Skip to main content

Menu Mobile

SDG 8: Pekerjaan yang Sepadan dan Pertumbuhan Ekonomi

SDG 8 adalah usaha universiti untuk mempromosikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, pekerjaan penuh dan produktif serta pekerjaan yang layak untuk semua. Universiti memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan kemahiran yang relevan untuk pasaran kerja, serta menyokong inisiatif keusahawanan.

Ini termasuk menawarkan program akademik dan latihan yang disesuaikan dengan keperluan industri semasa serta memastikan pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam dunia pekerjaan. Universiti juga boleh menyediakan sokongan kepada pelajar untuk memulakan perniagaan mereka sendiri melalui sasaniaga, inkubator perniagaan dan program bimbingan.

Selain itu, universiti boleh memastikan bahawa mereka menawarkan pekerjaan yang adil dan beretika kepada kakitangan dengan mematuhi standard hak pekerja dan menyediakan peluang perkembangan kerjaya.

Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG 8

Bengkel Pengisian Borang Kajian Produktiviti Sumber Manusia (KPSM) Bagi Tujuan Naziran Perjawatan Di Fakulti

Memberi penerangan berkenaan kaedah pengisian Borang Kajian Produktiviti Sumber Manusia (KPSM) bagi tujuan naziran perjawatan merangkumi staf pentadbiran kumpulan Pengurusan & Profesional di Fakulti

PTj/PBU: Pejabat Pendaftar

Kembara Inkubator Bersama Universiti Sains Islam Malaysia USIM)

CREATE telah mengadakan program bersama USIM bertujuan untuk membincangkan kolaborasi bagi membangunkan inkubator di UTeM. Kunjungan ini turut disertai oleh Usahawan Alumni daripada Himex Sdn Bhd.

Program ini secara tidak langsung menyokong SDG 4 – Pendidikan Berkualiti, SDG 8 – Pekerjaan Baik dan Kemajuan Ekonomi serta SDG 17 – Rakan Kerjasama dan Matlamat.

PTj/PBU: Pusat Pembangunan Perusahaan Dan Teknousahawan (CREATE)

Meet & Greet Industry PKT Logistics Group Sdn Bhd

Program kerjasama antara CREATE dan PKT Logistics Group Sdn Bhd ini adalah bertujuan untuk melihat persekitaran dan fasiliti yang disediakan oleh PKT Logistics Group Sdn Bhd untuk para pelajar yang bakal terlibat dengan program Jom Bekerja Sambil Belajar (JBSB).

Program ini secara tidak langsung menyokong SDG 4 – Pendidikan Berkualiti, SDG 8 – Pekerjaan Baik dan Kemajuan Ekonomi serta SDG 17 – Rakan Kerjasama dan Matlamat.

PTj/PBU: Pusat Pembangunan Perusahaan Dan Teknousahawan (CREATE)

Taklimat Sokongan Penyelidikan Di Bengkel & Jerayawara : CRIM Bersama Penyelidik Muda

Memberi pendedahan dan perkongsian mengenai aktiviti sokongan penyelidikan oleh PLH kepada penyelidik dalam penerbitan.

PTj/PBU: Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)

MAF - FPTT (Pembentangan Laporan Penerbitan Universiti Dan FPTT)

Berkongsi dengan staf akademik FPTT berkenaan pencapaian semasa penerbitan UTeM dan penerbitan fakulti..

PTj/PBU: Perpustakaan Laman Hikmah

Turnitin Training: AI Webinar For Educators: Interpreting Turnitin’S AI Writing Report

Memberi pendedahan kepada pengguna Turnitin berkaitan dengan integriti penggunaan AI dalam penulisan akademik

PTj/PBU: Perpustakaan Laman Hikmah

Taklimat Persediaan Pengoperasian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Kepada Pegawai Pengurus Sumber Manusia (PSM) Dan Pentadbir Hrmis Kementerian Pendidikan Tinggi

Makluman awal sebagai persediaan berhubung dengan garis masa pelaksanaan SSPA dan juga pelaksanaan penawaran opsyen serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Sumber Manusia di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

PTj/PBU: Pejabat Pendaftar

Pengisian Indeks Kesejahteraan Keluarga UTeM 2024

Merupakan satu alat kajian dalam mengukur tahap kesejahteraan di kalangan staf serta merupakan antara satu Inisiatif Strategik di bawah Teras Strategik 4, (Mencetuskan Ekosistem Rancak, Melestarikan Universiti) Pelan Strategik UTeM 2023-2025.

PTj/PBU: Pejabat Pendaftar

Program Bedigital Bootcamp (Petronas) Zon Selatan Di Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Program BeDigital Bootcamp (PETRONAS) ini berfokus kepada 100 orang pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi di Zon Selatan seperti UTeM, UTM, UTHM, UiTM Johor dan UNIMEL.  Program ini juga mendapat tajaan sepenuhnya dari PETRONAS bagi meningkatkan kebolehpasaran bakat tempatan sebelum memasuki alam pekerjaan. Program ini akan menawarkan peluang pekerjaan kepada peserta yang berjaya di dalam sesi temuduga di akhir program.

