SDG 9: Industri, Inovasi dan Infrastruktur
SDG 9 adalah usaha universiti untuk membina infrastruktur yang berdaya tahan, mempromosikan industri yang inklusif dan mampan serta mendorong inovasi. Universiti memainkan peranan dalam mencapai matlamat ini melalui pendidikan, penyelidikan dan kolaborasi dengan industri.
Ini termasuk menyediakan program akademik dan latihan yang berkaitan dengan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) untuk membangunkan kemahiran yang diperlukan bagi mencipta dan mengurus infrastruktur moden serta mempromosikan inovasi. Universiti juga boleh terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi baru yang menyokong industri mampan dan berdaya tahan.
Selain itu, universiti boleh bekerjasama dengan industri dan sektor swasta untuk memindahkan teknologi dan pengetahuan serta menyokong pengkomersialan inovasi melalui inkubator dan pusat inovasi.
Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG 9
Pameran Malaysia Commercialisation Year (MCY) 2024
Sesi pameran ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan dan berkongsi maklumat berkaitan proses inovasi serta pengkomersilan teknologi yang dilaksanakan di UTeM. Pada MCY 2014 kali ini, penyertaan terdiri daripada MOSTI, agensi dan anak syarikat MOSTi, pihak industri dan komuniti. Terdapat beberapa syarikat yang berminat dengan produk dan teknologi dari UTeM untuk kerjasama pengkomersilan.
Knowledge Transfer Program: Advancements In Wide Band Gap Semiconductors For Efficient Power Electronics
Peranti elektrik seperti BJTS, MOSFET, IGBT dan diod, yang diperbuat terutamanya daripada silikon, digunakan sebagai suis dalam kereta elektrik, perkakas rumah dan peralatan pembuatan. Walau bagaimanapun, kehilangan penukaran mengurangkan kecekapannya. Sumber voltan yang lebih tinggi boleh mengatasinya dengan mengurangkan aliran arus dan, akibatnya, kehilangan kuasa (P=I'R). Namun, peranti berasaskan silikon adalah terhad dalam aplikasi voltan tinggi. Bahan Jurang Jalur Lebar (WBG) seperti Silicon Carbide (SiC) dan Gallium Nitride (GaN) menawarkan penyelesaian, berpotensi merevolusikan kecekapan tenaga, mengurangkan kehilangan kuasa dan meningkatkan prestasi penukar kuasa. Kami akan meneroka merit, cabaran dan aplikasi peranti WBG dalam elektronik kuasa.
Bengkel Terbuka Sempena National Training Week 2024 (NTW 2024)
8 Program bersemuka dan hibrid telah dijalankan: pada minggu bersempena Minggu Latihan Kemahiran Kebangsaan yang telah berlangsung dari 24 Jun – 30 Jun 2024.
- Seminar Penulisan Artikel Jurnal Berimpak: Sesi Hands-On
- Basic Hydraulic Skills : Hands - On Session
- Design and Optimisation using ANSYS
- Predetermined Time Standards for Labor Productivity Measures
- CAD CAM for Machining
- Advanced Portable Oil Spill Skimmer : In the context of Innovation Competition
- Optimizing Manufacturing Systems using Anylogic Software
- 3D Additive Manufacturing
Bengkel & Jerayawara : CRIM Bersama Penyelidik Muda
Seramai 44 peserta yang terdiri daripada penyelidik muda iaitu yang berkhidmat di UTeM kurang dari 3 tahun telah dijemput untuk hadir ke bengkel ini. Pengisian bengkel ialah pengenalan kepada CRIM, permohonan dan pengurusan geran dan panduan pemilihan jurnal bagi tujuan penerbitan, panduan penggunaan AI untuk pembangunan research proposal dan sesi perkongsian oleh Ir. Ts. Dr. Lailatul Harina Paijan tentang kejayaan memperoleh geran PJP dan FRGS dalam tempoh 3 tahun berkhidmat.
