SDG 4: Pendidikan Berkualiti

SDG 4 adalah usaha universiti untuk memastikan pendidikan yang inklusif dan saksama serta meningkatkan peluang pembelajaran untuk semua pelajar. Universiti memainkan peranan dalam mencapai matlamat ini dengan menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti tinggi, menyokong pelajar dari pelbagai latar belakang dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
Ini termasuk penggunaan kaedah pembelajaran inovatif, penyediaan kemudahan pembelajaran yang mencukupi dan melaksanakan program bersama komuniti yang lebih luas. Universiti juga berusaha untuk menghapuskan halangan kepada pendidikan seperti masalah kewangan, dengan menyediakan biasiswa dan bantuan kewangan. Melalui usaha-usaha ini, universiti dapat membantu membina masyarakat yang lebih berpengetahuan dan berkemahiran tinggi yang mampu menyumbang kepada pembangunan mampan.
Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG 4

Kursus Bahasa Mandarin Untuk Lawatan Ke Luar Negara
Memberi inspirasi dan pendedahan kepada peserta supaya mereka mendapat berkomunikasi dengan menggunakan bahasa mandarin mudah untuk urusan rasmi sekiranya mereka perlu melibatkan diri dalam lawatan ke luar negara.

Pameran PendidikanTVET Bersempena Program Himpunan 24,000 Huffaz Malaysia
Perkongsian maklumat mengenai laluan kerjaya dan peluang menyambung pengajian di UTeM bagi pelajar Tahfiz yang menyertai Himpunan 24,000 Huffaz Malaysia.

Lawatan delegasi dari Universitas Budi Dharma, Medan, Indonesia to the School of Graduate Studies (SPS) UTeM
Lawatan delegasi ini adalah merupakan hubungan kerjasama akademik peringkat antarabangsa untuk program akademik.

Pameran Robotik di Karnival STEM Sekolah Menengah Sains Alor Gajah
Technology: Microcontroller micro:bit and Arduino in robotics for manufacturing applications.

Kursus English Teaching and Learning
Matlamat kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta tentang kemahiran Bahasa Inggeris khusus untuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Ia memberi tumpuan kepada penggunaan perbendaharaan kata serta struktur bahasa. Kursus ini juga memberi pendedahan tentang linguistic competence and confidence yang bertujuan untuk berinteraksi secara berkesan terutama dengan pelajar dan rakan sekerja.

Serahan 400 naskhah buku 'Kemahiran Pengucapan Awam' bagi Pembekalan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Penerbit Universiti selesai membuat serahan 400 naskhah buku 'Kemahiran Pengucapan Awam' bagi Pembekalan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) - Bahan Bacaan Tambahan (BBT) Kementerian Pendidikan Malaysia 2024 untuk edaran ke sekolah menengah di seluruh negara. Edaran ini bertujuan menyebar luas lagi ilmu pengetahuan kepada pelajar.
Semoga naskhah hasil karya pensyarah UTeM, Dr. Mohamad Zahir Zainudin ini dapat memberikan manfaat kepada para pelajar.

Majlis Menandatangani Memorandum Persetujuan (MOA) Antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Dengan Texas Instruments Electronics Malaysia Sdn. Bhd
Majlis menandatangani MoA telah dilaksanakan oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Masrullizam bin Mat Ibrahim, Dekan FTKEK dan Puan Koh Ming Hwa, Managing Director Texas Instruments. YBhg. Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains dan Teknologi, Inovasi & Komunikasi Digital Melaka yang telah hadir bagi merasmikan Makmal Texas Instruments Competence Centre di Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektronik dan Komputer (FTKEK).

Lawatan dari UNIMAS
Tujuan lawatan ini adalah untuk pendedahan berkenaan urusan pentadbiran fakulti, melihat sendiri suasana pembelajaran dan pengajaran di fakulti serta dapat melihat fasiliti yang ada, di samping bertukar-tukar pengetahuan agar dapat pembelajari ilmu baharu serta melihat amalan terbaik bersama staf pentadbiran FTKM

Program pemindahan ilmu dan kepakaran STEM serta khidmat komuniti mahasiswa FTKM
Program ini melibatkan anak-anak orang asli di Sekolah Kebangsaan Batu 14, Tapah dimana mereka diperkenalkan dengan teknologi seperti drone, pencetakan 3D, kereta solar, dan pen pencetak 3D kepada 200 pelajar darjah 3, 4, 5, dan 6. Aktiviti ini dapat meningkatkan minat pelajar terhadap bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) serta dapat menambah kemahiran praktikal yang berguna.

Penamaan Calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM
Seramai 24 Calon daripada Fakulti dan 11 Calon Umum bertanding pada pemilihan ini. Diharapkan agar calon-calon yang menang dapat melaksanakan tugas dengan sebaiknya dan seterusnya dapat membawa UTeM ke Persada Dunia.

Kursus Penulisan Artikel Majalah: Penulisan Menarik, Editor Tertarik
Memberikan pendedahan dan pemahaman kepada para peserta mengenai strategi dan tips kemahiran penulisan artikel majalah yang menarik dan berinformatif. Kursus ini bertujuan untuk:
Meningkatkan Kemahiran Penulisan: Memberikan panduan tentang cara menulis artikel yang dapat menarik perhatian editor dan pembaca.
Pendedahan Teknik Penulisan: Mengajar teknik-teknik penulisan yang berkesan dan relevan untuk diterbitkan dalam majalah.
Bimbingan Profesional: Peserta akan dibimbing oleh editor dari pener

The Research Seminar for FTKE Postgraduate Students 2024
Program seminar ini melibatkan pembentangan pelajar FTKE dari kursus MEKA, MEKM dan PEKA, yang berstatus aktif serta berdaftar pada semester ke-3 dan ke atas sesi pengajian bagi memperkasakan pelajar FTKE di peringkat kursus Sarjana dan Doktor Falsafah khususnya.

The Expert Talk Series (TExT) 4/2024: How to Be an International Industrialist
Matlamat sesi perkongsian ini memberikan pendedahan kepada staf akademik dan pelajar untuk mengenal pasti kemahiran utama: Membantu pelajar mengenal pasti kemahiran-kemahiran utama yang telah terbukti dan diuji yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang industri antarabangsa. Sesi perkongsian ini juga meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan kemahiran teknikal, pengurusan, komunikasi, penyelesaian masalah, dan adaptasi dalam mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Buku terbitan dari Penerbit UTeM kini di Books Kinokuniya Malaysia!
Buku terbitan dari Penerbit UTeM kini di Books Kinokuniya Malaysia! Penerbit UTeM bukan sekadar menerbitkan sahaja. Setiap karya yang diterbitkan akan kami angkat nilai kesarjanaannya ke seluruh pelosok dunia. Misi Penerbit UTeM #bukuutemdimana2 akan memberikan akses kepada pembaca, menyebarluaskan ilmu pengetahuan dan seterusnya meningkatkan keternampakan UTeM walau di mana sahaja.

Bengkel Pembuatan Sabun Dari Hampas Kopi Dengan Kerjasama Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi)
Program ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada para peserta tentang teknik-teknik pembuatan sabun menggunakan hampas kopi.
Program ini secara tidak langsung menyokong SDG 4 – Pendidikan Berkualiti, SDG 12 – Tanggungjawab kepada penggunaan dan pengeluaran lestari serta SDG 17 – Rakan Kerjasama dan Matlamat

Lawatan daripada KYS Business School (KYSB), Melaka
Tujuan lawatan adalah untuk memberikan pendedahan dan perkembangan terkini kepada para pelajar berkaitan aspek perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan.

Lawatan Sambil Belajar oleh Delegasi Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain (SMKEH), Semenyih
Delegasi lawatan terdiri daripada 40 orang pelajar Tingkatan 5 (Aliran Sains) dan 4 orang guru pengiring. Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat pengenalan FTKM dan UTeM yang telah disampaikan oleh Dr. Nurhidayah Ismail (Ketua Jabatan Diploma). Selepas itu, delegasi lawatan diiring untuk melawat beberapa makmal FTKM iaitu Makmal Teknologi Autotronik, Makmal Asas Teknologi HVAC, Makmal Teknologi Industri HVAC, Makmal Penyelenggaraan Mesin dan Makmal Tribologi & Transmisi.

Penyertaan Pelajar UTeM dalam Global Student Leadership Summit 2024 (GSLS'24)
5 orang pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah terpilih untuk menyertai Global Student Leadership Summit 2024 (GSLS'24), sebuah sidang kemuncak kepimpinan pelajar berprestij yang dianjurkan di Istanbul Universiti, Turkiye. GSLS’24 ini menghimpunkan pemimpin-pemimpin pelajar dari seluruh dunia untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan kepimpinan global, strategi pembangunan belia, serta melahirkan pemimpin yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Syoknya Cuti Sekolah@PLH
Memupuk amalan budaya membaca di kalangan pelajar sekolah. Program ini menyokong aspirasi pembelajaran sepanjang hayat dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang menggalakkan pelajar untuk terus belajar dan membaca walaupun semasa cuti sekolah.