PTj/PBU: Pusat Alumni, Kerjaya & Kebolehpasaran (U-ACE)

Bengkel Penyelarasan Deskripsi Tugas Dan Pelaksanaan Kajian Produktiviti Sumber Manusia (Kpsm) Bagi Pentadbir Akademik Di Fakulti

Memberi penerangan berkenaan kaedah pengisian Borang Kajian Produktiviti Sumber Manusia (KPSM) serta mewujudkan Deskripsi Tugas (Job Description) yang seragam bagi tujuan naziran perjawatan merangkumi jawatan Pentadbir Akademik di Fakulti.

PTj/PBU: Pejabat Pendaftar

Keusahawanan Sosial Bersama Orang Diselia (ODS)

Program kerjasama CREATE dan Penjara Dusun Dato’ Murad, Melaka ini melibatkan 25 ODS. Program keusahawanan sosial yang dinamakan Barista & Society Entrepreneurship Training with University Students (BARISTART).

Melalui program ini, ODS diajar berkaitan penghasilan sabun dengan menggunakan hampas kopi yang berpotensi untuk dikomersilkan.

Program ini secara tidak langsung menyokong SDG 4 – Pendidikan Berkualiti, SDG 8 – Pekerjaan Baik dan Kemajuan Ekonomi serta SDG 17 – Rakan Kerjas

PTj/PBU: Pusat Pembangunan Perusahaan Dan Teknousahawan (CREATE)

Bengkel Anugerah Pentadbir Siri 2

Membangunkan Kriteria Anugerah Pentadbir serta memuktamadkan kategori anugerah, kriteria penganugerahan, cadangan hadiah, barisan panel penilai serta rubrik pencalonan.

PTj/PBU: Pejabat Pendaftar

Kursus Interviewing Skills For Auditors

Berkomunikasi dan berinteraksi dengan auditi yang berbeza tingkah laku merupakan satu tugas yang mencabar dalam aktiviti pengauditan. Matlamat temu bual audit adalah untuk mendapatkan pengetahuan dan maklumat yang relevan. Ia harus dilakukan dengan cara yang profesional dalam jangka masa yang singkat untuk mencapai matlamat. Ia merangkumi strategi temu bual, tingkah laku psikologi, kemahiran menyoal, bahasa tubuh dan pengendalian orang yang ditemubual.

PTj/PBU: Pejabat Pendaftar

Program UTeM Terbilang 2.0 (Ikrar Aku Janji Dan Orientasi Staf Baharu)

  1. Berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman berkaitan sistem tadbir urus kerajaan selain peranan dan tanggungjawab sebagai penjawat awam.
  2. Memupuk rasa kepunyaan dan kebersamaan antara staf dan universiti selain mengukuhkan silaturahim kekeluargaan sesama rakan sekerja dalam organisasi.
  3. 3.melahirkan kakitangan yang berilmu, bersahsiah murni, kompeten dan mampu berdaya saing di pelbagai peringkat.
PTj/PBU: Pejabat Pendaftar

Kursus Pemantapan Imej Profesional Pemandu

Meningkatkan pengetahuan peserta tentang kemahiran keselamatan dan prosedur dalam menghadapi pelbagai situasi. Selain itu, peserta dapat memahami dan mengaplikasikan tanggungjawab pemandu dalam menyantuni VIP.

PTj/PBU: Pejabat Pendaftar

Kursus Pra Persaraan "Menghitung Hari…Dah Sedia Nak Pencen Ke…?"

Memberi pendedahan dan berkongsi pengetahuan kepada bakal pesara berkaitan persediaan sebelum bersara yang merangkumi aspek kesihatan dan emosi. Selain itu, kursus ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan kesedaran dalam pengurusan kewangan yang bijak termasuk penarikan, penahanan serta pengurangan pemberian pencen dan ganjaran yang boleh dibuat oleh majikan atas sebab – sebab tertentu. Peserta juga didedahkan kepada kemudahan serta bantuan yang boleh diperolehi oleh bakal pesara.

PTj/PBU: Pejabat Pendaftar

Lawatan Dari Universitas Sebelas Maret (UNS)

FTKM menerima kunjungan dari delegasi Universitas Sebelas Maret (UNS) yang diketuai oleh Timbalan Rektor Riset dan Inovasi, Prof Dr. Kunchoro Diharjo dan Ir. Rochmadi. Sesi ini membincangkan peluang mobiliti berkredit dan penyelidikan diantara kedua-dua pihak.MOU UTeM dan UNS telah berjaya dimetrai semula pada awal 2024 dan kini, kerjasama UTeM & UNS telah menginjak tahun ke 11.Antara aktiviti yang masih kekal sehingga kini ialah penganjuran persidangan antarabangsa dan penulisan artikel bersama.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)

Pameran Malaysia Commercialisation Year (MCY) 2024

Sesi pameran ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan dan berkongsi maklumat berkaitan proses inovasi serta pengkomersilan teknologi yang dilaksanakan di UTeM. Pada MCY 2014 kali ini, penyertaan terdiri daripada MOSTI, agensi dan anak syarikat MOSTi, pihak industri dan komuniti. Terdapat beberapa syarikat yang berminat dengan produk dan teknologi dari UTeM untuk kerjasama pengkomersilan.