Sesi Latihan Pengguna Sistem Maklumat Kewangan Bersepadu Versi 4.0 (SMKBv4.0) Kepada Wakil Pentadbir PTj
Pejabat Bendahari dengan kerjasama Pejabat Ketua Pegawai Digital (CDO) telah menaiktaraf SMKB kepada SMKBv4.0.SMKBv4.0 mula diguna pakai sepenuhnya oleh semua warga UTeM secara langsung (Go-Live) mulai 2 September 2024 (Isnin). Bagi memastikan kelancaran proses melibatkan pelaksanaan, Sesi Latihan Pengguna SMKBv4.0 kepada wakil Pentadbir PTj telah dilaksanakan.
Knowledge Sharing Transfer Program (KSTP) Route To Start-Up Series 5/2024 Webinar: Navigating Business Uncertainty Through Risk Management Strategies
This program is aimed to share UTeM’s expertise, knowledge and experience with the industry, community and UTeM’s citizens. Participants will receive a digital certificate of participation and CPD point (for UTeM staff)
Lawatan Rasmi UTeM Bersama Delegasi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka Ke Cape Town Di Afrika Selatan
Lawatan Rasmi ke Stellenbosch University, Madina Institute, University of Western Cape dan International Peace College South Africa:
1. Tandatangan LOI kolaborasi antarabangsa antara kedua pihak.
2. Perbincangan berkaitan geran padanan, kerjasama dalam bidang AR/VR, halal, pengkomersilan produk, penubuhan Kursi Teknikal, program latihan, penjaan biasiswa UTeM dll.
3. Madina Institute sebagai learning centre untuk UHE.
4. Lawatan ke Innovation hub.
Program Produk "Pitching"
Bagi penilaian permohonan Geran PJP Pengkomersilan Prototaip Siri 1/2024 serta memfokuskan ke arah pengkomersilan teknologi.
STEM Program di SK Lendu
Program bertujuan untuk menarik minat pelajar kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) khususnya teknologi robotik dan melahirkan generasi kreatif, invatif dan berkemahiran tinggi.
Kunjungan Hormat Dari China Education Online Dan Universiti-Universiti Dari China
Kunjung Hormat daripada delegasi Republik China diketuai oleh China Online Education and Chinese Universities bersama wakil daripada tujuh instistusi pendidikan tinggi China dan perbincangan berkenaan:
1. Program pertukaran pelajar (akademik dan budaya).
2. Penyelidikan khusus: pemuliharaan warisan budaya, kajian alam sekitar dan amalan pertanian moden.
3. Kerjasama penganjuran pameran pendidikan dan seminar akademik.
MRG Researchers Present At IEEE International Symposium on Antennas and Propagation
Two researchers from the Microwave Research Group (MRG) at Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Professor Dr. Zahriladha Zakaria and Ir. Dr. Noor Azwan Shairi, are attending this symposium.
Two technical/research papers from MRG are presented in this symposium. These papers are titled "Single Pole Double Throw Discrete Switch using Switchable Microstrip Line Resonators for Millimeter Wave in 26/28 GHz Band" and "A New Class of Microfluidic T-resonator Based on Blazed Grating for Sensing
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam (UA) Kali Ke-17 di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
1. Memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan kakitangan universiti awam;
2. Menyediakan platform bagi meningkatkan kebolehan dan keupayaan kakitangan universiti awam untuk berinovasi; dan
3. Mengiktiraf hasil projek KIK universiti awam.
Klinik Pemfailan Paten
Bengkel ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran kepada penyelidik mengenai teknik carian paten serta panduan pengisian borang permohonan paten.
Taklimat Pengurusan Projek Perundingan Siri 2/2024
Sesi taklimat ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan dan berkongsi maklumat berkaitan proses kerja serta pengurusan projek perundingan yang dilaksanakan di UTeM.
Program AI & Cybersecurity Untuk Rakyat
Program ini membuka peluang kepada peserta untuk meningkatkan diri serta memajukan diri melalui upskilling, reskilling, multiskilling dan future skilling melalui latihan TVET. Seramai 44 orang peserta telah menyertai program ini. Program ini adalah berbentuk pembelajaran kendiri secara dalam talian bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Dua pengisian utama program ini iaitu Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber.
