SDG 5: Kesamarataan Jantina
SDG 5 adalah usahan universiti untuk mencapai kesaksamaan jantina dan memberdayakan semua wanita dan kanak-kanak perempuan. Universiti memainkan peranan dalam mencapai matlamat dengan menyediakan persekitaran yang inklusif dan saksama bagi semua individu tanpa mengira jantina.
Universiti memainkan peranan dalam memastikan peluang yang sama dalam penerimaan pelajar, pengambilan kakitangan dan kenaikan pangkat. Universiti juga boleh menyediakan program sokongan khusus untuk Wanita seperti biasiswa, bimbingan dan latihan kepimpinan untuk membantu mereka mencapai kejayaan sepenuhnya.
Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG 5
Bengkel & Jerayawara : CRIM Bersama Penyelidik Muda
Seramai 44 peserta yang terdiri daripada penyelidik muda iaitu yang berkhidmat di UTeM kurang dari 3 tahun telah dijemput untuk hadir ke bengkel ini. Pengisian bengkel ialah pengenalan kepada CRIM, permohonan dan pengurusan geran dan panduan pemilihan jurnal bagi tujuan penerbitan, panduan penggunaan AI untuk pembangunan research proposal dan sesi perkongsian oleh Ir. Ts. Dr. Lailatul Harina Paijan tentang kejayaan memperoleh geran PJP dan FRGS dalam tempoh 3 tahun berkhidmat.
Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2024
1. Menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan kepada semua staf UteM.
2. Kempen kibarkan Jalur Gemilang kepada semua warga UteM.
3. Menyampaikan amanat pengurusan tertinggi UteM berkaitan dengan menyemarakkan lagi semangat Jiwa Merdeka.
Liga Futsal IPT (LFIPT) 2024 Fasa 1 - Liga Premier dan Liga wanita
Kejohanan tahunan ini adalah bagi mencungkil bakat pemain futsal lelaki dan wanita di kalangan penuntut IPT di seluruh negara.
Program Relay Run FPTT 2024
Penyertaan pelajar UTeM seramai 60 orang bertempat di Tasik A dan Tasik B UTeM.
Program ini diadakan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan, kecerdasan dan kecergasan melalui larian yang dipertandingkan.
Selain mengutamakan pembelajaran, universiti juga berperanan memberi peluang kepada pelajar menjalani aktiviti bersukan mengikut kesukaan masing-masing.