Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 16, SDG 3
PTj/PBU: Pejabat Keselamatan
Team Bonding "One Team One Dream" Pejabat Pendaftar
Seramai 20 orang wakil Pejabat Keselamatan telah menyertai kursus yang dianjurkan UTM Regensi, Jalan Semarak Kuala Lumpur. Bagi memastikan penyertaan pegawai dan anggota Pejabat Keselamatan di dalam kursus ini, urusan kaunter di Kampus Induk dan Kampus Teknologi telah dipindahkan secara atas talian dan laporan/aduan jenayah/kemalangan telah dipusatkan ke Bilik Kawalan. Semua pegawai dan anggota telah memberikan komitmen bagi memastikan keberkesanan operasi Pejabat Keselamatan tidak tertangguh atau tergendala sepanjang kursus berlangsung.