Sumber air terawat yang digunakan di UTeM dibekalkan oleh Syarikat Air Melaka Berhad. Pengunaan air direkodkan pada setiap bulan bermula tahun 2019 sehingga kini. Pengunaan air pada setiap bulan akan dianalisa dan dibentangkan didalam mesyuarat jabatan bagi memastikan pengunaan air oleh warga UTeM terkawal. Rajah dibawah menunjukkan pengunaan air di UTeM yang telah direkodkan. Line merah pada graf tersebut merupakan bacaan jumlah pengunaan air secara bulanan pada tahun 2019 dan ia dijadikan sebagai titik pembandingan pengunaan air.
Graf Pengunaan Air Secara Bulanan Sehingga Julai 2025
Ringkasan Graf Penggunaan Air Perkapita
Graf di atas menunjukkan perbandingan penggunaan air per kapita antara tiga pihak iaitu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia, dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Berdasarkan graf:
WHO menetapkan penggunaan air optimum per kapita ialah 165 liter sehari.
Malaysia mencatatkan penggunaan air yang lebih tinggi, iaitu 200 liter sehari, melebihi saranan WHO.
UTeM pula menunjukkan penggunaan air per kapita yang jauh lebih rendah, iaitu hanya 50.21 liter sehari.
Perbandingan ini menunjukkan bahawa UTeM mengamalkan penggunaan air yang sangat efisien, jauh di bawah paras penggunaan air purata nasional dan saranan WHO. Hal ini mencerminkan keberkesanan langkah penjimatan air serta kesedaran tinggi dalam kalangan warga kampus terhadap penggunaan sumber air secara lestari.
Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia Tel: 06-270 4023 Faks: 06-270 1065 E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.