Program "Innovation Pitching" - Tips to Win A Gold Medal
Program ini diadakan bertujuan untuk membantu penyelidik mempertingkat ilmu persidangan inovasi, membuat persediaan menyertai pertandingan inovasi dan teknik memenangi pingat yang akan dipertandingkan dan seterusnya mempertingkat kualiti inovasi penyelidik dan universiti.
Penerima Dana Program Komuniti @ UniMadani Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka
Staf FTKM iaitu En Mohammad Rafi dan Ts. Dr. Nurul Hanim telah berjaya menerima dana berjumlah RM50,000 dan RM35,000 melalui Program Komuniti @ UniMadani di bawah Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka. Encik Mohammad Rafi selaku Ketua Projek bagi projek bertajuk "Kaki Palsu Cetakan 3D, Pemberian Kaki Palsu Kepada Pesakit Yang Tidak Mencarum Di Bawah PERKESO" manakala Dr Nurul Hanim sebagai Ketua Projek bagi projek bertajuk "Minyak Masak Terpakai: Jangan Buang : Jana Pendapatan.
Penerima Geran Penyelidikan FRGS 2024 KPT
Dua orang staf FTKM iaitu Dr Juffrizal Karjanto dan Dr Nurul Amira telah berjaya menerima Geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi tahun 2024 berjumlah RM145,900 dan RM74,200 bagi domain "Technology and Engineering" dan "Pure and Applied Science". Diharap kejayaan ini menjadi satu pemangkin dan batu loncatan bagi staf yang lain dalam merancakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi di FTKM dan UTeM.
Kursus Awareness On Environmental, Social And Governance (ESG) (Training Of Trainer)
Memberikan pengetahuan dan keterampilan yang diperlukan untuk memahami dan menerapkan prinsip-prinsip esg dalam berbagai konteks organisasi dan industri. Esg adalah kerangka kerja yang digunakan untuk mengukur dan mengelola risiko serta peluang yang terkait dengan faktor-faktor alam sekitar, sosial, dan tadbir urus.
Bengkel Anugerah Pentadbir Siri 2
Membangunkan Kriteria Anugerah Pentadbir serta memuktamadkan kategori anugerah, kriteria penganugerahan, cadangan hadiah, barisan panel penilai serta rubrik pencalonan.
Demonstrasi Programmable Logic Controller (PLC) di Production House, Kilang Pengajaran UTeM
Pada 2 Ogos 2024, telah dilaksanakan sesi demonstrasi Programmable Logic Controller (PLC) bertempat di Production House, Kilang Pengajaran UTeM. Seorang bekas pelajar latihan industri di Kilang Pengajaran iaitu Ahmad Lutfi bin Noor Sham dari FTKEK telah dijemput untuk berkongsi pengalamannya membangunkan serta mengendalikan PLC tersebut kepada pelajar-pelajar latihan industri yang baharu.
Kejayaan Memperoleh Sijil Hak Cipta
Para penyelidik FTKM yang berikut telah berjaya memperoleh sijil hak cipta daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO):
- Ts. Dr. Nor Azazi Bin Ngatiman
- Dr. Noryani Binti Muhammad
- Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Afzanizam Bin Mohd Rosli
- Ir. Ts. Dr. Mohd Zaid Bin Akop
Penerima Geran PJP Pengkomersialan Prototaip
Tahniah diucapkan kepada Dr. Mizah Binti Ramli atas kejayaan sebagai penerima Geran PJP Pengkomersialan Prototaip yang bernilai RM20,000. Tajuk projek ialah "Flexitemp: Next-Gen Flexible Wearable for Real Time Body Temperature Tracking".
Akreditasi ISO 17025 Makmal Applied Mechanical Design (Makmal AMD)
Proses akreditasi ini melibatkan tiga peringkat pengauditan yang dikendalikan oleh Ts. Seri Banun Sujangi daripada MMC Engineering dan En. Hanon Nazir Mohd Basir daripada SIRIM. Selepas tiga peringkat audit, kesemua juruaudit telah berpuas hati dengan persediaan yang dilakukan oleh Makmal AMD dalam memenuhi keperluan yang telah ditetapkan oleh JSM. Skop yang telah dipilih oleh Makmal AMD adalah menguji kekuatan dan struktur besi yang banyak digunakan untuk keperluan industri berat di Malaysia.
