Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 4
PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)
Solar Car Competition
Pada 11 Jun 2024 iaitu hari ke-4 Mechanical Weeks 2024, seramai 250 pelajar dari kursus Teknologi Kejuruteraan menyertai pertandingan kereta solar yang menonjolkan kreativiti dan kepakaran mereka dalam merekabentuk serta mengaplikasikan teori kenderaan solar.
Melalui mata pelajaran pemodelan dan analisis komputer, para pelajar ini mempamerkan hasil kerja mereka yang inovatif. Pertandingan ini turut disaksikan oleh Dr. Nadlene Razali, Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, yang memberikan sokongan dan dorongan yang jitu kepada para peserta.