Kuiz SDG Siri 1/2024 Anjuran PPSKR
Penganjuran Kuiz ini menunjukkan usaha berterusan PPSKR dalam memupuk kesedaran pembangunan lestari di kalangan warga kampus, sejajar dengan visi UTeM untuk menjadi universiti teknikal berteraskan ekosistem mampan. Program ini telah dirangka untuk menggalakkan pembelajaran secara interaktif dimana para peserta tidak hanya diuji pengetahuan mereka tetapi juga diberi peluang untuk mempelajari fakta-fakta baru mengenai usaha global dalam mencapai 17 matlamat SDG menjelang 2030.

The Expert Talk Series (TExT) 3/2024: The Importance of Research Data Repositories and Future Directions
Matlamat sesi perkongsian ini untuk memberikan pendedahan kepada staf akademik dan pelajar mengenai perkembangan terkini tentang kepentingan dan perkembangan terkini tentang data repository system dalam penyelidikan. Selain itu juga ia dapat Membina dan mengukuhkan hubungan akademik antara UTeM dan TU Wien, Austria serta mewujudkan peluang untuk kerjasama dalam projek penyelidikan dan pembangunan antara kedua-dua universiti.

Dana Penulis PNM
PM Dr Noraiham Mohamad telah berjaya memperoleh Dana Penulis PNM. Sebanyak 506 naskhah karya beliau 'I Am Aluminium Alloy: Can Superhero' akan diedar ke Perpustakaan Desa di seluruh negara. Semoga naskhah ini dapat menyemarakkan lagi budaya membaca di kalangan kanak-kanak dan menjadi medium penyebaran ilmu ke seluruh pelosok tanah air. Naskhah berkaitan 'kejuruteraan pembuatan' ini digarap secara kreatif, interaktif dan berinfo.

Meet & Greet Industry PKT Logistics Group Sdn Bhd
Program kerjasama antara CREATE dan PKT Logistics Group Sdn Bhd ini adalah bertujuan untuk melihat persekitaran dan fasiliti yang disediakan oleh PKT Logistics Group Sdn Bhd untuk para pelajar yang bakal terlibat dengan program Jom Bekerja Sambil Belajar (JBSB).
Program ini secara tidak langsung menyokong SDG 4 – Pendidikan Berkualiti, SDG 8 – Pekerjaan Baik dan Kemajuan Ekonomi serta SDG 17 – Rakan Kerjasama dan Matlamat.

Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015
Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015 di Pejabat Pengurusan Pembangunan telah diadakan pada 6 September 2024.Hasil keputusan audit SIRIM yang dijalankan di PPP ialah 0 NCR dan 0 OFI. Tahniah terima kasih diucapkan kepada semua staf dan pemilik proses kerja yang telah menjayakan audit SIRIM 2024 dengan cemerlang.

Kursus Penulisan Jurnal Berindeks Tahun 2024 Siri 2
Jawatankuasa Penerbitan FTKM yang diketuai oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Azli Salim telah menganjurkan Kursus Penulisan Jurnal Berindeks Tahun 2024 Siri 2, berlangsung di Bangunan FTKM, Kampus Teknologi. Kursus ini merupakan salah satu inisiatif oleh Jawatankuasa Penerbitan FTKM bagi meningkatkan penghasilan penulisan dan penerbitan artikel jurnal berindeks di kalangan staf akademik fakulti yang turut membantu pencapaian tahunan penerbitan Fakulti.

Klinik Penulisan Buku
Klinik Penulisan Buku diadakan sempena Hari Terbuka Penerbit Universiti. Peserta adalah dalam kalangan penerima Geran Penyelidikan Penerbitan Buku Ilmiah 2023. Editor Penerbit menerangkan pembetulan dan penambahbaikan yang penulis perlu laksanakan bagi memastikan penerbitan buku yang berkualiti.

Majlis Menandatangani MoU antara FPTT, UTeM dan PKT Logistics Group Sdn. Bhd.
Satu MoU telah ditandatangani di antara FPTT, UTeM dan PKT Logistics Group Sdn. Bhd. MoU telah diadakan di Kampus Batu Kawan, Pulau Pinang. Tujuan MOU adalah untuk mengeratkan kerjasama di antara kedua belah pihak.

Pameran Robotik sempena Kimia Ke Desa tahun 2024 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar, Melaka
Ia dilaksanakan dengan tujuan mendidik generasi muda supaya dapat menceburkan diri dalam bidang inovasi dan membentuk kemahiran dalam kerja yang berorientasikan bidang STEM.

Pertandingan Inovasi Texas Instruments–UTeM (TUIC 2024) Peringkat Kebangsaan
Pelajar-pelajar Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pembuatan telah berjaya meraih tempat kedua dalam Pertandingan Inovasi Texas Instruments–UTeM (TUIC 2024) peringkat kebangsaan dengan projek mereka yang bertajuk "Smart Excursion Dryer (SmED)". Projek ini telah dibangunkan sejak tahun 2023 melalui Kursus Integrated Design Project. Pembangunan produk dari rekabentuk, analisa kejuruteraan, serta fabrikasi dan pemasangan dilakukan sepenuhnya oleh para pelajar.

Program Summer School Camp Posgraduate
Seramai 6 orang pelajar pascasiswazah mewakili UTeM ke program Summer School yang dianjurkan oleh Tokushima University, Japan daripada 22 Julai sehingga 7 Ogos 2024 dan mendapat pendedahan dan pengalaman yang berharga di Negara Matahari Terbit.

Program Mobiliti Berkredit
Seramai 15 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal - FTKM telah berada di Institut Teknologi Sumatera - ITERA, Lampung, Indonesia bagi mengikuti Program Mobiliti Berkredit selama satu semester bermula 20 Ogos 2024 hingga 31 Disember 2024.

Program Petronas Bedigital Bootcamp Zon Selatan
9 orang siswa/siswi FTKM telah terpilih untuk menyertai program Petronas BeDigital Bootcamp Zon Selatan. Program ini akan diadakan pada 12-23 Ogos 2024 dengan melibatkan 100 pelajar tahun akhir dari UTeM, UTHM, UiTM Cawangan Johor, UTM dan UMEL. Melalui program ini, para peserta akan ditawarkan peluang kerjaya di Petronas jika menunjukkan pencapaian prestasi yang ditetapkan.

Bengkel Penyediaan Dokumen Surat Niat Permohonan Program Akademik Online Distance Learning (ODL)
Bengkel ini telah berlangsung di Makmal CLEAR FTKM, Kampus Teknologi dimana para peserta bengkel juga turut terlibat dalam satu sesi perkongsian berkenaan Program ODL bersama penceramah jemputan, Dr. Siti Azirah Asmai daripada FTMK UTeM.

Taklimat Penerbitan Buku
Taklimat Penerbitan Buku sempena Hari Terbuka Penerbit Universiti bertujuan mendedahkan proses-proses penerbitan yang perlu dilaksanakan untuk menerbitkan sesebuah buku.

Bengkel Pemurniaan Document MQA 01 (MTKL)
Bengkel pemurnian dokumen MQA 1 ini telah diadakan bersama pakar bidang bagi program Master of Business Administration (MBA) bagi mod penyampaian open distance learning (MTKL). Bengkel ini bertujuan mendapatkan maklum balas dan nasihat daripada pakar bidang untuk memperkukuhkan kandungan program tersebut.

Hari Kesedaran Keselamatan ICT dan Inovasi anjuran Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
Pusat Pengurusan Kolaborasi dan Inovasi (RICE) UTeM - Melaka telah mengambil bahagian dalam Hari Kesedaran Keselamatan ICT dan Inovasi yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) pada 8 dan 9 Oktober 2024. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Zulkiflee Bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana.

Webinar SDG@UTeM - Sinergi Akademia & Industri: Memanfaatkan SDG dan ESG untuk Masa Depan yang Lebih Baik (2)
Program ini dianjurkan oleh PPSKR dan RICE. Webinar ini bertujuan untuk meningkatan kefahaman dan kesedaran tentang konsep SDGs dan ESG serta kepentingannya dalam konteks IPT, memperkenalkan dan mengintegrasi prinsip-prinsip SDGs dan ESG dalam kurikulum untuk meningkatkan kualiti P&P dan menggalakkan kerjasama antara universiti, industri dan komuniti untuk memajukan matlamat SDGs dan ESG melalui inisiatif akademik dan penyelidikan.

Kursus TOT Awareness Training: Environment, Social & Governance (ESG) 2024
Kursus ini ditawarkan kepada 50 orang terawal yang merupakan Penyelaras SDG di setiap PTj. Peserta diajar bagaimana nak mengira CO2 yang dikeluarkan oleh seorang dan menyumbang terhadap pembaziran tenaga yang ada.

