Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 16, SDG 3
PTj/PBU: Pejabat Keselamatan
Kunjung Hormat Dan Send Off Calon PB Di Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar Johor
Pejabat Keselamatan telah mengadakan kunjung hormat ke Maktab Teknik Bakri, Muar Johor. Sesi kunjung hormat dimulakan dengan menandatangani buku lawatan dan sesi santai bersama Timbalan Komandan Maktab iaitu ACP Hj Pozlan bin Hj Ibrahim (Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal). Melalui sesi ini beberapa perkongsian telah dibuat antaranya adalah berkaitan kesan SSPA kepada PDRM dan PB UTeM, sesi penerangan dan tandangan borang SSPA staf UTeM di MTPDRM, dan sesi lawatan ke pusat pengajian.