Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM

SDG 9
PTj/PBU: Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka
Program AI & Cybersecurity Untuk Rakyat
Program ini membuka peluang kepada peserta untuk meningkatkan diri serta memajukan diri melalui upskilling, reskilling, multiskilling dan future skilling melalui latihan TVET. Seramai 44 orang peserta telah menyertai program ini. Program ini adalah berbentuk pembelajaran kendiri secara dalam talian bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Dua pengisian utama program ini iaitu Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber.