Kejayaan diperakukan sebagai Triz Level 2 Instructor oleh Malaysian Triz Association (MyTriz)
Staf FTKM yang berikut atas kejayaan diperakukan sebagai Triz Level 2 Instructor oleh Malaysian Triz Association (MyTriz).
1. PROF. MADYA Ts. DR. MUHD RIDZUAN BIN MANSOR
2. PROF. MADYA Ir. Ts. DR. MOHD AZLI BIN SALIM
3. Ir. Ts. DR. MOHD ZAID BIN AKOP

Program Latihan Dron
Pada 28-29 Ogos 2024, telah dianjurkan Program Latihan Dron yang disasarkan kepada semua pelajar latihan industri di Kilang Pengajaran UTeM. Program selama dua hari ini dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman iaitu Ts. Dr. Hanizam bin Hashim yang memfokuskan kepada latihan secara teori pada hari pertama dan praktikal menerbangkan dron pada hari kedua.

Program Mobiliti Outbound
Pelajar FTKM, Nury Aryana Azeli, siswi kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (BMKU) telah menyertai program mobiliti outbound tanpa kredit di Peking University, Beijing, China bermula 8 hingga 14 Julai 2024.

Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2024/2025
Telah berlangsung hari pendaftaran pelajar baharu Sesi Akademik 2024/2025 yang terdiri daripada pelajar rayuan dan pelajar antarabangsa di Kaunter Pejabat Bendahari, Bangunan Canselori UTeM. Pelajar dengan diiringi keluarga masing-masing telah memenuhi kaunter seawal 8.00 pagi untuk pendaftaran.
Pendaftaran berjalan lancar dengan kerjasama staf Unit Kewangan Pelajar dan Unit Kewangan Pendidikan Lanjutan bersama staf Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar yang telah bertugas menguruskan

Webinar AKEPT-UTeM: TVET in The 21st Century - A Focus of Innovative Teaching and Competency Indicators
Matlamat webinar ini untuk menyediakan platform kepada pendidik, penyelidik dan pengamal TVET bertukar idea tentang kaedah pengajaran yang inovatif. Ia juga membantu meningkatkan kualiti program TVET dengan keperluan industri serta meningkatkan kesedaran tentang penyelarasan kurikulum dengan kemajuan teknologi dan permintaan pasaran buruh terkini. Perkongsian strategik institusi TVET dan industri adalah kunci mewujudkan tenaga kerja yang boleh sesuai, berdaya tahan dan bersedia hadapi cabaran.

Program Pemindahan Perkongsian Ilmu (KSTP)- Innovating The Future: STEM-TVET Integration For A Sustainable Workforce
Penganjuran Program Innovating The Future: STEM-TVET Integration For A Sustainable Workforce ini adalah bersempena lawatan Profesor Pelawat iaitu Profesor Hitendra Pillay dari Profesor Queensland University of Technology (QUT), ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 11 Oktober 2024 (Jumaat). Lawatan Profesor Pelawat ke UTeM dapat menambah nilai kepada program ini dengan memberi pandangan dan kepakaran terkini dari pihak akademik dan industri antarabangsa.

Bengkel Penyediaan Dokumen Perancangan Dan Pembangunan Kampus Bagi RMK-13 Tahun 2025 Hingga 2030
Bengkel ini telah dihadiri oleh semua PTj merangkumi perancangan permohonan projek dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) bagi tempoh 5 tahun merangkumi keperluan akademik, penyelidikan & inovasi serta keperluan hal ehwal pelajar dan komuniti.

Kunjungan Delegasi Universitas Pembangunan Nasional Veteran Jakarta (UPNVJ) Indonesia ke FTKIP UTeM
Program ini melibatkan“Knowledge Transfer Program” (KTP) terutamanya dalam bidang GIS dalam Supply Chain dan Industrial Engineering, selain lawatan fasiliti dan perbincangan kolaborasi yang mendalam. Majlis Menandatangani Surat Niat turut berlangsung, menandakan komitmen yang lebih kukuh dalam membina rangkaian akademik dan penyelidikan antara kedua-dua institusi. Kerjasama ini membuka lebih banyak peluang untuk pertukaran ilmu, projek penyelidikan bersama dan memperkukuh hubungan akademik.

Taklimat Sokongan Penyelidikan Di Bengkel & Jerayawara : CRIM Bersama Penyelidik Muda
Memberi pendedahan dan perkongsian mengenai aktiviti sokongan penyelidikan oleh PLH kepada penyelidik dalam penerbitan.

Lawatan Penilai Luar (External Examiner)
FTKM telah menerima lawatan Penilai Luar (External Examiner) Program Sarjana Kejuruteraan Mekanikal mod Penyelidikan (MMCA) iaitu YBhg Profesor Ir. Dr. Mohd Sapuan bin Salit.
Program selama dua hari ini dikendalikan oleh Dr. Hilmi bin Amiruddin. program telah diteruskan dengan sesi ceramah berkenaan penulisan tesis kepada seramai lebih 20 pelajar pascasiwazah FTKM dari program PhD, serta Sarjana Kejuruteraan Mekanikal bertempat di Makmal CLEAR FTKM, Kampus Teknologi UTeM.

Karnival Pendidikan Kerjaya Kolej Matrikulasi Perak 2024
Perkongsian maklumat mengenai laluan kerjaya dan peluang menyambung pengajian di UTeM bagi pelajar Kolej Matrikulasi.

Majlis Menandatangani Mou Di Antara UTeM Dan Peking Universiti, China
Kerjasama ini membuka ruang penerokaan dan perkongsian kepakaran bersama yang akan memberikan impak langsung kecemerlangan akademik, penyelidikan, inovasi dan pembangunan mahasiswa termasuklah program penyeliaan bersama kedoktoran dan ijazah sarjana bagi dua universiti ini.

Perkongsian Dapatan Geran Penyelidikan Jangka Pendek : Memacu Transformasi Pendidikan TVET
Sesi perkongsian geran TVET di adakan bersempena dengan bulan akademik dengan perkongsian penerima geran TVET. Penerima geran berkongsi tentang “research-based teaching” dalam kalangan Staf Akademik yang bertujuan untuk membudayakan penambahbaikan berterusan PdP dalam TVET oleh staf akademik, meningkatkan jumlah penyelidikan Universiti dan menambah peluang untuk Staf Akademik menerbitkan artikel berimpak tinggi berasaskan PdP dalam TVET.

Perasmian Program Kampung Angkat Madani UTeM
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, merangkap Adun Ayer Molek sambil disaksikan oleh Prof. Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

OSH Awareness: Perkongsian Bekerja Di Ruang Terkurung
Perkongsian maklumat ini disampaikan oleh Orang Yang Kompeten dalam Bidang Ruang Terkurung, Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan (AGTES) iaitu Penolong Jurutera dari Pejabat Pengurusan Fasiliti.

Journal Writing 2024 Siri 2
Sesi bengkel dua hari "Journal Writing 2024 Siri 2" pada 7-8 Oktober 2024. Sesi latihan untuk membekalkan kemahiran menulis artikel jurnal kepada 35 penyelidik ini memberi tumpuan kepada pemanfaatan AI untuk meningkatkan kualiti kemahiran penulisan staf. Disampaikan oleh Ts. Dr. Mohd Azlishah Bin Othman, ahli Kumpulan Penyelidikan Gelombang Mikro (MRG). Matlamatnya adalah untuk membantu staf menghasilkan penerbitan yang berindeks dalam Scopus/WoS/ERA.

Anugerah Alumni Muda Harapan
En. Ahmad Nawawi Amin, telah dianugerahkan Anugerah Alumni Muda Harapan di Majlis Malam Alumni Universiti Awam 2024.Ahmad Nawawi, yang merupakan graduan program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif), telah memainkan peranan yang signifikan dalam menjayakan program "Mechanical Weeks" FTKM.Pengiktirafan ini bukan sahaja mencerminkan dedikasinya terhadap alma mater,tetapi juga menggarisbawahi pengaruh positifnya dalam memupuk pembangunan dan kejayaan masa depan universiti.

Program Foreign Discovery Camp (FDC) 2024
Pihak FTKM menerima penyertaan pelajar luar negara dari Nagoya Institute of Tech(NITech),Universitas Muhammadiyah Surakarta(UMS),Universitas Islam Indonesia(UII),Institut Teknologi Sumatera(ITERA) dan Institut Teknologi Sepuloh November.Peserta akan terlibat dalam aktiviti seperti mempelajari kepelbagaian budaya di Malaysia, melawat tempat pelancongan, menjalin kerjasama dengan pelajar UTeM, pendedahan berkenaan perisian solidworks & cetakan 3D, sesi penulisan artikel penyelidikan

Program Technic-Preneur Pitchfest
Pasukan pelajar FTKM telah berjaya mendapat Tempat Kedua dalam Program Technic-Preneur Pitchfest yang telah diadakan pada 20 Jun yang lalu bertempat di Dewan Seminar FPTT, Kampus Teknologi UTeM. Tajuk projek ialah Synergy Services Solar Panel Improvement dengan pasukan pelajar terdiri daripada Ain Arisya Azwal, Mohamad Danial Haikal Mohd Yamin, Muhammad Izzuddin Yusof, Nur Ain Emilya Zakaria, Nur Alia Syamira Ahmad Padzli, Nur Dahlia Adilla Mahadi dan Nur Khairina Japari.

