Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 8, SDG 16
PTj/PBU: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Majlis Perasmian Makmal Akreditasi (ISO 17025) Untuk Makmal Applied Mechanical Design (AMD)
Centre for Advanced Research on Energy(CARe), Pejabat Pembuatan & Teknologi Pintar(SMTC) dengan kerjasama FTKM telah menganjurkan satu majlis bagi meraikan kejayaan penarafan Makmal Aplikasi Rekabentuk Mekanikal (AMD) yang mana ianya berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai sebuah makmal bertaraf dunia setelah menerima Sijil MS ISO/IEC 17025 dari Jabatan Standard Malaysia pada 17 Oktober 2024.
Makmal AMD juga adalah makmal pertama di UTeM yang telah menerima akreditasi di bawah SAMM. Dengan pengiktirafan ini dapat membantu universiti dalam penjanaan pendapatan melalui sewaan makmal oleh industri dan orang ramai yang kini lebih yakin dengan kepakaran dan kebolehpercayaan perkhidmatan makmal ini.