PTj/PBU: Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka

Taklimat Pengurusan Projek Perundingan Siri 2/2024

Sesi taklimat ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan dan berkongsi maklumat berkaitan proses kerja serta pengurusan projek perundingan yang dilaksanakan di UTeM.

PTj/PBU: Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka

Klinik Pemfailan Paten

Bengkel ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran kepada penyelidik mengenai teknik carian paten serta panduan pengisian borang permohonan paten.

PTj/PBU: Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka

Program OSH Xplorace Sempena Minggu OSH UTeM 2024

Program ini dianjurkan bersempena Minggu OSH melibatkan semua staf PPP bertujuan memupuk kesedaran berkaitan keselamatan, kesihatan dan persekitaran pekerjaan. Dalam program ini peserta diberi kumpulan dan tugasan berbentuk ujian pengetahuan berkaitan OSH dan amalan hijau, kecergasan fizikal dan eksplorasi dalam kawasan kampus secara berkumpulan.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Webinar Pengurusan Bahan Kimia

Ceramah ini diadakan bersempena Minggu OSH 2024 yang disampaikan oleh  Pn. Norfaizah binti Suhaimi, Pegawai Sains dari Jabatan Kimia Malaysia, Negeri Melaka. Peserta didedahkan tentang pengurusan bahan kimia, tanggungjawab dan risiko penggunaan bahan kimia.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Webinar Kesihatan Mental Di Tempat Kerja

Ceramah ini diadakan bersempena Minggu OSH 2024 yang disampaikan oleh Pegawai Psikologi di Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah. Kesihatan mental di tempat kerja merangkumi kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial. Menurut WHO, kesihatan mental adalah keadaan kesejahteraan di mana individu menyedari keupayaannya sendiri, dapat mengatasi tekanan normal. Peserta didedahkan tentang penilaian risiko, tanda-tanda mengenalpasti masalah dan cara mengatasi pengendalian stress di tempat kerja.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

OSH Awareness: Perkongsian Bekerja Di Ruang Terkurung

Perkongsian maklumat ini disampaikan oleh Orang Yang Kompeten  dalam Bidang Ruang Terkurung, Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan  (AGTES) iaitu Penolong Jurutera dari Pejabat Pengurusan Fasiliti.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

OSH Awareness: Perkongsian Bekerja Di Tempat Tinggi

Perkongsian ini disampaikan oleh Orang Yang Kompeten  dalam Bidang Scaffolding (Level 3) iaitu Penolong Jurutera dari Pejabat Pengurusan Pembangunan.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

OSH Awareness: Pindaan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Ceramah berkaitan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disampaikan oleh Ketua Seksyen Pemeriksaan Statutori.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

OSH Awareness: Pengurusan Keselamatan Kebakaran

Ceramah berkaitan pengurusan keselamatan kebakaran di dalam bangunan. Kursus ini disampaikan oleh Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Melaka. Peserta diberi pendedahan  tentang punca yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran, cara mencegah berlaku kebakaran serta tindakan yang boleh dilakukan apabila berlaku kebakaran. Setiap penghuni bangunan perlu berusaha mengesan dan memadam kebakaran di peringkat awal untuk mengelakkan berlakunya kemalangan jiwa.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Majlis Menandatangani MoU antara UTeM dan MEP Enviro Technology Sdn. Bhd.

Majlis Menandatangani MOU antara UTeM dan MEP Enviro Technology SB telah disaksikan oleh Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak. Kerjasama ini bertujuan bagi meneroka dan mengembangkan model perniagaan baharu melalui pengurusan sisa elektronik (e-waste) dan plastik dengan fokus kepada tiga aspek utama. Pertama, pengurusan aktiviti kitar semula e-waste. Kedua, pembangunan produk atau model perniagaan baharu dan ketiga penyediaan konsultasi dan latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Industri Dan Pembuatan (FTKIP)

Bengkel Prosedur Kerja Selamat Sempena Minggu OSH UTeM 2024

Bengkel ini disampaikan oleh En. Ainuddin bin Abu Kasim, Pengarah Pejabat Pengurusan Fasiliti. Bengkel ini menggalakkan penyertaan dan kerjasama di antara majikan dan pekerja untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melalui JKKP di setiap pejabat. Menyediakan forum komunikasi 2 (dua) hala antara majikan dan pekerja dalam perkembangan dan penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Program Sihat Cergas : Senamrobik Sempena Minggu OSH UTeM 2024

OSH WEEK tahun 2024 menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk pengisian aktiviti kecergasan. Aktiviti senamrobik ini merupakan antara inisiatif untuk membudayakan gaya hidup sihat dan selamat dalam kalangan Keluarga UTeM.
Selamat dan Sihat untuk Semua, Keluarga UTeM Bersama.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Secangkir Kopi Bersama Ketua Pegawai Operasi

1. Sebagai platform bagi YBrs. Ketua Pegawai Operasi untuk menyampaikan segala informasi berkaitan hala tuju, perkembangan terkini dan hasrat kepada Kumpulan Pelaksana / Pentadbir.
2. Mewujudkan hubungan silaturahim dan merapatkan ukhuwah dan penyampaian maklumat antara YBrs. Ketua Pegawai Operasi dan staf
3. Perkongsian ilmu dan pengurusan kerja yang berhemah untuk keberkatan dalam rezeki yang diperolehi.

