Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM

SDG 4
PTj/PBU: Pusat Pelajar Antarabangsa & Mobiliti (CISMo)
Pameran Pendidikan Kaunseling Kerjaya Daerah Tampin 2024
Skuad Promo UTeM telah berada di Sek. Men. Keb. Tuanku Abdul Rahman, Gemas, Negeri Sembilan bagi menyampaikan perkongsian maklumat berkaitan laluan kerjaya dan peluang menyambung pengajian di UTeM kepada pelajar-pelajar sempena pameran ini.
Program ini adalah merupakan projek kerjasama antara Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling (MGK), Daerah Tampin, Negeri Sembilan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
