Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM

SDG 4, SDG 16
PTj/PBU: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Sesi Kesidang Pasukan TNCPI (Sesi 1)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah mengadakan Sesi Kesidang Pasukan TNC (P&I) Sesi 1 pada 23 Julai 2024 melibatkan dua buah Fakulti iaitu FTKE dan FTKEK yang bertemakan 'Memperkasakan Penyelidikan Berimpak'. Tujuan penganjuran program ini ialah untuk memberikan informasi kepada semua pensyarah UTeM mengenai maklumat aktiviti penyelidikan, pencapaian dan perancangan bagi pembangunan penyelidikan dan inovasi di UTeM.