PTj/PBU: Pejabat Pendaftar

Pemeriksaan Ulangan Jentera Yang Dilaksanakan Oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Melaka

Pemeriksaan ulangan jentera merupakan perkara yang penting untuk memastikan jentera beroperasi dengan selamat dan mematuhi peraturan. Pemeriksaan Ulangan Jentera bertujuan memperbaharui Sijil Perakuan Kelayakan (CF): bertujuan memastikan jentera yang telah tamat tempoh memperoleh semula Sijil Perakuan Kelayakan (CF) atau Sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Ini penting kerana jentera yang memerlukan CF, seperti mesin angkat dan mesin pengandung tekanan tak berapi.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Buku terbitan dari Penerbit UTeM kini di Books Kinokuniya Malaysia!

Buku terbitan dari Penerbit UTeM kini di Books Kinokuniya Malaysia! Penerbit UTeM bukan sekadar menerbitkan sahaja. Setiap karya yang diterbitkan akan kami angkat nilai kesarjanaannya ke seluruh pelosok dunia. Misi Penerbit UTeM #bukuutemdimana2 akan memberikan akses kepada pembaca, menyebarluaskan ilmu pengetahuan dan seterusnya meningkatkan keternampakan UTeM walau di mana sahaja.

PTj/PBU: Penerbit Universiti

Majlis Jamuan Makan Tengahari & Sambutan Hari Jadi Team Penerbit UTeM

Majlis Jamuan Makan Tengahari & Sambutan Hari Jadi Team Penerbit UTeM bertujuan meraikan beberapa kejayaan staf Penerbit Universiti dan
meraikan hari jadi staf.

PTj/PBU: Penerbit Universiti

Perkhidmatan Berkala Kawalan Makhluk Perosak pada Bangunan di Sekitar Kampus Induk, UTeM

Kerja-kerja kawalan makhluk perosak adalah tindakan pencegahan untuk semua jenis maklhluk perosak dalam bangunan dan sekitarnya. Perkhidmatan ini juga dapat membantu memberikan manfaat kepada penduduk setempat dan seterusnya menyokong SDG 8 – Decent Work & Economic Growth.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Fasiliti

Kerja-Kerja Membaik Pulih Bangku Taman di Sekitar Kampus Induk UTeM

Kerja membaik pulih bangku taman ini dapat memberi peluang pekerjaan secara tidak langsung membantu pertumbuhan ekonomi penduduk tempatan. Aktiviyti ini membantu didalam penambahbaikan fasiliti dan infrastruktur universiti dan ianya juga menggalakkan gaya hidup sihat. Aktiviti ini menyokokng SDG 3 – Good Health, SDG 8 – Decent Work & Economic Growth dan SDG 9 – Industry, Innovation & Infrastructure

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Fasiliti

Kursus TOT Awareness Training: Environment, Social & Governance (ESG) 2024

Kursus ini ditawarkan kepada 50 orang terawal yang merupakan Penyelaras SDG di setiap PTj.  Peserta diajar bagaimana nak mengira CO2 yang dikeluarkan oleh seorang dan menyumbang terhadap pembaziran tenaga yang ada.

PTj/PBU: Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi)

Program Profile U 2024

Tujuan program ini adalah untuk memberikan pendedahan kerjaya kepada pelajar dan meningkatkan kebolehpasaran graduan UTeM tahun 2024.

PTj/PBU: Pusat Alumni, Kerjaya & Kebolehpasaran (U-ACE)

Jom Bekerja Sambil Belajar (JBSB) Kumpulan 1

Program kerjasama antara CREATE dan PKT Logistics Group Sdn Bhd ini bertujuan untuk memberikan pengalaman bekerja di industri serta menjana pendapatan tambahan kepada pelajar khususnya dalam kalangan B40.

Program JBSB Kumpulan 1 ini terdiri daripada 20 orang pelajar dari pelbagai fakulti. Program ini dijalankan selama hampir sebulan bertempat di The Ship Campus, Batu Kawan, Pulau Pinang.

PTj/PBU: Pusat Pembangunan Perusahaan Dan Teknousahawan (CREATE)

Program Produk "Pitching"

Bagi penilaian permohonan Geran PJP Pengkomersilan Prototaip Siri 1/2024 serta memfokuskan ke arah pengkomersilan teknologi.

PTj/PBU: Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka

Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2024

1. Menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan kepada semua staf UteM.
2. Kempen kibarkan Jalur Gemilang kepada semua warga UteM.
3. Menyampaikan amanat pengurusan tertinggi UteM berkaitan dengan menyemarakkan lagi semangat Jiwa Merdeka.