Staff Competency Program_Writing A Scoping Review: From Framework To Execution
The session is activity based and all participants work on doing scoping review from SCOPUS database and all participants work on the papers of their interest.
The session begins with understanding similarities and differences between scoping review and SLR, crafting research questions where scoping review is required, then getting data from SCOPUS and using PRISMA scr framework and PICO method.

Program Kampung Angkat Madani-UTeM: Kampung Bukit Nibong, Ayer Molek, Melaka
Program pemindahan ilmu dan teknologi daripada universiti kepada masyarakat. 4 Program telah dijalankan bersama komuniti Kampung Bukit Nibong.
- Program Digital Niaga, Guna Teknologi Cipta Kejayaan
- Minyak Masak Terpakai: Jangan Buang, Jana Pendapatan
- Program STEM Pemindahan Kepakaran Kejuruteraan Mahasiswa
- CSR- Kaki Palsu Cetakan 3D

UTeM Lokasi Pilihan Program Microsoft Artificial Intelligence (AI) Teach Knowledge Di Negeri Melaka
UTeM menerusi Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE telah terpilih untuk menjadi lokasi penganjuran program MCMC, Microsoft Malaysia dan Kerajaan Negeri Melaka. Program Microsoft Artificial Intelligence (AI) Teach Knowledge telah dilaksanakan dengan jayanya untuk meluaskan pemahaman dan kesedaran komuniti tentang Kecerdasan Buatan (AI).

OSH Awareness: Perkongsian Bekerja Di Tempat Tinggi
Perkongsian ini disampaikan oleh Orang Yang Kompeten dalam Bidang Scaffolding (Level 3) iaitu Penolong Jurutera dari Pejabat Pengurusan Pembangunan.

Bengkel Persediaan Permohonan Conversion TVET
Pelaksanaan bengkel ini sangat penting di dalam usaha UTeM untuk membuat penukaran mod pengajian sedia ada kepada mod TVET. Bengkel ini membincangkan dan menyelaraskan pengisian borang conversion bagi memastikan maklumat yang diisi adalah betul dan menepati piawaian.

Webinar eUSAHAWAN Hab
Program kerjasama antara CREATE dan Malaysia Development Economy Digital (MDEC) ini bermatlamat untuk berkongsi dengan peserta kepentingan transaksi tanpa tunai dalam perniagaan dan tips undang-undang untuk perniagaan.

Pembentangan Kemajuan Akhir Latihan Industri di Kilang Pengajaran UTeM
Tiga orang pelajar latihan industri di Kilang Pengajaran UTeM terlibat dalam pembentangan kemajuan akhir latihan industri mereka iaitu Nurul Izzah Balqis binti Mokhtar (FTMK, UTeM), Rania & Yunita Wulandari (dari Institut Teknologi Sumatera, Indonesia). Bertempat di Design Studio, Kilang Pengajaran UTeM, kesemua pelajar ini membentangkan hasil kerja mereka sepanjang latihan industri di hadapan kesemua pengurus-pengurus Kilang Pengajaran UTeM.

Lawatan Ke Politeknik Ungku Omar
Delegasi UTeM ini diketuai oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd. Azli bin Salim, Ir. Ts. Dr. Mohd Zaid bin Akop dan Dr. Azdni bin Saad bagi jemputan penceramah “Kursus Penulisan Artikel Journal Berindeks” selama 2 hari. Dalam perjumpaan ringkas ini, Dr. Shamsuri sempat memberi sedikit makluman tentang halatuju PUO dan bertukar pandangan dengan delegasi UTeM serta mengusulkan kerjasama yang boleh di laksanakan di PUO.

Staff Competency Program - The Art Of Developing An Academic Paper
Program ini dianjurkan untuk meningkatkan kemahiran staf akademik IPTK dan UTeM amnya dalam bidang penulisan akademik jurnal. Penceramah Prof Madya Dr Suhana daripada Universiti Malaya (UM) turut berkongsi tips bagaimana untuk melepasi fasa peer review dan bagaimana menyelesaikan setiap komen daripada reviewer dan editorial jurnal. Secara langsung bengkel ini tidak sekadar memberi kefahaman secara teoritikal dan konseptual tetapi juga pengalaman secara hands-on.

Malam Cinta Rasul - UTeM Berselawat 2024
Majlis Malam Cinta Rasul-UTeM Berselawat 2024 yang diadakan di Dewan Canselor UTeM. Majlis ini dianjurkan oleh Pusat Islam UTeM dengan kerjasama badan dakwah serta disokong oleh penaja utama, UTeM Holdings. Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia Dr. Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam. Majlis agama ini diisi dengan pelbagai program rohani seperti selawat dan ceramah agama yang dikendalikan oleh tokoh-tokoh terkenal, antaranya Habib Ali Zainal Abidin.

Young TVET Education Program di SK Bukit Beruang
Penganjuran bersama JPN Melaka ini juga selari dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Sains, Teknologi dan lnovasi (MOSTI) iaitu dengan menyalurkan pengetahuan serta kemahiran STI di kalangan pelajar yang bakal membantu para pelajar memilih kerjaya yang mereka minati terutamanya dalam bidang berkaitan IR4.0.

Program Mobiliti Inboud Tanpa Kredit dari Universitas Ahmad Dahlan (UAD), Indonesia
12 Ogos 2024 – 16 Ogos 2024: Online
19 Ogos 2024 - 23 Ogos 2024: Fizikal
Seramai 15 orang pelajar bersama dengan 2 orang Dosen dari UAD menyertai program pada kali ini.

Bengkel Artikulasi MTUN-Politeknik Siri 2
Penglibatan semua Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan UTeM bersama PPPA bagi membincangkan dan menyelaraskan artikulasi yang lebih terperinci antara program Diploma Politeknik dengan program Sarjana Muda teknologi Kejuruteraan UTeM.

Turnitin Training: AI Webinar For Educators: Interpreting Turnitin’S AI Writing Report
Memberi pendedahan kepada pengguna Turnitin berkaitan dengan integriti penggunaan AI dalam penulisan akademik

Program F1 In Schools
Program ini telah menarik penyertaan dari 8 buah sekolah di seluruh Melaka, memperkenalkan pelajar kepada dunia reka bentuk dan penghasilan kereta F1 mini. Selain itu, program ini menyediakan pelbagai aktiviti interaktif seperti simulasi perlumbaan, bengkel reka bentuk menggunakan perisian CAD, dan sesi bimbingan dengan pakar industri. Pelajar bukan sahaja dapat mempelajari konsep aerodinamik dan inovasi teknologi, tetapi juga mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan bekerjasama dalam pasukan.

Program IIUM Research & Innovation Day 2024
Program ini disertai oleh 5 orang pelajar FTKM di Grand Hall IIUM Kuantan dimana pelajar juga turut berpeluang melawat makmal dan mengadakan perbincangan penyelidikan di Kulliyyah of Dentistry. Kejayaan projek pelajar telah menerima penarafan Emas dan Perak dianggotai oleh Muhammad Sobir, Muhammad Azroy dan Muhammad Nur Aiman telah berjaya merangkul penarafan Emas manakala Nurazwarina Nadia dan Siti Norsyafika pula berjaya mendapat penarafan Perak.

Lawatan Kolaborasi Penyelidikan & Penerbitan UTHM Ke IPTK, UTeM
Program ini merupakan lawatan balas daripada Pusat Pengajian Umum (PPU), UTHM ke IPTK, UTeM. Tujuan utama adalah untuk membincangkan ruang dan peluang kolaborasi yang ada di antara PPU dan IPTK khususnya dalam bidang penyelidikan (geran padanan) khususnya dalam bidang Sains Sosial dan Pengurusan. Selain itu perbincangan berkaitan kolaborasi penerbitan bersama turut menjadi topik penting khususnya dalam memanfaatkan jurnal IPTK iaitu JHCD dan buku ilmiah.

Program Sekolah Angkat (PSA) Bagi Sekolah Mengengah Negeri Melaka - Road To Malaysia Techlympics 2024: Siri 7 Reka Bentuk Kreatif Dan Animasi (Reka Bentuk Pertanian Masa Hadapan)
Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE) telah menganjurkan Program Sekolah Angkat (PSA) Bagi Sekolah Menengah Negeri Melaka – Road to Malaysia Techlympics 2024 Siri 7: Reka Bentuk Kreatif dan Animasi (Reka Bentuk Pertanian Masa Hadapan) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka dan IPTA/IPTS di negeri Melaka.

Bengkel Semakan Kurikulum bagi Struktur Kaedah Pembelajaran Berasaskan Kerja (Work Based Learning (WBL)
Bengkel Semakan Kurikulum bagi Struktur Kaedah Pembelajaran Berasaskan Kerja (Work Based Learning (WBL) Program Sarjana Muda Teknologi Pemesinan Industri (BMIM) Dan Sarjana Muda Teknologi Kimpalan (BMIK) Bersama Alumni BTech dan Jurulatih Industri, FTKIP telah diadakan selama dua hari iaitu pada 30 September hingga 01 Oktober 2024. Tujuan utama bengkel adalah untuk menyemak hasil dapatan dan komen-komen yang telah diberikan oleh Pemeriksa Luar (EE) dan Panel Penasihat Indtri (IAP).

