Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 3
PTj/PBU: Pusat Sukan
Kejohanan Ping Pong Piala Timbalan Naib Canselor Hepa Dan Alumni UTeM 2024
Kelab Ping Pong Pelajar telah berjaya mengajurkan Kejohanan Ping Pong Piala Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM 2024.
Majlis perasmian telah dirasmikan oleh TNC HEPA UTeM YBhg. Profesor Madya Datuk Dr. Sabri bin Mohamad Sharif , Pengarah Pusat Sukan dan Penaja En.Norsyazani dari DKRB / Ping Port Melaka.
Kejohanan disertai 304 peserta dari Perak,Kuala Lumpur,Selangor, Negeri Sembilan,Johor dan Melaka dengan 3 kategori iaitu Berpasukan,Perseorangan MAKSAK dan IPT MELAKA.
dianjurkan sebagai platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat, mempererat hubungan antara pelajar, staf dan alumni, serta memupuk semangat kesukanan dan kebersamaan dalam kalangan warga UTeM. Program ini turut menyokong usaha memperkukuh jaringan alumni sebagai rakan strategik universiti.