Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 11
PTj/PBU: Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka
Program Komuniti@UniMadani: Projek Akuaponik Pintar Bertenaga Solar @ Krubong
Kampung Tanah Merah, Krubong Melaka, 25 Disember 2024 - Majlis penyerahan set akuaponik pintar bertenaga solar telah diadakan kepada penduduk kampung Tanah Merah,Krubong sempena program Pendayaan Komuniti Universiti Awam (Komuniti@UniMADANI) di bawah tajaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang diketuai oleh Dr. Mohd Rusdy Yaacob (FTKE).
Projek komuniti ini mampu meningkatkan ilmu dan menjana pendapatan penduduk kampung melalui pembangunan kapasiti yang dilatih secara teknikal oleh para penyelidik UTeM dan juga kelestarian alam sekitar dengan teknologi solar.
Kerjasama antara universiti dan komuniti ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan sosial dan membina jaringan yang lebih kuat antara UTeM dan masyarakat setempat.