PTj/PBU: Pusat Hubungan Strategik Korporat & Global (UGLOBE)

Lawatan Pro Canselor Ke Kompleks Penyelidikan & Inovasi

1. Menyantuni kunjungan hormat oleh YBhg Tan Sri Abdul Rashid Hussain yang telah dilantik sebagai Pro- Canselor UTeM yang baharu berkuatkuasa 1 Mei 2024.
2. Memperkenalkan kampus UTeM kepada Pro Canselor baharu.
3. Memberi pendedahan kepakaran penyelidik-penyelidik daripada UTeM kepada Pro Canselor baharu.

PTj/PBU: Pusat Hubungan Strategik Korporat & Global (UGLOBE)

Program National Industrial Career EXPO 2.0 @ UTeM 2024

Program Karnival Kerjaya ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan peluang kerjaya kepada graduan UTeM yang mencari pekerjaan dan Justeru meningkatkan kebolehpasaran graduan UTeM.

PTj/PBU: Pusat Alumni, Kerjaya & Kebolehpasaran

Program "Innovation Pitching" - Tips to Win A Gold Medal

Program ini diadakan bertujuan untuk membantu penyelidik mempertingkat ilmu persidangan inovasi, membuat persediaan menyertai pertandingan inovasi dan teknik memenangi pingat yang akan dipertandingkan dan seterusnya mempertingkat kualiti inovasi penyelidik dan universiti.

PTj/PBU: Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-MELAKA

Program Latihan Kebakaran di Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan (FPTT), Kampus Teknologi UTeM.

Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan kerjasama JK Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PTJ di FPTT telah mengadakan Latihan kebakaran dengan kerjasama pihak Bomba.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)

Publisher Talk : “Harnessing Existing Dissertations & Theses To Expand The Discovery Of Literature Reviews And Unlocking Your Research Potential For Wider Impact”

Webinar ini bertujuan untuk menyokong penyelidik untuk memanfaatkan disertasi dan tesis sedia ada untuk meningkatkan dan mempercepatkan penyelidikan

PTj/PBU: Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)

Turnitin Training For UTeM Lecturers

Program ini membimbing dan membantu pensyarah mentakrifkan plagiarisme dan menentukan perbezaan antara plagiarisme dan persamaan teks. Selain itu mengiktiraf padanan persamaan yang dijangkakan dan faktor-faktor yang meningkatkan jangkaan persamaan dalam laporan/projek pelajar.

PTj/PBU: Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)

Menyertai Program Promosi Job Market Fair & Malaysia Education Fair Di Kuala Lumpur Convention Centre

Sekolah Pengajian Siswazah telah menyertai Program Promosi Job Market Fair & Malaysia Education Fair sebagai platform untuk menyebarluaskan program akademik yang ditawarkan di UTeM selain dapat meningkatkan penjanaan pendapatan Universiti.

PTj/PBU: Sekolah Pengajian Siswazah

Webinar "Penulisan Jurnal : Kuasai AI Untuk Penulisan Ilmiah Anda"

Meningkatkan kebolehan dan menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi terkini adalah langkah penting bagi setiap penulis yang mempunyai cita-cita untuk meningkatkan kualiti dan impak karya penulisan.

PTj/PBU: Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)

Global Community Services & Knowledge Sharing Transfer Programme IPTK-UPNVY-RICE bersama Komuniti Usahawan Melaka

Program ini merupakan kerjasama pintar di antara IPTK-RICE dan UPNVY daripada Indonesia. Antara objektifnya adalah; 1. Memindahkan dan berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman Indonesia dalam pengurusan pemasaran digital dan industri halal kepada komuniti usahawan di negeri Melaka.  2. Melaksanakan satu aktiviti bersama antara IPTK dan FEB UPNV yang meningkatkan lagi hubungan kerjasama di peringkat antarabangsa.  3. Menjalankan kerjasama dalam bidang khidmat komuniti dengan rakan kolaborasi antarabangsa iaitu UPNVY.  4. Meningkatkan visibiliti dan mempromosikan UTeM di kalangan masyarakat setempat.  5. Melibatkan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi mengukuhkan lagi hubungan dengan Kerajaan Negeri Melaka.

Program ini disertai oleh Pelajar (bakal usahawan) program BTEC, FPTT (30), Pensyarah IPTK & RICE (15) dan Pensyarah FEB, UPNVY (13)

PTj/PBU: Institut Pengurusan Teknologi Dan Keusahawanan (IPTK)

Majlis Menandatangani Dokumen MoA Di Antara UTeM Dan  Megatrex Plastic Industries

MoA melibatkan UTeM dan Syarikat Megatrax Plastic Industries adalah berkaitan kajian pembentukan protokol bahan buangan elektrik dan elektronik untuk tujuan perdagangan antarabangsa.

Majlis disaksikan oleh YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin (Naib Canselor) dan YBhg. Prof. Ir. Dr. Hambali bin Ariff (Dekan FTKIP) telah mewakili UTeM manakala Dato Lim Kah Chuan (Pengarah Urusan) dan Datuk Ayub bin Rahmat (CEO Johor) telah mewakili pihak industri.

