Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 17
PTj/PBU: Pejabat Bendahari
Sesi Kunjung Hormat Urus Setia Perolehan Universiti Ke Ibu Pejabat JKR Negeri Melaka
Perolehan Universiti yang diketuai oleh Bendahari UTeM telah mengadakan Sesi Kunjung Hormat kepada Encik Hafrin bin Salleh, Jurutera Awam Kanan merangkap Wakil Utama Ketua Pengarah Kerja Raya dalam Jawatankuasa Perolehan Universiti di Ibu Pejabat Negeri JKR Negeri Melaka.
Antara perkara yang dibincangkan adalah penambahbaikan pengurusan perolehan Universiti terutama dalam perolehan kerja. Semoga perjumpaan yang diadakan dapat memberi manfaat dan penambahbaikan dalam pengurusan perolehan kerja Universiti berdasarkan tatacara perolehan yang berkuatkuasa. Lawatan ini menyokong SDG 17 bagi Perkongsian pengetahuan dan kerjasama.