Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 4
PTj/PBU: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Pertukaran Dokumen MoU dan MoA - MTUN Industry-Academia Discourse on Advanced TVET (MIAD) 2024
Sesi pertukaran yang melibatkan 25 rakan strategik dengan semua universiti rangkaian MTUN iaitu UTeM, UTHM, UniMAP dan UMPSA telah disaksikan oleh YB Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir-Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian-Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) dan YBrs. Prof. Dr. Azlinda binti Azman-Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi KPT.
Sesi pertukaran dimulai dengan pertukaran MoU antara MTUN dengan UMS dan UNIMAS, seterusnya pertukaran antara MTUN dengan 2 institusi pendidikan dari China serta 23 industri dari dalam dan luar negara.