Lawatan ke KEDIDI GLOBAL SDN. BHD.
Lawatan ini bertujuan bagi memperkukuhkan kerjasama dalam pembangunan kaki prostetik cetakan 3D untuk komuniti di negeri Melaka. Kerjasama strategik ini, yang menggabungkan teknologi universiti dan industri, diharapkan dapat merevolusikan aksesibiliti dan kualiti hidup komuniti melalui prostetik yang lebih mampu milik, sekaligus mewujudkan platform penting bagi pertukaran idea dan teknologi antara akademik dan industri demi manfaat golongan yang memerlukan.
Penerima Geran Penyelidikan Petronas-Academia Collaboration Dialogue (PACD) 2023
Dr. Nur Izyan Binti Zulkafli telah berjaya menerima Geran Penyelidikan Petronas-Academia Collaboration Dialogue (PACD) 2023. Tajuk projek ialah "Optimal Energy Prediction System Simulator for Compressor Network in Oil and Gas Facilities". Majlis Anugerah Geran Penyelidikan ini telah diadakan pada 19 Ogos 2024 di Kuala Lumpur Convention Centre. Sijil penerima geran telah disampaikan oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.
Pertandingan Digital Innovation Creativepreneur (DICE 2.0)
2 kumpulan mahasiswa UTeM daripada Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK) telah memenangi Anugerah Utama bagi kategori Permainan Digital dan kategori Filem Pendek.
Pertandingan DICE 2.0 ini merupakan pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama UniSZA.
Program ini secara tidak langsung menyokong SDG 4 – Pendidikan Berkualiti dan SDG 9 – Industri, Inovasi dan Infrastruktur
Kerja-Kerja Membaik Pulih Bangku Taman di Sekitar Kampus Induk UTeM
Kerja membaik pulih bangku taman ini dapat memberi peluang pekerjaan secara tidak langsung membantu pertumbuhan ekonomi penduduk tempatan. Aktiviyti ini membantu didalam penambahbaikan fasiliti dan infrastruktur universiti dan ianya juga menggalakkan gaya hidup sihat. Aktiviti ini menyokokng SDG 3 – Good Health, SDG 8 – Decent Work & Economic Growth dan SDG 9 – Industry, Innovation & Infrastructure
International Innovative Research & Industrial Dialogue (iIRID) 2024. iIRID'2024
Program kolaborasi bersama industri ini merangkumi sesi persidangan secara dalam talian, pertandingan inovasi, dan pertandingan poster penyelidikan yang berjaya menghimpunkan sarjana, penyelidik, dan profesional industri dalam satu platform untuk bertukar-tukar idea dan pengetahuan.
Penyerahan Projek Bagi Kerja Naiktaraf Pusat Sukan Di Kampus Induk UTeM
Kerja-kerja naik taraf Pusat Sukan telah selesai dilaksanakan bagi menyediakan kemudahan fasiliti terbaik serta selamat untuk kegunaan staf dan pelajar terutamanya.
JomChat with Senior Vice President & Managing Director
Program pada sebelah petang iaitu program JomChat bersama Senior Vice President & Managing Director iaitu Mr. Eng Seng Meng daripada Infineon Technologies Sdn. Bhd. bersempena Infineon Week @ UTeM 2024. Program ini bertujuan mendapatkan maklumbalas secara terus dengan Mr. Eng Seng Meng tentang pengalaman mengendalikan salah satu syarikat yang terbesar di Malaysia serta dapat mengeratkan hubungan secara tidak langsung antara kedua-dua pihak.
