Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 11
PTj/PBU: Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka
Program UniMadani: Projek Pertanian Bandar Vertikal Bersama Komuniti Orang Asli
Kementerian Kewangan (MOF) melalui Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka dengan sokongan Kementerian Pengajian Tinggi telah memperuntukkan dana bagi Program Komuniti Universiti Awam (Komuniti @Unimadani) Fasa 2 yang merangkumi pelbagai projek komuniti. Program ini bertujuan untuk
- Memberikan peluang kepada komuniti Orang Asli untuk menjana pendapatan tambahan melalui aktiviti pertanian bandar yang inovatif;
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran komuniti tentang teknologi IoT dalam pengurusan tanaman;
- Menyokong agenda keselamatan makanan negara melalui penghasilan makanan segar secara lestari;
- Memperkukuhkan hubungan strategik antara UTeM dan komuniti setempat dalam usaha pembangunan komuniti berimpak tinggi.