Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM

SDG 4
PTj/PBU: Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan (FPTT)
Bengkel "Lab to Market"
Bengkel "Lab to Market" telah dilaksanakan selama tiga hari. Bengkel ini dikoordinasikan bersama oleh sekumpulan pensyarah dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan (FPTT) yang diketuai oleh Puan Mariam Miri, bermula dari 2 hingga 4 Disember 2024, bertempat di Bilik Seminar FPTT, UTeM. Bengkel ini bertujuan memperlengkapkan para penyelidik dengan pengetahuan asas dalam bidang perniagaan sebagai persediaan awal untuk mengangkat inovasi mereka ke peringkat peringkat pengkomersilan.