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Industri Dan Kejuruteraan Pembuatan (FTKIP)

Majlis Penutupan Program Pentauliahan Profesional Dalam Kimpalan 3G, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Program ini merupakan program perundingan bertujuan untuk merangka  program latihan teknikal dan vokasional yang sesuai memenuhi keperluan dan berimpak kepada negara. Peserta latihan merupakan staf Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti, KPT iaitu seramai 10 peserta. Latihan telah dilaksanakan selama 95 hari bermula sejak Disember 2023 dan berakhir pada 14 Mac 2024. 

PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Industri Dan Kejuruteraan Pembuatan (FTKIP)

Program Global Outsourcing Talent (Got) Dengan Kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Program kerjasama antara CREATE & MDEC ini merupakan latihan intensif (bootcamp) untuk melengkapkan peserta dengan kemahiran untuk menjadi freelancer digital yang kompetitif. Program yang dirancang ini juga dijangka akan menyediakan peluang pekerjaan secara freelancing dan juga Gig Economy dalam pasaran digital. 

PTj/PBU: Pusat Pembangunan Perusahaan Dan Teknousahawanan (CREATE), HEPA

Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh oleh MQA di FPTT dan beberapa fasiliti di UTeM Kampus Induk

Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh oleh MQA adalah bertujuan untuk menilai kualiti program akademik yang ditawarkan sama ada mematuhi syarat dan standard yang telah ditetapkan oleh MQA dan memastikan program mendapat pengiktirafan dari MQA bagi menjamin kualiti pendidikan dan kebolehpasaran pelajar/graduan

PTj/PBU: Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko

Program Duta TVET UTeM @Bukit Katil: Program E-Dagang

Program ini adalah salah satu usaha dari Duta TVET UTeM untuk membangunkan kualiti hidup masyarakat dengan program “Knowledge Transfer Program” berdasarkan E-Dagang. Peserta diajar untuk membuat perniagaan menggunakan Online seperti Shopee, Instagram dan Tiktok. Program ini dibuat di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh

PTj/PBU: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

Karnival Kerjaya National Industrial Career Expo (NICE@UTeM) Bersempena Program TVET Place & Train UTeM@KPT

Program ini merupakan satu inisiatif untuk memberi peluang kepada pelajar, khususnya pelajar tahun akhir yang akan menamatkan pengajian untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan meneruskan kerjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Di samping itu, program ini juga dapat memberi manfaat kepada para pelajar yang akan menjalani latihan industri atau dalam usaha mendapatkan penempatan latihan industri

PTj/PBU: Pusat Alumni, Kerjaya & Kebolehpasaran (U-ACE)

Kerjasama bersama Perbadanan Kota Buku (PKB)

Program yang melibatkan kolaborasi bersama pihak luar mampu memberi banyak manfaat kepada Penerbit UTeM seperti berkongsi kepakaran, meningkatkan jualan dan sebagainya

PTj/PBU: Penerbit Universiti

Kursus Pensijilan Profesional "Lean Six Sigma (Yellow Belt)" di FPTT

Kursus ini diadakan bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan FPTT. Ia disasarkan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pengurusan Rantaian Bekalan dan Logistik) (BTMS, FPTT). Pendedahan berkenaan “Lean Six Sigma” oleh pelatih diiktiraf dapat memberi pemahaman kepada pelajar tentang teknik mengenalpasti cabaran, penambahbaikan dan penyelesaian masalah projek dan operasi syarikat.

PTj/PBU: Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan

Program Bersama Melakar Mimpi, Bicara Usahawan Kopi

Program ini merupakan kerjasama di antara CREATE, HEPA dan He & She Coffee. Program ini bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan industri minuman berasaskan kopi dan peluang menjana pendapatan dan bekerja di kampus (job on campus) melalui program Learn & Earn.

PTj/PBU: Pusat Pembangunan Perusahaan & Teknousahawanan

TVET Place & Train UTeM@KPT

Program bersepadu ini melibatkan empat (4) pelantar utama tersebut dilaksanakan selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu Negara 2030 (NIMP2030). Empat platform utama iaitu JELITA UTeM@KPT; UTeM-Industrial Playground; Industry-MTUN Cybersecurity Consortium; dan National Industrial Career Expo (NICE@UTeM), UTeM mensasarkan sekitar 30,000 tenaga kerja mahir dalam bidang TVET dapat dilahirkan kelak. Malah, 'TVET PLACE & TRAIN UTeM@KPT' akan turut menyumbang kepada peningkatkan kebolehpasaran graduan (GE) bergaji premium di samping membantu komuniti dan negara secara keseluruhannya dalam menangani masalah pengangguran serta menyuntik pertumbuhan ekonomi mampan negara.