FYP Innovation Competition (Decarbonization and Digitalization)
Program pada sebelah pagi telah menghimpunkan hampir 80 penyertaan pelajar UTeM bagi kategori poster dan prototaip dari pelbagai fakulti. Barisan juri profesional daripada pihak Infineon dan UTeM telah menyempurnakan tanggungjawab masing-masing dan pemenang-pemenang telah diumumkan pada sebelah petang. Program ini dapat mengeratkan hubungan secara tidak langsung antara kedua-dua pihak.
UTeM Perluas Kerjasama Penerbitan di Beijing
Penerbit UTeM telah menyertai Pesta Buku Antarabangsa Beijing (BIBF) 2024 yang berlangsung pada 19 hingga 23 Jun 2024 di Beijing, China.
Penyertaan buat julung-julung kalinya ini adalah bagi mempromosikan buku terbitan UTeM dan merebut peluang dalam kerjasama penerbitan buku ilmiah dan pelbagai bentuk kerjasama dua hala yang boleh dijayakan di antara Penerbit UTeM dengan penerbit dan universiti di Beijing.
Penerbit UTeM turut berkesempatan meluncurkan sebuah buku ilmiah terbaharu berjudul 'Tips and Tricks in Writing a Research Proposal' karya Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin dan Pensyarah Kanan UTeM, Dr. Cheong Kar Mee.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menjadi halaman buku dengan perhiasan pelita ilmu selama 10 hari bermula 24 Mei hingga 2 Jun 2024 bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-41.
Di sini merupakan platform Penerbit Universiti menjual semua buku-buku terbitan Penerbit UTeM serta meluaskan jaringan kerjasama bersama industri luar.
Bengkel Laman Web CoE dan RG
Bengkel ini akan melibatkan pentadbir-pentadbir RG dari setiap CoE agar setiap pentadbir RG mengambil maklum akan kepentingan memiliki laman web RG, mengemaskini dari semasa ke semasa menu laman sesawang masing-masing dengan maklumat dan informasi berkaitan penyelidikan serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Pembentangan akhir Integrated Design project pelajar Engineering Technology yang bertemakan "Dari universiti terus kepada masyarakat"
Pembentangan akhir Integrated Design project pelajar Engineering Technology yang bertemakan "Dari universiti terus kepada masyarakat". Project ini juga telah di bentangkan kepada panel industri En Muhammad Afandi Darwis merupakan Manager Product Engineering, VAVE, Cost Management and New Sales Development Panasonic Appliances Foundry Malaysia Sdn Bhd dan juga alumni FTKM. Pelajar juga dapat berkongsi pandangan dan boleh mengetahui apa keperluan industri yang perlukan masa kini.
Sesi Sembang Industri @ Ekspo Buku Malaysia
Sesi Sembang Industri @ Ekspo Buku Malaysia adalah sesi perkongsian kepakaran penyelidikan bidang akademik dan industri sebagai usaha mendidik masyarakat seterusnya mengeratkan hubungan UTeM dengan pihak industri. Program ini turut menyumbang kepada pengembangan industri dan inovasi.
Majlis Menandatangani MoU UTeM x Panorama Melaka Sdn.Bhd
Pihak UTeM telah menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Panorama Melaka Sdn.Bhd berkuatkuasa selama 5 tahun.
‘Bootcamp ROBOCON 2024’
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pelajar dalam aspek penyelidikan dan inovasi melalui pertandingan yang dianjurkan di peringkat fakulti.
Kunjungan Hormat FPTT Ke Wisma Audit Negeri Melaka
Kunjungan hormat Dekan FPTT ke Wisma Audit Negeri Melaka diadakan bagi berkongsi pandangan berkaitan dapatan Kajian Memperkasa Penglibatan Negeri Melaka dalam Industri Makanan Dalam dan Luar Negara sejajar dengan tema pengauditan prestasi keterjaminan makanan.
Sesi perkongsian “How to Win Industrial Matching Grant”
Taklimat ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada penyelidik bagaimana mendapatkan geran padanan industri.
