Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 3
PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)
Kem Pemantapan Solat
Program Kem Pemantapan Solat telah diadakan dengan jayanya pada hari ke-3 Minggu Mekanikal 2024 iaitu pada 10 Jun 2024 yang dihadiri oleh para pelajar dan staf FTKM, dengan kerjasama Pusat Islam UTeM dalam menjayakan kem ini.
Program ini bertujuan untuk memperkukuh dan memperbaiki amalan solat dalam kalangan warga FTKM, serta meningkatkan kefahaman tentang kepentingan solat dalam kehidupan seharian. Ilmu yang diperoleh sepanjang kem ini diharap dapat diamalkan dan memberi manfaat sepanjang hayat, serta memperkukuh lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga FTKM.