PTj/PBU: Pejabat Hubungan Strategik Korporat & Global

Best Technical Report for January 2024

Mengiktiraf laporan teknikal terbaik yang dihasilkan oleh pembantu penyelidik bagi bulan Januari 2024. Penghargaan ini pertama kali diperkenalkan bertujuan untuk mendidik RA menulis laporan teknikal yang berkualiti serta mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

PTj/PBU: Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi

Kerja Pembaikan Sistem Saluran Air Kumbahan di Tapak Parkir Berpusat Kampus Induk

Membantu didalam pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur didalam Kampus Induk serta meningkatkan kualiti program sanitasi & amalan kebersihan persekitaran yang baik.

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Fasiliti

Klinik Kaunseling Siri 2

Matlamat utama Klinik Kaunselingini dianjurkan adalah bagi memperkenalkan perkhidmatan kaunseling di Kampus Teknologi dan seterusnya memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali kepentingan program bimbingan dan kaunseling ini. Sasaran pelajar yang berada di Kampus Teknologi UTeM.

PTj/PBU: Pusat Alumni, Kerjaya & Kebolehpasaran

Bengkel Kerjaya : Program MYFutureJobs Career Launchpad@UTeM MELAKA anjuran bersama Career Path Club dan PERKESO

Program ini merupakan satu inisiatif untuk memberi peluang kepada pelajar, khususnya pelajar tahun 3 program kejuruteraan yang akan menjalani latihan industri dan menamatkan pengajian untuk mendapatkan peluang pekerjaan serta meneruskan kerjaya dalam bidang yang mereka ceburi.

PTj/PBU: Pusat Alumni, Kerjaya & Kebolehpasaran

Temuduga Kerjaya: Program Career Launchpad (CLP)@UTEM MELAKA 2024

Program ini dihadiri seramai 5 majikan yang menjalankan temuduga secara terus kepada para pelajar dan pengunjung, sebanyak 55 orang yang hadir. 26 yang berjaya, 12 lepas temuduga pertama dan 17 gagal. Program ini telah dijalankan di Bilik Auditorium FTKIP. 

PTj/PBU: Pusat Alumni, Kerjaya & Kebolehpasaran

Perkhidmatan Pembersihan dan Pencucian Bangunan Serta Lain-Lain Perkhidmatan Berkaitan di Keseluruhan Bangunan Kampus Induk UTeM

Penyelenggaraan dan pembersihan kemudahan awam dan memberikan peluang pekerjaan secara tidak langsung membantu pertumbuhan ekonomi di peringkat tempatan

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Fasiliti

Kerja-Kerja Naiktaraf dan Penggantian Pengokol bagi Sistem Hawa Dingin Berpusat dan Peralatan Lain yang Berkaitan di Kampus Induk, UTeM

Kerja-kerja naiktaraf dan penggantian pengokol bagi sistem hawa dingin berpusat ini dapat meningkatkan kerjasama dengan syarikat tempatan dan industri tempatan serta memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Selain itu ia menggalakkan penggunaan tenaga berhemah

PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Fasiliti

Program Digital Enterpreneurship Asnaf (DEA)

Program kerjasama antara CREATE, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Sinergi Ilmu Resources serta ditaja oleh Maybank Islamic Berhad ini melibatkan wanita, muallaf dan para pelajar universiti dengan mendedahkan teknik perniagaan secara praktikal tanpa modal, tidak perlu menguruskan stok/premis dan dibimbing selama 9 bulan.

PTj/PBU: Pusat Pembangunan Perusahaan Dan Teknousahawanan (Create), HEPA

Program Venture Fest FTKEK

Program kerjasama antara CREATE & Persatuan Pelajar Fakulti Teknologi & Kejuruteraan Elektronik & Komputer (TELeCSA) ini merupakan sebuah aktiviti yang berfokuskan pembinaan ilmu-ilmu berkaitan keusahawanan.

PTj/PBU: Pusat Pembangunan Perusahaan Dan Teknousahawanan (Create), HEPA

Program FPTT Fest 2024

Program kerjasama antara CREATE, Jawatankuasa OSHA FPTT, Kelab Technology Management Association (TEMAN) dan Jawatankuasa Pomosi FPTT ini  menerapkan pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar FPTT. Program ini turut dirangka dengan pelbagai aktiviti yang berupaya mengeratkan lagi hubungan para pelajar di FPTT.

FPTT FEST 2024 ini turut bertujuan dalam menyambut ulang tahun FPTT yang ke 15 pada 2024. Sebelum ini program FPTT FEST dikenali sebagai 'GEGAU FPTT'.

PTj/PBU: Pusat Pembangunan Perusahaan Dan Teknousahawanan (Create), HEPA

Program Kursus Transformasi Gerakan Koperasi IPT & Belia

Program kerjasama antara CREATE & Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) ini bertujuan memberikan kefahaman falsafah penubuhan dan jati diri yang perlu ada bagi barisan kepimpinan serta anggota koperasi yang bakal menerajui Koperasi Siswa UTeM Berhad (Kosiswa UTeM).

PTj/PBU: Pusat Pembangunan Perusahaan Dan Teknousahawanan (Create), HEPA

Program Kembara Usahawan Halal @ Halal Hub Melaka

Program ini merupakan pendedahan kepada peserta mengenai ilmu baru dalam penyediaan makanan halal, prosedur mendapatkan pengiktirafan halal dan teknologi penghasilan makanan halal yang berkualiti.