International Innovative Research & Industrial Dialogue (iIRID) 2024. iIRID'2024
Program kolaborasi bersama industri ini merangkumi sesi persidangan secara dalam talian, pertandingan inovasi, dan pertandingan poster penyelidikan yang berjaya menghimpunkan sarjana, penyelidik, dan profesional industri dalam satu platform untuk bertukar-tukar idea dan pengetahuan.

Temujanji Khas dengan Pihak MQA berkenaan isu Conversion TVET
Tujuan temujanji ini adalah:
- Membincangkan dan mendapatkan pandangan serta menyelaraskan proses anatar UTeM dengan MQA berkenaan proses conversion program sedia ada kepada program TVET

Mesyuarat Khas Majlis Akademik Fakulti
Mesyuarat kali ini membentangkan pencapaian keputusan peperiksaan keseluruhan bagi para pelajar Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pascasiswazah bagi Semester 2 Sesi 2023-2024.

Penerima Geran PJP Pengkomersialan Prototaip
Tahniah diucapkan kepada Dr. Mizah Binti Ramli atas kejayaan sebagai penerima Geran PJP Pengkomersialan Prototaip yang bernilai RM20,000. Tajuk projek ialah "Flexitemp: Next-Gen Flexible Wearable for Real Time Body Temperature Tracking".

Sesi Pembentangan Latihan Industri 2
Sesi pembentangan latihan industri pelajar dari FTKEK, Akmal Hadi bin Mustakim telah diadakan pada 15 Ogos 2024 di hadapan penyelia industri dari Kilang Pengajaran, Dr Amir Hamzah dan penyelia fakulti dari FTKEK iaitu Ts. Najimah Radiah. Pelajar membentangkan hasil kerja sepanjang melaksanakan latihan industri di Kilang Pengajaran dari 1 April sehingga 13 September 2024 (24 minggu).

TMAC English Summer Camp 2024
TMAC English Summer Camp 2024 anjuran Tokushima University - UTeM Academic Centre, Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pembuatan serta PPB. Program ini merupakan platform bagi pelajar Tokushima University (TU) meningkatkan mutu dan keyakinan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris serta menambahbaik softskills mereka melalui aktiviti yang diatur sepanjang program berlangsung. Seramai 10 orang pelajar TU dan 10 orang pelajar UTeM turut sama terlibat dalam menjayakan program ini.

Pameran Robotik di Karnival STEM peringkat Negeri di SK Bukit Senggeh, Selandar, Melaka
Pameran Robotik di Karnival STEM peringkat Negeri di SK Bukit Senggeh, Selandar, Melaka

Webinar SDG@UTeM - Sinergi Akademia & Industri: Memanfaatkan SDG dan ESG untuk Masa Depan yang Lebih Baik
Program ini dianjurkan oleh PPSKR dan RICE. Webinar ini bertujuan untuk meningkatan kefahaman dan kesedaran tentang konsep SDGs dan ESG serta kepentingannya dalam konteks IPT, memperkenalkan dan mengintegrasi prinsip-prinsip SDGs dan ESG dalam kurikulum untuk meningkatkan kualiti P&P dan menggalakkan kerjasama antara universiti, industri dan komuniti untuk memajukan matlamat SDGs dan ESG melalui inisiatif akademik dan penyelidikan.

Majlis Menandatangani MoU antara UTeM dan MEP Enviro Technology Sdn. Bhd.
Majlis Menandatangani MOU antara UTeM dan MEP Enviro Technology SB telah disaksikan oleh Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak. Kerjasama ini bertujuan bagi meneroka dan mengembangkan model perniagaan baharu melalui pengurusan sisa elektronik (e-waste) dan plastik dengan fokus kepada tiga aspek utama. Pertama, pengurusan aktiviti kitar semula e-waste. Kedua, pembangunan produk atau model perniagaan baharu dan ketiga penyediaan konsultasi dan latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

Bengkel Penyelarasan bagi Pengesahan Data Migrasi untuk Sistem Outcome Based Education (OBE) 2.0 UTeM
Tujuan bengkel ini diadakan adalah seperti berikut :
- Semua program pra siwazah membuat pengesahan data yang perlu dimigrasi daripada sistem OBE V1.0 ke OBE V2.0 melibatkan kohort pelajar bermula 2019/2020.
- Pelarasan data yang akan dibuat dalam format yang seragam untuk memudahkan PPPK melakukan proses migrasi data. Data yang terlibat adalah PEO, PO, LO, PEO vs PO, PO vs LO dan PO, LO vs Delivery Method.

Kursus Penulisan Jurnal Berindeks Tahun 2024 Siri 3
Kursus selama sehari ini berlangsung di Bangunan FTKM, Kampus Teknologi yang merupakan salah satu inisiatif oleh Jawatankuasa bagi meningkatkan penghasilan penulisan dan penerbitan artikel jurnal berindeks di kalangan staf akademik fakulti.
Semoga kursus ini memberi banyak manfaat kepada staf akademik Fakulti dan seterusnya meningkatkan pencapaian penerbitan FTKM dalam artikel jurnal berindeks.

Collaboration Work Based Learning (WBL) UTeM and MARA INC
Perbincangan ini bertujuan mengadakan kerjasama akademik di dalam program Work Based Learning (WBL) dalam memberikan peluang penempatan WBL kepada pelajar UTeM.
Memberikan impak yang positif sebagai satu komitmen UTeM dalam memberikan pendidikan TVET yang berkualiti kepada pelajar anak bangsa.

Demonstrasi Programmable Logic Controller (PLC) di Production House, Kilang Pengajaran UTeM
Pada 2 Ogos 2024, telah dilaksanakan sesi demonstrasi Programmable Logic Controller (PLC) bertempat di Production House, Kilang Pengajaran UTeM. Seorang bekas pelajar latihan industri di Kilang Pengajaran iaitu Ahmad Lutfi bin Noor Sham dari FTKEK telah dijemput untuk berkongsi pengalamannya membangunkan serta mengendalikan PLC tersebut kepada pelajar-pelajar latihan industri yang baharu.

Lawatan Penanda Aras Akademik KPM Ayer Molek Ke Jabatan Pembangunan Kemahiran Insan, Pusat Pembelajaran Bahasa UTeM
Unit Akademik Kolej Profesional MARA Ayer Molek (KPMAM) telah berkunjung ke Pusat Pembelajaran Bahasa untuk sesi perbincangan berkaitan kursus MPU yang sedang ditawarkan di IPTA dan khususnya di UTeM. Kunjungan ini telah diketuai oleh Puan Nor Rajwani Binti Awang selaku Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik Kolej Profesional MARA Ayer Molek. Ketua Jabatan Pembangunan Kemahiran Insan, En. Ahmad Ridzwan bin Mohd Noor telah berkongsi idea dan pengalaman bersama dengan rakan delegasi.

Program Sekolah Angkat (PSA) Bagi Sekolah Mengengah Negeri Melaka - Road To Malaysia Techlympics 2024 Siri 8: Makerthon Satelit Mikro (CUBESAT)
Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE) telah menganjurkan Program Sekolah Angkat (PSA) Bagi Sekolah Menengah Negeri Melaka – Road to Malaysia Techlympics 2024 Siri 8: Makerthon Satelit Mikro (CubeSat) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka dan IPTA/IPTS di negeri Melaka.

Penyerahan Sumbangan Kipas Terpakai Kepada Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka telah menyerahkan sebanyak 150 unit kipas terpakai kepada pihak Majlis Agama Islam Melaka.

Majlis Menandatangani Surat Niat Menjalinkan Kerjasama Antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Sekolah Menengah Tahfiz Al Quran Al-Abqari (SMTAQ) JAIM Pengkalan Balak, Melaka
Objektif utama majlis ini adalah untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang akademik khususnya dalam subjek STEM untuk membuka peluang kepada pelajar SMTAQ melanjutkan pengajian di FTKIP. Pelajar SMTAQ juga akan diberikan pendedahan lebih lanjut tentang teknologi terkini dalam industri pembuatan untuk menarik minat mereka menceburi dalam bidang kejuruteraan industri dan pembuatan. UTeM telah diwakili oleh Prof. Ir. Dr. Hambali bin Arep, Dekan FTKIP manakala SMTAQ di wakili oleh Pengarah JAIM.

