutan Aidilfitri IPTK & SPS

Majlis sambutan Aidilfitri 1445H ini menyatukan kerjasama di antara IPTK dan SPS. Program seumpama ini juga dapat merapatkan silaturrahim di antara staf, pengurusan tertinggi dan turut menyantuni pelajar-pelajar pasca sarjana UTeM.

PTj/PBU: Institut Pengurusan Teknologi Dan Keusahawanan (IPTK)

Sukan Antara Staf Pusat Sukan IPTA Malaysia (SUPSAT)

Merapatkan ukhwah antara staf Pusat Sukan IPTA disamping dapat mengamalkan gaya hidup sihat

PTj/PBU: Pusat Sukan

Webinar Kanser Rahim

Webinar mengenai kanser Rahim yang dibuka kepada Warga UTeM dan juga masyarakat setempat yang mendapat penyertaan sebanyak 652 kehadiran

PTj/PBU: Pusat Kesihatan Universiti

Kawalan Keselamatan semasa Program Briskwalk Bersama Naib Canselor UTeM

Program ini melibatkan kehadiran YBhg. Prof. Datuk Ts Dr Massila Binti Kamalrudin bersama dengan pegawai kanan Universiti (Formula 1), staf pelaksana dan pelajar. Seramai 5 pegawai dan 6 anggota keselamatan telah dipertanggungjawabkan bagi memastikan keselamatan individu dan kelancaran lalulintas sepanjang program berlangsung. Selain itu, Pejabat Keselamatan telah dipertanggungjawabkan untuk memimpin pergerakan semua peserta dengan jarak 3.5 km

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

Program Derma Darah

Persatuan Pelajar FTMK (FICTS UTeM) dengan kerjasama Jawatankuasa Penasihatan FICTS dan Pusat Pendermaan Darah Hospital Melaka. Ia dapatmenggalakkan mahasiswa/i menderma darah untuk meningkatkan bekalan tabung darah di negara kita.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

UTeM ECO Fit 2024 (Siri 1) Kayak & Hydrobike

Program  yang diadakan secara berkala pada setiap bulan ini bertujuan menerapkan gaya hidup sihat kepada semua warga Universiti 

PTj/PBU: Pusat Sukan

Liga Futsal IPT (LFIPT) 2024 Fasa 1 - Liga Premier dan Liga wanita

Kejohanan tahunan ini adalah bagi mencungkil bakat pemain futsal lelaki dan wanita di kalangan penuntut IPT di seluruh negara.

PTj/PBU: Pusat Sukan

Postgraduate Freshers’ and Welcoming Event

Postgraduate Freshers’ and Welcoming Event ini dilaksanakan adalah  untuk mengeratkan hubungan silaturahim diantara staf dan pelajar pascasiswazah

PTj/PBU: Sekolah Pengajian Siswazah (SPS)

Plogging Day – Jom Bersihkan Tasik Kita!

Program ini dilaksanakan untuk mengutip dan membersihkan sisa-sisa pepejal yang berada di sekitar kawasan rekreasi tasik UTeM.

PTj/PBU: Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi)

Program Relay Run FPTT 2024

Penyertaan pelajar UTeM seramai 60 orang  bertempat di Tasik A dan Tasik B UTeM.

Program ini diadakan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan, kecerdasan dan kecergasan melalui larian yang dipertandingkan.

Selain mengutamakan pembelajaran, universiti juga berperanan memberi peluang kepada pelajar menjalani aktiviti bersukan mengikut kesukaan masing-masing.

PTj/PBU: Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan (FPTT)

Program Eksplorasi Jom Sihat

Persatuan pelajar FTKM (MeTECH) telah menganjurkan program Explorasi Jom Sihat di Bukit Batu Putih pada 25 Mei 2024. Seramai 70 orang peserta termasuk 10 pensyarah pengiring telah menyertai program ini Bersama Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar FTKM, Dr Nadlene Binti Razali bagi memeriahkan lagi program bersama para pelajar.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)

Kem Pemantapan Solat

Program Kem Pemantapan Solat telah diadakan dengan jayanya pada hari ke-3 Minggu Mekanikal 2024 iaitu pada 10 Jun 2024 yang dihadiri oleh para pelajar dan staf FTKM, dengan kerjasama Pusat Islam UTeM dalam menjayakan kem ini.

Program ini bertujuan untuk memperkukuh dan memperbaiki amalan solat dalam kalangan warga FTKM, serta meningkatkan kefahaman tentang kepentingan solat dalam kehidupan seharian. Ilmu yang diperoleh sepanjang kem ini diharap dapat diamalkan dan memberi manfaat sepanjang hayat, serta memperkukuh lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga FTKM.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)

TAKE A BREAK bertemakan Fun & Healthy

Pejabat Bendahari telah menganjurkan sesi TAKE A BREAK bertemakan Fun & Healthy yang telah dikendalikan oleh Unit Terimaan & Hasil (UTH).

Antara aktiviti yang dijalankan adalah perkongsian Gaya Hidup Sihat, senaman ringkas dalam Pejabat dan segmen kuiz.

