SDG 6: Kebersihan Air dan Sanitasi
SDG 6 adalah usaha universiti untuk memastikan ketersediaan dan pengurusan air serta sanitasi yang mampan untuk semua. Universiti memainkan peranan penting dalam mengurus sumber air mereka dengan cekap dan mempromosikan amalan kebersihan yang baik.
Ini termasuk menyediakan kemudahan air minum yang bersih dan selamat di seluruh kampus serta memastikan kemudahan sanitasi yang mencukupi dan bersih untuk pelajar dan kakitangan.
Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG 6
Misi Kembara Persaudaraan Islam UTeM-Kemboja tahun 1445H / 2024M
Perlaksanaan program Ibadah Korban dan kebajikan di peringkat antarabangsa di negara Kemboja. Wakaf Perigi turut dilaksanakan bagi pembekalan air bersih kepada komuniti setempat. Selain itu, fakir & miskin turut dibantu melalui pemberian sumbangan, pemberian daging korban serta sumbangan tunai. Sumbangan juga turut diberikan bagi pembangunan/ penambahbaikan sekolah setempat
Plogging at UTeM
Program ini bertujuan untuk mengutip dan membersihkan sisa-sisa pepejal yang berada di sekitar kawasan rekreasi tasik bagi mewujudkan persekitran yang bersih dan nyaman.
Audit Anugerah Hijau Melaka
Audit ini dijalankan untuk menilai sejauh mana UTeM menjalankan Pembudayaan Hijau iaitu kategori yang CENSEi terlibat dalam pertandingan tersebut. Audit ini dihadiri oleh lebih lima orang penilai daripada Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.
Kerja Pembaikan Sistem Saluran Air Kumbahan di Tapak Parkir Berpusat Kampus Induk
Membantu didalam pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur didalam Kampus Induk serta meningkatkan kualiti program sanitasi & amalan kebersihan persekitaran yang baik.
Knowledge Sharing Transfer Program (KSTP) Peringkat Antarabangsa Berkaitan Sistem Robotik Bagi Pemantauan Kualiti Alam Sekitar Melalui Teknologi IoT Serta CSR Beach Clean-Up Di Sekitar Taman Laut Melaka
Program ini bertujuan memindahkan ilmu dan kepakaran tentang aplikasi robotik dan IoT dalam memantau kualiti alam sekitar kepada sekumpulan pelajar luar negara seperti Indonesia
Pemasangan IoT Air
IoT air ini bertujuan untuk memantau pengunaan air di setiap bangunan di UTeM secara masa sebenar di atas talian. Pemantauan pengunaan air secara atas talian di UTeM ini dilaksanakan bagi memastikan pengunaan air terawat secara berhemah oleh seluruh warga UTeM. Selain itu, ia juga dapat mengoptimumkan kadar bil air bulanan di UTeM.
Perbincangan Inisiatif Kitar Semula Sisa Makanan Kafetaria UTeM Bersama Arusv Greentech (M) Sdn. Bhd.
Perbincangan ini adalah untuk membincangkan kitar semula sisa makanan daripada Kafetaria UTeM bersama pihak syarikat Arusv Greentech (M) Sdn. Bhd.
Plogging Day – Jom Bersihkan Tasik Kita!
Program ini dilaksanakan untuk mengutip dan membersihkan sisa-sisa pepejal yang berada di sekitar kawasan rekreasi tasik UTeM.