Lawatan Teknikal daripada Kawasaki Heavy Industri (KHI) Aerospace System & IAC Manufacturing Sdn Bhd (Malaysia)
Lawatan ini merupakan susulan rasa kagum pihak Kawasaki Heavy Industries (KHI) Aerospace System (Jepun) dan IAC Manufacturing Sdn Bhd (Malaysia) terhadap program Pembangunan Bakat di mana pelajar dilengkapi dengan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran industri yang relevan melalui projek pembangunan mesin CNC Kesidang
Kursus ‘Industry Pitching: Excelling in Pitching Project Idea to an industry Partner’ Siri 1/2024
Program untuk memberi bimbingan latihan dan juga memantapkan lagi kemahiran penyelidik untuk menarik keyakinan industri terhadap idea projek penyelidikan
TVET Place & Train UTeM@KPT
Program bersepadu ini melibatkan empat (4) pelantar utama tersebut dilaksanakan selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu Negara 2030 (NIMP2030). Empat platform utama iaitu JELITA UTeM@KPT; UTeM-Industrial Playground; Industry-MTUN Cybersecurity Consortium; dan National Industrial Career Expo (NICE@UTeM), UTeM mensasarkan sekitar 30,000 tenaga kerja mahir dalam bidang TVET dapat dilahirkan kelak. Malah, 'TVET PLACE & TRAIN UTeM@KPT' akan turut menyumbang kepada peningkatkan kebolehpasaran graduan (GE) bergaji premium di samping membantu komuniti dan negara secara keseluruhannya dalam menangani masalah pengangguran serta menyuntik pertumbuhan ekonomi mampan negara.
Kerja Pembaikan Sistem Saluran Air Kumbahan di Tapak Parkir Berpusat Kampus Induk
Membantu didalam pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur didalam Kampus Induk serta meningkatkan kualiti program sanitasi & amalan kebersihan persekitaran yang baik.
Hari Inovasi FTKIP 2024
Program Hari Inovasi FTKIP 2024 ini diadakan bertujuan sebagai medium perkongsian ilmu sains, teknologi dan kejuruteraan dari projek Rekabentuk Bersepadu mahasiswa/i dan pengenalan ilmu teknologi dan kejuruteraan pembuatan buat para pelajar sekolah.
Innovative Competition Exhibition 2024 (ICE 2024) – Pameran Penyelidikan dan Inovasi bagi Pelajar Diploma, FTKE
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pelajar dalam aspek penyelidikan dan inovasi melalui pertandingan yang dianjurkan di peringkat fakulti.
Kunjungan delegasi UTeM ke Aeronerve, Bangi
Kunjungan ini bagi membincangkan hasrat kerjasama antara UTeM dan Aeronerve dalam penyelidikan dan pembangunan khususnya dalam ROS Aerial Robotics dan latihan kemahiran teknologi data dan tadbir urus data dron. Aeronerve Institute telah mendemonstrasikan keupayaan autonomi dan robotic operating system COEX Clover Edu Kit platform.
Pembentangan pengoperasian Teaching Factory Operating System (TFOS)
Pembentangan ini dilaksanakan untuk melihat pelaporan pengoerasian Teaching Factory Operating System (TFOS) oleh pelajar latihan industri di Kilang Pengajaran
Bengkel Dasar Industry Playground
Bengkel ini adalah bagi mengumpulkan input-input dari pihak-pihak berkaitan bagi menghasilkan dasar untuk menjadikan universiti ini sebagai tapak tumpuan atau ‘playground‘ pihak industri
Kolokium CARe Siri 3
Bengkel ini diadakan bagi mengenalpasti isu-isu berbangkit dalam CoE serta perkara-perkara yang boleh dikemaskini untuk pemantapan halatuju.