Pelbagai hadiah menarik telah disampaikan kepada pemenang.

Terima kasih kepada semua TEAM UTH.

PTj/PBU: Pejabat Bendahari

Kursus Team Bonding Pejabat Pendaftar

Kursus ini merupakan inisiatif berterusan Bahagian Pembangunan Bakat (BPB) dalam menyokong pencapaian Pelan Strategik UTeM 5ST di bawah ST4 : Mencetuskan Ekosistem Rancak, Melestarikan Universiti Melalui Tema: 'Mengungguli Modal Insan' di mana staf perlu diberi ruang dan peluang untuk terlibat dalam program-program di bawah kluster Pembangunan Kekeluargaan seperti yang telah didokumenkan melalui Pelan Strategik Sumber Manusia UTeM 2015 – 2025.

Atas kepentingan tersebut, kursus ini perlu diadakan untuk memperkasa ukhwah di kalangan staf selain dapat mengekalkan keharmonian dalam tadbir urus dan operasi seharian di pejabat. Diharapkan kerjasama dan komitmen staf sepanjang kursus dapat melahirkan satu kekuatan dan rasa kebersamaan yang akhirnya diterjemahkan sebagai satu suara dan satu wadah dalam pemerkasaan organisasi.

PTj/PBU: Pejabat Pendaftar

Pelaksanaan rondaan bangunan menggunakan aplikasi Smart Patrol Tag

Pembentangan oleh En. Vigneswara Rao A/L Gannaparthy, Pensyarah Kanan FTKEK pada telah bersetuju untuk rondaan bangunan menggunakan aplikasi Smart Patrol Tag dilaksanakan melalui pemasangan NFC Tag sebelum 10 Mei 2024, konfigurasi NFC tag dan aplikasi SPT pada 14 - 17 Mei 2024,  percubaan pelaksanaan pada 20 - 24 Mei 2025, penganjuran Bengkel Pengendalian SPT pada 27 - 31 Mei 2024. Pelaksanaan aplikasi ini jelas menunjukkan bahawa rondaan yang dilaksanakan adalah berkesan.

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

Pelaksanaan rondaan sempadan dengan menggunakan dron penyelidikan

Tindakan bagi merealisasikan rondaan menggunakan dron telah dipersetujui melalui perbincangan dengan  para penyelidik UTeM yang diketuai oleh PM. Dr Muhammad Herman bin Jamaluddin melalui sesi lawatan ke laluan rondaan pada 15 - 31 Mei 2024, instalasi fizikal dan software pada bulan Jun 2024, sesi testing period pada Julai 2024, bengkel dan kursus kendalian Drone pada Ogos 2024 dan serahan drone dan pelaksanaan rondaan bermula September 2024. Perancangan dan pelaksanaan rondaan sempadan dengan menggunakan dron

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

Operasi Sekatan Jalan Raya Kampus – Selepas Waktu Pejabat

Operasi Sekatan Jalan Raya Kampus – Selepas Waktu Pejabat telah dilaksana di beberapa lokasi tumpuan yang di dalam kawasan kampus bagi bertujuan mengurangkan kesalahan lalu lintas dan secara langsung mensasarkan sifar kemalangan dalam kampus

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

Team Bonding "One Team One Dream" Pejabat Pendaftar

Seramai 20 orang wakil Pejabat Keselamatan telah menyertai kursus yang dianjurkan UTM Regensi, Jalan Semarak Kuala Lumpur. Bagi memastikan penyertaan pegawai dan anggota Pejabat Keselamatan di dalam kursus ini,  urusan kaunter di Kampus Induk dan Kampus Teknologi telah dipindahkan secara atas talian dan laporan/aduan jenayah/kemalangan telah dipusatkan ke Bilik Kawalan. Semua pegawai dan anggota telah memberikan komitmen bagi memastikan keberkesanan operasi Pejabat Keselamatan tidak tertangguh atau tergendala sepanjang kursus berlangsung.

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

Tangkapan haiwan berbisa sekitar kampus pada Mei hingga Jun 2024

Kendalian haiwan berbisa/haiwan liar merupakan antara KPI Pejabat Keselamatan yang dikendalikan oleh Q-Force secara bersama dengan PBT (APM/BOMBA). Pejabat Keselamatan telah menerima sepuluh (10) aduan berkaitan haiwan liar/berbisa sepanjang bukan Mei 2024.

Selepas menerima aduan, tindakan segera telah diambil dengan meninjau dan memeriksa lokasi yang diadukan sebelum dipanjangkan ke pihak PBT (sekiranya tidak dapat dikendalikan secara dalaman). Semua aduan yang diterima diambil tindakan dalam tempoh 24 jam.

PTj/PBU: Pejabat Keselamatan

Kejohanan Bowling Tertutup K-SCOM 2024

Kejohanan ini diadakan kan untuk memupuk hubungan yang erat antara staf dan juga amalam gaya hidup sihat

PTj/PBU: Pejabat Pegawai Teknologi Maklumat

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko
Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia


Tel: 06-270 4023    Faks: 06-270 1065    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

© UTeMSDG. All rights reserved.