SDG 7: Tenaga yang Berpatutan dan Bersih
SDG 7 adalah usaha universiti untuk memastikan capaian tenaga yang berpatutan, boleh diakses, mampan dan moden untuk semua. Universiti memainkan peranan dalam mempromosikan penggunaan tenaga yang mampan dan meningkatkan kecekapan tenaga dalam operasi kampus mereka.
Ini termasuk membangunkan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti panel solar untuk memenuhi keperluan tenaga kampus. Universiti juga boleh melaksanakan program penjimatan tenaga seperti pencahayaan cekap tenaga, penebat bangunan dan penggunaan peralatan berkecekapan tinggi.
Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG 7
Kursus Chemical Safety
Membimbing peserta untuk mengambil serius keselamatan bahan kimia menerusi pemahaman berkaitan maklumat helaian data keselamatan (SDS) bahan kimia seperti mana tertakluk di dalam perundangan bahan kimia. Ini adalah bertujuan untuk meminimumkan risiko keselamatan dan kesihatan kepada pekerja khususnya serta pelajar dan orang awam umumnya daripada potensi pendedahan kepada bahan berbahaya yang digunakan di tempat kerja. Latihan ini juga memaklumkan kepada peserta tentang pengendalian bahan kimia.
Perbincangan Kontrak SARE Bersama Resorvoir Link Sdn. Bhd.
Perbincangan ini diadakan bersama dengan Resovoir Link Sdn. Bhd. untuk bersama-sama mengambil tahu mengenai prosedur dan syarat yang perlu diambil oleh kedua-dua belah pihak untuk memastikan rancangan penjanaan solar dapat direalisasikan.
Taklimat Kecekapan Tenaga di Kolej Kediaman Satria Lekir sempena Pengambilan Pelajar Baharu
Program ini diadakan untuk memupuk kesedaran semua pelajar UTeM untuk menggunakan tenaga tanpa melakukan pembaziran.
Audit Anugerah Hijau Melaka
Audit ini dijalankan untuk menilai sejauh mana UTeM menjalankan Pembudayaan Hijau iaitu kategori yang CENSEi terlibat dalam pertandingan tersebut. Audit ini dihadiri oleh lebih lima orang penilai daripada Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.
Kursus Asas Audit Tenaga anjuran bersama Unit Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar
Kursus ini diadakan bagi melatih dan memberi kefahaman kepada Penolong Pengurus Tenaga di semua PTj di dalam mengendalikan audit tenaga.
Technical Talk in Sustainable Future Research Collaboration.
Webinar ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua tentang Pengurusan Tenaga Lestari di UTeM di samping kerjasama yang terjalin di antara UTeM dengan Universitas Padang.
Webinar: Kenali Pengurus Tenaga Anda
Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada seluruh warga UTeM tentang Pengurus Tenaga UTeM. Apakah skop bidang yang Pengurus Tenaga terlibat, apa tugas-tugasnya dan apa yang kita boleh perolehi daripada Pengurus Tenaga UTeM. Ia menerangkan tentang pengurusan tenaga yang efisyen di UTeM. Apakah kebaikan dan keburukan yang akan timbul sekiranya UTeM tidak mengurus tenaga dengan baik dan berkesan.
Audit Renewal EMGS 3 Bintang 2024 oleh MGTC
Program memaklumkan Universiti dalam proses memperbaharui pensijilan Energy Management Gold Standard (EMGS) dari ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS). Warga Universiti adalah dimohon untuk memberi kerjasama yang baik dan antara aspek yang akan dinilai adalah seperti kesedaran dan kefahaman warga Universiti kepada kecekapan tenaga; pengendalian operasi yang melibatkan penggunaan tenaga dengan cara yang cekap; keterlibatan PTj dalam melaksanakan amalan cekap tenaga; dan lain-lagi.
Majlis Menandatangani MoU antara UTeM dan MEP Enviro Technology Sdn. Bhd.
Majlis Menandatangani MOU antara UTeM dan MEP Enviro Technology SB telah disaksikan oleh Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak. Kerjasama ini bertujuan bagi meneroka dan mengembangkan model perniagaan baharu melalui pengurusan sisa elektronik (e-waste) dan plastik dengan fokus kepada tiga aspek utama. Pertama, pengurusan aktiviti kitar semula e-waste. Kedua, pembangunan produk atau model perniagaan baharu dan ketiga penyediaan konsultasi dan latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
Taklimat Kesedaran Kecekapan Tenaga Bil. 1/2024 Secara Atas Talian
Taklimat Kesedaran Pengurusan Tenaga Bil. 1/2024 ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada warga universiti
Kursus Fundemental Understanding of Energy Management for Sustainability di CSC Steel Sdn. Bhd.
Kursus ini dijalankan dengan kerjasama industri (CSC Steel Sdn. Bhd) bagi meningkatkan tahap kesedaran berkaitan kecekapan penggunaan tenaga di kalangan pekerja CSC Steel Sdn. Bhd dengan kumpulan sasar pekerja di bahagian operator pengeluaran.
Kerja-Kerja Naiktaraf dan Penggantian Pengokol bagi Sistem Hawa Dingin Berpusat dan Peralatan Lain yang Berkaitan di Kampus Induk, UTeM
Kerja-kerja naiktaraf dan penggantian pengokol bagi sistem hawa dingin berpusat ini dapat meningkatkan kerjasama dengan syarikat tempatan dan industri tempatan serta memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Selain itu ia menggalakkan penggunaan tenaga berhemah
Program Kesedaran Kecekapan Tenaga: Energy Saving Solution For Air Conditioning System
Program ini adalah kerjasama dengan ACSON Malaysia dan ia menerangkan mengenai cara penjimatan penggunaan penghawa dingin dan mengoptimakan penggunaan elektrik
Program Kesedaran Kecekapan Tenaga di Pejabat dan Di Rumah
Webinar ini diadakan dengan kerjasama CIDB Malaysia bertujuan mengajar tips kecekapan tenaga di pejabat dan di rumah serta mengira penggunaan tenaga dan kos tenaga.
Ianya telah disampaikan oleh Prof Madya Ir Dr Aida Fazliana binti Abdul Kadir, Penyelaras Tenaga, Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi), UTeM.
Kursus Pengurusan Tenaga Lestari di UTeM dan Di Rumah
Kursus ini membincangkan kepentingan peranan penolong pengurus tenaga (PPTe) dan jawatankuasa di dalam memacu pengurusan tenaga yang lestari di sesebuah ptj di utem. Peserta akan didedahkan kepada bagaimana bil elektrik rumah kediaman dikira, disamping perkongsian tips-tips umum penjimatan yang boleh diamalkan alam kehidupan seharian.