Kerja-Kerja Naiktaraf dan Penggantian Pengokol bagi Sistem Hawa Dingin Berpusat dan Peralatan Lain yang Berkaitan di Kampus Induk, UTeM
Kerja-kerja naiktaraf dan penggantian pengokol bagi sistem hawa dingin berpusat ini dapat meningkatkan kerjasama dengan syarikat tempatan dan industri tempatan serta memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Selain itu ia menggalakkan penggunaan tenaga berhemah
Penyelenggaraan Berkala Sistem Voltan Rendah Termasuk Pepasangan yang Berkaitan Secara tidak Komprehensif bagi temph 24 Bulan di Kampus Induk UTeM
Membantu didalam pembangunan atau penambahbaikan infrastruktur dalam komuniti Universiti
Webinar: Panduan Penerbitan & Persidangan
Taklimat ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada penyelidik bagaimana menerbitkan di jurnal berindeks dan di persidangan berindeks. Ia adalah bertujuan untuk memastikan pensyarah mengetahui bidang fokus fakulti, jenis jurnal dan jenis persidangan yang dibenarkan. Ia juga sebagai langkah mengukuhkan pencapaian MyRA.
Innovation and Technology Competition (INOTEK)
Innovation and Technology Competition (INOTEK) merupakan program setiap semester di FTKEK bagi mempertengahkan hasil inovasi pelajar. Pertandingan ini menampilkan para pelajar Sarjana Muda dan Diploma program kejuruteraan yang mengambil Projek Sarjana Muda (PSM) 2, Integrated Design Project (IDP) dan Projek Diploma. Pertandingan ini juga dilaksanakan di bawah tanggungjawab Persatuan Pelajar Fakulti iaitu TELeCSA.
PRICOL 2024
PRICOL 2024 telah diadakan pada 13 Jun 2024 sebagai wadah untuk para pelajar pascasiswazah membentangkan dan menulis artikel berkaitan dengan bidang atau hasil penyelidikan mereka. Seramai 29 pelajar pascasiswazah telah terlibat dalam kolokium ini yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).
Melalui ceramah tersebut, penceramah mendedahkan potensi untuk meningkatkan kolaborasi penyelidikan di samping peluang menceburi kerjaya di sana khasnya untuk golongan graduan kelak.
FTKIP Campus Open Day 2024
Objektif utama program “FTKIP Campus Open Day” adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tempatan tentang peluang pendidikan dalam bidang Teknikal dan Vokasional yang ditawarkan di FTKIP, memberi gambaran kepada peserta tentang peluang kerjaya selepas menamatkan program TVET di FTKIP, serta perkembangan terkini dalam industri berkaitan.
Lawatan Dan Ceramah Industri ke PROTON Tanjung Malim
Seramai 10 orang pensyarah pengiring dan 23 orang pelajar telah mengadakan Lawatan dan Ceramah Industri ke PROTON Tanjung Malim Plant di PROTON CITY, Perak. Mereka terdiri daripada pelajar Sarjana Muda Teknologi Kimpalan Tahun 2 yang mengambil kursus BMIK2124-Electrical Welding Equipment dan BMIK2114-Analisa Berbantu Komputer, Semester II Sesi 2023/2024.
Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar Sarjana Muda Teknologi Kimpalan Tahun 2 tentang perkembangan teknologi terkini proses kimpalan dalam industri pembuatan di Malaysia terutamanya dari PROTON. Program ini menyokong SDG 9.
Pertandingan Inovasi Rekabentuk Bagi Kursus Projek Rekabentuk Diploma Peringkat Fakulti & Program Infineon Week @ UTeM 2024
Penganjuran Infineon Week @ UTeM 2024 melibatkan kerjasama antara RICE dengan Fakulti, Pejabat Pendaftar UTeM, Pejabat Kesihatan UTeM dan Kelab Pelajar (SOCIETY OF MANUFACTURING ENGINEERS AND TECHNOLOGISTS (SMET) SESI 2023/2024) memperlihatkan pelbagai aktiviti iaitu perkongsian pengalaman industri, penyelidikan, ceramah kerjaya, pertandingan inovasi pelajar tahun akhir, aktiviti sosial seperti sukan dan penerapan program STEM.
Pertandingan produk inovasi ini merupakan platform untuk pelajar mengaplikasikan teori pembuatan yang dipelajari sepanjang pengajian bagi menghasilkan prototaip yang berfungsi. Pendekatan ini berupaya menambah pemahaman dan meningkatkan lagi kecemerlangan akademik dan kemahiran serta boleh membentuk pelajar yang kreatif dan inovatif selari dengan kehendak industri semasa.