Pertandingan Digital Innovation Creativepreneur (DICE 2.0)
2 kumpulan mahasiswa UTeM daripada Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK) telah memenangi Anugerah Utama bagi kategori Permainan Digital dan kategori Filem Pendek.
Pertandingan DICE 2.0 ini merupakan pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama UniSZA.
Program ini secara tidak langsung menyokong SDG 4 – Pendidikan Berkualiti dan SDG 9 – Industri, Inovasi dan Infrastruktur

Lawatan kerja sambil belajar oleh Delegasi Maktab Teknik PDRM (MTPDRM), Bakri, Muar, Johor
Tujuan lawatan ini ialah untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang perkembangan teknologi semasa dan meningkatkan kompetensi peserta yang turut terlibat dalam Kursus Juruteknik Kenderaan Motor Gred Khas/SKM Tahap III. Delegasi seramai 28 orang staf yang terdiri daripada pegawai polis diketuai oleh ACP Hj. Pozlan Hj Ibrahim.

Program lawatan Ukwah oleh Persatuan Pelajar Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal (MeTECH)
Lawatan di Ladang Boh Tea Sg Palas, Cameron Highlands dimulakan dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Ts. Mohammad Zakaria diikuti dengan sesi motivasi oleh En. Mohammad Rafi. Selepas sesi tersebut, pelajar-pelajar dibawa melawat ladang dan kilang Boh Tea yang terkenal, serta berpeluang menikmati teh segar yang disediakan khas oleh pihak Boh Tea.
Pengalaman ini bukan sahaja memperkaya pengetahuan mereka tentang proses pembuatan teh, tetapi juga mengukuhkan semangat ukhuwah dan kepimpinan.

Basic Drone Simulation Training
Satu sesi latihan asas simulasi dron telah dilaksanakan pada 11 Julai 2024 bertempat di Monitoring Room, Kilang Pengajaran UTeM. Latihan tersebut dikendalikan oleh pelajar latihan industri berpengalaman iaitu Mirzahakeem bertujuan memberi pendedahan asas simulasi dron kepada beberapa orang pelajar latihan industri baharu sebelum mula mengendalikan dron sebenar.

Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan 2024
Objektif Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan (KDBK) 2024 ini diadakan seperti berikut:
- Menyediakan satu platform kepada pelajar termasuklah pelajar antarabangsa serta staf UTeM untuk memperkukuhkan lagi penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan secara umumnya.
- Meningkatkan kecintaan terhadap penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar khususnya melalui aktiviti berfokus dan berimpak tinggi.
- Meningkatkan perasaan bangga dan kecintaan terhadap penguasaan bahasa Melayu.

Program Sekolah Angkat (PSA) Bagi Sekolah Mengengah Negeri Melaka - Road To Malaysia Techlympics 2024 Siri 9: Percetakan Dan Pembangunan 3D (Rawatan Inklusif)
Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE) telah menganjurkan Program Sekolah Angkat (PSA) Bagi Sekolah Menengah Negeri Melaka – Road to Malaysia Techlympics 2024 Siri 9: Percetakan dan Pembangunan 3D (Rawatan Inklusif) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka dan IPTA/IPTS di negeri Melaka.

CodeWar 2024: Pertandingan Pengaturcaraan Aplikasi Scratch
CodeWar 2024 dijalankan sepenuhnya dalam talian, dan anda boleh sertainya dari rumah/sekolah anda! Bangunkanan Projek Permainan menggunakan aplikasi Scratch. In menyokong SDG4 - meningkatkan kualiti pendidikan dikalangan pelajar.

Bengkel Penarafan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Tujuan bengkel ini dilaksanakan bagi memberi kefahaman kepada warga UTeM mengenai kriteria dalam penarafan global, meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan aspek penyelidikan, inovasi dan reputasi antarabangsa dalam penarafan dan mempelajari amalan terbaik dari UMPSA dalam meningkatkan kedudukan penarafan universiti. Bengkel ini dilaksanakan dengan kerjasama antara pihak UTeM dengan UMPSA.

Jom Bekerja Sambil Belajar (JBSB) Kumpulan 1
Program kerjasama antara CREATE dan PKT Logistics Group Sdn Bhd ini bertujuan untuk memberikan pengalaman bekerja di industri serta menjana pendapatan tambahan kepada pelajar khususnya dalam kalangan B40.
Program JBSB Kumpulan 1 ini terdiri daripada 20 orang pelajar dari pelbagai fakulti. Program ini dijalankan selama hampir sebulan bertempat di The Ship Campus, Batu Kawan, Pulau Pinang.

Program Semarak Merdeka : Program QuranHour@PLH bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-67
Kempen berinteraksi dengan al-Quran melalui pembacaan, pemahaman dan pengaplikasian sebagai antara ibadah yang perlu dipraktikan warga kampus selain memupuk kefahaman dan memangkin perubahan positif serta transformasi masyarakat di peringkat global.

Persediaan Kepada Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh
Sekitar sesi penilaian dalaman bagi program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Sistem Penyejukan dan Penyaman Udara) - Mod Industri yang telah dijalankan sebagai persediaan kepada lawatan penilaian akreditasi penuh yang sebenar oleh pihak Engineering Technology Accreditation Council (ETAC). Penilai dalaman yang telah dilantik terdiri daripada Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Hadzley Abu Bakar (Ketua Panel), Prof. Madya Ts. Dr. Zulkifli Mohd Rosli dan Prof. Madya Ts. Dr. Tee Boon Tuan.

Sesi Pembentangan Latihan Industri
Sesi Pembentangan Latihan Industi telah dilaksanakan pada 10 Julai 2024 melibatkan oleh seorang pelajar latihan industri dari Malaysian Institute of Information Technology (MIIT), UniKL iaitu Saudara Muhammad Aiman bin Mohamed Azmi. Sesi pembentangan tersebut turut dihadiri oleh penyelia latihan industri dari MIIT, UniKL dan dua orang pengurus Kilang Pengajaran UTeM.

Program 3R – Reflect, Reboot & Revive
Program ini telah diadakan di Tampin Waterpark, Hutan Lipur Gunung Tampin, Negeri Sembilan. Program ini melibatkan 30 orang pelajar FTKE UTeM dan bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar dalam pelajaran dan prestasi akademik mereka.Program ini diadakan bagi menyokong pelajar dalam usaha memperbaiki pencapaian akademik dan membina semangat serta hala tuju yang lebih positif

Lawatan Kerja Ke CelcomDigi Ai Experience Centre (AiX)
Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE) telah menganjurkan Lawatan Kerja ke CelcomDigi AI Experience Centre (AiX) di Subang Industrial Park, Subang pada 5 September 2024 (Khamis). Lawatan ini turut dihadiri oleh beberapa staf FTMK.

TVET Upskilling: Asas Pengendalian Dron
Matlamat kursus ini adalah untuk menyediakan peserta dengan pengetahuan asas teknologi dron, membolehkan anda dan pasukan anda menghargai banyak faedah yang boleh diberikan dron merentas industri. Para peserta diberikan pendedahan untuk mempunyai pengalaman langsung dengan Simulator Penerbangan Dron Perusahaan DJI untuk mempelajari Kawalan Dron Asas dan penerbangan praktikal drone Mavic 3, Matrice 300 RTK dan T10 Pertanian.

Bengkel Semakan Dokumen Cadangan Pembangunan Kolej Kediaman Pelajar UTeM
UTeM dalam pelaksanaan perancangan pembangunan kolej kediaman pelajar dan usaha yang sedang dijalankan bersesuaian dengan inisiatif pembangunan kediaman pelajar secara kerjasama awam-swasta sebagaimana anjuran Kerajaan melalui Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.
PPP telah menerima Cadangan Pembangunan Kolej Kediaman Pelajar secara pajakan untuk dimiliki (Lease to Own) yang dikemukakan oleh Syarikat MARA Incorporated Sdn. Bhd. (MARA) dan cadangan dari Profil Makmur Sdn Bhd.

Bengkel Teknikal Penghasilan Self Instructional Material (Sim) Open And Distance Learning (ODL) Bagi FTKEK, FTKM DAN FTKIP
- Membantu peserta menguasai teknik dan kemahiran dalam menghasilkan bahan pembelajaran yang berstruktur dan berkesan untuk pembelajaran jarak jauh.
- Memastikan kandungan yang dihasilkan memenuhi piawaian akademik dan pedagogi yang tinggi serta sesuai untuk disampaikan.
- Menggalakkan penggunaan teknologi terkini dalam menghasilkan SIM untuk ODL dan memastikan bahan pembelajaran releven dengan keperluan semasa serta masa depan.

MTUN Industry-Academia Discourse on Advanced TVET (MIAD)
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan mereka dalam menangani isu penyalahgunaan dadah, dan telah dihadiri seramai hampir 700 peserta.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti Gimik Peluncuran "Tak Payah Tak Nak", Pelepasan Batik Fun Walk, jualan produk SUKA AADK, pendaftaran Kempen 1 Juta Ahli SKUAD, bas pameran AADK, sesi Poket Talk, kaunter Mobile Recovery Treatment (MRT), permainan interaktif, pemeriksaan kesihatan dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik yang lain.

Lawatan dari Penerbit UTHM Johor
Penerbit UTeM telah menerima lawatan dari rakan negeri jiran Penerbit UTHM Johor.
Lawatan ini adalah sebagai satu platform perkongsian ilmu dari pelbagai sudut seperti Penerbitan & Pentadbiran.

