Kelestarian Alam
6.1 Pengurusan Air
- Tasik Tadahan
UTeM mempunyai tiga (3) tasik tadahan air bagi pengaliran sumber air hujan yang terkumpul akan dialirkan ke dalam tiga tasik tadahan iaitu Tasik Gemilang, Tasik Cemerlang dan Tasik Terbilang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1.1 - 4.1.3. Bagi memastikan keselamatan air di tasik tadahan untuk sebarang aktiviti air, analisis makmal bagi bakteria Leptospira dilakukan secara berkala setiap tahun. Air pemuliharaan dari tasik UTeM akan dialirkan ke sungai apabila tasik mencapai kapasiti air maksimumnya. - Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)
Sistem Penuian Air Hujan (SPAH) adalah sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan yang dikumpul daripada bumbung bangunan yang kemudian disalurkan ke tangki penyimpanan air hujan sebelum digunakan semula untuk tujuan tertentu. Ia adalah inisiatif terbaik bagi mengurangkan pergantungan kepada air bersih atau air terawat yang dihasilkan di loji rawatan air. Pelaksanaan SPAH di UTeM juga bagi memenuhi apa yang digariskan dalam Melaka Green Seal (MGS) atau Meterai Hijau Melaka (MHM). Ia adalah ialah garis panduan penarafan bangunan hijau di negeri Melaka yang direka oleh jawatankuasa di bawah Pertubuhan Pembangunan Hijau Melaka (MGDO) dan Penyelesaian Reka Bentuk Bumi Hijau (GEDS) bagi setiap bangunan di negeri Melaka. Selaras dengan MGS, SPAH telah diwujudkan di bangunan Depoh Kenderaan, Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP), Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan juga di Kompleks Dewan Kuliah. Air yang terkumpul di dalam tangki SPAH digunakan untuk cucian tandas dan siraman tanaman landskap.
- Air Terawat Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)
Bekalan air terawat dibekalkan oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi keperluan penggunaan warga UTeM. Air terawat di UTeM disimpan dalam tangki takungan air yang terletak di kampus induk sebelum air dibekalkan ke fakulti dan bangunan seperti di Rajah (a). Bagi memastikan penjimatan bekalan air dapat dipantau dan dikawal, sistem pemantauan dalam talian ( IoT air) sedang dibangunkan oleh bahagian pengurusan air UTeM.
Tangki takungan air yang dirawat

Tasik Tadahan UTeM

Tasik tadahan air: Tasik Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
Isipadu: 509 m3

Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) di Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP), Pemindahan Pengangkutan dan Kompleks Dewan Kuliah

Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)
Bilangan tangki: 13 unit
Volume: 16.62 m3 for 13 units
SPAH di FKP

Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)
Bilangan tangki: 1 unit
Isipadu: 2.5 m3
SPAH di Depoh Kenderaan


Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)
Lokasi: Kompleks Dewan Kuliah
Bilangan tangki: 1
Maks. Isipadu air terpelihara: 6 [m3]
SPAH di Kompleks Dewan Kuliah
