Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 8
PTj/PBU: Pejabat Pendaftar
Kursus Pra Persaraan "Menghitung Hari…Dah Sedia Nak Pencen Ke…?"
Memberi pendedahan dan berkongsi pengetahuan kepada bakal pesara berkaitan persediaan sebelum bersara yang merangkumi aspek kesihatan dan emosi. Selain itu, kursus ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan kesedaran dalam pengurusan kewangan yang bijak termasuk penarikan, penahanan serta pengurangan pemberian pencen dan ganjaran yang boleh dibuat oleh majikan atas sebab – sebab tertentu. Peserta juga didedahkan kepada kemudahan serta bantuan yang boleh diperolehi oleh bakal pesara.