Jom Bekerja Sambil Belajar (JBSB) Kumpulan 2
Program kerjasama antara CREATE dan PKT Logistics Group Sdn Bhd ini bertujuan untuk memberikan pengalaman bekerja di industri serta menjana pendapatan tambahan kepada pelajar khususnya dalam kalangan B40. Program JBSB Kumpulan 2 ini terdiri daripada 20 orang pelajar dari pelbagai fakulti. Program ini dijalankan selama hamper sebulan bertempat di The Ship Campus, Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menjadi halaman buku dengan perhiasan pelita ilmu selama 10 hari bermula 24 Mei hingga 2 Jun 2024 bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-41.
Di sini merupakan platform Penerbit Universiti menjual semua buku-buku terbitan Penerbit UTeM serta meluaskan jaringan kerjasama bersama industri luar.

UTeM Perluas Kerjasama Penerbitan di Beijing
Penerbit UTeM telah menyertai Pesta Buku Antarabangsa Beijing (BIBF) 2024 yang berlangsung pada 19 hingga 23 Jun 2024 di Beijing, China.
Penyertaan buat julung-julung kalinya ini adalah bagi mempromosikan buku terbitan UTeM dan merebut peluang dalam kerjasama penerbitan buku ilmiah dan pelbagai bentuk kerjasama dua hala yang boleh dijayakan di antara Penerbit UTeM dengan penerbit dan universiti di Beijing.
Penerbit UTeM turut berkesempatan meluncurkan sebuah buku ilmiah terbaharu berjudul 'Tips and Tricks in Writing a Research Proposal' karya Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin dan Pensyarah Kanan UTeM, Dr. Cheong Kar Mee.

Pameran Maya : Hak-Hak Konsumer oleh PIDM
Pameran Maya PLH adalah inisiatif bagi mewujudkan ruang dan peluang untuk keterlibatan pengunjung maya tanpa perlu berada secara fizikal di PLH.
Pameran ini memaparkan maklumat berkenaan peranan PIDM dalam mentadbir Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans untuk melindungi consumer kewangan kewangan di Malaysia dan pemilik sijil takaful dan polisi insurans. Pameran secara maya ini.

Publisher Talk : “Harnessing Existing Dissertations & Theses To Expand The Discovery Of Literature Reviews And Unlocking Your Research Potential For Wider Impact”
Webinar ini bertujuan untuk menyokong penyelidik untuk memanfaatkan disertasi dan tesis sedia ada untuk meningkatkan dan mempercepatkan penyelidikan

Perkongsian Maklumat : Lawatan Delegasi Universitas Muhammadiyah Riau
Tujuan lawatan adalah untuk memberikan pendedahan dan perkembangan terkini kepada para pelajar berkaitan aspek perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan

UTeM Language Carnival 2024 (ULC 2024)
Tujuan program ini mempromosikan Bahasa Inggeris dan Bahasa Ketiga kepada semua pelajar di UTeM melalui aktiviti dan pameran informasi di setiap khemah Bahasa yang terlibat

Where’s the Coffee?!
Program ini adalah bertujuan mewujudkan eko sistem Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dengan membincangkan isu-isu semasa dalam Platform Tik Tok, Instagram dan juga facebook.

Bengkel Penambahbaikan Garis Panduan Pensijilan Profesional
Objektif bengkel ini adalah :
- Mengadakan sesi sumbang saran bagi menambahbaik Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Pensijilan Profesional
- Membuat semakan dan penilaian kertas kerja kursus pensijilan profesional baharu
- Membincangkan isu berkaitan kursus pensijilan profesional terutamanya melibatkan proses kewangan dan sistem

Majlis penyerahan projek yang telah siap dibina iaitu Projek Merekabentuk, Membina & Menyiapkan Kemudahan Lif Penumpang Secara Reka & Bina Di Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Elektrik (FTKE)
Menyediakan 1 unit lif di bangunan FTKE bagi kemudahan warga di FTKE terutama staf dan pelajar.

Bengkel Pembangunan Modul TVET Teaching Competency Bagi Tenaga Pengajar TVET
Tujuan bengkel untuk mewujudkan satu buku yang digunakan untuk pengajar program TVET dalam mempertingkat dan mengekalkan kualiti P&P pengajar TVET setaraf dengan piawaian pendidik TVET global dengan kelayakan dalam kecekapan mengajar bagi memastikan penyediaan pengetahuan teknikal dan penguasaan kemahiran dalam teknikal dan pendidikan vokasional selari dengan keperluan pendidikan negara dan standard industri.

Lawatan ke UTHM untuk Sistem Agihan Beban Pensyarah
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan idea dan penanda aras dalam membangunkan sistem Agihan Beban Pensyarah di UTeM.

Bengkel Artikulasi MTUN-JPPKK , Siri 1-UNIMAP, Perlis
Bengkel ini bertujuan mendapatkan kesepakatan dalam usaha untuk melaksanakan transfer credit program bagi pelajar Diploma di Politeknik melanjutkan pengajian Sarjana Muda di MTUN.

Sesi Perkongsian Ilmu (SPI) dan Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Staf PPSKR
Program ini diadakan dengan tujuan untuk memupuk budaya pembelajaran berterusan dan mempromosikan pertukaran idea dalam kalangan staf PPSKR dan meraikan ulang tahun kelahiran staf-staf PPSKR sebagai tanda memperingati tarikh-tarikh penting seseorang staf itu. Selain itu, turut diadakan jamuan makan di mana setiap staf PPSKR membawa satu menu makanan masing-masing untuk dimakan bersama-sama.

Solat Sunat Hari Raya & Jamuan Aidil Adha di Masjid UTeM 1445H/2024M
Majlis ini diadakan untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan serta pencapaian cemerlang kakitangan universiti dalam membantu membangunkan dan memajukan pengurusan UTeM. Anugerah ini terbuka dan semua individu boleh menerimanya tanpa mengira latar belakang, jantina dan pendidikan.

Misi Kembara Persaudaraan Islam UTeM-Kemboja tahun 1445H / 2024M
Perlaksanaan program Ibadah Korban dan kebajikan di peringkat antarabangsa di negara Kemboja. Wakaf Perigi turut dilaksanakan bagi pembekalan air bersih kepada komuniti setempat. Selain itu, fakir & miskin turut dibantu melalui pemberian sumbangan, pemberian daging korban serta sumbangan tunai. Sumbangan juga turut diberikan bagi pembangunan/ penambahbaikan sekolah setempat

eUSAHAWAN International Conference: Shaping Tomorrow’s Success
Program kerjasama antara CREATE dan Malaysia Development Economy Digital (MDEC) ini bermatlamat untuk mengumpulkan pelbagai perspektif dan pandangan mengenai trend serta permintaan terkini dalam digital kreatif, pemasaran media sosial, dan platform eCommerce.

FYP Innovation Competition (Decarbonization and Digitalization)
Program pada sebelah pagi telah menghimpunkan hampir 80 penyertaan pelajar UTeM bagi kategori poster dan prototaip dari pelbagai fakulti. Barisan juri profesional daripada pihak Infineon dan UTeM telah menyempurnakan tanggungjawab masing-masing dan pemenang-pemenang telah diumumkan pada sebelah petang. Program ini dapat mengeratkan hubungan secara tidak langsung antara kedua-dua pihak.

JomChat with Senior Vice President & Managing Director
Program pada sebelah petang iaitu program JomChat bersama Senior Vice President & Managing Director iaitu Mr. Eng Seng Meng daripada Infineon Technologies Sdn. Bhd. bersempena Infineon Week @ UTeM 2024. Program ini bertujuan mendapatkan maklumbalas secara terus dengan Mr. Eng Seng Meng tentang pengalaman mengendalikan salah satu syarikat yang terbesar di Malaysia serta dapat mengeratkan hubungan secara tidak langsung antara kedua-dua pihak.

Program "Innovation Pitching" - Tips to Win A Gold Medal
Program ini diadakan bertujuan untuk membantu penyelidik mempertingkat ilmu persidangan inovasi, membuat persediaan menyertai pertandingan inovasi dan teknik memenangi pingat yang akan dipertandingkan dan seterusnya mempertingkat kualiti inovasi penyelidik dan universiti.

Promosi Berkaitan Pengajian Pascasiswazah Sempena Program Jalinan Holistik Alumni UTeM Zon Utara Serta Rakaman Vlog Alumni
Program ini dilaksanakan untuk memberikan surat tawaran sementara kepada pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat pascasiswazah.

Lawatan Penandaaras Ke Universiti Malaysia Sabah (UMS
Satu lawatan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah diadakan pada 16 Mei 2024 yang bertujuan untuk berkongsi pandangan dan cadangan awal dalam memeterai kerjasama yang merupakan salah satu inisiatif strategik yang perlu diberikan penekanan bagi memartabatkan UTeM serta Universiti MTUN di persada dunia. Kerjasama bersama ini jaringan global yang wujud menjadi asas kerjasama dalam bidang penyelidikan, pendidikan dan pengurusan yang merangkumi aktiviti-aktiviti pembelajaran.
Lawatan ini diketuai oleh Ybhg. TNCAA UTeM, Dekan FPTT, Penyelaras FPTT, Pengarah PPSH dan Pegawai dari Pejabat Pengurusan Fasiliti dan pihak UMS yang dipengerusikan oleh Prof. Ir. Dr. Zainal Zakaria, Pengarah, Pusat Jaminan Kualiti.