PTj/PBU: Pusat Pembangunan Perusahaan Dan Teknousahawanan (Create), HEPA

Program Kejurulatihan dan Bimbingan Digitalisasi Perniagaan @FPTT

Program Kejurulatihan dan Bimbingan Digitalisasi Perniagaan kepada Usahawan Wanita Komuniti Desa dan Usahawan Desa Ibu Tunggal di Pusat Komuniti Desa (PKD) berserta Guru dan Pelatih di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPKD) di bawah program Service Learning Malaysia-University For Society (SULAM) @ Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT) UTeM.

Program SULAM ini dianjurkan di bawah kursus Keusahawanan Sosial (Kod kursus: BTMT3383) bagi pelajar Tahun 3, Sarjana Muda Teknousahawanan (BTEC) bermula daripada 20 Mei 2024 hingga 9 Jun 2024 (Tempoh Pengkuliahan Tiga (3) Minggu).

Guru dan Pelatih Orang Kelainan Upaya (OKU) PPDK diberikan latihan dan bimbangan digitalisasi pemasaran dan perniagaan dengan PPDK menyediakan peserta dan tempat berkursus. Untuk usahawan wanita desa dan ibu tunggal PKD, pihak FPTT menyediakan pelajar BTMT3383 seramai 43 orang sebagai peserta dan 10 orang usahawan terlibat.

PTj/PBU: Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan (FPTT)

Program Mobiliti Pelajar (Inbound) Tidak Berkredit dari Politeknik Negeri Batam (POLIBATAM) Indonesia ke FPTT, UTeM

Program Mobiliti Pelajar Inbound tanpa kredit secara bersemuka yang melibatkan ENAM (6) pelajar mobiliti inbound tanpa kredit antara Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT), UTeM dengan Fakultas Ekonomi Dan Bisnis (FEB), Universitas Ahmad Dahlan (UAD) Yogyakarta, Indonesia bagi Semester II Sesi 2023/2024 yang bermula 10 Jun 2024 hingga 23 Jun 2024.

Program Mobiliti Pelajar Inbound Berkredit secara bersemuka yang melibatkan tujuh (7) orang pelajar mobiliti inbound dari Fakultas Bisnis dan Ekonomi, UAJY ke Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan, UTeM bagi Semester 2 Sesi 2023/2024 yang dijadual bermula pada 12 Mac 2024 hingga 15 Julai 2024

PTj/PBU: Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan (FPTT)

Program Outreach Pemasaran Bersama Komuniti Orang Asli Kuala Kubu Baharu, Selangor

Program kolaborasi FPTT dan RICE di mana seramai 50 komuniti orang asli di Kuala Kubu Baharu mempelajari ilmu pemasaran daripada 4 orang pelajar dari Kelab TeMAN

Sepanjang program diadakan, para pelajar berkongsi ilmu pemasaran kepada komuniti orang asli ini yang rata-ratanya adalah merupakan surirumah dan golongan belia yang mempunyai perniagaan kecil kecilan. 

Melalui program ini, pelajar diberi pendedahan khas kepada komuniti dan menyumbang terus kepada golongan setempat. Perbezaan latarbelakang diri dan budaya bukan penghalang untuk universiti dan komuniti terus bekerjasama dan saling bantu membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.

PTj/PBU: Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan (FPTT)

Penceramah Kursus Pengurusan Organisasi Majlis Perwakilan Pelajar UTeM Sesi 2023/2024 (Nurturing Leaders)

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pemahaman penuh kepada ahli Majlis Perwakilan Pelajar berkaitan perkara-perkara yang berikut :

  1. Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971
  2. Perlembagaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  3. Kaedah-Kaedah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009
  4. Peraturan & Tatatertib Kolej Kediaman Universiti Teknikal Malaysia Melaka
PTj/PBU: Pejabat Penasihat Undang-Undang

Fasilitator Bengkel Jom Capai KPI Geran Melalui IP

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pemahaman penuh kepada peserta bengkel berkaitan perkara-perkara yang berikut :

  1. Apakah itu harta intelek?
  2. Kepentingan output penyelidikan – harta intelek
  3. Kepentingan pemilikan harta intelek
  4. Proses sebenar pendaftaran harta intelek di UTeM
  5. Isu sebenar yang dihadapi oleh Universiti berkaitan harta intelek
  6. Cadangan penyelesaian bersesuaian bagi peserta yang menghadapi masalah serupa bersama-sama rakan kerjasama
PTj/PBU: Pejabat Penasihat Undang-Undang

Kerjasama bersama Perbadanan Kota Buku (PKB)

Kerjasama ini adalah susulan daripada perbincangan awal bersama dengan pihak PKB dalam lawatan ke Luar Negara 2023 bagi mengadakan kerjasama yang berkaitan pendigitalan dan perkongsian kepakaran UTeM dengan PKB.

PTj/PBU: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi)

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko
Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia


Tel: 06-270 4023    Faks: 06-270 1065    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

© UTeMSDG. All rights reserved.