Lawatan Audit Lokasi Dan Penandaaras Ke Universiti College Foundation Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
Satu lawatan ke Universiti Collge Foundation Sabah, Kota Kinabalu telah diadakan pada 17 Mei 2024 yang bertujuan untuk berkongsi pandangan dan cadangan berkaitan usahasama program bersama antara 2 institusi ini.
Untuk makluman, UCSF merupakan lokasi sewaan bagi menjalankan program separa masa UTeM iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Dengan Kepujian (BELG) seramai 26 orang pelajar.
Lawatan ini disambut baik oleh Naib Canselor UCSF iaitu Dr. Rafiq bin Idris dan delegasi UTeM diketuai oleh Ybhg. TNCAA UTeM, Bendahari UTeM, Dekan dan Penyelaras FPTT, Pengarah dan Penolong Pendaftar PPSH dan Pegawai dari Pejabat Pengurusan Fasiliti UTeM

Memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Kolabrasi TVET Borneo Di Antara UMPSA, UTeM, UNIMAP, UTHM, UMS dan UNIMAS
Untuk membangunkan kerjasama pendidikan dan vokasional dan mewujudkan program kerjasama antara UMS, UNIMAS dan MTUN, dan bekerjasama dalam kepentingan bersama mereka untuk pelbagai aktiviti TVET. Kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan akan memenuhi kepentingan bersama dalam menyumbang pelbagai inovasi teknologi yang lebih mendalam serta memenuhi aktiviti Perindustrian di Malaysia amnya.
Skop kerjasama MoU ini adalah seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak iaitu:
- Menjalankan program akademik bersama dalam memperkasa agenda TVET Borneo;
- Menganjurkan syarahan, latihan, simposium, mesyuarat antarabangsa, persidangan dan bengkel;
- Penempatan kakitangan, penyelidik dan pelajar;
- Pertukaran kepakaran, maklumat, bahan pembelajaran, sumber teknologi dan saintifik;
- Pembangunan penyelidikan yang berkaitan dengan kedua-dua pihak;
- Kerjasama mengenai tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan inisiatif berkaitan kemampanan dengan sumber yang relaven daripada kedua-dua pihak; dan
- Mana-mana bidang kerjasama lain yang mungkin dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KKDW (EKSPO TVET@KKDW) 2024
Perkongsian maklumat mengenai laluan kerjaya dan peluang menyambung pengajian di UTeM.

Program Seminar Kefahaman Agama : Ilmu Falak Dan Kehidupan Bersama Mualaf Negeri Melaka
Tujuan program ini adalah untuk memberi kefahaman berkaitan ilmu falak dan kehidupan bersama mualaf di negeri Melaka. Seminar ini adalah hasil kerjasama antara Pusat Pembelajaran Bahasa, UTeM dengan Majlis Agama Islam Melaka.
Dapatan seminar ini dapat meningkatkan kefahaman dan ilmu falak dalam kehidupan seharian seterusnya menyokong SDG4 bertujuan memastikan pendidikan berkualiti secara inklusif dan saksama, dan menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua.

Kursus Bahasa Mandarin Untuk Lawatan Ke Luar Negara
Kursus Bahasa Mandarin Untuk Lawatan Ke Luar Negara yang diadakan pada 27&28 Ogos anjuran Pejabat Pendaftar. Tujuan kursus ini adalah satu platform bagi staf UTeM untuk mempelajari bahasa Mandarin dengan mudah dan praktikal apabila berkunjung ke luar negara. Ini dapat membantu pengkayaan ilmu dalam kalangan warga UTeM di samping ,mahir berbahasa selain dari bahasa ibunda.Terima kasih Dr Cheong Kar Mee selaku penceramah dan dibantu oleh Ms Tan Poh Ee dari PPB.

Lawatan Pro Canselor Ke Kompleks Penyelidikan & Inovasi
1. Menyantuni kunjungan hormat oleh YBhg Tan Sri Abdul Rashid Hussain yang telah dilantik sebagai Pro- Canselor UTeM yang baharu berkuatkuasa 1 Mei 2024.
2. Memperkenalkan kampus UTeM kepada Pro Canselor baharu.
3. Memberi pendedahan kepakaran penyelidik-penyelidik daripada UTeM kepada Pro Canselor baharu.

Taklimat Program Separa Masa Kepada Calon Pelajar Separa Masa
Taklimat program separa masa UTeM telah diadakan pada 2/8/2024 (Jumaat), 9-11 malam secara atas talian (MS Teams).
Taklimat ini dihadiri oleh 15 calon pelajar yang berminat utk mengetahui dan mengikuti pengajian secara separa masa dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian (BMKU).
Antara pengisian taklimat adalah pengenalan PPSH dan program separa masa, kelebihan program, syarat kemasukan bidang kejuruteraan, struktur kurikulum program BMKU (Separa Masa) dan yuran

Lawatan Rasmi UTeM Bersama Delegasi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka Ke Cape Town Di Afrika Selatan
Lawatan Rasmi ke Stellenbosch University, Madina Institute, University of Western Cape dan International Peace College South Africa:
1. Tandatangan LOI kolaborasi antarabangsa antara kedua pihak.
2. Perbincangan berkaitan geran padanan, kerjasama dalam bidang AR/VR, halal, pengkomersilan produk, penubuhan Kursi Teknikal, program latihan, penjaan biasiswa UTeM dll.
3. Madina Institute sebagai learning centre untuk UHE.
4. Lawatan ke Innovation hub.

Kunjungan Hormat Dari China Education Online Dan Universiti-Universiti Dari China
Kunjung Hormat daripada delegasi Republik China diketuai oleh China Online Education and Chinese Universities bersama wakil daripada tujuh instistusi pendidikan tinggi China dan perbincangan berkenaan:
1. Program pertukaran pelajar (akademik dan budaya).
2. Penyelidikan khusus: pemuliharaan warisan budaya, kajian alam sekitar dan amalan pertanian moden.
3. Kerjasama penganjuran pameran pendidikan dan seminar akademik.

Kedatangan Pelajar Program Mobiliti Kredit Dari Fatoni University
Seramai 9 orang pelajar dari Fatoni University akan mengikuti Program Mobiliti Kredit bermula 05 Ogos 2024 hingga 31 Oktober 2024 di Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK).

Karnival Pendidikan Kerjaya Kolej Matrikulasi Kelantan 2024
Perkongsian maklumat mengenai laluan kerjaya dan peluang menyambung pengajian di UTeM bagi pelajar Kolej Matrikulasi

Pertandingan Fotografi Kemerdekaan
Pertandingan ini dianjurkan bagi meningkatkan semangat patriotisme dan mengasah bakat fotografi dalam kalangan mahasiswa/i FTKE sempena Bulan Kemerdekaan.

Program Corporate Social Responsibility (CSR) & Knowledge Sharing Transfer Program (KSTP) Di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah,Pahang
Inisiatif ini menunjukkan komitmen UTeM dan FTKE dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyokong aspirasi kerajaan selain meningkatkan visibiliti dan mempromosikan UTeM di kalangan masyarakat setempat.

Taklimat Libat Urus Pertandingan STEM Malaysia Techlympics Tahun 2024
Program taklimat ini diadakan dengan tujuan untuk memberi penerangan berkaitan pelaksanaan pertandingan STEM Malaysia Techlympics tahun 2024 disamping meningkatkan jumlah penyertaan yang berkualiti dari negeri Melaka ke pertandingan berperingkat kebangsaan.

Penerima Geran Penyelidikan FRGS 2024 KPT
Dua orang staf FTKM iaitu Dr Juffrizal Karjanto dan Dr Nurul Amira telah berjaya menerima Geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi tahun 2024 berjumlah RM145,900 dan RM74,200 bagi domain "Technology and Engineering" dan "Pure and Applied Science". Diharap kejayaan ini menjadi satu pemangkin dan batu loncatan bagi staf yang lain dalam merancakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi di FTKM dan UTeM.

Lawatan Dari Universitas Sebelas Maret (UNS)
FTKM menerima kunjungan dari delegasi Universitas Sebelas Maret (UNS) yang diketuai oleh Timbalan Rektor Riset dan Inovasi, Prof Dr. Kunchoro Diharjo dan Ir. Rochmadi. Sesi ini membincangkan peluang mobiliti berkredit dan penyelidikan diantara kedua-dua pihak.MOU UTeM dan UNS telah berjaya dimetrai semula pada awal 2024 dan kini, kerjasama UTeM & UNS telah menginjak tahun ke 11.Antara aktiviti yang masih kekal sehingga kini ialah penganjuran persidangan antarabangsa dan penulisan artikel bersama.
